MEMANDANG Dya yang dari tadi tidak
mempedulikan kehadirannya di dalam bilik itu, Zarif sedut nafas dalam-dalam.
Perkahwinan ini memang kehendak hatinya. Ijab dan kabul ini memang telah lama
dia doakan, sejak jemari Dya ‘singgah’ di pipinya berpuluh tahun dulu. Sejak
itu, dia sentiasa berdoa, agar Tuhan temukan kembali dia dengan pemilik mata
indah ini. Dan ternyata, doanya dimakbulkan.
Tapi dia tahu,
perkahwinan ini bukan kehendak hati Dya. Dia juga tahu persetujuan Dya dipenuhi
rasa keterpaksaan. Pun begitu, dia amat berharap, keterpaksaan akan bertukar
menjadi sebaliknya
“Kenapa
pandang saya macam tu?” Suara Dya tiba-tiba menyergah. Dari cermin solek, si
isteri sudah melabuhkan punggung di katil.
Zarif
senyum dan kepala digeleng perlahan. Langkahnya diatur menghampiri si isteri.
“Garang
betul bercakap dengan suami. Patutlah staf awak cakap awak ni garang macam
harimau.” Dia bersuara dengan leretan senyuman di bibir sambil berdiri tegak
berhampiran katil. Sebelah tangannya memeluk tubuh manakala sebelah lagi
meraba-raba dagunya yang berlekuk.
“Siapa
cakap saya garang?” Dya melenting tiba-tiba. Tapi bibir Zarif masih dengan
senyuman. Itu yang dia mahu sebenarnya. Mahu menarik suara si isteri keluar
dari kerongkong. Kalau bukan dengan cara provokasi, Dya seperti manusia bisu.
“Maria
selalu cakap...”
“Hah!
Percaya sangatlah cakap dia tu!” Dya pantas memintas. Muka sudah memerah.
Marah!
“Baguslah!
Dia pun memang tergila-gilakan awak. Patutnya awak kahwin dengan dia, bukan
dengan saya,” sambungnya lagi. Dari duduk Dya bangkit berdiri dan dada bidang
si suami ditolak kasar sehingga terundur beberapa langkah.
Pun
begitu, senyum Zarif makin melebar. Dia sudah nampak jalan untuk menjentik hati
beku seorang Dya.
“Kalau
awak setuju bermadu dengan Maria, saya tak kisah. Kita kan kahwin sebab
keluarga, apa salahnya saya kahwin lagi satu dengan orang yang betul-betul
nakkan saya?” Sengaja mahu melonjakkan lagi hormon Adrenalin si isteri. Maria
yang menjadi topik perbualan mereka itu adalah rakan sekerja Dya. Dia kenal pun
sebab gadir itu selalu mengunjungi klinik tempat dia bertugas.
“Pergilah
kahwin dengan sesiapa saja yang awak suka! Saya tak heran pun.” Tona suara Dya
sudah berubah.
Tiba-tiba
Zarif meletuskan tawa.
“Cakap
tak heran, tapi muka macam orang marah aje,” selarnya dalam tawa yang masih
bersisa.
Tanpa
diduga, tangan Dya terus mencapai frame gambar yang terletak di atas meja sisi
katil.
“Whoa!
Whoa! Jangan baling! Nanti semua orang kat luar sana ingat kita berperang.” Zarif pantas bertindak merampas frame tersebut
sebelum sempat ia menjadi objek balingan. Kalau tidak, sahih bengkak kepala.
“Gambar
ni merupakan harta yang paling saya sayang. Awak pukul saya tak apa, tapi
gambar ni tolonglah jangan apa-apakan,” ujar Zarif sebelum meletakkan kembali
gambar tersebut ke tempat asal.
Selangkah
Dya bergerak, Zarif bertindak memaut pinggang si isteri dan satu ciuman di
lekatkan ke pipi. Sudah lama dia idamkan pipi mulus itu.
“Hmm...
wangi,” senda Zarif.
“Lepaslah!”
Dya membentak marah sambil meronta mahu melepaskan diri. Namun, Zarif makin
mengeratkan pelukannya, sengaja mahu menaikkan kemarahan si isteri.
