FOLLOWERS

Bebunga Kasih dalam Berita Harian 15 jan 2010...

Baru semalam bercerita tentang Bebunga Kasih di sirikan dalam majalah Seri Dewi dan keluarga, hari pepagi buta aku terima panggilanadacall dari wartawan Nurul Farina dari Berita Harian yang memberitahu aku tentang BK telah diulas di dalam BERITA HARIAN m/s 26. Rasa macam nak peluk cium dia dari jauhpeluk sebab dah lama sebenarnya dia minta aku emailkan biodata dan gambar.
Tak dapat nak gambarkan rasa teruja.... tak sabar nak tengok.

Bila dah baca tu, rasa segan pula sebab ada gambar sekali blushing. Penuh satu page promonya.... Dapat 4* lagi.

Thanks untuk Berita Harian dan Nurul Farina juga untuk pihak Alaf...terharu pulak bila apa yang kita hasilkan diberi perhatian sebegini.

Berita Harian 15 Jan 2010 - m/s 26

Hani Fazuha merungkai kasih gadis mangsa keadaanBEBUNGA Kasih karya Hani Fazuha menyajikan pembaca dengan erti kasih sayang, pengorbanan, penindasan dan tekanan emosi lewat konflik Ardyana, Zarif, Hairi, Syamir, Nasri dan Tengku Asyikin yang menjadi nadi penggerak jalan cerita novel ini. Ardyana atau Dya, gadis malang yang dinodai abangnya, Hairi atau Ari sejak berusia 10 tahun, tidak berani mendedahkan perangai buruk lelaki itu apabila ayahnya, Marzuki tidak pernah mengiktiraf Dya sebagai anak kandungnya.
Segala-galanya kerana Dya sering dianggap pembawa malang dalam keluarga dan selepas peristiwa itu, gadis terbabit menjadi seorang yang pendiam serta sering menyendiri di samping perwatakan sedemikian kekal sehingga dia melangkah ke sekolah menengah. Sungguhpun berperwatakan demikian, kehadiran Dya di sekolahnya menarik perhatian setingkatan, Zarif untuk mendekatinya tetapi penolakan gadis itu mengakibatkan pemuda terbabit yang asalnya berniat baik, berkesudahan dengan rancangan memalukannya dengan niat. Zarif sering memalukan Dya dan mengganggu masa rehat gadis itu hingga menimbulkan situasi tegang antara kedua-duanya sehingga tanpa diduga suatu hari, Dya menampar lelaki itu ekoran penghinaan yang dilemparkan terhadapnya.
Akibat kejadian itu, Dya dibelasah teruk oleh bapanya sehingga membuat keputusan menghantar gadis malang itu untuk tinggal dengan neneknya di kampung, tetapi tetap berjaya melanjutkan pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM). Bagaimanapun, kepulangan Ari dari luar negara mendatangkan gerun di hati gadis itu kerana tahu dia tidak mampu melarikan diri daripada nafsu ganas abangnya dan apa yang ditakutinya benar-benar menjadi kenyataan. Sifat binatang Ari berulang apabila cuba mengambil kesempatan dalam setiap ruang, masa dan tempat untuk mendekati Dya dan pembaca yang pada mulanya simpati kepada gadis itu akhirnya, bosan dengan sikapnya yang tidak bersungguh untuk menghentikan perbuatan abangnya itu. Bagaimanapun, pembaca akan kembali terpaku pada babak pertemuan semula Dya dengan 'musuh ketatnya', Zarif di UPM ketika jejaka itu menemani gadis genit, Tengku Asyikin dan seolah-olah berasa dirinya hebat dalam memenangi hati wanita.
Pertemuan secara tidak sengaja itu bukan saja menimbulkan rasa benci dan marah dalam diri Dya selain kenangan pahit yang dialami ketika menjadi sasaran penghinaan jejaka itu sering bermain di ingatan. Zarif pula yang bersyukur atas pertemuan itu, cuba mendekati Dya kembali, tetapi gadis itu semakin menjauhkan diri dan membencinya sehingga mula menggunakan teman baiknya, Syamir yang menyimpan perasaan terhadapnya bagi menjarakkan hubungan dengan Zarif. Tamat pengajian, Dya ditawarkan bekerja sebagai tenaga pelatih bahagian Sumber Manusia di sebuah syarikat yang mempunyai rangkaian pasar raya dan seolah-olah ditakdirkan untuk bertemu dengan ketuanya, Nasri yang sangat prihatin dan berbudi bahasa. Dya kemudian menjadi rapat dengan lelaki itu, tetapi masih menjaga batasan selepas mengetahui ketuanya itu sudah beristeri, lalu Nasri yang menyedari perubahan gadis itu mula berusaha lebih gigih untuk membongkar misteri hidup Dya. Pembaca pasti tidak akan lupa dengan episod menarik dalam novel ini apabila Dya bertemu pelanggan, Auntie Rina dan secara gurauan meminta wanita itu mencarikan jodoh untuknya ketika diajukan soalan berkenaan statusnya. Konflik mula berlaku, apabila Dya dipaksa bertunang dengan anak kenalan bapanya, tetapi pada majlis itu Dya menerima kejutan apabila mendapati bakal ibu mentuanya ialah Auntie Rina dan dia mula pasrah akan hakikat itu selepas dipujuk ibunya. Dya cuba mengatur janji untuk bertemu dengan tunangnya bagi membincangkan ikatan mereka, tetapi lelaki yang tidak dikenali itu seakan-akan cuba mengelak daripada bertemu sehingga akhirnya dia mengambil keputusan menghadiri kenduri di rumah bakal mentuanya. Siapakah lelaki yang menjadi tunangan Dya dan apakah reaksi gadis malang itu apabila melihat tunangannya serta mampukah menolak keinginan Syamir yang mahu memperisterikannya selain apakah tindakan Nasri apabila melihat gadis itu semakin jauh daripada dirinya? Hani Fazuha melalui Bebunga Kasih meskipun berjaya mengangkat kisah mengenai lumrah kehidupan wanita yang masih dipandang rendah sehingga sering menjadi mangsa keadaan, tetapi pengarang sewajarnya menggarap naskhah ini dengan lebih kemas! INFO: Bebunga Kasih

Pengarang: Hani Fazuha
Tebal: 502 halaman
Penerbit: Alaf 21 Sdn Bhd
Harga: RM19.90 senaskhah
Bintang: ****blushingsengih

5 comments:

Sarnia Yahya said...

Tahniah, pas Hani SMS kat akak, terus akak ke kedai, beli BH. Siap potong simpan dlm fail, utk kenangan2 kejayaan kwn2 :)

Hani Fazuha said...

Kak! Thanks..hehehe..

Anonymous said...

citer nie memg best....

Anonymous said...

citer nie memg best....

Haiza Najwa said...

Moga makin maju berkarya..rindulah kat mu!