Semalam Editor(Gee) call beritahu 'baby' pertama aku sudah selamat dikeluarkan. Kebetulannya semalam juga anakku admit di KPJ Specialist Kajang sebab nak operation buang tonsilitis dia yang dah terlalu besar.
Kebetulan yang sama juga berlaku ketika Gee call beritahu 'baby' tersebut baru selesai di edit, Waktu tu aku baru saja admit di Hospital Serdang sebab tiba2 kena serang apendik dan terpaksa dibedah. Cuma bezanya kes aku tidak dirancang tetapi kes anakku memang telah dirancang dari awal. Satu kebetulan atau memang suratan?
Tengoklah muka dia, macam sedih sangat. Bila sedar aje dia minta doktor pulangkan suara dia tapi yang hairannya lepas dah habis mamai ubat bius, dia boleh melompat-lompat dari atas katil turun ke bawah. Langsung tak rupa orang sakit. Aku pulak yang tak senang duduk tengok dia. Dah letih sangat, aku pula yang terlena atas katil tu, dia elok aje melompat-lompat main mainan yang Pak Usu dia belikan.
Esoknya, tak sabar nak tengok dan pegang, aku terus lari ke Alaf21 lepas discharge lebih kurang pukul 1.30tgh ini. Gembira...terharu..dan pelbagai rasa mewarnai hati tatkala melihat hasil kerja sendiri berada di depan mata.
Di bawah ni aku copy sinopsisnya untuk semua :
BUKAN kehendak Natasya menerima Zahim, tetapi itulah tanda pengorbanannya sebagai seorang anak. Perginya Zahim tanpa sepatah kata juga bukan pintanya, tetapi itulah hidup yang ditakdirkan ke atasnya. Bagi Natasya, andai takdir memisahkan mereka, takdir jugalah yang bakal menemukan mereka kembali. Jika diberi peluang meminta, akan dipinta agar mereka tidak dipertemukanlagi buat selama-lamanya. Mengapa perlu ada pertemuan lagi di saat hati sudah hampir merelakan perpisahan?
“Rasanya, ikatan ni langsung tak bererti buat kita berdua. Jalan yang terbaik, putuskan saja.”
Namun, takdir ALLAH tiada siapa yang dapat menduga. Kerana pengorbanan juga, sekali lagi dia terpaksa menerima Zahim kembali, tapi di saat dia mula mengecap rasa bahagia bersama, sekali lagi kepercayaannya dikhianati tanpa belas. Apakah semua pengorbanannya selama ini tidak memberi apa-apa makna pada Zahim? Lantas, apa sebenarnya yang dia mahukan? Kalau bahagia seorang suami bukan pada isteri, di mana letaknya bahagia itu?
Peliknya cinta... walau dilukai berkali-kali, hati masih mampu menyayangi. Sekalipun parut kelukaan itu mencacatkan, namun cinta di hati hanya akan berhenti bila nyawa dan roh diangkat ke langit. Dia percaya;
Peliknya cinta... walau dilukai berkali-kali, hati masih mampu menyayangi. Sekalipun parut kelukaan itu mencacatkan, namun cinta di hati hanya akan berhenti bila nyawa dan roh diangkat ke langit. Dia percaya;
“Isteri yang baik akan menerima suami seadanya. Isteri yang solehah akan mengikut kemahuan serta kehendak suami setulusnya dan isteri yang sempurna akan sentiasa cuba menyempurnakan diri sendiri demi kebahagiaan suaminya.”
No comments:
Post a Comment