FOLLOWERS

HSC : Trailer...

Ikutkan hati aku memang tak mahu pergi tetapi Zura paksa sungguh-sungguh. Lagi pun, terasa tidak manis pula jika tidak menghadirkan diri kerana aku adalah salah seorang daripada warga Mega Jaya.

Namun begitu, aku betul-betul jadi geram apabila Zura tiba-tiba mengubah rancangan meminta aku menaiki kereta abangnya manakala dia pula akan pergi menjemput Arman terlebih dahulu. Katanya, lelaki itu masih baru di sini dan masih tidak tahu selok belok jalannya. Ah! mengada-ngada betul.

Oleh kerana tiada pilihan lain yang aku ada dan waktu itu kami sudah sama-sama melangkah keluar dari rumah, aku turutkan saja langkah Zhafir ke kereta mewahnya, BMW 7-Series warna hitam metalic. Huh! Baru mula kerja, kereta sudah tahap busines juta-juta. Anak orang kaya, apa saja pun boleh. Tetapi, aku jadi hairan juga kenapa dia ke majlis tersebut sendirian saja. Mana pergi teman wanitanya?

Sepanjang jalan, aku bisukan mulut. Kalau boleh, aku memang tidak ingin menumpang lelaki kerek ini. Tetapi, jika bersama Zura akan menjadikan hatiku luka berdarah, apa lagi pilihan yang aku ada? Rasanya lebih baik duduk di dalam kereta ini dan jadi bisu daripada duduk di dalam kereta Zura dan menyaksikan kemesraannya bersama Arman.

“Dah lama kenal Zura?” Tiba-tiba telingaku menangkap suara bertanya dari ‘orang sebelah’. Sekilas aku menolah pandang.

“Lebih kurang empat tahun.” Jawabku perlahan.

“Ikmal?” soalnya lagi dan sekali lagi aku menoleh ke arahnya.

“Baru lagi.” Balasku juga perlahan.

“Arman?” lagi dia menyoal memanggil aku untuk menoleh kali ketiga. Isk! Soalan berangkai ke ni?

“Baru juga.” Bohongku.

“Tapi.. rasanya, Arman tu dah lama kenal you.”

Terkejut! Itulah yang aku alami tatkala mendengar ayat penyata yang keluar dari bibirnya namun, aku buat-buat muka bersahaja.

“Silap orang kot.” Balasku tanpa mahu berfikir lebih lanjut tentang kenyataannya itu.

“Tak mungkin akan ada nama yang sama dengan wajah yang sama untuk orang yang berbeza.”

Isk! Ayat apa ni, aku tak faham. Aku kembali membisu dan membiarkan kenyataannya itu ditelan gelap malam. Buat waktu ini, aku tidak ingin berbicara sesuatu yang berkaitan dengan Arman kerana ia akan menjadikan perasaan dan fikiranku bercelaru tanpa punca dan penghujungnya.

Selepas itu, kami saling membisu sehingga tiba di tempat yang dituju. Keluar dari kereta saja, aku segera mengatur langkah mendahuluinya kerana tidak ingin dilihat datang bersama-sama. Dia tetamu kehormat, tidak layak untuk berganding denganku.

Beberapa langkah bergerak, tiba-tiba lenganku di tarik dari belakang. Terkejut, aku hampir ingin menjerit tetapi tatkala melihat senyuman di bibir Zhafir, aku bulatkan mata sambil meleraikan pegangannya di lenganku.

“Oleh kerana datang dengan I, you perlu jadi teman I.” ujarnya sambil menghulurkan jemarinya untuk aku sambut namun, aku cepat saja menyilang tangan ke belakang sambil memandang saja huluran tangannya.

“Rasanya, I tak pernah sign apa-apa kontrak untuk jadi teman you.” Balasku sambil merenungnya dengan kening yang berkerut.

“Kalau dah sign kontrak tu, maknanya you kena jadi teman I untuk seumur hidup.” Selamba wajahnya dengan senyuman mekar di bibir.

Sungguh.. aku tidak faham dengan maksudnya tetapi lebih baik aku terus tidak mamahaminya.

********************************

Baru saja melabuhkan punggung ke kerusi, Zhafir tiba-tiba muncul memeranjatkan aku. Langkahnya perlahan menuju ke peti ais dan mengeluarkan jus Feel fresh dari dalam peti tersebut sebelum bergerak mengambil gelas di atas rak.

Dia sekali lagi mengejutkan aku apabila datang ke arahku membawa dua biji gelas yang penuh berisi jus tersebut dan satunya diletakkan di depanku. Tanpa suara, dia duduk di depanku dan tanpa suara juga dia terus meneguk jus dari gelas yang terpegang di tangannya.

“Apa sebenarnya yang sedang berlaku antara you dengan Ikmal?” dia tiba-tiba bersuara menyoal dan aku yang tidak menduga soalannya itu hanya mampu memandang wajahnya tanpa sepatah kata. Buat seketika kami saling berpandangan.

