FOLLOWERS

Trailer 2

Ok.. ini aku tampalkan sikit babak ttg Hareez sbb ada yg tak tahu wujudnya watak lelaki kerek ni.

*******************************************

Zapppp! Dadaku bagai dipanah petir tatkala lelaki tersebut membuka cermin mata hitam yang dipakainya dan melangkah ke arahku. Aku sudah dapat mengagak siapa dia tetapi hatiku bagai enggan mengakuinya. Dia lebih kacak dari apa yang aku bayangkan.

“Are you Lyana Amira?” dia menyoal dengan lagak angkuh.
Aku pejam celik kedua mata sambil memandanya atas dan bawah tanpa menjawab soalannya. Dia yang seperti tidak senang dengan tingkahku berdehem beberapa kali.

"Ya! Saya Lyana Amira." aku menjawab akhirnya dengan pandangan masih meneliti dirinya.

“Ikut I sekejap.” Tanpa amaran dia terus menarik tanganku.
“Eh, eh! Apa ni?” Aku terjerit kecil kerana terperanjat.
“Hey…Hey!, kau nak bawa aku ke mana ni?” Aku cuba meronta untuk melepaskan pegangannya di lenganku namun tidak berjaya.

Dia terus membuka pintu keretanya dan mendorongku masuk ke dalam. Pintu terus terkunci sebelum sempat aku membukanya. Dia kemudiannya bergerak ke tempat duduk pemandu dan masuk ke dalam.

Kereta sudah mengundur ke belakang dan meluncur laju ke jalan raya sebelum sempat aku berbuat apa-apa. Segala yang berlaku begitu pantas sekali sehingga aku rasakan hanya sekali berkelip, aku sudah dibawa lari. Dah la aku tak bawa apa-apa, hendaknya dia tinggalkan aku di tepi jalan, sah sah aku kena jadi pengemis sebelum dapat pulang semula ke kolej.

“Heh! Kau ni siapa sebenarnya? Kau nak culik aku buat apa? Keluarga aku bukan orang kaya, tak ada duit untuk bayar tebusan.” aku jadi curiga tiba-tiba. Siapa dia ni sebenarnya? Kenapa lagaknya macam nak menculik aje? Dadaku jadi berdebar tiba-tiba. Rasa takut datang menerpa. Pantas aku berpusing mengadapnya.

"Kau ni siapa sebenarnya? Kau nak culik aku ke apa?" terjahku kasar.

Dia menoleh sekilas "Kalau setakat perempuan macam kau, upah sejuta pun aku tak ingin nak culik. Tak memberi faedah apa pun."

"Hah! jahatnya mulut kau. Kalau tak memberi faedah, kau larikan aku ni buat apa?" aku menjerit marah. Pantas saja stering keretanya aku goncang kuat sehingga dia terjerit dan menekan break kecemasan sebelum membelok masuk ke kawasan lapang di depan dewan Canselor.

Dia mendengus geram manakala aku pula sudah membuntang mata memandangnya. Kurang asam punya manusia. Dia boleh umpamakan aku dengan duit sejuta. Yang sadisnya, dia tak nak pulak duit sejuta tu kalau perempuan yang disuruh dia culik itu adalah aku. Tak ke menyakitkan hati.

Buat seketika kami saling bertingkah melalui pandangan sebelum dia sekali lagi mendengus kuat dan menyandarkan tubuhnya ke belakang dengan pandangan lurus ke depan.

“Aku… Hareez Daniel.” dia mengakui akhirnya dan entah kenapa aku melepaskan nafas lega. Sekurang-kurangnya aku tahu bahawa aku tidak diculik dan akan selamat di dalam kereta ini.

“Yes! Aku Hareez Daniel yang ‘dipaksa’ untuk berkahwin dengan kau.”

“Dipaksa?” keningku berkerut memadangnya. Zaman sekarang ni, ada lagi ke istilah paksa dalam sebuah perkahwinan? Aku seperti tidak ingin mempercayainya.

“Ya! dipaksa oleh keluarga aku untuk menerima kau sedangkan aku rasa, mati hidup semula pun aku tak mungkin akan terima kau.” Angkuh sekali lagak dan gaya percakapannya buatkan aku menyumpah di dalam hati.

Dia pandang ke arahku dengan juring matanya. Sungguh Sarkastik. Apa dia fikir aku ni nak sangat kahwin dengan dia? Sekali dia tak nak, sejuta kali aku tak hingin.

