Sudah lebih empat bulan, Hani tidak pernah lagi pulang ke
kampung. Bukan dia tidak rindu apatah lagi bila emaknya menelefon dan
memberitahu buah rambutan di belakang rumah sudah masak ranum, hatinya
menggedik ingin pulang.
Selalunya, bila
setiap kali musim rambutan, pndok kecil di belakang rumah akan menjadi tempat
dia bertenggek sambil mengunyah buah rambutan. Mangsa yang jadi tukang panjat
pokoknya ialah tak lain dan tak bukan mestilah adiknya si Azrul.
Mengingati semua
itu, Hani telan liur. Pun begitu, dia terpaksa tahan hati kerana buat waktu
ini, perkara pertama yang ingin dia lakukan ialah mengelak dari bertemu dengan
lelaki itu.
Tapi sampai bila?
Spontan kepala Hani terngeleng beberapa kali. Dia sendiri tidak pasti berapa
lama harus menjadi pelarian dari kampung halaman sendiri.
Hani pejam mata.
Kalau boleh, dia tidak mahu memikirkan apa-apa tetapi setiap detik dan ketika,
bila menyentuh tentang kampung halaman dan cerita di zaman remaja, hatinya jadi
ngilu.
Ah! Malas nak
fikir, tidur lagi baik. Lantas Hani rebahkan badan ke tilam.
Belum sempat
matanya terpejam, ada ketukan di pintu bilik berserta dengan suara Lily, teman
rapat merangkap rakan serumah memanggil namanya.
“Weh! Telefon kau
ni dari tadi menjerit. Bingit teling aku.” Lily melangkah masuk bersama Samsung
Note3 bercover puteh di tangan.
Alahai! Dia
terlupa. Tadi tengah layan FB di ruang tamu, lepas tu tengok TV dan terus masuk
bilik. Patut la dari tadi macam tak ada bunyi notification FB dan WhatsApp.
“Telefon suka
sepah sana sini. Kalau murah takpe juga. Kang terpijak macam mana?” Lily
sambung dengan bebelan.
“Kalau kau pijak, kaulah ganti.” Hani
menyengih.
“Cis! Kalau duit
boleh turun melayang dari langit takpe juga,” balas Lily sebelum melenggang
keluar.
Hani gelak. Dalam
waktu yang sama, telefonnya berdering lagi. Seronok gelakkan Lily, dia terlupa
untuk melihat gerangan pemanggil. Terus saja panggilan tersebut dijawab.
“Hello.”
“Dah tidur ke?”
Soalan dari pemanggil buatkan Hani terus memandang skrin telefon. Di situ
tertera nombor yang tidak dikenali.
Siapa? Hatinya
tertanya sendiri.
“Awak ni siapa?
Suka hati tanya orang dah tidur ke belum?” Keras suara Hani membalas.
“Haniiii...”
Zasssss!!!
Jantung Hani bagai dipancung dan putus dari tangkainya. Baru dia perasan dengan
suara itu.
“Mana kau dapat
nombor aku ni?” Pantas Hani menyoal. Seingatnya, dia memang tak pernah berikan
nombornya pada lelaki itu.
“Tadi elok aje
berawak dengan saya, sekarang beraku pulak.” Suara di hujung sana tergelak
perlahan.
Mendengar tawa
itu, dada Hani terus dilanda debar.
“Mana kau dapat
nombor aku ni Hazril?” soalan yang sama diajukan sekali lagi apabila yang pertama
tidak berjawab.
“Aku jampi,
potong limau purut dalam mangkuk yang ada air. Boleh nampak nombor telefon kau
dengan muka kau sekali. Sambil-sambil tu, aku jampi kau sekali,” jelas Hazril
masih beriring tawa.
“Tak lawak,
okey!” balas Hani pantas.
Pun begitu, dia
jadi pelik kenapa tiba-tiba Hazril boleh bergurau begitu.
“Aku ada cakap
aku melawak ke tadi?” Soalan balas Hazril buatkan Hani mati kata.
“Kau nak apa ni?”
Suara Hani makin keras. Mood geram mula terbit dari celahan hatinya.
