BANGKIT dari tidur pagi itu, aku tenyeh mata
berkali-kali. SMS yang dihantar dari nombor yang tak dikenali aku baca berulang
kali.
|
‘U tak datang, I assume U tak ada
bantahan.
Minggu depan majlis tunang, sebulan
kemudian majlis kahwin’
What???
Aku terus terlompat turun dari katil. Memang aku tak pergi jumpa dia tapi tidak
bermakna aku setuju untuk berkahwin sebulan dari sekarang. Itu semua kerja
gila.
Belum
sempat tanganku mencapai tuala, pintu bilik diketuk dari luar dan suara mama
memanggil namaku.
“Ada
apa ma?” soalku sebaik membuka pintu. Hari ni tak ada kuliah. Lepas solat subuh
tadi aku kembali tidur. Sekarang dah hampir tengah hari.
Mama
hulurkan beberapa keping kad yang terpegang di tangannya bersama senyuman di
bibir.
Aku
kerut kening. Hanya memandang huluran mama tanpa bersambut. Sambil bertanya
dalam bisu.
“Contoh
kad. Ris hantar awal pagi tadi minta Dira pilih. Lepas tu, dia minta Dira
WhatsApp dia yang mana satu. Nanti dia settlekan.”
“Maa....”
“Ris
minta cepatkan. Dia kata dah bincang dengan Dira dan Dira setuju.”
Aku
besarkan mata. Tangan naik memegang dada sendiri. Ada gaya seperti mahu meletup
tapi, sabar masih bersisa.
Haris..
permainan apakah ini? Apa yang sedang you buktikan pada I?
Aku
sambut jua kad di tangan mama. Walau apa masalah aku dengan Haris, mama dan
yang lain tak perlu tahu.
Sebaik
mama pergi, aku cari pesanan ringkas tadi. Nombor yang menghantar pesanan
tersebut aku hubungi. Serius, selama ini aku tak pernah pun terfikir untuk
mendapatkan nombor telefon dia.
“I
nak jumpa you.” Terus aku terjah sebaik panggilanku bersambut.
“I
tengah busy....”
“I
tak peduli!” pangkahku pantas.
“Bapak
busy sekali pun, you kena jumpa I juga,” tegasku lagi.
Tapi,
di hujung sana hanya diam tanpa suara. Hanya desah nafas yang menampar anak
telinga.
“Harisss!!”
“You
tahu tak, bila you dah jadi isteri I nanti, you tak boleh bercakap kasar
begini. Berdosa.” Tenang-tenang saja suara Haris tapi kenapa aku rasa bagaikan
sebutir bom jatuh di atas kepala?
Sedetik
aku terdiam. Marah itu sifat tercela. Bukankah orang yang kuat itu adalah orang
yang berjaya mengawal marahnya? Dan, aku ingin nampak kuat di mata Haris.
“I
tak pernah setuju untuk cepatkan
majlis.” Suaraku kembali terkawal.
“I
dah tempah semuanya. Tak boleh tarik balik.”
“You
tak pernah berbincang dengan I.”
“I
ajak bincang you tak datang. Salah siapa sebenarnya?” Haris pulangkan paku buah
keras.
Dan..aku
tak tahu nak jawab apa. Memang aku tak pergi masa dia ajak jumpa semalam sebab
sengaja mahu mencabarnya. Aku fikir bila dia tidak menghubungiku, maknanya dia
mengalah. Rupanya sangkaanku silap. Dia bukan mengalah tetapi membuatkan aku
hilang daya untuk berbalah.
“I
tengah sibuk Dira. Kalau tak ada apa-apa, I nak putuskan talian. Kita jumpa hari akad nikah nanti.”
“I
tak nak kahwin dengan you!.” Tiba-tiba terlepas ayat tu dari bibirku tanpa
sempat akalku berfikir. Benarlah kata orang, kadang kala apa yang terbit di
hati boleh terus terucap di bibir tanpa perlu melalui tapisan otak.
“Dah
terlambat Dira. Kalau you nak batalkan juga, kita jumpa di mahkamah.”
Wah!
Ini sudah lebih. Takkan nak batalkan majlis pun harus melangkah ke mahkamah?
Gila ke apa?
Kali
ni, aku terus terdiam. Sekali lagi, dia menang.
“Kita
tak pernah bercinta, bagaimana nak kahwin?” aku pusing cerita.
“You
boleh ajar I cara bercinta lepas kahwin.”
Tenang saja suaraya, tanpa nada dan tanpa rasa. Macam asam pedas yang
tak ada asam dan tak ada cili.
Aku
sedut nafas dalam-dalam. Bagaimana nak ajar orang cara bercinta sedang aku
sendiri belum pernah jatuh cinta.
“Soal
baju dan persiapan, umi akan uruskan. You cuma perlu bawa badan saja.” Haris
bersuara lagi setelah lama aku terdiam.
“Harisss...”Aku
cuba lembutkan suara. Mana tahu kalau-kalau boleh memujuk dia untuk
berkompromi.