“Aku jadi hairan, kenapa mama aku beria-ia nakkan kau sebagai menantu. Untuk aku, kau tak ada pun ciri-ciri wanita yang layak untuk menjadi isteri sempurna.”

Hah! Ini satu penghinaan yang tidak mampu diterima oleh akalku. Tiba-tiba hatiku jadi panas bagai dipanggang di atas bara api.

“Jadi! Kau culik aku ni semata-mata nak menghina aku, begitu?” soalku, geram.

Dia angkat kedua belah bahunya tanpa menoleh ke arahku. Serasa nak aje aku tendang dia masuk ke dalam longkang.

“Aku hanya nak kau tahu, aku takkan terima usul mama dan takkan kahwin dengan kau walau apa pun yang akan terjadi. Rasanya, lagi baik aku tak berkahwin seumur hidup dari berkahwin dengan kau.” Satu lagi penghinaan yang cukup untuk mencarik sekeping hatiku. Biarpun aku ini tidak secantik dan seayu wanita melayu terakhir yang lemah gemalai, aku jua punya hati dan perasaan. Tidakkah dia tahu tentang itu?

Pantas aku berpusing ke arahnya, merenung dia dengan mata yang mengecil sambil menahan nafas.

“Kau tahu tak? Kalau aku diberi dua pilihan, kahwin dengan kau atau mati di tali gantung, aku lagi rela memilih tali gantung dari menjadi isteri kau.” Ujarku memanggil dia menoleh ke arahku. Buat seketika, dia bagai tergamam memandangku.

“Rasanya, itu sudah cukup jelas untuk menceritakan apa yang ada di hati aku dan orang terpelajar seperti kau seharusnya faham maksudnya.” Sambungku lagi dan dia masih seperti tadi, memandangku bagai tidak percaya. Mungkin dia tidak menyangka aku akan berkata begitu. Mungkin juga dia menyangka aku akan menangis dan memujuknya. Ah! Lelaki angkuh sepertinya tidak harus diberi muka walau hanya untuk secebis rasa.

10 comments:

DLa said...

ceh..kereknya mamat nih...klu aku, aku nak jer sejuta tuh..bg aku jer lah...
boss..rasanye Hareez ni blum kuar lg lam citer nih kan.. cuma ade lam prolog jer..sbb tu ramai yg x tau kewujudan dia...kan aimie..kan..

DLa said...

Ahah!!!..aku dah amik blik tmpat aku..hehhe.. org pes bg komen..

aimie_afifah said...

DLa....yeahhhhhhhh..u r bek dear...wakakakak...
mesti boss ko bangga x hingat nih...

aku pun rasa mamat kerek ni hani x pernah tempek lagi...x taw la kot2 aku tinggal ketapi lagi...

DLa...aku nk gak duit sejuta tuh...meh kita share dua...

niz said...

kalaun tk suka.....jgn le hina sampai begitu

hanifazuha said...

aimie..DLa..
Memang mamat kerek ni aku blom tampal sbb dia akan masuk dlm bab 20++. Tapi nanti dia akan jadi org yg akan mengharu birukan keadaan

yanie azyani said...

kak hani,Hareez nie akn muncul dlm HKC ke nvel bru akak yg lain?
tp kn kak hani,mamat nie kerek btul la....xpatut btul dia ckap cam 2...
kalau yanie la,confirm dpat sebijik kt muka....


p/s : kak hani,lama lg ke HKC nk keluar? x sbar dh nie.....hehehe

Nurul QisDhira said...

wow ! hero baru sudah muncul.. :) hareez daniel ni sape kak hani ?? mmg berlagak btol.... ;p

hanifazuha said...

Ms Yanie & Nurul & buat semua yg keliru... Hareez Daniel ni mmg watak dlm HKC..siapa dia? akak tak nak ckp skrg, kena tunggu edisi cetak dulu... tpi yg nyata, dia nilah yg akan memporak perandakan keadaan... mcm dlm riview yg akak buat, apa akan jadi kalau masing-masing harus menelan kembali kata-kata sendiri? jawapannya ada pada HKC..so, tingggguuuuu...

niz said...

nampaknya mamat kerek ni.....bukan sja mengharu-birukan keadaan tetapi .....mungkin akan merapatkan hubungan lya dan zafran

Anonymous said...

nice