FOLLOWERS

HKC - Bab 2

Leka bercerita dengan Fatin, aku jadi lupa pada pesanan Zhafran sehinggalah telefon bimbitku berdering menerima panggilan dari dia.

"Aku ada kat bawah." Ayat wajib yang selalu keluar dari bibirnya sebelum memutuskan talian. 'Kurang asam sungguh dia ni.' aku mengomel sendiri sambil memandang telefon di tangan.

"Dia?" Fatin meneka. Aku hanya mengangguk.

"Kau nak keluar ke?" soalnya setelah melihat aku mula bersiap-siap dan aku angguk lagi.

"Dengan dia?" lagi dia menyoal.

"Dia datang jemput aku. Tak tahu la mana dia nak pergi dan aku tak tahu pukul berapa dia nak hantar aku balik." aku berhenti dan tarik nafas.

"Cukup tak maklumat tu." sambungku lagi membuatkan Fatin menyengih.

Lama mengenali gadis kecil molek dari Kuala Terengganu ini, aku memang sudah cukup masak dengan perangainya. Dia akan bertanya dan terus bertanya jika jawapanku pendek-pendek. Dia akan terus bercakap walau aku hanya diam menyimpan suara.

Kekadang aku terfikir, alangkah bagusnya jika di badannya ada suis untuk aku matikan jika saat itu aku tiada mood untuk mendengar celotehnya atau boleh aku hidupkan di saat aku rasa sunyi dan sepi. Sepatutnya, dia tidak mengambil jurusan akaun kerana dia lebih sesuai dalam bidang komunikasi.

Lagi seorang roomateku, Yani pula jarang lekat di bilik. Dia memang selalu 'merempat' di bilik rakannya di aras bawah kerana malas nak panjat anak tangga. Lagi satu, dia jenis yang ramai 'peminat', berdating tak kira waktu.

"Hati-hati." pesan Fatin tatkala aku ingin melangkah keluar. pesanannya yang satu itu tidak pernah dia lupa tatkala aku ingin ke mana-mana. Itulah yang aku suka tentang dia, sangat perihatin terhadap sahabatnya sehingakan aku terfikir, cukuplah hidup aku ini dengan hanya ada Zhafran dan juga Fatin.

"Kau nak ke mana ni?" buat kesekian kalinya aku bertanyakan Zhafran sebaik masuk ke dalam keretanya.

Dia yang segak berkaca mata hitam hanya senyum, terus menarik gear automatiknya mengundurkan kereta sebelum memandu ke jalan raya.

"Aku nak beli kasut, nak kau tolong pilihkan." baru dia menjawab soalanku. Lambat betul! Dah lebih sepuluh minit aku bertanya baru sekarang nak menjawab pada hal bukan susah sangat pun.

"Kasut apa?" soalku hairan. Raya lambat lagi, takkan nak beli kasut raya kot.

"Sport shoes, yang lama tu dah koyak." jelasnya lagi dan aku mengangguk tanda faham.

Zhafran memang pemain bolasepak kampus dan selalu mewakili UM untuk setiap perlawanan antara Universiti. Sejak di bangku sekolah, dia memang aktif dalam sukan dan dialah yang bertanggungjawab mendorong aku untuk turut sama aktif dalam sukan ketika di bangku sekolah dulu. Kami sama-sama menjadi wakil sekolah dalam banyak acara sukan termasuklah balapan. Selain bolasepak, dia juga jaguh dalam acara larian 100 meter manakala aku pula dalam bola jaring dan juga bola baling.

Cuma bila melangkah ke UM ni, aku jadi malas untuk bergiat aktif dan berpanas di tengah padang walau Zhafran berkali-kali menggesa agar aku meneruskan aktiviti bersukan kerana katanya 'bersukan akan menjadikan tubuh dan minda kita sihat. Bila sihat, kita akan sentiasa bertenaga untuk belajar.'. Sudahnya, untuk tidak menghampakan dia, aku turun juga ke padang tetapi hanya menjadi penyokong dan tukang sorak apabila dia ada perlawanan.

"Yang ni cantik tak?" dia menyoalku sambil mencuba sepasang kasut jenama nike berwarna putih hitam. Waktu itu, kami sudah berada di kedai kasut di Midvalley. Sesampai saja di komplek membeli-belah tersebut, dia terus mengheretku ke situ.

"Up to you la.... Kalau cantik tapi tak selesa pakai pun tak guna juga." ujarku sambil mengecilkan kedua mata memandang kasut yang sudah tersarung di kakinya.

"Aku tak minta kau jawab panjang lebar. Cakap cantik atau tak, itu aje." tingkahnya, sengaja mengenakan aku.

"Tak cantik!" pantas saja aku menjawab, sakit hati dengan kata-katanya. Walau sudah biasa dengan caranya begitu, terkadang ada waktu-waktunya aku jadi sensitif dan terasa hati dengan setiap bicara lepasnya. Bagi dia, aku ini tak punya hati dan tak perlu dijaga setiap kali berkata-kata.

