Part 1
Yang
luar biasanya hari itu, tatkala matanya terpandangkan Zhariz yang baru melangkah
masuk ke ruang tamu, hatinya terus dilanda debar. Peristiwa menggetarkan naluri
di pagi tersebut menjengah sanubari.
Ah!
Dia hanya seorang abang. Anggap saja khilaf lelaki yang sentiasa diiring nafsu
pada setiap langkahnya.
“Nak
ke mana?” soal Zhariz. Atas bawah matanya menelek Arissa.
“Keluar.”
Ringkas saja Arissa menjawab dan terus melangkah ke dapur.
Cari sarapan lagi bagus dari menjadi tatapan mata
lelaki itu. Serius, seram giler.
“Ke
mana?” kedengaran lagi suara itu dari arah belakang.
“Jumpa
kawan.”
“Lelaki
ke perempuan?”
Arissa
hentikan langkah di tengah laluan ke dapur dan toleh pandang ke belakang. Dia..
lelaki yang sudah papa anggap seperti anak sendiri, yang sudah seperti ahli
keluarga di rumah ini, berdiri hampir di belakangnya.
Arissa
pusing mengadap Zhariz dan undur selangkah ke belakang. Kenapa tiba-tiba saja
lelaki ini mahu mengambil tahu tentang dirinya? Lebih 24 tahun hidup dan selama
itu juga dia sudah terbiasa dengan lelaki ini. Keluar masuk rumah sudah seperti
keluarga sendiri. Tapi, selama ini, dia seperti halimunan. Ada, tapi seperti tak pernah wujud.
“Kalau
perempuan kenapa? Kalau lelaki kenapa?”
Zhariz angkat
kening, sekali lagi mata lelaki itu menelek Arissa atas dan bawah.
"Boleh tak
cuba pakai sopan sikit?" Nadanya lembut tetapi ayatnya boleh buat telinga
Arissa panas dan berasap.
Sekilas Arissa
telek diri sendiri. Baby T biru bersama skirt pendek paras lutut juga berwarna
biru.
Apa yang tak
kena? Ini kan pakaian yang biasa dia pakai. Selama ni tak ada pulak yang
menegur, kenapa tetiba hari ni mulut lelaki ini ringan menegur?
"Orang
tak beli guna duit abang. Suka hati laaa..." Arissa jeling sekilas sebelum
mencebik dan ingin meneruskan langkah ke dapur.
"Memang
tak guna duit abang tapi, abang tak suka tengok sesuatu yang tak sepatutnya abang
tengok."
Sekali lagi langkah
Arissa terbantut. Apa ke pelik benar ayat Zhariz ni? Bukan ke selama ini dia
biasa pakai begini malah lebih pendek dari ini pun sudah biasa.
"My dear
brother in-law-to-be.... orang tak suruh abang tengok pun. Tu... bakal isteri abang
kat atas tu, selalupun shortsleeve jer, abang ada tegur?”
“Abang tegur Risa
sebab abang ambil berat. Tak boleh?”
“Darlinggg… you
dah sampai ke?” Suara jeritan dari atas membantutkan suara Arissa untuk
membalas.
Senyap.
“Darlingggg…
Suara you ke tu?” terdengar lagi jeritan dari tingkat atas banglo mewah itu.
“I dah lama
sampai.” Suara Zhariz membalas tetapi matanya melekat pada si gadis di depannya.
Arissa julingkan
mata ke atas dan terus melangkah ke dapur. Peti sejuk dibuka dan Peel Fresh Marigold
perisa oren dikeluarkan. Langkah diatur menuju ke kabinet dapur untuk
mendapatkan mug yang tersusun cantik di situ.
“Rissaaa…”
“Abang nak
minum?” Arissa memintas, buat-buat macam tak ada apa-apa yang pernah berlaku
antara mereka.
“Darlinggg….”
Ryana sudah muncul di ruang tersebut. Seperti biasa, dengan skirt pendek dan
ketat menampakkan bentuk pinggulnya. T’shirt putih jenama polo yang melekat
kemas di badannya menampakkan seluruh isi dalam. Mmm..dah la pakai bra merah,
baju pulak putih. Sendiri fikir laaaa….
Arissa jeling
Zhariz yang menoleh ke arah Ryana. Huh! Suka la tu. Kalau dah namanya lelaki,
terhidang depan mata, janganlah nak hipokrit kata tak suka.
“Kak! Nak ke
mana?” Arissa beramah mesra. Hairan pula apabila melihat si kakak menarik bagasi
sederhana kecil bersamanya.
“Dubai.”
“Dubai?” Arissa
kerut kening.
“Bukan semalam
baru balik ke? Hari ni pergi lagi?” soalnya. Baru semalam kakaknya tiba dari
Australia, hari ni nak ke Dubai pula?
