FOLLOWERS

HKC - Bab 16

Sejak hari itu, Zhafran memang tidak pernah mencariku lagi dan aku juga seakan pasrah dengan ketentuan ini walau kesakitannya aku usung pada setiap langkah kaki. Moga dia bahagia dan mendapat apa yang dia mahukan, hanya itu doaku setiap kali bersujud pada Ilahi.

Sejak hari itu juga, aku sudah punya hobi berbeza. Setiap petang selepas habis kelas, aku akan berjoging sendirian mengelilingi kampus UM. Apabila terasa penat, aku akan berhenti dan duduk di kerusi yang terdapat di sekitar fakulti.

Sedang duduk bersilang kaki melepaskan lelah di kerusi depan library, pandanganku jatuh pada kasut nike yang aku pakai. Kasut pemberian Zhafran itu menjadi penemanku setiap petang. Fatin selalu menyindir, tak dapat jumpa orangnya tak apa, asalkan dapat pakai kasut yang dibelinya pun dah cukup. Kedengarannya agak melampau tetapi itulah kenyataannya. Memakai kasut tersebut, aku rasa seperti Zhafran ada bersamaku. Aneh sungguh rasa cinta itu.

Ketika sedang leka mengingati Zhafran, tiba-tiba ada seseorang duduk di sebelahku. Sebaik menoleh, senyuman Izwan menyapa pandangan. Rakan sekelas Zhafran yang sentiasa smart bergaya ini memang aku kenal tetapi kami tidak pernah berpeluang bercerita atau duduk berdua kerana setiap kali bertemu, pastinya aku bersama Zhafran.

“Sorang aje?” soalnya.

Aku angguk perlahan.

“Zhafran mana?” Soalnya lagi.

Aku angkat kedua bahu tanda tidak tahu. Mendengar dia bertanyakan Zhafran, aku teringat akan pesanan lelaki itu.

“Kau jangan rapat dengan Izwan tu.” Zhafran pernah menasihatiku begitu ketika dia melihat Izwan menegurku.

“Kenapa?” soalku ingin tahu.

Dia pandang aku dan aku angkat kedua kening. Apa yang aku tahu, Izwan memang siswa kegilaan ramai kerana kemewahannya. Keretanya saja boleh buat perempuan terlupa untuk berkelip tatkala memandangnya.

“Aku kenal dia dan aku tahu siapa dia. Secara logiknya, taste dia bukan perempuan seperti kau.” Ujarnya, lagak seperti tahu semuanya tentang lelaki itu.

“Maksudnya, aku ni tak cantik? Aku pandang dia dengan kening terangkat sebelah.

“Memang tak pun!” dia mengeleng sambil ketawa-ketawa dan tanganku cepat saja mencari sasarannya.

“Adehhh!! kau ni kuat betul mencubit. Naik biru badan aku tahu tak.” Dengusnya sambil menggosok lengannya yang aku cubit.

Walau tahu aku ini bukan seperti perempuan-perempuan yang biasa berdampingan dengan Izwan, sengaja aku bertanya untuk menduga Zhafran dan ternyata, aku ini tidak pernah nampak cantik di matanya.

Pun begitu, aku tetap jua tertanya-tanya kenapa Izwan seringkali suka menegur dan ada beberapa kali mengajak aku minum sedangkan aku ini bukan dalam kategori perempuan yang dia suka?

Sehingga ke detik ini juga aku masih tidak mengerti kenapa Zhafran melarang keras aku rapat dengan lelaki ini. Kekadang teringin juga aku bertanya pada Zhafran tetapi seringkali bila bersama dia, aku jadi lupa pada semua benda kerana di mata aku ini hanya ada Zhafran, Zhafran dan Zhafran.

“Sekarang ni, jarang nampak you dengan Zhaf. Gaduh ke?” dia bertanya lagi, mengorek cerita luka yang tidak ingin aku ingatinya lagi.