"Alaaa.. Cakaplah cantik." dia bagai tidak berpuas hati.

"Eh! Kau nak pendapatkan? So, pendapat aku ialah tak cantik. Titik!" tukasku, mula berang dengan kerenahnya.

"Alah, kau saja jer cakap macam tu sebab dengki kan?" dia sengaja menuduhku. Faham dengan perangainya, aku hanya mencebik. Hilang akal ke aku nak dengki kat dia. Buang karen!

"Okey! Aku beli yang ni. Kalau kau kata tak cantik pun, aku tetap nampak handsomekan."

"Perasan!"

Dia ketawa sambil bangkit membawa kasut tersebut ke arah seorang jurujual dan meminta wanita tersebut mencarikan stok yang baru untuknya.

Sementara itu, dia merayau-rayau sambil menilik kasut-kasut yang lain manakala aku yang memangnya tiada mood untuk bergerak hanya duduk di atas bangku yang disediakan untuk pelanggan mencuba kasut.

Dari situ aku perhatikan dia. Benar, dia memang handsome. Jika aku berani menafikannya, itu hanyalah dusta semata-mata. Badannya, seperti ahli sukan yang lain, tegap dan sedikit berotot dilengan. Kulitnya tidak putih dan tidak juga hitam, sawo matang. Segala yang ada di wajahnya cukup sempurna. Yang paling menarik bagi aku ialah keningnya yang tebal dan terbentuk mengikut matanya, macam kening Baim Wong, pelakon Indonesia yang popular dalam drama sinetron. Apabila dia merenung, pasti hati boleh jadi cair. Tapi kata Fatin, yang menarik pada Zhafran ialah senyumannya. Entahlah! Bagi aku, lihatlah dari sudut manapun, Zhafran tetap nampak kacak dan bergaya.

Sedang aku sibuk meneliti dirinya, dia melangkah datang kembali ke arahku dengan membawa dua kasut perempuan yang berlainan dan diletakkan di tepi kakiku.

"Cuba yang ni." dia memberi arahan sambil menunjukkan salah satu kasut yang diletakkan tadi. Seketika aku terpinga-pinga memandangnya.

"Eh! Pandang aku buat apa? Aku suruh kau cuba kasut tu." sergahnya setelah melihat aku tidak bergerak.

Tanpa suara, aku mencuba dua-dua kasut yang dia bawa tadi.

"Yang tu selesa tak?" soalnya ketika aku sedang mencuba kasut yang kedua.

Aku mengangguk perlahan dan sebelum sempat aku bertanya apa-apa, dia sudah menggamit seorang jurujual yang kebetulan ada berhampiran situ.

"Tolong ambil yang ni, saiz enam ya. Warna hitam." ujarnya pada jurujual tersebut.

"Kau nak beli untuk siapa?" soalku kehairanan. Memang kalau ikutkan, saiz enam itu adalah saiz kakiku.

"Untuk kaulah! Siapa lagi. Takkan untuk tauke kedai ni kut." bersahaja dia menjawab sambil melirik ke arah wanita berbangsa cina hampir separuh abad dengan make-up mengalahkan pelakon opera yang duduk di depan kaunter pembayaran. Mulutnya bising mengarahkan itu dan ini pada sales girl yang bertugas dengan nada mengalahkan alunan muzik yang dipasang di kedai tersebut.

"Bukan untuk girlfriend kau?" aku sengaja menduganya sambil menyengih ke arahnya.

"Kaulah satu-satunya kawan perempuan yang aku ada." selepas mengucapkan kata-kata itu, dia terus bangkit ke kaunter pembayaran untuk membuat pembayaran.

Aduh! Hatiku sudah jadi berlainan rasa. Kenapa sejak akhir-akhir ini, aku seakan mengharapkan sesuatu yang berbeza dari dia?

6 comments:

aimie_afifah said...

nakk kasuttttttttt baru juga....

DLa...ko sibuk juga ker ni?

DLa said...

aimie..sian ko..nak kasut bru ekk...zhaf nk bli kat aku..aku ckp xyah la,aku bru jer bli kasut baru..hahah..ayat pasan tuh..

aimie..boss aku pon dah sangkut ngan Baim Wong la..haha..

boss..tem Q penat2 pon smpat ko letakkan n3 baru...ni yg aku sayang sgt ngan ko nih..hihhi..ayat kipas tu..

Hani Fazuha said...

aimie.. kasut tu hanya utk Lya

DLa.. aku tahu ko tgh kipas aku supaya aku cepat2 siapkan cter ni kan..

DLa said...

hahaha...boss mmg x dpt nk d nafikan lg la ko memangggggg bijak..hehehe...

Hani Fazuha said...

mmg aku dah agak...

fnaMaya said...

salam , kak HKC stand 4 ??
xtually , novel akak sume best2 ..
serius ckp gaya akak describe psl watak hero lain dr yg lain ... teehee =_=
sy suke gilerr.. all da bestt =)