“Lepassss!!!”
Kali ini Dya sudah terjerit kuat. Tangannya menolak tubuh Zarif. Kuat! Sehingga pautan di pinggangnya terlerai.
“I
hate you!” Kali ni suara Dya sudah merendah. Air matanya pula yang seakan mahu
melimpah. Entah kenapa, perlakuan Zarif buat Dya rasa semua lelaki adalah sama.
“Esok
awak tolong hantar saya balik ke rumah sewa saya. Awak buat hal awak, saya buat
hal saya.”
Zarif
terus terdiam, memandang si isteri tanpa suara.
“Kalau
awak nak kahwin lain pun saya tak kisah. Yang pasti, saya tak boleh hidup
dengan awak. Tengok muka awak pun saya dah benci apatah lagi untuk bersama
awak,” sambung Dya lagi.
Mata
dialih mendongak ke atas. Nafas disedut panjang. Cara Dya luahkan kata benci
itu buat hatinya terguris. Ada ke lelaki yang malang seperti dia? Di hari
pertama perkahwina isteri sudah berkali-kali berkata benci dan berkali juga
meminta agar dia berkahwin lain? Rasanya, hanya dia satu-satunya lelaki itu.
Tak
mahu memanjang pertelingkahan, Zarif atur langkah ke bilik air untuk mandi dan
berwuduk. Tadi, ketika dia masuk ke bilik, Dya baru selesai menunaikan solat
isyak, bersolat sendiri tanpa menunggu dia.
Keluar
dari bilik air, Zarif lihat si isteri sudah berbaring di sofa, berselimut
sehingga ke kepala. Pantas kepalanya mengeleng beberapa kali. Tungguhlah, dia
selesaikan urusan dengan YANG ESA dulu. Tahulah apa dia nak buat.
Seusai
solat Isyak dan bermunajat pada Ilahi, Zarif atur langkah ke sofa di mana Dya
elok terbaring di situ. Punggung terus dilabuhkan di bahagian kaki si isteri,
sengaja menghimpit.
Tepat
dugaannya, selimut yang menutup seluruh kepala terus terselak. Zarif simpan
gelak, buat-buat muka bersahaja dengan pandangan terarah ke kaca TV.
“Banyak-banyak
tempat, kat sini jugak awak nak menyelit!” Dya bingkas duduk. Memandang tajam
ke arah si suami di sebelah yang masih menayang muka bersahaja.
“Tempat
tidur kat katil sayang, sini tempat duduk tengok TV.” Suara Zarif selamba
membalas, seselamba wajahnya waktu itu.
Dari
kaca TV yang terpasang, wajahnya ditoleh sekilas dan senyum diukir. Muka si
isteri tak perlu diceritakan, macam singa nak membahang mangsa. Garang sungguh!
“Tidurlah
kat atas katil. Saya nak tengok TV sekejap.” Suaranya dilembutkan, nada
memujuk.
Tanpa
suara, Dya akur. Bangkit berdiri dan selimut
ditarik kasar sebingga Zarif hampir terjatuh.
Melihat
tingkah kasar si isteri, Zarif mengeleng berkali-kali. ‘Dah la garang, ganas
pulak tu.’
Macam
manalah dia boleh terjatuh suka? Walhal sebelum bertemu Dya lama dulu, hatinya hanya
menginginkan yang lemah gemalai.
Tapi,
tingkah Dya yang pelik, buat dia mahu lebih mengenali. Diam seorang Dya, buat
hatinya makin teruja. Dan kasar seorang Dya, buat dia tekad untuk melembutkan.
Sejak
dulu, sejak lama dulu, dia memang sudah tahu. Dya yang pendiam tetapi sentiasa
bertingkah kasar bila ada yang mengusik. Tapi, hatinya yang tiba-tiba berubah
mahukan yang pelik-pelik. Jadinya, terpaksalah tanggung sendiri.
7 comments:
best 3x.
I likeeeeee
teruja nk bca episod seterusnye..versi cetakan terus laaa...
layan dulu Zarif... kalau terlebih baru tegur..hihihi
best ceta ni teruskn lg
Kasih itu cinta kesinambungan' debunga kasih ' ker..
Post a Comment