FOLLOWERS

Sakit.....

Sejak hari isnin lagi aku diserang batuk dan selsema. Makin hari makin teruk sampai kepala pun naik berpusing:031: tapi kaki masih kuat melangkah ke pejabat. Terfikir gak nak cuti tapi banyak sangat benda yang harus diselesaikan...

Sampai hari khamis, keadaan makin teruk, aku melangkah juga ke klinik. Cadangnya hanya untuk ambil ubat tapi sebaik saja aku beritahu yang aku batuk dan selsema, nurse yang ada di meja pendaftaran tu terus hulurkan mask, suruh aku pakai jam tu jugak:009:. Isk! aku bukan kena H1N1 laaa...aku tak demam:029:. Aku membebel dalam hati.

Masuk bilik pemeriksaan pula, doktor terus bagi aku MC dua hari.

"Awak balik, makan ubat dan tidur. Jangan dekat dengan anak-anak. Tidur asing-asing, awak tidur sorang-sorang. Kalau dua hari tak elok lagi, datang semula."

Hah! tidur asing-asing? Biar betul doktor ni. Aku dapat penyakit ni pun dari hubby, dia nak suruh aku tidur asing-asing nga hubby. Aku gelak sendiri dalam hati:018:

Balik rumah, lepas makan ubat jer aku terus tertidur tak ingat dunia:028:. Dari hari khamis sampai hari sabtu, kerja aku cuma tidur, bangun makan dan telan ubat, lepas tu tidur balik sampai muka pun naik sembab. Entah ubat apa yang doktor tu bagi kat aku, dasyat betul sampai nak buka mata pun tak boleh. Bila ada orang telefon, mulut aje yang bercakap tapi mata terpejam rapat:021:.

Sampai petang sabtu, hubby kejutkan aku, mengajak aku beriadah ke Putrajaya.

"Jom! saya bawa awak sedut udara segar di tepi tasik. Asyik tidur aje sampai muka pun da sebiji macam bantal."

Amboi! sedapnya mengata aku. Mentang-mentang la dia ada projek di putrajaya dan tiap-tiap hari ke situ, berlagak la tu.

"Cepat la...saya nak pergi tengok bebudak saya kerja ni."
Dengan mata yang masih terasa mengantuk:016: aku ikutkan juga ajakannya.

Mula-mula dia bawa aku ke presint 6 dan 7. Wah! udara tepi tasik tu memang betul-betul segar. Mata aku yang mengantuk tadi terus saja terbuka luas. Badan yang lemah pula rasa sihat serta merta.

Mmm..aku terus cakap kat hubby

"Nanti setiap hujung minggu awak bawa saya ke sini, saya nak bawa laptop sekali, nak duduk tepi tasik ni dan menaip..hahaha"

Hubby aku sengih aje. Apa tak nya, dia da lama mengajak aku joging kat situ tapi macam-macam alasan aku bagi, mengantuk la, penat la.... tapi petang tu, aku rasa macam tak nak balik pulak. Sempat la bergambar dan berposing sakan..hahaha..

Presint 6 : Tengok la pemandangan di belakang sana tu, memang cantik.

Presint 6


Presint 6 : Nampak tak PICC kat belakang tu


Kami berjalan menyusur tepi tasik dari presint 6 hingga ke presint 7



Di atas jeti di Presint 8. Boleh nampak masjid Putrajaya dari arah belakang


Di atas jeti yang sama. Boleh nampak feri dan juga jambatan yang panjang tu


Di atas jeti tu juga boleh nampak Pejabat Perdana Menteri dari arah belakang


Feri sedang menurunkan penumpang. Waktu ni da hampir maghrib tapi suasana masih terang benderang.

Nota kaki : Tak sempat nak ke presint 10. Katanya, kawasan tasik di situ agak menyeramkan kalau waktu malam.

No comments: