FOLLOWERS

HSC Trailer

Sementara menunggu HSC yg masih tak keluar-keluar lagi, aku bagilah sikit lagi Trailer khas untuk DLa dan membernya, aimie....

*******
‘Maafkan saya, Arman. Maafkan saya atas segalanya. Kalau saya boleh memilih, saya pasti akan pilih awak sebab saya tahu hati ini hanya akan bahagia bila bersama awak’.
Tiba-tiba hatiku terasa ingin memberontak. Mahu saja aku mengajaknya lari jauh dari sini. Namun, tegakah aku melakukan itu sedang segalanya sudah dirancang baik oleh Zhafir? Tegakan aku melukakan hati semua orang hanya kerana ingin menurut kata hatiku?

Tidak tahu mahu berfikir apa-apa, aku bangkit lantas keluar dari bilik pejabatku meninggalkannya yang masih mematung di kerusi. Dengan langkah longlai, aku pergi mencari Aleeya.

“FEA... rasanya, kau masih ada waktu. Cubalah bawa berbincang dengan Zhafir, mungkin dia memahami.” Itulah kata-kata nasihat Aleeya yang membuatkan aku berfikir berulang kali. Masih adakah peluang untukku berbincang dan membatalkan segalanya?

Ah! Tidak mungkin Zhafir mahu membatalkannya hanya untuk memberi peluang kepada hatiku dan hati Arman bersatu apatah lagi motifnya melamarku juga bersebab agar Arman terus kekal bersama Zura. Mungkin juga aku mampu membuat dia berasa cuak untuk meneruskan perkahwinan ini.

Tiba-tiba aku mendapat satu akal. Aku harus menjadi wanita luar biasa yang mampu menimbulkan rasa tidak suka di hati Zhafir sekali gus melupakan niatnya untuk mengahwiniku. Ya! Aku sudah tahu apa yang harus aku lakukan.

BUAT kali ketiga dalam sejarah, aku menghubungi Zhafir. Memang aku ingat, ini merupakan kali ketiga aku menghubunginya sepanjang tempoh aku mengenalinya. Kali pertama, ketika aku mahu menyatakan persetujuanku menerima lamarannya, kali kedua ketika aku ingin meminta pertolongan daripadanya tentang cuti tahunanku dan ini merupakan kali yang ketiga. Selainnya, dia yang banyak menghubungiku.

“Boleh kita jumpa?” Aku terus bertanya sebaik dia menjawab salamku.

“Rindu ke?” Selamba sahaja dia menyoalku kembali tanpa memberi jawapan pada persoalanku.

Rindu? Mengigaukah dia? Mungkinkah ada perkataan rindu pada hati yang tidak pernah wujud rasa cinta?

“You rasa macam tu ke?” Aku kembalikan soalan itu kepadanya dan tawanya meletus kuat.

“I rasa tak, kot?” jawabnya di hujung tawa. Terasa lucu pula dengan jawapannya tetapi aku tiada daya walau hanya untuk tersenyum.

“So, boleh tak?” Aku kembali kepada persoalan sebenar tujuan aku menghubunginya.

“Kalau I kata tak boleh?” Jawapannya juga berupa satu soalan yang seakan sengaja untuk mendugaku.

“Okey. Tak ada paksaan.” Ringkas jawapanku.
Kedengaran tawa halusnya di hujung talian. “Okey. Bagi I half an hour, I datang jemput you.” Keputusannya jauh melencong daripada apa yang kufikirkan.

“Tak payah susah-susah. You beritahu aje mana tempat yang senang untuk you pergi, I akan ke sana.”

“Half an hour from now, I’ll pick you up. Just wait there!” tegasnya lebih berupa arahan. Aku tahu, apabila dia sudah mengeluarkan kata-kata begitu dengan nada yang begitu, bermakna aku tidak berpeluang untuk membantah lagi. Mungkinkah manusia yang sudah biasa jadi bos besar sikapnya begitu? Hampir setiap kata-katanya berbentuk arahan yang tidak boleh dibantah sama sekali.

Namun begitu, di sebalik sifatnya yang suka memberi arahan, ada sesuatu yang harus aku puji pada dirinya. Dia jenis manusia yang menepati janji. Bila berjanji, dia akan pasti datang mengikut waktunya.

SEPERTI janji-janjinya yang terdahulu, hari itu juga dia datang tepat pada masanya, selepas setengah jam dari tempoh kami menamatkan perbualan. Entah bagaimana dia merancang masanya tetapi sering kali dia akan tepat pada waktunya.

