

Balik kerja aje, aku ajak hubby beli nasi lemak ayam berempah kat sebelah taska anak-anak tapi hubby pula mengajak ke putrajaya. Isk! sejak dia ada banyak projek kat Putrajaya ni, pagi petang siang malam ke putrajaya sampai nak makan malam pun kat putrajaya.
Yang aku tahu Putrajaya tu Alamanda jer, lainnya aku tak tahu tapi semalam hubby bawa aku pergi makan kat foodcourt di presint 9. Mmmmm...makanannya semua best2

Hubby mengeleng kepala tengok aku makan sampai dia cakap " Saya tengok awak makan pun saya naik takut." Ewah! macam la dia tu makan sikit, walhal dia dah kenyang

Lepas makan dia mengajak aku ke Masjid terbaru yang dikenali sebagai 'Masjid Besi' atau nama sebenarnya Masjid Sultan Al-Mizan yang terletak di Presint 3. Dia baru dapat projek kat situ, saja nak pergi tengok 'bebudak' dia buat apa.
Pertama kali melangkah kaki ke dalam masjid tu, wah! aku rasa macam nak terus tinggal kat situ. Sungguh cantik, tenang dan damai. Berkonsepkan seni bina kontemporari, berlatarkan Tasik Putrajaya, ianya cukup indah mata memandang.

Binaannya kerangkanya menggunakan 6ribu tan keluli iaitu 70 peratus dari keseluruhan binaannya dan setiap tiang serta dindingnya menggunakan crystalized glass menjadikan ia kelihatan berwarna putih dari jauh. Setiap panel dinding luar masjid yang dipanggil Masyrabiah ini diperbuat daripada anyaman besi tahan karat yang mempunyai ciri unik telus cahaya dan angin membuatkan kita akan rasa selesa dengan hembusan angin segar (patutla aku rasa udaranya segar semacam jer walau tak ada kipas atau penghawa dingin)menjadikan ia satu-satunya bangunan yang seumpama itu wujud di negara ini.


Ada juga Kiblat Walk - Ruang kolam umpama istana Al-Hambara yang mengadap kiblat(gambarnya lenkali aku upload)
No comments:
Post a Comment