FOLLOWERS

Bebunga Kasih....

Komen Pertama yang aku terima dari pembaca tentang Bebunga Kasih :surprised

~Baca buku ni buat saya rasa geram dan tertekan, sedih dan sakit hati....

Wah! macam tu sekali ke?fikir Masa menulis buku tu, aku tak rasa sedih pun tapi rasa geram ada ler....geram


Sedikit sedutan dari Bebunga Kasih :kelip

Sesampai sahaja di rumah, aku terus berkurung di dalam bilik. Keadaan semakin rumit apabila buat pertama kalinya Zarif sudah pandai menghubungiku malam itu. Bermimpi atau sekadar mengikut suruhan mamanya, aku tidak pasti, tetapi suaranya bagai orang angau bertemu kekasih yang telah lama terpisah.

“Sayang dah tidur?”

Uwek! Terasa isi perutku hampir terbelahak keluar mendengarkan suara mengada-ngadanya memanggilku ‘sayang’. Sedarkah dia yang aku amat membencinya?

“Kalau dah tidur, tak adalah nak angkat phone.” Agak kasar aku menjawab. “Hah, apahal malam-malam buta te-lefon orang ni?” soalku kembali masih keras. Menyampah dan benci bergumpal di hati.

“Wah! Kasarnya bahasa...” komennya lantas tergelak kecil.

“Saya mengantuk ni, kalau tak ada apa-apa benda pen-ting nak cakap, saya nak tidur.” Sengaja aku mahu cepat-cepat menamatkan per-bualan. Entah kenapa anak telingaku bagai tertusuk benda tajam apabila mendengar suaranya.

“Hmm... kalau mengantuk, okeylah. Tapi ingat, tiga bulan lagi awak kena tidur sebelah saya.” Nada usikannya seakan sengaja ingin mengenakan aku. Spontan wajahku membahang panas menahan rasa.

Secepat kilat jariku menekan butang merah, memutus-kan talian tanpa sebarang kata balas. Berbicara tanpa melihat wajahnya sudah cukup mengundang pelbagai rasa di hatiku menjadikan aku lelah dan penat sendiri.

Sudahnya, malam itu aku tidur bertemankan mimpi ngeri yang menyebabkan aku terbangun beberapa kali. Memikirkan-nya pun aku sudah trauma, apatah lagi mahu tidur bertemankan lelaki itu. Rasanya, sampai ke pagi mataku tidak mungkin dapat lelap.

Hari minggu yang cerah keesokannya tidak mampu menyalurkan cahaya ke hatiku. Entah kenapa hidup ini tiba-tiba terasa kelam dan kelabu. Apa yang berada di hadapan sana sudah kutahu wajah dan rupanya. Lantas, apa lagi yang boleh kuharapkan dalam hidup ini?

“Kenapa kau tak boleh terima dia?” Soalan Nyza malam tadi kembali berkumandang.

“Aku tak suka dia. Aku juga benci dia.” Pantas saja ja-wapan itu keluar dari bibirku.

“Benci dan cinta cuma terpisah oleh tirai yang amat nipis sehingga kedua-duanya boleh saling mengintai.” Falsafah Nyza itu cukup unik, tetapi masih tidak mampu diterima oleh akalku. Benar... kebencian itu terlalu hampir dengan cinta, tetapi dalam konteks aku dan Zarif, tidak mungkin akan wujud rasa cinta di hati ini.

“Macam mana kalau dia menjadi orang yang paling kau sayangi suatu hari nanti?” Soalan Adila berpuluh tahun dahulu kembali bergema di telingaku. Kedengarannya agak pelik membuatkan kedua-dua keningku spontan terangkat.

Benar... yang pelik tidak semestinya mustahil berlaku, tetapi aku mahu Adila tahu bahawa soalan pelik yang terlintas di benaknya itu akan sentiasa seiring dengan jawapan mustahil yang ada di hatiku. Aku tidak mungkin akan memilih jembalang itu biarpun dia merupakan pilihan terakhir yang aku ada di muka bumi ini. Aku cukup yakin dengan hatiku sendiri saat ini.

“Aku lebih rela kehilangan semua rasa yang TUHAN kurniakan kepada makhluk yang bernama manusia.” Penuh yakin aku menjawab soalannya

“It’s about time, Dya. Masa ada kuasa untuk mengubah banyak perkara termasuklah hati kita.” Sekali lagi hujah Adila tidak mampu aku terima bulat-bulat.

“Bukan masa yang berkuasa, tetapi ALLAH Yang Maha Berkuasa. Dan... jika doa boleh mengubah laluan takdir kita, aku tak akan berhenti berdoa agar jodohku bukan dengan lelaki itu atau lelaki-lelaki yang sewaktu dengannya,” balasku sekali gus mengundang tawa Adila.

Kenyataannya, aku tidak ingin menjadi wanita paling malang kerana ‘ter’jatuh hati dengan lelaki seperti dia. Titik!





2 comments:

Rose Harissa said...

salam... hah... menjadi pun takde kotak kat emoticon ye...
cuma emoticon 'bawang' tu takleh buat apalaa... sbb background emoticon tu mmg ada kaler putih...

:D

Hani Fazuha said...

Rose!...hahaha...tengah seronok neh! dah 2 3 hari duk cuba..igtkan nak kena tukar tamplate, jenuhla mncari template baru yg xde kotak tu...tapi xjumpa2..hehehe..sib baik terfikir nak tanya ko...n sib baik ko buat tutorial...bagus tu..agih2kan ilmu yg ada...