FOLLOWERS

Review Bebunga Kasih....

Belum dua minggu Bebunga Kasih di pasaran, aku mendapat banyak komen. Yang mengejutkan aku apabila peminat novel, adik Azrin telah membuat review di blognya. Di bawah ni aku copy n paste reviewnya

peacepeacepeacepeacepeacepeacepeacepeacepeacepeacepeace

Bila tau saja yang baby second Kak Hani Fazuha dah realase, aku memang sangat excited tahap dewa nak dapatkan BEBUNGA KASIH... mujurlah, Seremban yang selalu mengalami tahap ketersampaian novel-novel yang agak berskala rendah ini akhirnya mengalami kadar kenaikan apabila tidak sampai seminggu, BEBUNGA KASIH sudah terpamer di POPULAR Terminal One. Tanpa banyak kata, terus aku capai senaskah dan terus berlari keluar dengan senyuman meleret (Tapi aku bayar dululah...=p).

okay bagi yang nak mengetahui sinopsisnya, silalah ke blog kak Hani Fazuha . Tak mau story lebih-lebih pasal jalan cerita BEBUNGA KASIH sebab ianya masih baharu di pasaran, jadi kenalah dapatkan sendiri okay???

Bebunga Kasih mempamerkan peningkatan Kak Hani yang sangat drastik, She improve a lot! Dari segi jalan cerita memang sangat menarik dan kepala aku tak pening nak mentafsir dan memahaminya kalau gune term pendidikan, ianya 'berpusat dan berfokus'... memang sangat tidak bercelaru dan memeningkan, malah cukup simple walaupun penuh dengan konflik Ardyana - merupakan watak utama cerita ini. Plotnya cukup tersusun dan teratur. That's why lah tak pening dan sangat menarik untuk dibaca.

Bagi aku, kekuatan Bebunga Kasih adalah gaya penulisan Kak Hani. Menggunakan sudut pandangan orang pertama yakni 'aku', cukup mendekatkan pembaca dengan Ardyana @ Dya. Setiap emosi, perasaan, jiwa dan rasa hati Dya, terpancar melalui bait-bait tulisan Kak Hani. Ya, bila kusut perasaan Dya, kusutlah yang aku rasa. Kalau sedih perasaan Dya, aku turut merasai sedih. Masa Dya geram, aku turut geram bersama-samanya. Begitu besar impak nukilan Kak Hani kali ini. Gaya penulisan yang cukup mantap dan setiap bait-bait tulisan memancarkan rasa hati Dya.

Selain itu, konflik yang dihadapi oleh Dya juga telah di highlight kan satu persatu dengan cukup teliti dan teratur. Bermula dengan kisah Dya yang dinodai oleh abang sendiri, Ayah yang tidak mahu mengakuinya sebagai anak dan sentiasa tegas terhadap hidupnya, Syamir dengan perasaannya terhadap Dya, kisah Encik Nasri dan pejabatnya serta bermacam lagi konflik yang dilakar dengan cukup teliti oleh Kak Hani. Tetapi konflik yang paling aku suka dan sangat meninggalkan kesan pada aku adalah kisah Dya dan Zarif.

Zarif bermula sebagai teman sekolah Dya yang cukup menjengkelkan sehingga membuatkan Dya terpaksa tinggal berjauhan dengan keluarganya. Kemudian mereka dipertemukan kembali di bumi kampus. Walaupun Zarif sudah berubah, Dya tetap tidak boleh memaafkan Zarif dan kemarahannya sentiasa memuncak apabila berdepan dengan Zarif. Sehingga satu kebetulan yang cukup manis apabila mereka disatukan dengan ikatan perkahwinan. Sepanjang perkahwinan, Zarif telah berubah dan menunjukkan sifat-sifat baiknya terhadap Dya, namun tetap membuatkan kemarahan Dya memuncak. Dalam ikatan perkahwinan mereka, masih ada lagi konflik yang muncul dan diselitkan.

