FOLLOWERS

HKC - Prolog

Turun dari bas, aku terus berlari anak masuk ke dalam kawasan rumah Mama J. Cuaca yang panas terasa membahang dan membakar seluruh wajahku.

"Eh! Kau baru sampai ke?" Zhafran yang tiba-tiba muncul di muka pintu rumahnya terus menyapaku.

"Taklah! Dah berzaman aku melangut depan rumah kau." balasku bersahaja sambil melangkah ke arah rock chair yang terdapat di laman rumah tersebut.

Zhafran senyum mengejek melihat wajahku yang pastinya sudah kemerahan dibakar mentari. Peluh yang merenik di dahi aku seka menggunakan jari.

"Tu laaa.. Aku ajak naik motor kau tak nak, jual mahal konon." Selarnya sambil melabuhkan punggung di depanku.

"Dengan aku tak payahlah nak jual mahal, jual murah pun belum tentu aku nak beli." sambungnya lagi dengan wajah selamba.

"Heh! Kau ingat aku teringin sangat ke nak berurus niaga dengan kau?" bidasku dan dia hanya tergelak dengan reaksiku.

Geram sungguh aku dengan mulut jahatnya. Sehari kalau tak menyakitkan hatiku memang hidupnya tak sempurna.

"Naik motor dengan kau, baik lagi aku panjat bumbung bangunan sekolah dan terjun ke bawah. Dah sah-sah aku terus mati kat situ. Naik motor macam mat rempit, ada hati nak ajak orang bonceng kat belakang." Omelku membuatkan gelaknya makin kuat.

"Bawa laju-laju la best sebab kau tu penakut, nanti kau mesti peluk aku kuat-kuat." dia sambung gelak.

"Mangkuk!!!." aku terus terjerit sambil memukul lengannya.

Mengingati peristiwa setahun yang lepas, wajahku terus berubah warna. Waktu itu, Zhafran yang lulus cemerlang dalam peperiksaan PMR telah dihadiahkan sebuah motosikal oleh papanya. Walau tanpa lesen memandu, dia dengan berlagaknya menunggang motor tersebut ke sekolah yang terletak dua kilometer dari rumah kami dan ketika pulang, dia telah mengajak aku untuk memboncengnya.

Mulanya aku sedikit ragu-ragu tetapi dia pula bagai memaksa. Tidak kusangka dia sebenarnya sengaja ingin mengenakan aku dengan menunggang melebihi had laju. Aku yang ketakutan terus terjerit sepanjang jalan sambil memelukknya erat namun, dia hanya tergelak kuat melihat pucat wajahku ketika sampai di depan pagar rumahnya.

Waktu itu, pelbagai sumpah seranah keluar dari mulutku dan dari saat itu jugalah aku bersumpah tidak akan sesekali membonceng motosikalnya.

“Zhaf! Mari makan, ajak Lya sekali.” mama Zhafran yang aku panggil Mama J tiba-tiba muncul di muka pintu terus memanggil kami makan.

“Eee.. tak malu, asyik makan kat rumah orang aje.” Zhafran mengejek dan aku sudah lali dengan ejekannya itu. Sejak usiaku sepuluh tahun, inilah rumah yang akan aku tuju sebaik pulang dari sekolah.

“Macam tak ada rumah sendiri.” omelnya lagi sambil bangkit berdiri, bersedia untuk masuk ke dalam rumahnya.

“Zhaf! Tak elok cakap macam tu, kecik hati Lya nanti.” Mama J menegur.

“Kecil hati?” Zhafran ketawa kuat.

“Lya ni mana tahu kecik hati ma. Dia ni mana ada hati, kalau ada pun cuma besar ni jer.” Dia bersuara sambil menunjukkan hujung jari kelingkingnya ke arah mamanya.

“Isk! Budak ni.” Mama J menepuk bahu anak bujangnya yang sedang melintas di depannya.

“Lya… mari makan nak. Tak usah pedulikan si Zhaf tu, dia memang macam tu.” Mama J bagai memujukku sambil menggamit aku masuk ke dalam rumah.

Aku cuma sengih. Ya! Zhafran memang begitu. Bagi dia, aku ini manusia yang tidak punya hati dan tentunya tidak tahu bagaimana rasanya kecil hati dari dulu hinggalah ke hari ini.

4 comments:

aimie_afifah said...

Salam hani...aku sukerrrr...permulaan yg bagus nie...yg paling aku setia menanti...:)

ehhhh...maner PA ko ni Hani?...aku lak yg first komen...hehheheh...

Hani Fazuha said...

aimie... PA aku tu suka ponteng...
semalam gi picnic kat sungai congkak... kira ponteng la..hahaha..

p/s: prolog pon ko suka..isk!

DLa said...

amboi2..Zhaf ni leh tahan mulut dia..cam lbih kerek dr Fir jer..bos ni kiranya gaduh2 sayang ekk..

erkk..boss bkan ke smlm tu ari cuti..apalak ponteng2 ni..boss ponteng tu nate gapo tu..hahah..

aimie..aku g picnic sg congkak.. best boss aku tu jeles la tu..hahaha..

aimie_afifah said...

amboiiiii..DLa..ko nie slalu jer cuti2 m'sia erk? dkt ker ngan S.A ,sg congkak tu?...

hani..aku suker jer...
nnt2 ko smbg lg erk