FOLLOWERS

Telenovela...




Fuh!! baru habis menonton DVD Telenovela Marimar. Panjangnya yang amat, lebih dua minggu aku tonton baru habis. Lebih dua minggu aku tak buat kerja apa, menonton jer.... Satu DVD ambil masa 4 jam lebih, semuanya ada 15 keping..huhuhu... bayangkanlah berapa panjang tapi memang best giler. Walau tak berapa faham, aku menangis sorang2...sengihnampakgigi

Kisah seorang anak hartawan yang bernama Marimar terdampar di sebuah pulau apabila kapal terbang yang dinaiki bersama keluarganya terhempas. Dia ditemui dan dibela oleh pasangan suami isteri yang sangat daif hidupnya di hujung pulau tersebut. Dari kecil sehinggalah dewasa dia tidak pernah melihat duit, tidak pernah berkasut dan jarang sekali mandi juga pakaiannya tidak bertukar.

Sehinggalah pada suatu hari dia menyelinap masuk ke sebuah tempat peranginan yang terdapat di tepi pantai berhampiran pulau tersebut untuk mencuri makanan dan tertangkap oleh pekerja di situ. Dia kemudiannya diselamatkan oleh anak kepada tuan punya tempat peranginan tersebut yang bernama Sergio. Kebaikan Sergio telah membuatkan Marimar jatuh cinta namun Sergio yang baru pulang dari luar negara hanya menjadikan Marimar sebagai tempat melepaskan rasa sakit hati kerana bekas kekasihnya telah berkahwin dengan ayahnya.

Tanpa perasaan, Sergio mengajak Marimar berkahwin dan membawa Marimar tinggal di tempat peranginan tersebut untuk membalas kembali rasa sakit hati terhadap bekas kekasihnya. Marimar yang sangat daif terus bersetuju kerana menyangka Sergio menyintainya. Di situlah bermulanya kepahitan hidup seorang Marimar yang diperkotak katik dan diperbodohkan oleh bekas kekasih suaminya yang ingin merebut kembali Sergio. Namun, putih bersih hati Marimar membuatkan Sergio benar-benar jatuh cinta tetapi cinta mereka terlalu banyak halangannya sehingga setiap ketika menagih nyawa dan air mata. Terpisah bertahun-tahun dan ditemukan kembali dalam suasana yang berbeza. Fuh!!! panjangnya nak cerita detail kat sini... Nak tahu, aku tidur sampai kul 2- 4 pagi setiap malam tengok cerita ni... macam-macam rasa ada, sakit hati, geram, sedih dan nak ketawa pun ada....pendek kata, semuanya lengkap.

Kesimpulannya : Cinta boleh mengatasi segalanya....

3 comments:

LimahLya said...

kat mana nak beli DVD marimar filipina ni? sye minat sgt cite ni

Husna said...

yaa.. beli kat mana?

Asida Collection said...

hanifazuha...DVD ni original dr sana ke?sya ada bli citer One True Love dia dua org jgk berlakon tp x ada subtitle..frust lak..yang ni ada subtitle x?