"Tak adalah. Masing-masing pun sibuk." aku cuba berselindung walau sebenarnya aku pasti ramai yang perasaan keadaan kami yang tidak lagi seperti dulu.

Bagaimana rupanya yang disebut orang sebagai belangkas dan tiba-tiba bertukar menjadi unggas yang terbang berasingan, begitulah juga diibaratnya kami berdua.

"I selalu nampak you joging sendirian dan duduk termenung sorang-sorang." ujarnya mengejutkan aku.

Pantas aku tertoleh pandang. Dia perhatikan aku ke? Kalau benar, kenapa? Jika tidak, bagaimana dia tahu?

"I nak baliklah." aku segera bangkit. Entah kenapa rasa tidak selesa tiba-tiba saja datang menjengah di hati.

“Lya… " dia juga turut bangkit.

"Jom minum! I belanja.” ajaknya dengan senyuman mekar di bibir.

Aku diam, memandang wajahnya tanpa perasaan.

“Kat situ aje.” Sambungnya lagi sambil menunjuk ke arah gerai yang terletak di tepi Library.

Aku berfikir sejenak. Kalau dulu aku sering menolak ajakannya kerana Zhafran yang melarang tetapi kini, setelah apa yang Zhafran lakukan padaku, masihkah relevan untuk aku mengikut kata-katanya?

Timbang dan tolak, aku akhirnya bersetuju. Tiada ruginya aku menerima pelawaannya. Di tempat terbuka dan siang buta begini, apalah sangat yang dia boleh lakukan.

Ketika berjalan beriring dengannya, ramai yang tertoleh pandang dan berbisik-bisik. Tentu mereka tertanya-tanya bagaimana gadis selekeh sepertiku boleh 'memikat' student terhangat di kampus ini. Terasa sekelip mata saja aku sudah bertukar menjadi selebriti.

"Awek you tak marah ke kalau nampak you minum dengan I ni?" aku sengaja ingin menduganya. Tak takutkah dia jika ada yang menyampaikan cerita? Setahu aku, kekasihnya juga student di kampus ini

"I mana ada awek." dia menafikan.

Aku mencebik.

"Tak percaya?" dia angkat kening memandangku. Waktu itu, kamu sudah duduk di meja.

"Boleh tak kalau I kata tak percaya?" Mendengar kata-kataku, dia senyum sambil mengeleng

"You ni pasti sudah dimomokkan dengan cerita-cerita tak elok tentang I kan?"

"Tak payah nak momok pun I tahu sendiri." Tukasku mengundang ketawanya.

Lama juga kami bercerita, dari satu topik ke satu topik hinggalah menyentuh tentang masa depan dan kareer masing-masing. Entah kenapa, dalam waktu yang sesingkat itu aku dapat rasakan keserasian antara kami. Bagi aku, tiada yang peliknya tentang lelaki yang bernama Izwan ini. Dia cukup peramah dan pandai bergurau seperti juga Zhafran.

Ketika aku meminta diri untuk pulang, dia menawarkan untuk menghantarku tetapi aku menolak dengan alasan kolejku tidak jauh dari situ. Sebenarnya, aku takut untuk naik kereta mewahnya. BMW white pearl yang hanya berpintu dua itu nampak begitu gah di mata semua orang. Rupa dan kemewahan, dua perkara tersebut meletakkan dia sebagai siswa paling popular di kampus ini.

Dia tidak memaksa tetapi apa yang membuatkan aku tidak selesa apabila dia bertindak menghantarku dengan berjalan kaki, melangkah seiring denganku menuju ke kolej.

“You tak payahlah ikut. For sure I tentu selamat punya.” Sambil melangkah, aku tetap jua melarangnya mengikutku.

“It’s okey.” Dia tetap berdegil dan tetap jua mengiringi langkahku.

