FOLLOWERS
Orang Baru
Ini anak buah aku yang baru berusia dua hari. Comel tak? Satu-satunya cucu perempuan untuk mak aku di mana lima cucunya sebelum ini termasuklah anak aku semuanya lelaki. Kerana dia satu-satunya perempuan, berebut-rebut kami mencadangkan nama dan macam-macam nama yang diberi membuatkan ayahnya naik pening untuk memilih.
1. Iman Awatif
2. Aleesya Qistina
3. Nur Iman Qaisara
4. Puteri Alisha Qistina
Itu adalah antara beberapa nama yang dicadangkan. Rasa-rasanya nama mana yang paling sesuai atau mungkin ada nama lain yang lebih elok???.....huhuhu..aku betul-betul jealous sebab aku memang teringin nak ada anak perempuan. Hubby aku lagilah, bila tengok anak perempuan orang lain, mulalah dia menyebut 'kalaulah kita ada anak perempuan, tentu cantik macam budak tu'. Mmmm...aku mulalah tarik muka sebab apa, dia sebut cantik macam orang lain, bukan macam akuu....Aku pujuk hati sendiri, tak apalah, anak buah pun macam anak sendiri sebab mereka semua panggil aku umi. Dengan kata lain, aku dah dapat anak perempuan...yeehaaa....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Saya minat laman web akak. banyak lah cerita terbaru akak sekarang. cucu perempuan satu-satunya... tahniah diucapkan kepada keluarga akak. ada generasi lagi. saya cadangkan nama baru :
Iftah Qasry atau
Nurul Qasry
nama yang keluarga akak cadangkan saya suka Iman Qaysara. sabar aje lah akak. ada rezeki dapatlah tu anak perempuan. itupun jika tak ada masalah le...
crystalorchid.
www.crystalorchidblog.blogspot.com
(lawat dan bagi komen ye)
congrats utk yr family dgn kelahiran baby girl. eh! Zue bole cuba lg apa? skang ni ada mcm2 teknik & plan betul2 utk dptkan baby girl. go.. go.. chaiyokk...
Crysta..terima kasih untuk pendapat dan cangan anda.
Nacha..Kuota cuma ada satu lagi. Kalau boleh confirm yg satu tu perempuan, sah-sah sekarang ni dah jadi mak buyong. Tapi kalau lelaki lagi? Aduhhhh! ninja turtle dah jadi tiga...
kak ila pernah berangan nak anak perempuan. tapi la ni tak lagi, 4 wira tu pun dah cukup rasanya.
Post a Comment