“Saja nak dengar
suara kau yang lunak merdu ni.” Ada saja jawapan Hazril yang boleh buatkan dada
Hani makin berombak.
Hani pegang dada
sendiri. Dia memang pantang kalau dipermainkan begini lebih-lebih lagi orang
itu adalah orang yang sangat dia kenali.
“Kalau kau
telefon sekadar nak main-main, aku tak ada masa nak layan. Aku nak tidur, esok
aku kerja.”
“Okey! Good
night. Sweet dream. Kita jumpa esok. Assalamualaikummmm…”
Terus saja talian
ditamatkan. Sebegitu mudah? Hani seperti tidak percaya. Telefon di tangannya
dipandang lama.
Beberapa detik
berlalu, ketika matanya masih melekat di skrin telefon, ada lagi panggilan
masuk tetapi kali ini dari nombor rumah di kampung.
“Kak! Abang
Hazril ada telefon kau tak?” Azrul terus bertanya sebaik salamnya bersambut.
Hani terus terdiam.
Teka-tekinya berjawab dengan soalan Azrul.
“Oh! Kaulah yang
bagi nombor akak yer?”
“Dah dia mintak,
orang bagi laaa.” Senang Azrul menjawab.
“Eh! Kalau dia
mintak akak, kau pun bagilah?” Geram pada Hazril sebentar tadi berpindah pada Azrul
pula.
“Lagi bagus.
Bolehlah berabang iparkan Abang Hazril yang kacak lagi berharta tu.” Azrul
gelak jahat.
“Siotlah kau ni.”
Hani dah tak tahu nak cakap apa.
“Mak ada kirim
buah rambutan pada Abang Hazril untuk kau,” ujar Azrul.
“Hah!” Terkejut,
Hani jadi blur sekejap.
“Kenapa kirim pada dia? Akak kan duk KL.”
Perlahan dia bersuara, seolah bercakap ada diri sendiri. Apa ke peliknya mak
ni.
“Yerlah. Abang
Hazril pun dah kerja kat KL. Dia kata rumah sewa dia dekat aje dengan rumah kau
kak,” balas Azrul.
“Hah!” sekali lagi
Hani terkejut dengan kenyataan yang keluar dari mulut Azrul.
Kerja kat KL?
Bila? Di mana? Satu persatu tanda soal muncul di kepala Hani.
“Kau ni dari tadi
hah! Hah! kenapa?”
“Mmmm… eerkk..
banyak-banyak negeri kat Malaysia ni, kenapa KL juga yang dia pergi cari
kerja?” Hani jadi tak keruan. Dia sendiri tak tahu apa yang dia cakap.
“Laaaa……soalan
kau ni kak, macam soalan nak minta disekeh. Suka hati dia la nak cari kerja kat
mana pun. Lainlah kalau KL tu kau punya kak,” bidas Azrul tepat terkena ke muka
Hani.
“Amboiii..mulut!
tak agak-agak.”
Azrul gelak kuat.
“Okeylah kak. Mak
kirim salam. Jangan lupa ambil buah tu dari Abang Hazril. Ingat tau! ambil buah
jer, jangan ‘ambil’ hati dia sekali. Nanti tak boleh tidur malam, asyik nak
jenguk orang depan rumah.” Sekali lagi Azrul gelak jahat.
“Assalamualaikummmm..”
Azrul terus bagi salam dan memutuskan talian sebelum sempat Hani naik angin.
Memang kurang
asam punya adik! ‘Ambil’ hati? Oh! Mana dia mampu untuk ‘ambil’ hati Hazril
kerana hati dia sendiri pun sudah Hazril curi sejak lama dulu. Dan sampai
sekarang tak tahu mana lelaki itu letak, hilang tanpa jejak.
5 comments:
baca banyak kali pun ...masih tak jemu.
BEST ......SANGAT.
Best!
Hazril pindah depan rumah Hani ke? Hani mesti makin banyak hah! lepas ni hihikkk
Sambung pleaseeeeee.....best sgt!
akak,cter ni dh dibukukan k?kalau dah nk beli ..
Post a Comment