Pantas Rihana undur keretanya dan keluar dari ruangan parking. Sempat lagi Rihana jeling
kereta Hakim yang terparking di
sebelah keretanya. Porsche Panamera warna putih berkilat. Pasti kereta baru
sebab dia tak pernah lagi nampak Hakim bawa sewaktu mereka selalu keluar dulu.
Patutlah dia tak perasan.
“You tinggal kat kondo
yang sama lagi ke dah pindah? Kenapa I pergi ke situ banyak kali guard kata you tak ada dan tak benarkan sesiapa masuk. You sepakat dengan guard
tak nak jumpa I ya?” Hakim tegakkan badan pusing ke depan. Hatinya rasa bahagia
bila Rihana jadi lembut hati begini.
Ketika Rihana tiba-tiba menghilangkan diri dulu, boleh dikatakan
setiap hari dia ke Parkview Condo untuk mencari tetapi security guard tidak membenarkan dia masuk kerana Rihana tiada di
rumah. Entah Rihana betul-betul tiada di rumah atau memang Rihana sudah sepakat
dengan security guard dia tidak
pasti.
Tidak membalas soalan Hakim, Rihana hanya diam memandu. ‘None of your business’, bisik hati
Rihana.
Memang selepas dia berhenti dari club,
dia pulang ke kampung lama. Jemu di kampung, dia ke Penang mencari Yatie dan
tinggal di rumah sewa Yatie hampir sebulan sebelum dia kembali ke Kuala Lumpur
kerana panggilan kerja.
“Rin... boleh tak kalau kita jadi seperti dulu?” Hakim bersuara
setelah tayar kereta Rihana mencecah jalan raya.
Rihana jeling. ‘Dah ada tunang masih ada hati nak menggatal dengan
aku’. Cemuh hati Rihana. Saat ini dia sedang tahan sabar. Sekejap lagi dia akan
ajar Hakim cukup-cukup.
Jalan masih sesak walau waktu sudah hampir Maghrib. Tiba di jalan
besar, Rihana himpit kereta ke kiri dan berhenti di tepi jalan. Tanpa suara,
dia keluar dan bergerak ke arah pintu penumpang.
“You keluar!.” arah Rihana
pada Hakim sebaik membuka pintu kereta penumpang.
Hakim yang tak tahu apa-apa dan masih tercengang-cengang dengan
tindakan kilat Rihana, hanya menurut perintah melangkah keluar.
“Rin...”
Dum!!! Bunyi pintu kereta yang dihempas Rihana menghentikan bicara
Hakim yang ingin bertanya apa sebenarnya yang Rihana mahu lakukan.
Tanpa suara, Rihana melangkah untuk ke tempat memandu. Dia ingin
tinggalkan Hakim di situ. Namun, langkahnya termati tatkala Hakim menyambar
tangannya.
“You sanggup nak
tinggalkan I kat tepi jalan ni?” Soal Hakim dengan suara yang entah untuk
diceritakan bagaimana Rihana sendiri tidak tahu. Yang pasti, soalan Hakim
dengan nada yang begitu buatkan hati Rihana jatuh melurut.
“Look at me Rin.” Pinta
Hakim setelah Rihana diam membisu. Lengan Rihana yang berlapik baju masih
dipegang tangan Hakim.
“Setelah apa yang kita lalui bersama. Setelah apa yang I lakukan
untuk you, sanggup you nak tinggalkan I kat tepi jalan ni?”
Hakim seperti tidak percaya. Kepalanya menggeleng beberapa kali.
Oh! Rihana rasa bersalah yang amat sangat. Luluh hatinya mendengar
kata-kata Hakim itu dan air jernih tiba-tiba sudah bergenang di tubir meminta
izin untuk menitis ke pipi.
“Okey! You baliklah.” Hakim
lepaskan lengan Rihana. Dia bergerak sedikit menjauh.
“Hakim!” Rihana memanggil.
“Masuklah.