Aku mengambil jalan selamat untuk mendiamkan diri. Bercerita perkara sebenar tidak akan mengubah keadaan malah mungkin akan memburukkan lagi apa yang sudah sedia buruk.

I tahu you dengar apa yang berlaku di luar sana dan pastinya you tahu apa yang akan berlaku sekiranya Ikmal ingkar dan tetap memilih you.” Suaranya kedengaran bersahaja tetapi ayatnya penuh dengan pelbagai makna.

“Saya tidak pernah memilih sesiapa dan tidak pernah ingin dipilih oleh sesiapa.” Ujarku sebelum bangkit dan mencapai gelas yang sudah kosong di tanganya sebelum berlalu menuju ke sinki membersihkannya.

Dia terus diam sehinggalah aku melangkah keluar dari ruang tersebut. Sungguh… kalau begini keadaannya, lamaran Ikmal tidak perlu aku pertimbangkan.

“Ikut kata hati kau Fea, jangan peduli apa yang sedang dan akan terjadi.” Zura bersuara ketika kami sudah berada di atas katil malam itu. Dia bagai menyokong penuh keputusan angahnya memilih aku.

“Yang pasti, aku tahu angah suka sangat dengan kau.” Sambungnya lagi.

“Suka saja tak cukup Zura.” Balasku perlahan.

Memang benar, apalah yang ada pada sebuah rasa suka sedang di sekelilingnya terlalu banyak yang menentang? Aku tidak mahu sejarah lama berulang kembali.

"Angah yang aku kenal, dia suka buat keputusan ikut kata hati dan aku percaya, dia memilih kau kerana hatinya yang memilih."

Benarkah begitu? Benarkan Ikmal melamarku kerana mengikut gerak hatinya? Jika benar, kenapa hatinya memilih aku sedang dia punya banyak pilihan lain yang lebih segalanya? Apalah yang ada pada seorang manusia sepertiku ini sehingga sekeping hati milik lelaki sempurna seperti Ikmal itu telah memilih aku?

Kita tidak dilahirkan kerana kebetulan tetapi ada sebabnya Tuhan temukan kita dalam suasana yang begini’ teringat kembali sebaris kata-katanya. Apa sebabnya? Apa tujuan sebenar Tuhan temukan aku dengan dia dan mereka semua yang sedang berada di sekelilingku ini?

Bolehkah aku pejamkan mata dan berkata ya pada lamaran Ikmal sedangkan aku sendiri tahu bahawa semua ini akan lebih menyulitkan keadaan? Bolehkah aku pejamkan mata dan hanya memikirkan kepentingan diri sendiri tanpa mengambil kira hati-hati yang terluka kerana keputusanku?

Tidak! Sekeping hatiku sudah menjerit mengatakan tidak. Aku tidak boleh mementingkan diri sendiri. Hanya utuk melarikan diri dari Arman, aku tidak mungkin akan sanggup melukakan banyak hati dan menyulitkan banyak keadaan apatah lagi aku sendiri tahu langkah kaki kami tidak akan ke mana.

Jatuh cinta memang sangat mudah tetapi untuk mengubah arahnya tidaklah semudah kita jatuh cinta. Jadi, aku tidak ingin mengambil apa-apa risiko yang akan membuatkan aku tersungkur di kemudian hari.

**********************************

Tidak cukup dengan itu, kehadiran Zhafir ke ARHA petang itu menambahkan lagi kekusutan di kepalaku. Aku tidak tahu bila masanya dia datang tetapi, ketika aku menghampiri bilik Arman untuk menghantar dokumen yang harus ditandatangani olehnya, telingaku menangkap suara dua orang sedang bercakap-cakap di dalam bilik yang sedikit terbuka pintunya itu.

“Bro, adik aku tu dah separuh mati gilakan kau.” Itu suara Zhafir, aku memang kenal dengan suaranya.

“Fir... kau sendiri tahu, cinta bukan sesuatu yang boleh dipaksa.” Balas Arman kemudiannya.

Teruja dengan perbualan tersebut, aku terus memasang telinga. Nasib baiklah Jenny tiada di tempatnya waktu itu.

Then?” suara Zhafir kedengaran lagi.

Sorry to say, aku memang tak boleh paksa hati aku. Kerana itu, aku juga tak pernah ucap kata cinta pada dia.” keluh Arman.

“Sebab Fea ke?” terkejut aku mendengar namaku disebut oleh Zhafir.

“Dia dah lama pegang hati aku. And... I do love her.” mendengar telus luahan Arman, dadaku terus bergetar. Tahukah dia, hatiku juga telah diambil olehnya?

“Ada apa pada Fea sebenarnya?” Zhafir menyoal dan aku jadi tidak sabar untuk mendengar jawapnnya.

“Mmmm...Soalan yang cukup interesting.” Kedengaran Arman tergelak kecil.

“Kalau cantik yang kau lihat, dia memang tak cantik tapi cinta tak perlu pada kecantikan kerana cinta itu sendiri sudah mencantikkan segalanya yang ada pada dia.” Bicara Arman terus membuatkan aku terpaku di situ. Benarkah begitu? Benarkah cinta akan mencantikkan sesuatu yang tidak cantik?

