FOLLOWERS

HKC - Trailer 5

Kembali ke bilik pejabat, kelihatan Zhafran sedang duduk di kerusiku sambil menggoyang-goyang kerusi tersebut kiri dan kanan. Lagaknya macam duduk di kerusi dalam pejabat sendiri.

"Sejak bila pindah office ni?" aku bersuara sinis, tercegat di depan pintu sambil berpeluk tubuh memandangnya.

Dia hanya menyengih dan bangkit memberi laluan untuk aku duduk sebelum bergerak ke kerusi depan mejaku dan duduk di situ tanpa dijemput.
Apa lagi yang boleh aku buat selain duduk.Dia pula hanya diam memerhati, menilik aku atas dan bawah seperti selalunya.

“Kenapa aku rasakan makin lama kau makin seksi?” Di bersuara tiba-tiba menghentikan pergerakanku. Serta merta aku menilik diri sendiri. Apa yang seksinya? Kalau pakai blouse labuh melepasi punggung dengan skirt labuh meleret ke lantaipun dikatakan seksi, apa pula pakaian yang harus aku pakai?

“Kau tak payah nak pakai seksi-seksi untuk tunjuk pada orang yang kau tu cantik. Untuk aku, kau balut tubuh kau dengan guni pun aku tetap tahu kau cantik,” ujarnya lagi.

"Kalau setakat datang sini nak merapu, baik lagi kau balik office kau buat kerja sendiri. Ada juga faedahnya," tukasku geram.
Dia bertongkat dagu di meja dan merenungku lama.

"Aku tak boleh fokus dalam kerja kalau tak tengok muka kau. So, aku perlu tengok muka kau sekurang-kurangnya dua hari sekali untuk ambil semangat." Dia bersuara bersama senyuman mekar di bibir.

"Kau tak usah nak jual minyak dengan aku? Tak laku!" aku mencebik.

"Eh! Betullah, jual minyak apa pulak," tekannya untuk meyakinkanku.

"Aku ada dengar satu teori. Kata orang, kalau kita ingatkan seseorang, ambil gambar orang tu, koyak dan rendam dalam air kemudian minum air tu. Nescaya otak kita dah tak serabut ingatkan orang tu sebab wajah dia dah masuk dalam perut." Aku saja buat cerita merapu sebab dah naik berbulu anak telinga mendengar dia bermain kata.

Dia gelak kuat, seolah sedang menyaksikan rancangan raja lawak.

"Kau nak tak kalau aku bagi gambar aku, kau cuba buat macam tu? Tak perlulah kau datang sini lagi dan ganggu aku?" soalan bercampur sindiran aku ajukan padanya.

Dia diam tidak membalas tetapi mata tepat memanah wajahku. Lama dia begitu sebelum bangkit bediri.

"Aku tak nak gambar kau tapi, aku nak hati kau." Dia terus berlalu meninggalkan aku dengan kata-kata yang menyentap naluri.

Ah! Zhafran, tahukah kau bahawa aku sudah lama kehilangan hati? Bagaimana mungkin untuk aku memberinya kerana aku sendiri tidak tahu di mana hatiku berada waktu ini. Kalaulah aku punya banyak hati,tidak perlulah aku hidup dihimpit sengsara begini.

13 comments:

mizz niza said...

ok..suda xsabar nk tunggu kuar ni..adoiai...ce bg klu bile agak2 nk kuar huhu....ni da kes siang terbayang2 malam termimpi2 ni huhu..

aimie_afifah said...

waaaaaaaaaaaaaaaa.....zhafffffffffffff......dah wat pengakuan maut tu..tp naper la ko g blah camtu lak zhaf oiiiiiiiiiii...

shadah adni said...

wah. akak.!
lya tolak zhaf tp dye still x putus asa.
adui. akak, nk trailer Hareez pulak.
kalo bole la. :)

Enieya said...

sokong shadah.. kasi panazz lagi, nk trailer lya ngan hareez yang best2

DLa said...

aimie..haishhh!!!.. pe ni jerit2 kaber2 la ckit...hahaha

hati Lya dah lama kn curik dek c Zhaf tu..tp tah mane Zhaf tu ltak x tau..tu yg dia p mintak lg kat c lya tu..hahahah (memandai jer aku, kan boss..)

Nurul QisDhira said...

wah!zhafran dh mula nak tackle Lya ! sebelum ni x nk... sibuk dgn minah tu.. sekarang ni baru nk confess feeling kat Lya..
hero sorang lg tu apa cerita kak Hani??

[AYUMI AFIQAH] said...

makin best la HKC ni lelame...
lmbat lg ke nk kuar? x sabar ni..hehe :)

hajar said...

waaa... kerana terlalu bz... arini baru dpt baca n3 nih... hurmmm bilelah agaknye novel ni nak kuar...

hanifazuha said...

Salam semua...

Shadah & Eniey..nnti akak bgi sikit pasal hareez

Buat semua, harap bersabar yer... tengah baca pruf edisi yg dah siap edit.. lepas tu antar semula ke penerbitan then tunggu turn utk dicetak... bila publish? xsure lagi..

hanifazuha said...

hajar... lambat pun xpe, N3 tu xlari ke mana...
hadiah saguhati tu akak dah pos yer...

hanifazuha said...

DLa... susah gila tu Zhaf nak pujuk balik.....

DLa said...

boss...biar naik gila c Zhaf tu mujuk c Lya..sapa suh tinggal dlu...apsal lak aku yg sakit hati nih..hihi

mentang2 la kita ni kaum hawa keras2 kerak nasi..ingat senang2 gitu jer nk pujuk..

Lya.. ko merajuk lama2 ckit..biar terdera cikit c Zhaf tu..hak3(gelak jahat tuh..)

aimie_afifah said...

haniiiiiiii....aku dah gatal tangan nk pegang HKC ni...
ko baca pruf edit tu cepat2 sket...
yg penting aku tunggu je bila HKC nk publish....jgn lupa eh..aku dah order ni...:)

DLa...ko ni emo semcam jer aku tgk...nnt sure ko yg berambu air mata kalau zhaf dok pujuk Lya tu lelama...kikiki