I hantar you balik ke kereta you.” Perlahan suara Rihana sambil
menyembunyikan wajah ke kanan, tidak mahu Hakim melihat dia sedang menangis.
Rihana
angkat tangannya berpeluk tubuh dan bersandar ke kereta. Dia jadi lemah untuk
berdiri. Kan dia dah kata, dengan Hakim dia sentiasa akan jadi wanita lemah.
“It’s
okey! You baliklah. I boleh panggil driver I.” Hakim keluarkan telefon
bimbit dari dalam poket. Sungguh, dia benar-benar terasa hati dengan apa yang
Rihana ingin lakukan padanya. Sungguh! Tidak tercapai dek akalnya yang Rihana
sanggup memperlakukan dia begitu.
“Hakim!”
Rihana tarik lengan Hakim.
“Please... I’m really sorry.” Rihana
seakan memujuk. Air matanya sudah gugur menyapa pipi. Sungguh, dia tidak
sanggup untuk berlaku kejam begini pada Hakim.
Hakim
larikan wajah ke kanan. Nafasnya ditarik panjang. Kalau perempuan lain yang
buat dia begini, tahulah dia nak ajar macam mana.
Tapi
yang buat ini adalah Rihana dan dia tidak pernah sanggup untuk melakukan
sesuatu yang tidak elok terhadap wanita ini. Rihana seperti ada ‘saka’ yang
menjaganya yang membuatkan dia rasa tidak berupaya untuk melakukan sesuatu
tanpa kerelaan Rihana.
“Please get inside, I hantar you ke kereta and I’m sorry for everything” ucap Rihana sambil mengesat pipi yang
basah.
“Pleaseeee...” Rihana merayu lagi setelah
melihat Hakim diam tidak berganjak. Lengan Hakim ditarik dan pintu kereta dibuka.
Tanpa
suara, Hakim ikut kemahuan Rihana. Tak mengapalah Rihana, hari ini dia
mengalah. Esok lusa, dia akan pastikan Rihana tidak punya pilihan. Kalau hari
ini dia tidak dapat ‘membeli’ Rihana dengan wang ringgit dan pujuk rayu, esok
lusa dia akan beli Coral Global dengan apa cara sekalipun. Dia akan cari jalan
supaya Rihana tidak punya pilihan selain dari bekerja dengannya.
Waktu
itu, tahulah dia bagaimana nak takluki Rihana. Kerana Rihana, dia sanggup
ketepikan soal keluarga dan juga Nelly. Kalau Rihana sudi menjadi suri
hidupnya, dia sanggup memutuskan pertunangan dengan Nelly walau kemungkinan dia
akan dibuang keluarga.
Petang
itu, Hakim tidak pulang ke kondonya. Dia harus bertindak cepat, harus
berbincang dengan papanya secepat mungkin. Arah pemanduannya terus ke rumah
keluarganya.
Memang nasibnya baik apabila papanya
sudah ada di rumah ketika dia . Masuk saja ke rumah, tanpa lengah dia terus
berdepan dengan papanya.
"Pa, Hakim nak beli Coral
Global."
Datuk Adam kerut kening, memandang
Hakim yang baru melangkah masuk ke rumah dan baru melabuhkan punggung ke sofa
di depannya dengan pandangan pelik. Baru balik rumah terus cerita pasal business. Ada apa-apa yang dia tak tahu ke ni?
"Sejak bila kamu berminat dengan
company kecil ni?"
Pelik! Selama ini Hakim memang tak
pandang syarikat kecil. Fokus Hakim hanya untuk business juta-juta. Setakat projek kecil-kecil, Hakim memang tak
mahu ambil tahu.
"Bukan ke sebelum ni kamu tak
pernah berminat dengan syarikat tu?"
Hakim capai surat khabar di atas meja
dan angkat sedikit tinggi agar wajahnya terlindung dari renungan papanya.
Sebenarnya, dia bukan nak baca surat khabar pun tetapi bimbang jika papanya
dapat meneka apa yang ada di kepalanya saat ini.