Tiba di depan pintu utama kolej, pandanganku menyapa Ustaz Hijaz yang memandu kereta Myvinya keluar melalui pintu tersebut. Dia sempat melirik ke arahku dan tatkala pandangan kami bertemu, dia cepat-cepat melarikan pandangan. Entah apa sangkaannya nanti tetapi aku tidak ingin memikirkan apa-apa kerana aku tidak melakukan sesuatu yang diluar batasan.

14 comments:

yanie azyani said...

akhirnya....ade jgak bab 16...
tima kasih kak hani...
hehehe
wahhh,nmpaknya ade watak bru nie...
perfect sume izwan 2....
ok jgak izwan muncul....
kak hani,buat lya rpat ngn izwan...
biar zhafran jeles...
HAHAHAHA...sukanye kalu zhafran jeles....plus bengang lg....
nk lg ye kak hani....
^_*

Unknown said...

ni karya terbaru akk ke?

niz said...

izwan ni... pakwe baru hani ke.....buatlah bg zhafran jealous dh lama tunggu....buka pc ....tgk ada happy juga.

Hani Fazuha said...

Yanie... gelak awk yg berhuruf besar tu nampak mcm gelak jahat jer.. jeles? tak kot tpi lebih kpada melindungi krn Izwan ni bukan manusia tapi..dot..dot..dot

Azila..Yap! ni kayra terbaru

Niz..ni bukan pakwe baru tpi org yg akan memporak perandakan Zhafran dan Lya...

aimie_afifah said...

hani...wahhhhhhhhhhhh...PA ko dah kalah skrg nie?...dah ada peminat baru nie....

aku suker jelmaan watak Izwan nieeeeeeeee.....

cepat2...aku dah x sabau nie...

yanie azyani said...

kak hani,mmg gelak jahat pn.....
geram sgt la kt zhafran....
biar dia rasa...
dh agak dh..izwan 2 msti xbaik punye la....
tp kalu bleh jgn la lya TERjatuh ati kt si izwan 2....
zhafran x jeles ke kak hani??
msti ade jeles punye la...x byak pn..ckit jdi la...
hehehehe....
smbung cpat2 ye kak hani...
xsbar nk thu smbungan dia nie....
BERKOBAR2 dh nie.....
hehehhe...

Hani Fazuha said...

aimie.... tu la pasal.. PA aku ni selalu wat aku rasa cam nak tuka PA baru... timbul tenggelam jer dia tu..

Yanie... berkobar2 tu mcm dah tak sabar sagt2..hahaha..
jatuh cinta dgn Izwan? tak mungkin itu akan trjadi sbbnya, cinta Lya hanya satu..

Anonymous said...

nice kak hani...

aimie_afifah said...

hahahah..hani..mao PA ko nangis guling2 kat pintu umah ko nnt....

DLa...maner ko ilang nih?

aimie_afifah said...

hahahah..hani..mao PA ko nangis guling2 kat pintu umah ko nnt....

DLa...maner ko ilang nih?

amini_syakira said...

K.HANI.. wah .. semakin lama semakin rancak.. pape pon.. izwan? hrmm.. playboy memg pndai berkata2...nk2 lelaki bermulut mnis.. pape pon, nk tgok sgx zhafran memendam perasaan pd lya.. n lya buat2 ego dgn zhafran biar dye rse perasaan lya dulu..

DLa said...

aimie...WAH! sukanye ko gelak kan aku yer...mane ade aku nangis paling kuat pun aku jerit2 jer..
aimie..boss cuti seminggu..aku harus la 2 mggu..lebih ckit dr boss..muahahhaha

bosss....aku bizik...wlaupun aku kat umah jer...lappy ni pun aku x sempat nk pandang..apa lg nk bukak...

hehe..benonye aku bizik mentelaah kitab2 yg aku borong ms PBAKL aritu...hahahaha...

niz said...

bila nk sambung.....hani

hajar said...

kak hani..... nak lagi....