FOLLOWERS

HKC - Trailer 6

Alhamdulillah.... akhirnya, selesai juga aku habiskan pruf HKC ni. Rasanya, nilah Pruf yang paling lambat untuk aku selesaikan.

Cuma, aku perlu bagi cadangan beberapa tajuk lagi sebab takut tajuk HKC tu tak diluluskan. Sekarang ni aku tgh buntu nak fikir. Apa kata, sesiapa yang ada cadangan, tolong bantu aku beri tajuk yang sesuai untuk kisah Lya & Zhaf ni.

Sebagai upahnya, aku bagi posting tentang Hareez kat bawah ni...:))

********************************************************************

Mahu tak mahu, terpaksa juga aku mengenepikan rasa hati sendiri menaiki kereta Hareez untuk pulang ke rumah.

“Kalau kau fikir dengan memasuki Danau Crystal tu kau boleh bersenang lenang dan duduk bergoyang kaki, kau silap besar.” Tiba-tiba saja telingaku mendengar ayat yang menyakitkan hati keluar dari mulut tuan empunya kereta sebaik saja kami berada di atas jalan raya.

Aku ingin menoleh dan menyembur kembali tetapi mindaku berkata jangan! Hati, sabar saja. Kita guna cara yang halus untuk membalas kembali rasa sakit itu.

“Apa salahnya? Kalau aku duduk goyang kaki pun, aku tak guna kaki kau. Jadi, kau tak perlulah bimbang takut kaki kau tu akan lenguh sebab banyak bergoyang ke.” Aku menjawab sarkastik tanpa menoleh pun ke arahnya.

Dia pantas tertoleh pandang dan aku berikan sebuah senyuman sinis. Rasanya, itu yang terbaik buat manusia berlagak macam dia.

“Huh!” dia mendengus kasar sebelum menekan pedal minyak melajukan pemanduan.

“Kalau kau rasa nak mati cepat, kau tinggalkan aku kat tepi jalan ni. Aku masih belum nak mati. Belum cukup lagi amalan untuk dibawa masuk kubur.” Pedas aku menegur. Ngeri juga bila menaiki kereta yang laju di kawasan perumahan begini.

Dia tidak mengendahkan teguranku, sebaliknya makin melajukan pemanduan.

“Kalau nak mati pun, aku tak ingin nak mati bersama kau.” dia bersuara tiba-tiba.

“Eh! siapa yang nak sehidup dan semati dengan kau ni?” balasku dengan suara meninggi.

Dia berpaling memandangku.

“Kaulah!” jawabnya sepatah.

“Perasan! Tak hingin aku.” Aku mencebik dengan rasa menyampah.

Dia gelak kuat. Seiring dengan itu, pemanduannya terus diperlahankan kerana keretanya sudah membelok masuk ke kawasan rumahku.

Baru saja aku menanggalkan tali pinggang keledar, dia pula menekan break kecemasan memberhentikan kereta secara mengejut membuatkan aku terdorong ke depan.

“Kenapa ni?” Aku terjerit kecil kerana terperanjat. Nasib baik lagi kepalaku tidak terhantuk ke cermin depan.

Dia buat muka tak bersalah, membuang pandang sambil menyimpan senyum. Oh! dia sengaja rupanya. Pantas saja aku memujuk hati sendiri. Kalau aku melenting, maknanya dia berjaya menaikkan amarahku. So, aku buat muka cool.

“Terima kasih untuk pengalaman yang indah hari ni. Harap-harapnya, aku tak perlu tengok muka kau lagi dan naik kereta kau lagi.” Aku hulurkan senyuman manis sambil mengerdipkan mata ke arahnya.

Dia ketap bibir tanda geram dan aku ketawa gembira tanda menang sebelum membuka pintu kereta untuk keluar.



p/s : Pendek sikit. Nanti bila senang, aku bagi yang panjang tentang Zhaf dan Lya..

7 comments:

DLa said...

boss...bab2 bg tajuk ni aku mmg serender la..klu bc bleh la..hahaha..

boss..aku nak citer CBM plak bleh...
HKC kan dah nk kuar..x yah la post lg..nanti x suspen sgt..klu suma dah bc..

mizan said...

Hani betul juga ckap Dla tu.x kisah la klu x posting trailer HKC tu.Tajuk baru apakata tajuk LYA aje sbb ni kisah cinta Lya yg terpendam....

Nurul QisDhira said...

kak hani, kalau Lya dgn Hareez, ok jugak ;) hehehe...

aimie_afifah said...

kikikiki....
Hani...aku tunggu jer....

MysMitz said...

Kalau Tajuknya : Sampaikan Cinta . OK tak? Sori lah kalau tak sesuai.

Anonymous said...

Jangan lupa namaku..huhu

Anonymous said...

Hi cik writer.this is my 1st time baca novel awak..seriously, I like it!!!good job..for sure,next month mesti beli =)