Rihana berpeluk tubuh. Tanpa segaris senyuman, dia pandang lelaki
yang sedang berdiri di depannya itu. Lelaki yang selama ini dia hanya kenal
namanya saja melalui teman-teman sekerja. Definasi yang sesuai untuk
menggambarkan lelaki ini ialah Perfect!
Cukup segala pakej.
“So?” soalan lelaki tersebut menerjah telinga Rihana.
“Kalau nak I escort, ada
banyak syarat, sanggup ke?” Rihana memulakan sesi ‘urus niaga’.
Si lelaki angkat kening, seperti bertanya lanjut.
“Tak boleh lebih selain dari peluk-peluk. Kalau you setuju, deal. Kalau tak setuju, bye! bye!” Rihana lambai tangan gaya
ratu cantik dan ingin bergerak pergi.
“Eh! tunggu laaaa...” panjang meleret suara lelaki itu. Lelaki yang
dibawa dan diperkenalkan kepadanya oleh Ray, bos club tersebut. Lelaki yang menjadi kegilaan hampir semua pelayan
Rootz Dance Club itu
Siapa yang tidak gila kalau sekali escort boleh dapat ribu ribu? Siapa yang tidak mahu mendampingi
lelaki kacak dan hebat bernama Hakim Mukhriz, anak tunggal kepada usahawan
terkenal, Datuk Adam Hakimi itu?
“Cium boleh tak?” soal Hakim dengan kening terangkat sebelah.
Rihana julingkan mata ke atas. Soalan yang memang dia sudah jangka.
“You nak cium kat mana?”
Soalan berbalas soalan. Malas dia nak melayan. Kalau orang lain tergedik-gedik
nakkan lelaki ini, dia sikit pun tak berminat. Yang dia berminat cuma duit
sahaja.
Hakim ketawa kuat mendengar soalan straight forward Rihana. Brutal
sungguh! Tapi tetap manis dan seksi. Patutlah Rihana menjadi tumpuan lelaki
kaya yang masuk ke sini. Nasib baik tuan punya club ni dia kenal dan dia diberi peluang untuk bertemankan gadis
ini malam ini
“Mana tempat yang I suka, you
kena bagi.” Hakim pula menetapkan syarat. Rihana nak main tarik tali, dia akan
simpul tali tersebut supaya tidak terlepas dari tangan.
Rihana terus berpusing, ingin pergi dari situ tetapi lengannya
dipaut Hakim.
“Nak pergi mana? Kita belum habis bincang lagi kan.”
“Setuju atau tak? Cuma dua pilihan.” Dalam lembut, ada tegasnya
Rihana bersuara. Dia tak suka nak berurusan dengan orang yang banyak soal.
Biarlah lelaki ini dikatakan teman baik bosnya, dia tak takut sikitpun. Kalau
dibuang kerja, banyak lagi tempat lain yang boleh terima dia.
“Okey! Setuju.” Balas Hakim
“Tapi, boleh buka baju tak?” Hakim menyambung dengan soalan lagi.
Dia tak pernah berurusan dengan perempuan yang letak syarat segala macam ni.
Kewibawaannya rasa tercabar.
“Baju you, suka hati youlah nak buka ke tak.” Selamba Rihana
menjawab, sengaja mahu mengenakan Hakim. Tanya lagi soalan tak cerdik begitu.
Hakim senyum senget. ‘I like
this girl’ hatinya berbisik. Ada rasa teruja menerjah ke jiwa lelakinya.
“Selain peluk, apa yang boleh I buat?” Hakim bersoal lagi.
“You nak apa?” soal Rihana
kembali.
Senyum Hakim makin melebar sambil mengenyit sebelah mata. Nampak
nakal dan menggoda.
“You rasa apa yang lelaki
suka pada seseorang perempuan.” Hakim angkat-angkat kening dengan senyuman
masih di bibir.
“Entah! I tak tahu. Kerja I cuma escort.
Kalau nak lebih lagi, you pergi cari
pelacur.” tajam kata-kata Rihana bagai sebilah pedang buatkan Hakim terdiam.
Brutal sungguh perempuan ni. Di hatinya menanam nekad, dia harus ajar
Rihana sehingga wanita ini sedar yang dirinya dan pelacur tidak punya apa-apa
perbezaan.
“Okey! I setuju. Untuk malam ni satu malam, you nak berapa?”
Rihana tidak menjawab, hanya tangan kanannya diangkat menegakkan
lima jari.
Hakim keluarkan wallet.
Sepuluh keping duit seratus ringgit
dikeluarkan. Tanpa amaran, dia selitkan duit tersebut ke dalam baju Rihana di
bahagian dada yang agak terdedah.
“Saguhati, tidak termasuk charge
yang you kenakan,” ujar Hakim.
Rihana yang terkejut kerana tidak menyangka Hakim akan bertindak
selamba begitu hanya diam mematung. Oh! Degup jantungnya tiba-tiba saja menjadi
tidak normal. Apa ni? Kenapa tiba-tiba kekebalannya seakan tergugat?
7 comments:
♥
Bleh bgtau kilang cetak PTA kat mana??
DAH NAK KELUAR VERSI CETEK KE KAK X SABAR SAYA SEMUA NOVEL AKAK MEMANG BEST. BAGI TAHU YA BILA NAK KELUAR X SABAR NAK SERANG KEDAI BUKU.
hahahaha.. Yaz,
PTA ni cetak sendiri,
Kat umah..kakakka
Baby Mio...
inshaallah, hujung bulan
Best! Ske hsil yg dbuat. lain dr yg lain. Thniah kak! -aira riea z-
first time saya rasa nak beli novel bila baca cerita ni.kat mana nak cari novel ni.???
Post a Comment