Dia menghadiahkanku senyuman sebaik aku menghampiri-nya yang sedang berdiri di sisi keretanya. Rutinnya apabila datang menjemputku, dia akan turun membukakan pintu kereta untukku. Itu lagi satu keistimewaan yang ada padanya, dia tahu cara untuk menghargai wanita.

“Ke mana kita?” soalnya sambil memasang tali pinggang keledar.

“Ke mana saja tempat yang boleh dibawa berbicang dengan tenang,” sahutku. Dia mengangguk dan terus memandu.

Tidak jauh perjalanan kami, dari Serdang dia terus ke Hotel Equatorial dan kami berdua makan malam di situ.

“Sebelum kita kahwin, I ada beberapa permintaan lagi daripada you.” Aku tidak membuang masa lagi, terus membuka bicara setelah pelayan yang mengambil pesanan beredar pergi.

Seperti biasa, dia angkat kedua belah keningnya sebagai isyarat agar aku meneruskan bicara, manakala dia pula akan terus teliti mendengar.

“Hantarannya, I nak sebiji kereta dan sebuah rumah.” Terus sahaja aku meluahkan permintaan ‘gila’ tersebut yang memang sudah terencana di fikiran sejak siang tadi.

“Okey!” Tanpa ragu-ragu dia memberikan persetujuannya.
Aku pula yang terkejut mendengar jawapannya. Terdiam sekejap aku di tempat duduk. Perlahan-lahan aku menelan liur memandangnya. Semudah itukah? Kenapa dia langsung tidak terperanjat dengan permintaanku? Kenapa wajahnya begitu bersahaja sekali?

“Betul ke ni?” tanyaku mahukan kepastian.

“Yeap! You nak kereta apa?” Masih bersahaja, dia menyoalku kembali seolah-olah permintaan itu begitu mudah sekali untuknya, semudah membeli kuih untuk sarapan pagi! Argh! Aku pula yang jadi tertekan dengan reaksinya itu.

Aku membisukan diri seketika, tidak tahu untuk menjawab soalannya kerana sememangnya aku tidak menyangka reaksinya yang begini. Fikiranku ligat berputar mencari-cari nama kereta yang wajar disebut bagi menjawab pertanyaannya.

“Toyota Caldina.” Beberapa saat selepas itu bibirku lancar menuturkan jawapan sejurus sepasang mataku terpandangkan sebuah Toyota Caldina berwarna white pearl memasuki parkir hotel tersebut. Kebetulan, kami sedang duduk di tepi cermin dan boleh melihat dengan jelas keadaan di luar sana.

“Caldina? Are you sure?” Kedua-dua keningnya hampir bertaut apabila dahinya dikerutkan begitu. Mungkin tidak percaya dengan permintaanku.

Aku naik hairan melihat reaksinya. Tadi kata okey sahaja. Tapi kenapa sekarang dia seperti tidak percaya pula? Mahal sangatkah permintaanku itu? Hatiku tertanya-tanya sendiri.

“Caldina aje? Tak nak minta Merc atau BMW?”
Hah! Kali ini aku lebih terperanjat. Dia ni perli aku ke? Aku pandang wajahnya. Lama.

******
Ok.. takat ni dulu...
Soalan cepu mas, klu korang la, dpt peluang macam ni, kereta apa yang korang mintak?

18 comments:

DLa said...

huhu..cian Arman kan..

kerek giler ar..Fir ni...tp aku sukeee. jgk nk wat camna..hehhe..

hani klu aku ckp ko nk kasi ker.. w/pon aku tau x dapt..aku ttp nk ckp gak..aku nk Hyundai Tucson jer.
model yg bru k.. klu nk bg BMW lg ok..hahaha...

aimie.. ko plak..nk keta apa..

Hani Fazuha said...

DLa.. nnti aku suh Zhafir pertimbangkan prmintaan ko tu.... itupun Klu dia sudi jeling2 ko laaa... klu tak, mintak maaf byk2..hahaha

DLa said...

hani..klu dia jeling2 pun aku demam seminggu..klu dia bg aku keta..mau jd giler aku...hahaha..
payah la klu dah ala2 berhantu ni.. tidoq pun mata terbukak jer..
hahaha...

