PROLOG
Yang luar biasa pagi itu, tatkala mata
terbuka, perutnya terasa memberat seperti ditindih sesuatu. Dalam mamai, tangan
cuba meraba. Tersentuh sesuatu yang berbulu halus seperti lengan.
Hah!
Berbulu? Mata terus terbuka luas. Otak masih lagging tapi telinga seperti
terdengar dengkuran halus. Pantas kepala tertoleh ke arah datangnnya dengkuran
tersebut.
“Arrgghhh!!!!!”
Arissa terjerit kuat dan spontan tubuhnya bangkit duduk menegak. Saat yang
sama, orang yang berdengkur di sebelah turut bangkit.
“Rissa…”
“A..pa..
abang buat kat sini?” Tangan dia sudah Arissa tolak jauh-jauh. Serius, geli
giler. Macam pegang ulat bulu pun ada.
“Semalam
Rissa demam, abang temankan.”
Teman?
Sampai ke bilik begini? Sampai tidur sekatil? Ambil kesempatan ke apa?
Yang
dia ingat, dia demam sejak semalam dan malam tadi adalah kemuncaknya sehingga
dia langsung tidak berdaya untuk membuka mata. Dan malam tadi juga, lelaki
‘utusan’ daddy ini datang melawatnya.
Arissa
pandang wajah lelaki yang sudah terduduk di lantai dengan siku bertongkat di
tilam. Kacak! Itu memang tidak dinafikan. Anak buah kesayangan daddy yang
menjadi orang kepercayaan. Apa taknya, semua urusan dia di rantau orang ini,
Zhariz yang uruskan termasuk datang melawat dia setiap tiga bulan sekali.
“Rissa…are
you okey?”
Arissa
raba dahi sendiri yang terasa sejuk. Okey! Ada cool fever tertepek di situ. Tentu
Zhariz yang lekatkan.
“Demam
lagi ke?” tiba-tiba tangan Zhariz naik mahu menyentuh dahinya. Tindakan
refleksi, kepala dia terus bergerak ke belakang dan tangannya spontan naik
memegang lengan lelaki itu.
Mata
bertentang mata, hati tiba-tiba dilanda semilir. Tangan bersentuh mengalirkan
arus.
Entah
berapa lama dan entah bila Zhariz bergerak duduk di depannya, yang dia sedar
desah nafas lelaki itu sudah dekat di depan wajahnya.
Arissa
pejam mata, seolah merelakan apa yang bakal berlaku. Tapi, saat bibir saling
bertemu, ada suara datang menyeru.
‘Jangan
bermain api Arissa, dia itu bakal abang iparmu. Jangan berajakan nafsu, kelak
musnah seluruh jiwa dan ragamu.’
Spontan tubuh
yang sudah hampir merebahkan dia ke tilam itu ditolak kuat.
“Rissaaa….
Abang…”
“Abang
kejiii!!!” Arissa terus menjerit. Bibir yang sudah tercemar digosok dengan
lengan sendiri.
1 comment:
best.....semua novel kak memang terbaik....
Post a Comment