“Eh! Aku tak
kacau kau kan? So! Tolong jangan kacau hidup aku boleh tak?”
Arissa angkat
kepala. Mata Zhariz merangkap tunang si kakak jatuh ke wajahnya. Riak wajah
lelaki itu seperti mahu memujuk dan memohon maaf bagi pihak si tunang atas
kekasaran bahasa.
Ah! Dia tak
hairan pun. Sudah terbiasa kena begitu. Dia dan Ryana hanya berdua beradik tapi
sejak kecil memang tak pernah ngam. Dia memang selalu mengalah, tetapi si kakak
macam tak pernah puas
Bisness
keluarga langsung tak nak ambil tahu, sibuk mengejar glamor dunia modelling.
Haih!
Kadangkala dia
terfikir papanya tak adil. Si kakak boleh buat apa saja yang disukainya tapi
dia, terpaksa mengikut aturan keluarga. Belajar juga mengikut jurusan yang papa
pilih.
“Dah, jom!”
Lugagge di
tangan Ryana beralih ke tangan Zhariz dan mereka melangkah seiring keluar dari
ruang dapur tersebut.
Fuh! Arissa
lepaskan nafas lega. Duduk dilabuhkan ke kerusi. Peel Fresh orange yang dituang
separuh mug dibawa ke bulut.
“Kalau nak
keluar, tolong tukar pakai sopan sikit.”
Buuurrrrr….
Habis tersembur
minuman yang baru masuk ke mulut Arissa tatkala terdengar suara tersebut
betul-betul di tepi telinganya. Bila masa pula mamat ni masuk semula? Mana
perginya si kakak tadi?
“Apa masalah
abang sebenarnya ni?” Suara Arissa keras tetapi masih perlahan, bimbang juga
jika sampai ke telinga Ryana.
“Abang tak
suka!”
Huh! Dari tadi,
itu yang diulangnya.
“Abang suka
atau tak, itu tak ada kena mengena dengan orang.”
“Boleh tak
jangan degil?”
“Kalau orang
nak degil juga?” Arissa tayang muka sarkastik.
“Mulut jaga.”
Balas Zhariz geram. Wajahnya sudah didekatkan ke wajah Arissa. Kuat melawan
betul!
“Heh!” Arissa
tekup mulut sendiri sambil melarikan wajah ke belakang. Apa kes dia ni? Buang
tabiat ke? Pelik sungguh perangainya.
“Abang jaga
mulut abang tu dulu,” balas Arissa.
Sungguh, dia
pelik dengan sikap abang sepupunya ini. Sebelum ini, tak ada pula begini. Dia seperti
tak pernah wujud. Yang sering menjadi perhatian Zhariz dan kedua keluarga
mereka adalah kakaknya, Ryana Nabila.
Ryana dan
Zhariz lambang kemegahan keluarga mereka. Disatukan atas dasar tidak mahu harta
mereka beralih pada orang lain. Dia sendiri tak tahu antara kakaknya dan Zhariz
wujud istilah cinta atau tidak tetapi yang dia tahu, mereka berdua boleh terima
antara satu sama lain. Siap bersayang dan berdarling bagai lagi.
“Ingat pesan
abang.”
Zhariz terus
berlalu.
Eh! Main
ingat-ingat pulak. Tak kuasa la nak ingat.
13 comments:
Best..suka
best kak sambung ya tq.
Bestnyer... org yg kita sayang x kan nk bg orh len tgk ngan percuma tul x heheheh
Bestnyer... org yg kita sayang x kan nk bg orh len tgk ngan percuma tul x heheheh
Erkkkk... ingatkan yg time demam tu diorang suami isteri paksa... mcm ni lg best kot... kikiki
Sambung lg yer hani.....
Skit typing error 'lambing' utk "lambang" agaknya. Tp serius citer ni best sgt.....cepat2 menaipnya hani utk part 2
Aik..ni kakak ke adik yg dihajati...
abang ipar to be...nape yer??cinta mu tersalah arah ker???kalu take care yg terover...ape makna nyer...tanya hati muhasabah lh diri ris..yg pasti usah mkn ati yer...
Terima kasih utk komen...
cter ni saya tulis xde plot, ikut suka jiwa dan suka jari aje..hahaha
tak tahu lagi apa akan jadi nanti..
sama2 tunggu yer
best sangat2..teruskan hani:)
tak sabar nak tunggu next entry.. :)
Best sangat...teruskan...tak sabar tunggu novel terbaru hani publish. Pergi tanpa alasan dah berkali-kali ulang baca. Best yang teramat
uishh..tunang ngan org laen, jatuh chenta ngan org lain yer bang..
Post a Comment