“Dira,
lepas kahwin nantilah kalau you nak goda I pun. Sekarang ni, I kat tempat
kerja.”
Cis!
Memang tepat kena atas muka. Tapi Haris, you jangan perasan ya, Sebab I tak
teringin pun nak goda you. Mamat indon yang kutip derma untuk tabung masjid tu
lagi mengujakan kalau nak dibandingkan dengan you.
Aku
tamatkan perbualan tanpa ucap salam. Geram punya pasal. Mandi pun tak jadi,
kembali tergolek atas katil.
Lama
begitu, hati tak juga tenang. Lantas, aku cuba hubungi Abang Ikmal. Mahu
mengadu kerana aku yakin hanya dia yang boleh memahami apa yang aku rasa. Mahu
meminta tolong juga suapaya dia bercakap dari hati ke hati dengan Haris. Aku
percaya Hanya Abang Ikmal yang boleh
handle lelaki yang bernama Haris Aryan itu.
Pun
begitu, talian langsung tak dapat ditembusi. Bukan sekali malah berkali-kali
aku mencuba namun gagal. Sudahnya, aku tertidur kembali.
Bangkit
semula, waktu zohor sudah hampir ke penghujung.
Ya
Allah! Lamanya aku tidur. Memang sejak dulu, perangaiku memang begini. Kalau
orang lain stress tak lena tidur, aku stress tidur lebih lena.
Turun
ke bawah setelah menunaikan solat zohor, aku dengar suara orang bercakap-cakap
di ruang makan. Suara lelaki! Siapa? Takkan papa dan balik, masih awal lagi.
Langkah
kaki perlahan menuju ke ruang tersebut dan, sekujur tubuh lelaki yang sedang
elok duduk di meja makan sambil bercerita dengan mama buatkan mataku terlupa
untuk berkelip.
Mama
yang terlebih dahulu nampak kelibatku terus melambai.
“Dira..”
Terus
saja lelaki yang duduk elok di kerusi membelakangiku berpaling sebelum sempat
aku melarikan diri.
Arrgghh!!
Aku tutup kepala dengan tangan sebelum berlari laju naik ke atas mencari
tudung. Aku tak bertudung dan dia sudah melihat rambutku.
Turun
ke bawah semula, langkahku mati di tengah ruang menuju ke meja makan. Haris
yang sedang melangkah keluar dari ruang
itu juga turut terhenti. Tapi hanya seketika sebelum dia meneruskan langkah
tanpa sikit pun memandang ke arahku.
“Tadi
kata sibuk.” Aku bersuara tanpa menoleh ke arahnya.
Melalui
ekor mata, aku nampak dia berundur dan berdiri selari dengan kedudukanku yang
sedang berdiri menghadap ke arah dapur.
“Yang
sibuknya tadi. Sekarang dah tak sibuk.” Dia bersuara tanpa menoleh.
Aku
berpaling namun, dia tetap tegak berdiri memandang lurus ke depan.
“Anak
dara tak elok tidur siang.” Kali ini baru dia berpaling dan sebuah senyuman
dihulurkan tapi, aku langsung tak ada hati nak balas senyumannya.
“Lagi
satu, rambut you tu, tolong jaga untuk suami saja.” Dia terus berlalu sehabis
menuturkan ayat tersebut.
Eh?
Dia sebut suami ke tadi?
Aku
pantas berpusing memandang langkahnya yang teratur menuju ke pintu utama. Dulu,
ketika zaman kanak-kanak dulu, dia memang sudah terbiasa datang dan lepak-lepak
di rumah ini kerana dia memang rapat dengan Abang Ikmal. Cuma selepas Abangku
yang satu itu ke luar negara, Haris sudah jarang ke sini.
Langkah
pantas aku atur mengekori langkahnya. Untuk apa, aku sendiri kurang pasti tapi
aku memang tak puas hati dengan cara lelaki itu.
“Assalamualaikumm...”
ada suara memberi salam dan kelihatan langkah Haris terhenti di muka pintu,
seolah terkejut memandang tetamu yang muncul.
Tapi,
aku macam kenal dengan suara itu. Pantas aku berlari anak menjenguk di belakang
Haris.
“Abangggg!!!!”
aku terus terjerit tatkala melihat lembaga manusia yang berdiri di muka pintu.
Tak
peduli dengan Haris yang berdiri tegak di tengah-tengah, aku tolak tubuhnya ke
tepi dan melompat keluar. Lengan Abang Ikmal menjadi sasaran cubitanku.
“Tak
cakap nak balik. Saja buat orang susah hati. Call banyak kali tak dapat.” Sambil membebel jemariku ligat
mencubit lengannya.
“Aduhhhh!!!
Sakitlah sayang oiii...” Abang Ikmal pula ligat menepis.
Dan,
aku ketawa bahagia melihat gelagatnya. Sungguh, aku sangat-sangat rindu akan
kehadirannya. Sudah lama dia pergi tanpa kembali. Hari raya pun kadangkala mama
dan abah yang harus ke sana menziarahi dia.
“Ehemmm...
Mal, balik cuti atau balik terus?” suara Haris mengingatkan aku yang masih ada
manusia lain selain kami berdua.
