FOLLOWERS

Majlis Novelis Prolifik - Aleya Aneesa

Petang semalam, bertempat di Hotel UITM Shah Alam, Alaf21 telah meraikan penulis Prolifik- Aleya Aneesa dan majlis tersebut telah dirasmikan oleh pelakon dan penyanyi, Erra Fazira. Malas nak cerita panjang sebab dah penat sangat, aku tempekkan separuh dari gambar-gambar yang sempat aku rakamkan untuk tatapan semua.


Sebelum majlis bermula, aku dah sambar Aleya untuk bergambar. Cantik sungguh cik adik yang diraikan hari ni sampai aku tak kenal dia waktu mula-mula masuk ke dewan tersebut. Ketika berbalas pandang, dia senyum menyapa tapi sebab aku tak kenal jadi aku jalan jer terus. Lepas tu bila Kak Meen cakap tu la Aleya, aku pon menjerit panggil dia. Dia punya la angin dengan aku..hehehe..sorry Aleya, awak cantik sangat (confius akak, ingatkan Erra Fazira dah bertudung..hahaha)

Ini pun sebelum majlis bermula kami dah buat kecoh dalam dewan, bergambar mengalahkan orang yang diraikan.

Ketika Majlis sedang berlangsung

Di sudut Kanan dewan di mana majlis akan dirasmikan

Erra Fazira sedang merasmikan majlis

Sejurus selepas majlis dirasmikan

Aleya Aneesa bersama Erra Fazira

Lepas makan-makan, sekali lagi bergambar bersama Aleya

Sempat juga bergambar bersama si cantik Erra Fazira

Ini pula sesi bergambar bersama Aleya dan semua penulis yang hadir

Ini last sekali sebelum balik dan gambar ni paling aku suka. Nak tahu hubby aku cakap apa bila tengok gambar ni... 'Macam kenal jer yang rendah sekali kat tengah tu..hahaha' melampau la tu..

1 comment:

Rasha_rz said...

wah tahniah pada semua terutama penulis prolifik tu.