FOLLOWERS

Bebunga Kasih - Bab 36


KETIKA membuka mata pagi esoknya, aku seakan-akan hilang ingatan seketika. Lupa di mana aku berada. Sekilas menoleh ke kiri, aku terperanjat melihat Zarif yang begitu lena diulit mimpi ber-baring di sebelahku. Segera aku bangkit dan menolak tangannya yang begitu selesa memeluk pinggangku.

Perbuatanku mengejutkannya daripada lena. Terpisat-pisat dia bangkit sambil menenyeh mata.

“Kenapa ni sayang?” soalnya dengan mata yang mengecil memandangku.

Wah! Nadanya membuatkan aku rasa mahu mengunyah muka handsomenya sebagai sarapan pagi.

“Kenapa sayang?” Aku mengajuk dengan memek muka menyampah. “Awak tanya saya kenapa? Patutnya saya yang tanya awak kenapa.” Aku menyergahnya. Dia terlopong memandangku tanpa suara.

“Kenapa awak tidur kat sini? Kenapa tak tidur depan TV sana? Kenapa peluk saya? Kenapa...”

“Huarghhh...” Dia menguap sambil mengatup mulutnya, mematikan terus soalan-soalanku.

“Saya mengantuklah. Beri saya masa tidur sekejap. Dah bangun nanti, saya jawab soalan awak.” Bersahaja dia menjawab sebelum kembali merebahkan kepalanya ke bantal.

Aku mendengus kasar, marah dan geram datang selari mencengkam hati. Berhadapan dengan lelaki ini sering membuatkan fikiranku bingung.

“Hoi! Bangunlah. Subuh dah nak habis, tahu tak?” Aku cuba membangunkannya sekali lagi lantas menolak bahunya kasar. Kerana terkejut, matanya terbuka luas.

“Kasarnya kejut suami! Mana awak belajar semua ni?” sindirnya.

“Huh!” Aku mendengus kasar lalu mengengsot untuk turun dari katil. Tujuanku sekadar mahu mengingatkannya tentang rukun Islam yang satu itu, tetapi aku dikenakan pula. Buat menyakitkan hati saja, desis hatiku.

Gelak Zarif menampan anak telinga saat aku melangkah ke bilik air. Gila! Kenapa lelaki gila ini harus aku temui? Kenapa rancangan gila ini harus aku ikuti? Semuanya gila! Gila dan gila.



5 comments:

Indah Hairani said...

Salam Hani...
Kndah dah dengar puji2 trhadap BEBUNGA KASIH...bangga kndah dengar..kata mereka BBK lebih hebat dari SDH...Tahniah dik.

Hani Fazuha said...

Terima kasih kak..:)

Anonymous said...

Kak hani...ada lg x novel bebunga kasih ni..sy tgh cari skrg

Unknown said...

saya pun nak beli jugak

Anonymous said...

Sama juga dngn saya..da lama cri novel ni..tpi xjmpa2..