Haris hulurkan tangan untuk bersalaman.
“Balik
terus.” Abang Ikmal jawab sambil menyambut salam yang dihulur Haris. Tiada
peluk mesra seperti selalunya.
Ketika
itulah mama muncul dan seperti aku juga, mama terjerit kuat melihat anak bujang
kesayangannya tiba-tiba berada di muka pintu.
Tidak menunggu lama, Haris meminta diri untuk
pulang. Saat itu, ada rasa pelik melingkar di hatiku. Melihat reaksi Haris menyambut kepulangan
Abang Ikmal, aku rasa seperti ada sesuatu yang tidak kena. Bukankah mereka dulu
sahabat baik? Kenapa mereka berdua seperti tidak gembira bertemu antara satu
sama lain?
Sebaik
Haris pulang, aku ekor saja langkah Abang Ikmal. Rindu nak bercerita dan
mengadu banyak hal pada dia.
Sampaikan
dia mahu ke bilik menyimpan beg dan menukar pakaian pun aku ekor juga. Maklum
saja, sejak kecil sampai dewasa, hanya dia saja abang yang aku ada.
“Eh!
Abang nak tukar baju ni, janganlah masuk.” Abang Ikmal menegah di muka pintu
bilik.
“Alaaa..
selalu tu okey jer.” Aku mula merengek.
“Dira..
dulu-dulu tu Dira masih kecil. Sekarang ni Dira dah besar.”
Aku
terus memuncung. Macam dulu-dulu ketika masih kecil saat permintaanku dia tak
tunaikan.
“Okey!
Masuklah.” Abang Ikmal lebarkan daun pintu bilik.
“Tapi
kalau nanti abang terpeluk Dira jangan salahkan abang pulak.”
Aku
terus buntang mata. Tiba-tiba terasa segan bila dia bergurau begitu. Terus
tersedar yang antara kami bukan mahram dan sekarang ini aku sudah dewasa, bukan
lagi anak-anak remaja seperti dulu.
Ya,
masa dia masuk asrama, umur aku dua belas tahun. Dia jarang-jarang balik ke
rumah. Lepas SPM, dia terus ke luar negara dan sehingga kini, baru kembali.
Kerana terlalu rindu kenangan dulu-dulu, aku jadi lupa tentang waktu yang
berlalu itu.
“Dira
tunggu abang kat depan. Banyak Dira nak cerita.” Aku terus berpusing dan
melangkah pergi.
Seketika
duduk berbuai di laman rumah, Abang Ikmal datang menyertaiku. Mama pula di
dapur bersama Mak Cik Senah menyediakan
juadah minum petang special untuk anak bujang kesayangannya. Tadi aku dengar,
Abang Ikmal request nak makan kuih cucur badak kegemarannya.
Duduk
berdepan di atas buaian, aku mulakan cerita. Dari awal perancangan amam
sehinggalah Haris mahu mempercepatkan perkahwinan kami.
“Habis
tu, Dira setuju?” soal Abang ikmal sebaik aku habis bercerita.
“Ada
ke cara untuk Dira kata tak setuju?”
Abang
Ikmal terdiam sejenak sebelum memandang ke wajahku lama.
“Kalau
abang bagi cadangan, Dira nak ikut tak?” soalnya.
“Cadangan
apa?”
Abang
Ikmal tidak terus menjawab soalanku sebaliknya memandang sekeliling seolah
sedang mencari ayat yang sesuai untuk diluahkan.
“Abang??”
Aku tidak sabar menanti.
“Beritahu
mama dan abah, Dira tak mahu kahwin dengan Haris tapi Dira nak kahwin dengan
abang.”
“Hah????”
terkejut, aku seperti mahu terjatuh dari buaian.
Wajahnya
aku tenung tanpa kelip. Nak kata dia bergurau, riaknya serius sekali.
“Dira
tak payah kahwin dengan Haris. Dira kahwin dengan abang.” Sekali lagi bicara Abang Ikmal buatkan aku
terkedu.
“Abang
janji akan jaga Dira dan bahagiakan Dira.”
“Abangggg...”
aku kehilangan kata.
“Abang
Janji Dira.” Abang Ikmal memintas. Serius suaranya seserius wajahnya.
Aku
mengeleng. Dira tahu abang akan jaga Dira dengan baik sebab selama Dira menjadi
adik abang, tak pernah sekali pun abang gagal untuk menjaga Dira. Tapi, hidup
sebagai adik beradik dan suami isteri adalah dua perkara yang sangat berbeza.
Bagaimana untuk menghadap muka abang dan menganggap abang suami Dira sedang
selama ini Dira sudah sematkan dalam hati yang abang adalah abang kandung Dira?
Biarpun
darah di tubuh Dira tidak sama dengan darah di tubuh abang, pertalian kasih
sayang yang mengikat kita tidak mungkin mampu diubah dalam sekelip mata. Memang
Dira sayang abang, tapi sayang Dira hanya sebagai seorang adik.
1 comment:
Eee geram ngn Haris..
Post a Comment