Kak Hani juga berjaya melakar watak-watak dengan cukup 'roh' dan 'jiwa'nya. Setiap watak yang muncul membuatkaN pelbagai perasaan yang timbul dalam diri aku ketika membacanya. Geram, sedih, gembira dan teruja semuanya lengkap dipancarkan melalui watak-watak tersebut. Namun sudah tentu aku sangat menggemari watak Dya dan Zarif. Aku sangat mengagumi kesabaran dan ketulusan hati Zarif. Begitu juga Dya, aku salute pada ketabahan dan semangat yang ada pada dirinya biarpun dilanda pelbagai derita. Namun sudah tentu cinta Zarif merupakan penamat yang baik untuk segala derita yang dirasai oleh Dya. Kesudahan yang cukup manis diberikan pada akhir cerita ini.

Buat Kak Hani Fazuha, congrats Sis! BEBUNGA KASIH adalah satu kisah yang cukup segala-galanya. Buah tangan terbaharu Kak Hanu ni, menunjukkan improvement yang sangat memberangsangkan dan drastik. Tahniah sekali lagi! FIVE STARS for you sis!!!

Terima Kasih Azrin...peace

7 comments:

jana said...

salam,
saya beli berbunga kasih sebab direcommend oleh pembantu kedai pustaka minerva dijalan TAR,beria-beria dia beri pendapat,tapi dia suruh aya baca mengukir bahagia dulu,saya kata saya ada buku ini tapi tak sempat baca,saya ada a lot of buku yang tak sempat dibaca sebab sibuk,mengukir bahagia pun saya dah simpan hampir setahun saya perasan bila melihat catatan dibuku ,setiap kali saya beli novel saya akan catatkan tarikh pembeliannya,akhirnya saya mengikut nasihat kakak pembantu kedai tu dan belilah buku berbunga kasih itu,sebelum saya keluar dari kedai beria-ia kakak itu berpesan supaya baca mengukir bahagia dulu.

keesokan harinya saya pun mula membaca mengukir bahagia dalam masa satu hari bila dah habis saya terus sambung baca berbunga kasih pula.Memang best, tak sia-sialah kakak pembantu kedai tu promo dua-dua buku hani fazuha...Masalahnya saya pula sekarang dah jadi macam kakak dikedai itu promo kedua-dua novel ini dengan cousin-cousin saya dan kawan-kawan saya yang minat baca novel dioffice.Tahniah hani fazuha kerana saya rasa berbaloi beli novel yang ditulis oleh you,Maaf jika entry saya terpanjang sangat tapi saya rasa saya perlu beritahu apa yang saya rasa bila baca novel yang ditulis oleh you,Thank you again for your lovely and interesting novel....:-P

Hani Fazuha said...

Salam Jana...
Timer kasih kerana sudi baca Mengukir Bahagia dan juga Bebunga Kasih dan timer kasih juga kerana sudi berkongsi rasa di sini.... Saya rasa bahagia bila apa yang saya tulis mampu menyentuh hati pembaca...yang saya heran tu..saya tak kenal pun kakak yang keje kat Minerva tu...hahaha... p/s :teringin sangat nak jumpa dgn kakak tu dan nak ucapkan terima kasih sebab tolong promote buku saya habis-habisan.

Anonymous said...

hi kak... punye ar lame tggu novel ke 2 akak neh... last2 kuar jgk... best gler ar novel akak kali neh.. berbaloi iena tggu... syok sgt baca smp nk abiskn jugak mlm 2... x psl2 tdo kol 3.30am... so all the best kak... buat korang2 yg x beli n x baca lg buah tangan terbaru kak hani kite neh rugi siot!!!!!!!!!

Indah Hairani said...

Salam buat Hani,
Tahniah dik, membaca komen Jana dan preview Azrin, buat kak Ndah tidak sabar nak membacanya..Apapun Kak Ndah sekali lagi ucap tahniah pada hani...Kak Ndah akan dapatkan BEBUNGA KASIH...d Kt, belum tiba...Aduhai...

Hani Fazuha said...

Salam iena...
wah! tido kol 3.30am sbb baca Bebunga Kasih? Isk! terharu akak dengar. lebih kurang sama macam akak menulis buku tu, sampai kol 2 3 pagi..:)
Apa pun..terima kasih dan tahniah juga buat iena kerana berjaya habiskan pembacaan dlm satu malam..:D

Hani Fazuha said...

Salam kak Ndah..
Tak sampai lagi ke? Aduhaiii...lambatnya.
Saya pun jadi tak sabar nak tunggu komen Kak Ndah. Orang lain sume dah bagi komen, tunggu kakakku yang sorang ni jer belum lagi..hehehe..