Prolog
LANGKAH Hani Aleesya terhenti tatkala beberapa orang
pelajar wanita menghadang perjalanannya. Hari itu dia sendirian tanpa Liza
Wati. Sahabatnya itu tidak hadir ke sekolah kerana diserang cirit birit.
“Ada
apa?” Entah pada siapa ditujukan soalan tersebut tetapi satu persatu wajah yang
pelbagai reaksi di depannya diteliti dengan kening berkerut.Siapa yang tidak
kenal dengan Fareena Dato Othman and The Geng di sekolah ni? Tetapi
persoalannya, kenapa Fareena tiba-tiba menghadang langkahnya dengan wajah
seribu kebencian.
“Aku
tak mahu cerita banyak dan tak minat nak cakap banyak kali. Aku nak kau dengar
baik-baik.” Fareena hentikan bicaranya di situ. Wajahnya di dekatkan ke wajah
Hani sehingga gadis itu terpaksa melarikan kepalanya ke belakang.
“Redza
tu hak milik kekal aku dan kau jangan sesekali bermimpi untuk merampasnya. Apa
saja yang berkaitan dengan dia tidak layak sama sekali untuk kau puja
termasuklah gambarnya.” Nada perlahan tetapi penuh dengan amaran keuar dari
bibir mungil Fareena.
Saat itu, Hani terasa
wajahnya sudah tidak berdarah. Secepat inikah berita tersebar? Rasanya, baru
petang semalam dia dimalukan di depan
rakan sekelas 5A1 oleh Redza Ashraf dan hari ini, Fareena and The Geng
sudah mengetahuinya. Dia percaya, kalau beberapa wajah di depannya ini sudah
tahu, bermakna seluruh pelajar sekolah ini juga pastinya sudah tahu. Sungguh
memalukan.
Sekali lagi Hani
memanggung kepala memandang empat lagi wajah lain yang bersama Fareena itu.
Semuanya tersenyum sinis dan berbisik sesama sendiri.
“Far, aku rasa baik
kau beli cermin besar-besar bagi budak ni. Biar dia cermin diri dia dulu
sebelum bermimpi nak ada hati pada Redza. Mungkin lepas tengok cermin tu dia
akan jadi sedar diri.” Saranan salah seorang dari teman Fareena yang berada di
situ disambut oleh semua orang termasuklah Fareena dengan gelak besar.
Sungguh! Saat itu dia
rasa terhina sekali. Buruk sangatkah dia sehingga harus diberi cermin untuk
menilik diri sendiri? Dia seperti ingin mencari Redza dan memakinya
cukup-cukup. Kalau bukan kerana lelaki
itu, pastinya semua orang tidak akan tahu.
Memang Redza itu
sangat kacak dan menjadi pujaan segelintir besar pelajar di sekolah ini. Memang
juga Fareena itu cantik dan dikatakan
sangat sepadan dengan Redza. Sementalah dia sering dilihat ke mana saja berdua
bersama lelaki itu. Tetapi, kalau semua yang cantik pasangannya adalah yang
kacak, bagaimana pula dengan yang kurang cantik sepertinya?
Ah! Memang dia sedar
diri. Dia tidak langsung berniat untuk merampas Redza dari Fareena. Hatinya
saja yang sudah terlanjur jatuh suka dan sering memuja. Namun, mulai saat ini,
dia akan cuba menanam benih benci untuk lelaki itu.
2 comments:
Go go..best cite ni..
Oh dah keluar ke novel ni kak hihi x sabar nak dapat kan .
Post a Comment