“Kalau kau kata perempuan tu cantik kerana rupanya, itu nafsu semata-mata. Akal dan hati akan kata seseorang perempuan tu cantik atas dasar ilmu dan akhlaknya. Dan.... cantiknya Fea tu ada pada peribadi dia. Senyum dan tawa dia boleh buat kita rasa tenang dan damai." Sambung Arman lagi dan kata-katanya terasa sejuk menyerap ke hatiku.

Kedengaran suara Zhafir ketawa perlahan.

“Hebat sungguh!” ulasnya dalam tawa.

“Dan kau, apa pula alasannya?” Soalan Arman menimbulkan tandatanya di hatiku.

Meaning?” Ketawa Zhafir terhenti serta merta.

“Jangan ingat aku tak tahu. Kereta dan rumah, tawaran yang langsung tak masuk akal untuk seorang yang berpangkat Assistant Manager dalam sebuah company yang kecil begini.” Kata-kata Zhafir menambahkan lagi rasa curiga di hatiku.

Ya! Memang dari awal menerima tawaran tersebut, akal warasku berkata tidak logik tetapi hatiku yang sering suka bersangka baik memujuk akal agar menerima itu sebagai satu keajaiban yang tidak semua orang boleh mendapatkannya.

“Aku ada alasan tertentu.” Jawapan yang sama untuk soalan yang berbeza pada dua orang yang berbeza dan aku jadi makin tidak mengerti dengan lelaki yang bernama Zhafir ini.

“Dan alasan kau selalunya untuk kepentingan diri sendiri. Am I right?” bidas Arman sekali lagi mengundang gelak Zhafir.



8 comments:

DLa said...

ahh...hani..ko buat aku mkin x sabar la nk bc full story..& xsabar nk tau siapa pilihan Fea...
Fea...pilih la Fir..
hani.. agak2 ko bla nk kuaq ha..xkan taun depan kot..cam lame je aku rasa..
waaaa...alaf publish la nvl HSC cpat2...dah x sabar tahp cipan dah ni..
cian Fea...x abih2 msalah..huhu..
hani ..ko mmmmmg best laa..
pnjang nyer(cam karangan plak)

Hani Fazuha said...

DLa..hahaha.. mmg itu sebenarnya tujuan aku, nak buat ko rasa mcm nak terloncat2 dan tersengih sorang2..wahahaha.(gelak jahat)

Cik Kak oi! taun depan tu tak lama lagi, xsmpai sebulan lagi dah..
Tpi sbnarnya, aku pon tak tahu bila nak publish..hahaha...

Aku nak tanya ko, camana ko blh pilih Fir yer? Kenapa tak Fea&Arman? Pelik aku neh!

DLa said...

hani..ko mmg suka tgok aku mcm cacing kpanasan x senang duduk..kan..wahaha...aku pun gelak jgk la...

apapun tetap taun depan tu..

hani..ntah aku pun x tau..ntah2 aku pun dah jatuh cinta ngan Fir x...hahaha..
tp tu la Fir la plak x nk kat aku...huhuhu..cian aku kan..

Hani Fazuha said...

DLa... uih! si Zhafir kerek tu pun ko suka? Heran aku, Fea tu cukup menyampah dengan dia, muka selamba tapi bercakap penuh makna tersirat .....
Tapi, dia handsome la...aura dia kuat....

DLa said...

Tapi, dia handsome la...aura dia kuat....

hani..that why la napa aku suka Fir, tang kerek xpe aku leh pi bguru ngan Lia SS, camana dia wat kat Joe Jambul tu...hahaha...

Hani Fazuha said...

DLa... ko kena jadi mcm Lia yang selamba derk tu dulu baru ko boleh tahan nga si Zhafir ni... Fea pun kekadang rasa mcm nak telan dia hidup-hidup...
Tapi... ko dengar ayat ni :
'Apa ada pada gadis biasa2 seperti Hanisofea itu sehingga Zhafir sanggup jatuh miskin utk mendapatkan haknya..dot..dot..dot. (ko pikirlah sndiri sambungannya..hahaha..)'

Lagi satu...
'Ada apa pada Zhafir sebenarnya sehingga hatiku tidak mampu duduk bertenang dengan hanya mendengar sebaris namanya(Fea)'

DLa said...

hani.. ishhh ssh jgak ekk...tp itulah...HARGA SEBUAH CINTA...yg dorang t'pksa byar ntk dptkannya..

isshh.. bla nk kuaq nii..aku hanya sggup byr'HARGA SEBUAH NOVEL' jer..

utk'HARGA SEBUAH CINTA'nnti aku cek blk mampu ke x...hahaha..

Hani Fazuha said...

DLa..Harga Sebuah Novel tak mahal.. xsmpai 20 hengget..
Harga Sebuah Cinta? boleh byr ansur-ansur tpi agreement spanjang hayat...