"Hari tu Hakim jumpa Nazreen.
Dia dah brief pasal projek tu dan
bila tengok profile Coral Global,
Hakim rasa syarikat tu ada potensi untuk dikembangkan." Hakim berjeda
sejenak.
"Hakim ada perancangan
menarik. Cuma papa perlu pujuk Uncle
Nizam jual saham dia bagi kita." Surat khabar di tangan diturunkan dan
wajah papanya dipandang menanti jawapan.
Seketika berfikir, Datuk Adam angguk
kepala. Kalau soal business dia
memang percaya seratus peratus pada Hakim. Sejak Hakim ambil alih menerajui
Royal Group, banyak perubahan yang dibuatnya dan semua itu banyak memberi
keuntungan pada syarikat. Hakim kalau bekerja memang serius.
"Kalau Uncle Nizam tu susah
sikit tapi papa cuba pujuk partner
dia. Ada dua lagi pemegang saham yang papa kenal." akhirnya Datuk Adam
setuju dengan permintaan Hakim.
"Hakim, bila sampai?" Datin
Azura yang baru turun dari tingkat atas terus menyapa sebaik terpandangkan anak
bujangnya yang satu itu.
"Baru lagi ma."
"Dah makan?" soalan seorang
ibu.
Seorang wanita, bila nampak muka
anak, soal makan yang ditanya dulu. Bila nampak suami, makan juga yang ditanya
dulu. Kenapa lelaki tak boleh buat benda yang sama?
"Dah makan, ma." Jawab
Hakim. Sebenarnya, dia belum makan lagi tetapi perutnya rasa kenyang serta
merta sebaik mendengar jawapan positif dari papanya. Di kepalanya sudah ada
perancangan dan Rihana tak mungkin ada pilihan lagi.
"Kenapa mama tengok badan dah
makin susut?" Soal Datin Azura lagi. Agak lama dia tidak bertemu Hakim.
Sejak sibuk dengan kerja, Hakim beli kondo sendiri dan jarang sangat pulang ke
banglo mereka.
"Jangan kerja aje dua puluh
empat jam Hakim. Kesihatan kena jaga juga. Bawa bawa rehatkan otak dan badan.
Pergi bercuti, ajak Nelly tu sekali sambil survey
barang untuk majlis kamu tu."
"Mmm... yerlah." Jawab Hakim malas. Sebut saja
nama Nelly, dia jadi hilang semangat.
"Nelly kata dah banyak kali ajak
kamu pergi Bandung, tapi kamu asyik bagi alasan sibuk. Papa kan ada, takkan tak
boleh cuti sekejap?"
"Ma, we’ll talk about that later boleh tak? Hakim penat ni, nak naik
atas mandi." Hakim bangkit. Sengaja untuk mengelak sebenarnya. Mama ni
kalau bab merancang, dia boleh jadi rimas dan lemas. Buat waktu sekarang, kalau
hal-hal yang berkaitan dengan Nelly memang boleh buat dia naik semput.
"Ish! Orang baru nak tanya pasal
majlis dia. Sampai bila nak tangguh, takkan nak bertunang sampai
bertahun." ngomel Datin Azura. Namun, Hakim diam tidak menjawab.
Langkahnya terus diatur naik ke atas.
"Biarlah Zura, mungkin dia belum
puas enjoy lagi." Datuk Adam
membela. Dia bukan tak tahu aktiviti Hakim yang selalu usung perempuan sana
sini. Selagi belum berkahwin dan selagi Hakim tak abaikan kerja, dia tak kisah.
8 comments:
:)
Best.
tak sabaqnyaaaaaa nak tunggu HAKIM sampaiiii ke pelukkan ku...sis cepatlaaa sikit yer...
KAK NOVEL DAH ADA KAT PASARAN KE.
bestlah citer ni...
asal laki kaya jer..mesti playboy,,,
to writer saya nak Tanya macam mana nak beli novel ni secara online yea?
Post a Comment