FOLLOWERS

HKC - Sudah dipasaran


Tak terkata... itulah yang aku rasa bila melihat dan menyentuh HKC. Covernya ada kelainan, gambar jeans tu kasar dan timbul, terasa seperti kita sentuh seluar jeans..

HKC dah pun berada di pasaran tapi ramai lagi yang komen kata susah nak cari. Takpe, sabar jer.. mungkin minggu depan akan sampai ke tempat anda.

Tapi ada ramai gak yang terus order melalui pos dan dengan rasa separuh malas, aku rajinkan juga diri untuk lakukan kerja-kerja pengeposan walaupun tersangatlah sibuk.


Yang order melalui pos terus dari aku. Ada yang dah terima. Siapakah yang terawal dapat pegang dan baca HKC? Siapa pula yang akan jadi orang pertama bagi komen tentang HKC?


Ni yang belum berbungkus. Ada juga yang order sekali dengan MB dan juga BK.


Gambar ni pula aku amik hari ni untuk promosi di sinar harian. Ramai yang tanya kenapa Mengukir Bahagia takde. Masa ni aku kat pejabat, stock MB tu takde tapi mereka (sinar harian) nak gambar cepat(jam tu call, jam tu juga suh email gambar terbaru)

3 comments:

aimie_afifah said...

Haniiiiiiiiiiiiiiiii..congrats for HKC....lepas ni kena pulun reka citer lain lak..:)

hajar said...

erkkkk????? komen say di sini dah hilang???

Nur_Wa said...

kak hani
baru je abis bace HKC
memang best gile
suka sgt ngan watak Zhafran tu
tp agak geram gak ngan Zhafran sbb
dia terlewat sedar yang sebenarnya dia dah lame jatuh cinta ngan Lya
benci sgt ngan watak nurin tu
mengediks je lebih
kesian Lya
terpinggir dari perhatian ibunya sendiri
tapi saya sgt suka dgn watak Lyana Amira
dia seorang yg sgt tabah even Zhafran berkali2 melukakan hati dia.
lya bijak mengawal emosi bila dapat tahu Zhafran nak kahwin ngan Nurin
kalau sy di tempat Nurin
sy belum tentu menjadi setabah Lya
yg sanggup tengok sahabat sendiri kite cintai dalam diam bersanding dgn org lain..
benarlah kata orang tiada istilah persahabatan antara lelaki dan perempuan..
salah seorang mesti akan terjerat dlm menyintai kwn baik sendiri.
sy pun pernah mengalaminya
mmg sakit sgt2..
ending Lya happy ending
but in real life, tidak seindah di dalam novel kan kak hani?
kite hanya mampu pasang angan2 je
selebihnya DIA lah yg tentukan

but overall novel ni mmg sarat dgn kasih sayang..
kasih syg ibubapa, kawan2,adik beradik & suami isteri