FOLLOWERS

HKC - Bab 17

Malam itu, setelah sekian lama kami tidak berhubung, Ustaz Hijaz tiba-tiba mengirimkan aku sebaris pesanan ringkas.

Selamat menghadapi final exam dua minggu lagi.
Semoga berjaya dan sentiasa di bawah lindunganNYA

Entah kenapa dia tiba-tiba mengirimkan pesanan sebegitu. Mungkinkah kerana dia melihat aku berjalan beriring dengan Izwan petang semalam, maka dia menegur dalam kelembutan? Jika Izwan yang dia bimbangkan, rasanya itu seperti tidak masuk di akal. Mana mungkin lelaki seperti itu mahu ‘memandang’ku sedangkan Zhafran yang sudah bertahun mengenaliku pun tidak pernah peduli tentang kewujudanku.

‘Kalau kau pilih dia, kau selamat dunia akhirat.’ Teringat kembali kata-kata Zhafran suatu ketika dulu tentang Hijaz. Ya! Aku tahu dan aku sangat yakin tentang itu tetapi bolehkah kita memaksa hati sendiri? Jika boleh, aku sudah lama melakukannya.

Ah! Malas memikirkan sesuatu yang tidak mungkin akan ada jawapannya, aku biarkan saja sms Hijaz itu tidak berbalas.

Petang itu, seperti biasa aku keluar sendirian. Malas berlari, aku hanya melangkah menjelajah sekitar kampus. Tanpa aku sedari, kakiku terhenti di depan fakulti Zhafran.

Pandanganku menyelusuri setiap pelusuk bangunan tersebut. Seakan ternampak bayangan dia berada di situ. Sudah lama aku tidak melihatnya. Sejak hari itu kami tidak lagi bertemu kerana dia tidak pernah datang mencari atau menghubungiku. Ternyata, Nurin telah berjaya menjauhkan dia dariku. Malah bukan itu saja, Nurin juga seakan berjaya menjauhkan ibu dariku. Sejak adanya Nurin, ibu bagai tidak kisah lagi tentang aku. Tidak kisah sama ada aku balik ataupun tidak.

Sedih! Ibu sendiri pun seakan tidak mempedulikan kewujudanku apalah yang aku boleh harapkan pada orang yang langsung tiada pertalian darah denganku seperti Zhafran itu.

Terasa lututku lemah tiba-tiba. Lantas, aku mencari bangku untuk duduk.

Lama aku berteleku di situ, duduk bertongkat siku ke lutut sambil menundukkan wajah, tiba-tiba ada seseorang datang berdiri di depanku. Tatkala mendongak, wajah Zhafran menyapa pandanganku. Bermimpikah aku atau itu hanya bayangan yang sedang menipu mataku?

"Hai!" sapaannya mengesahkan bahawa apa yang aku lihat waktu ini memang satu kenyataan.

"Hai!" balasku kembali.

Dia senyum dan aku balas senyumannya namun, entah kenapa senyumku terasa sumbang dan kaku. Entah kenapa pertemuan ini terasa berlainan sekali dan Zhafran yang ada di depanku ini juga bagai bukan Zhafran yang pernah aku kenal lama dulu.

"Boleh aku duduk?" Soalnya dan aku terus mengensot ke tepi, sebagai isyarat memberi laluan untuk dia duduk.

"Kau apa khabar?" soalnya lagi. Tonasi suaranya juga kedengaran berbeza dari suara yang sering aku dengar sebelum ini.

Aku angkat bahu sambil membuka kedua telapak tangan.

"Seperti yang kau lihat." ujarku.

"Aku lihat kau minum dengan Izwan petang semalam." Bicaranya mengejutkan aku. Sekilas aku pandang wajahnya sebelum kembali memandang ke depan.

Baru sekali itu aku minum bersama Izwan tetapi kesannya bagai aku ini sudah melakukan jenayah.

"Aku cuma nak ingatkan kau, jangan rapat dengan dia." Dia menyambung kata setelah melihat aku hanya diam membisu.

"Kenapa?" spontan soalan tersebut keluar dari bibirku. Aku ingin sangat tahu kenapa dia sangat tidak suka aku dekat dengan Izwan, seolah lelaki itu punya penyakit berjangkit yang boleh menjangkitiku.

"Boleh tak kau dengar cakap aku tanpa bertanya kenapa?" jawapannya buatkan aku tidak pandai lagi untuk mengeluarkan suara.

Entah! Aku rasa kami seperti orang asing yang baru berkenalan. Aku jadi malas untuk bertekak denganya seperti selalu dan dia juga seakan tidak berminat untuk berlawan cakap denganku.

Aku juga jadi tidak faham dan tidak mampu lagi meneka apa yang ada di fikirannya seperti sebelum ini. Mungkinkah sebab perasaan yang tercalar itu telah menghalang semuanya?

"Aku pergi dulu." dia sudah bangkit tetapi punggungku masih terus melekat di kerusi.

Dia berdiri mengadap ke arahku dengan tangan menyeluk saku. Sungguh... Hatiku terpesona melihat dia begitu.

"Kalau boleh, jangan layan dia langsung." itulah pesanannya yang terakhir sebelum dia berpusing pergi dan pemergiannya telah membawa sekali sekeping hatiku.

Andainya jasad ini mempunyai berkeping-keping hati, aku pastinya merelakan yang sekeping itu pergi tanpa perlu kembali lagi. Tetapi malangnya, aku hanya ada sekeping hati yang tidak pernah mahu mengerti.

Zhafran! Tolonglah pulangkan hatiku supaya aku tidak hidup seperti orang yang tidak punya hati dan perasaan. Pulangkan hatiku bersama kuncinya sekali supaya aku mampu mengeluarkan semua kenangan antara kita yang pastinya amat menyakitkan untuk disimpan.

Lama aku berteleku di situ, menunggu dengan harapan dia akan kembali tetapi, sehingga mentari merundukkan wajahnya dan warna langit bertukar jingga, Zhafran mahupun hatiku yang dibawanya tidak juga kembali.

Akhirnya, aku atur langkah untuk pulang. Aku pujuk diri agar menerima kenyataan, Zhafran tidak mungkin akan menjadi milikku walaupun aku duduk menunggu di situ sehingga esok hari.

Sambil melangkah, aku tahan air mata yang ingin mengalir keluar. Aku paksa minda agar jangan lagi memikirkan tentang dia tetapi seperti juga hati, apa yang kita mahu, itulah yang ia tidak ingin lakukan.

‘Aku jampi kau sampai kau tak boleh lupa aku walau sesaat.’ Zhafran pernah berkata begitu ketika aku terlupa tentang janjiku untuk turun padang memberi sokongan padanya yang bermain dalam perlawanan persahabatan bolasepak antara UM dan UITM.

'Tak kuasa aku nak ingat kau sentiasa, buat mengurangkan megabite memori aku aje.' aku membalas sambil tergelak-gelak. Waktu itu, tidak pernah walau sebesar hama sekali pun terlintas di fikiranku, dia akan menjadi virus yang boleh merosakkan sistem memoriku.

Saat ini, aku rasakan kata-katanya itu sudah bertukar menjadi satu sumpahan yang sedang memamah diriku dalam diam dan penawarnya tidak aku temui di mana-mana.



*********************************************

Maaf pada yang menunggu HKC 17 kerana terpaksa menunggu lama. Di sini aku nak beritahu, ini adalah last chapter aku tampal kat sini. Nak tahu kisah selanjutnya, sila tunggu novelnya keluar...

Maaf sekali lagi kerana tidak dapat memenuhi janji untuk tampal sampai bab 20 di atas sebab-sebab tertentu. Walau bagaimanapun, aku akan tampal trailernya dari masa ke semasa ....

Terima kasih untuk yang sudi mengikuti cerita suka suki ini..:P


10 comments:

hajar said...

harap2 novelnya cpt kuar... :( sedih berpisah sementara ngn lya...

niz said...

bila nk dikeluar nv ini , tak sabar nk beli......
sakitnya hati......apabila dilukai..kasihan lya.

miss yanie said...

alaaa sedihnyer...
xpe kak hani..trailer pn ok jgak...
xsbar nk tggu HKC keluar...
hope keluar cpat2..
ok kak hani..
^_*

aimie_afifah said...

haniiiiiiiiiii....
sedihnya kena 'pisah' dgn lya yg dok bersedih ni...:(
ko cepat2 g beli kertas eh...
aku dah x sabar nk tunggu nie...
nyway harap HKC leh kuar cepat...

nyway ...tahniah coz dah siapkan HKC...

Hani Fazuha said...

Hajar, Niz, Yanie.. terima kasih krn mnjadi pengikut setia HKC... akak pun xtau bila akan publish..bergantung pada pihak penerbitan.. tpi harap2 awk semua sabar menunggu..

aimie... kertas mahal, nak kena cari kedai yg boleh bgi diskaun..hehehe.. walau camana pon kena sabar gak...

DLa said...

boss..umah aku suratkabar lama byak ko nk ker...
leh wat kertas sendirik lgi murah...hehhe...

p/s: boss jgan marah ekk..

Hani Fazuha said...

DLa... surat khabar lama kena proses dulu...nnti jadi makin lambat.. baik ko jual jer kat apek yg selalu jerit2 depan umah ko tu...

niz said...

askm hani,bila nk terbitkan.....nv ni..akak dh tak sabar nk tahu....tentang lya
sedih juga la...tiap hr slps balik keje buka ...tk ada perkembangan.

Hani Fazuha said...

Niz... tak tau lagi, masih dlm penilaian.. harap sabar menunggu..

aFaiSh said...

bestnyaaaa!!