FOLLOWERS

Novel Baru..



Salam....

Akhirnya, setelah sekian lama menunggu, lahir jua 'baby keduaku' - BEBUNGA KASIH.

Ini sinopsis yang aku buat sendiri :

Andai mampu diselami derita sekeping hati, pasti seluruh alam akan turut merasa simpati. Sengsara di hati Ardyana, hanya dia saja yang mampu mengerti. Dinodai abang sendiri dalam usia yang masih mentah, dia hanya mampu menyimpan benci. Dilayan bagai anak tiri oleh bapa sendiri, dia hanya mampu memendam rasa. Membela nasib diri kerana dihina oleh lelaki, dia terus menjadi anak terbuang. Mengenali mereka, terasa dunia ini penuh dengan kejahatan.

Mendedahkan kerakusan Abang Ari, dia tidak pernah mampu melakukannya. Logikkah seorang abang jatuh cinta pada adiknya sendiri? Benarkah dia abang kandung dari rahim yang sama?

Kemunculan Zarif menambahkan lagi rasa benci buat makhluk bernama lelaki. Bisa bicaranya sering menusuk tajam hingga ke ulu hati. Wajah kacaknya terasa ingin dikunyah selumat mungkin.

Kehadiran Syamir juga tidak mampu mengubah kebencian itu menjadi sebaliknya. Biar disajikan dengan sejuta kebaikan, perasaan itu tidak pernah ingin berubah. Bagaimana untuk mengaku suka jika hati tidak pernah merasainya?

Namun begitu, dia harus membuat pilihan saat kakinya melangkah di satu persimpangan. Demi bahagia seorang ibu, dia memilih untuk menjadi isteri pada lelaki yang dibenci. Tanpa rasa, dia memaksa diri memamah hati sendiri.

Mampukah hati dipujuk bertenang andai suhunya sering dibakar kepanasan? Bolehkah mulut ditutup rapat jika kemarahan menguasai fikiran? Persoalannya, jika perdamaian mampu dicapai, redhakah lelaki itu dengan apa yang tersurat? Berapakah harga sebuah perasaan jika kebencian itu harus ditukar menjadi sebaliknya?

:20:


Ini Sinopsis belakang buku :

DYA dinodai oleh abangnya dalam usia yang masih mentah. Namun, dia tidak berani mendedahkan kejadian itu bila ayahnya sendiri tidak pernah mengiktirafnya sebagai anak kandung.

Hidup Dya terus diselimuti mendung bila dia terluka lagi. Encik Nasri yang dianggap prihatin, sekadar mempermainkan perasaannya. Harapan yang disandarkan kepada Syamir juga turut berkecai. Kekecewaan Dya bertimpa-timpa bila mengetahui kedua-dua lelaki itu sebenarnya adalah ‘suami orang’. Ini menambahkan lagi kebenciannya terhadap lelaki.

Kemunculan Zarif, bekas teman sekolah merobek kembali kisah lama. Dya masih ingat, Zarif sering menyakiti hatinya. Malah penghinaan yang pernah dilemparkan, tidak pernah Dya lupa. Dan kerana Zarif juga, dia menjadi anak terbuang!

Sebenarnya, Zarif mahu merawat kelukaan Dya. Tetapi Dya menjauhkan diri kerana takut rahsianya terbongkar! Akhirnya, segunung kebaikan yang Zarif limpahkan membuka mata hati Dya bahawa lelaki itu ikhlas mencintainya.

Namun, sudahkah dia bersedia menerima lamaran Zarif sedangkan bayangan silam terus menghantuinya?

:18:
Apa pun, nak tahu isinya, kenalah baca sendiri....

5 comments:

nana abd rahman said...

Salam Kak Hani,

Boleh ke kalau nak belu secara online dari Kak Hani?

-nana-

Cupu said...

Tahniah
nnt saya bli
nk gak tau ttg apa plak kali ni
hehehee

HANI FAZUHA said...

Nana,emailkan akak addressnya then akak akan bgi tau dlm email camana nak beli...k..

HANI FAZUHA said...

Syahida,...hey! lama tak dengar berita...nanti beli, jgn tak beli n jgn lupa promote sekali..D

nana abd rahman said...

Salam Kak Hani,

Email nana
starlety_1315@yahoo.com

oke,thanx :)