[rania firdaus] said...

salam, kak hani cyg...
bila agaknya HSC ni nk ada kat kdai? tgn sy da gatai nk pegang baby baru akak ni... mata ni pn da tkedip2 nk bc... tk sabo... hehe...

er... kalo sy ni jd fea (tp sy tau sy tk lyk jd heroin dlm citer akak ni... huhu...), alang2 nk kenakan si zhafir tu biar puas ati... pilih kete sorong yg tayar 1 tu... mtk kaler biru... sbb susah nk dpt... kalo ada pn, kaler ijau... hihi...

btw, jeles la sy... takde ke laki hensem-kaya-beriman kat luar tu yg nk offer camtu kat sy ni? haha...

Hani Fazuha said...

DLa.. aku doakan ko tak brtemu nga Zhafir tu sbb aku takut ko jadi giler, kang aku ilang sorang pengikut setia..hahhaa..

Hani Fazuha said...

Rania..uik! awk pon baca gak ke?....isk! assigement dah siap? buku dah abis study? klu xdpt jwb exam, siap!..hahaha..

Keta sorong erk? kaler pink boleh tak? lagi nampak cun..hehehe...

Untuk pengetahuan awk, laki kaya yang hensem, beriman dan baik rasanya dah pupus la kat atas muka bumi neh!...

Oh! sblom trlupa, akak baru abis baca baby awak... best!..terharu sebab ada gak terselit nama akak kat tinta penulis tu...

DLa said...

hani..huhh sedih ni..x sangka sayang gak ko kat aku kan..huhhu

aku tau la aku kan promoter n pelaris kesayangan ko kan..(giler punya perasan hahaha...)

aimie_afifah said...

Hani..ails..name aku pun terselit gak..hahahah..trimas..huhuhu
DLa sure dah pinksan seminggu kalo jumper si Zhafir nie..
aku?..nak keta Lotus itam jer..tp paling koman Merce 7 series..huhuhu..aku dok usha jer la kat ballroom kat kuah tue..huhuhuhu

DLa said...

aimie..ko klu dpt keta mewah pun dok pusing pulau ja pun..x yah la bg aku jer..hahaha..

aimie jgn marah ekk..nnt hani jual..hahaha

Hani Fazuha said...

aimie... wah! Merce 7 Series? sama nga Zhafir, dah kira melampau tu...hahaha..

DLa.. btul ckp ko tu, dia bkn boleh jln jauh pon, takat pusing2 pulau yg kecil tu, membazir jer bagi keta mewah...

DLa said...

hani..aimie tu bkan apa..dia nk wak seal ngan pinggu dia ronda2 la tu..hahaha

hani..aku nk date ngan Fir nek Merce dia tu leh x..agak2 ko la.. hikhik..

aimie_afifah said...

Hani...huwaaaaaaaaaaa..x kira nak jugak..baru padan ngan Zhafir..hahahah...keta idaman tue wei..kalo x leh dpt merce 7 series tue..Lotus itam pun jadik ler....heheh..

DLa..Hani..walau pun pulau nie kecik..aku x kira..nak jugak bawak keta yg lagak mewah tue..memang kat sini ramai jer berlagak ngan keta mewah cenggitu...hahahahah...

Hani Fazuha said...

DLa....aku tanya pasal keta idaman jer, aku tak suh ko fikir nak date nga dia...

aimie..aku rasa kalu ko nangis guling2 pon, mamat tu blom tentu jeling ko..hahaha..(ketawa jahat)

aimie_afifah said...

aduhaiii..Hani..hancus ati aku ngan kenyataan maut ko tue...hahahah..

Hani..DLa tue dah nak lebih2 la tue...

Bila HSC nak publish nie Hani? dah tahap gaban dah dok nunggu nie..Alaf tunggu next year ker

DLa said...

aku x kira..apa jadik pun aku nk jugak date ngan Zhafir...

klu bleh ngan ketiga-tiga hero ko tu hani...

sorang sekali pun x pa...hahaha...

kepala ding dong sudah mari..hihhihik

[rania firdaus] said...

ala... akak... ni tgh cuti la... bg la pluang sy nak sengih sorang2 dpn laptop lak jap bc buah tgn bru akak ni... bru2 ni sy duk muram ngadap buku je... =p

bley gak, kak... tp sy alergik ngan kaler pink... mcm perempuan sgt... biru ok kut... hihi...

ye ke laki kaya hensem beriman da pupus... tak smpt la sy nak book sorang? huhu...

whoaaa... akak da bc ek? tengkiu, kak... terharu sy... tp camtu la, kak... stakat letak nama akak je yg sy mampu... hehe...

Hani Fazuha said...

Rania... akak pon terharu gak ni..isk! isk!(sambil lap air mata)

Maryam Kamal said...

suzuki swift !~

comel jek kalau ngan wanita korporat.
nampak vogue gitu ~

:D