SEMERAH
WARNA SENJA
ARIF
ZAFUAN!!!
Ayuriana
pejam celik mata. Dia sedang bermimpi atau memang satu kenyataan? Kalau mimpi,
dia ingin cepat-cepat terjaga. Kalau kenyataan, dia mahu menyorok ke bawah
meja. Atau, pinjam pintu ajaib dari Doraemon supaya dia boleh menghilangkan
diri melalui pintu tersebut.
“Riana...
kenalkan, ni business partner I, Arif Zafuan.” Suara Encik Rizal memperkenalkan
makhluk Tuhan paling kacak yang pernah dia jumpa itu mengesahkan Ayuriana
bahawa dia tidak bermimpi.
Ayuriana
telan liur. Terasa payau. Pertemuan ini
sangat-sangatlah tragis. Jauh dia lari hingga ke pulau tersebut tetapi kenapa
masih ada juga pertemuan ini?
“Rif,
ni Riana, Operation Manager Ria Damai Resort. Satu-satunya orang kepercayaan
aku dan satu-satunya orang yang bertanggungjawab meletakkan Resort ni ke tahap
sekarang.” Bangga Rizal Iman memperkenalkan pekerja kesayangannya pada Arif Zafuan.
Riana adalah nama singkatan untuk Ayuriana. Lebih singkat lagi ada yang
memanggilnya dengan panggilan Ria
Apa
tidaknya, sejak Riana menyertai resort tersebut dua tahun lepas, pelbagai
aktiviti yang diperkenalkan oleh gadis tersebut dalam usaha menarik pelancong
untuk menginap di situ. Hasilnya, Ria Damai menjadi terkenal dalam sekelip mata
di Pulau Tioman itu.
Riana
yang cantik, Riana yang bijak dan Riana yang sentiasa muncul dengan Idea segar
untuk melangkah lebih ke depan dari
orang lain. Dalam diam dia mengagumi gadis tersebut. Dalam diam dia jadi admire
pada wanita itu.
“Hai!”
Riana menegur dengan anggukkan. Sejak bertudung, dia tidak lagi menghulur salam
atau menyambut salam manusia yang bukan mahramnya. Kata ustazah, mengelak dari
dosa-dosa kecil akan menjauhkan kita dari melakukan dosa-dosa besar.
“Errkk...
Encik Riz, I ada oppoitment....” ucap Riana pada Encik Rizal sambil memberi
isyarat tangan yang dia mahu pergi.
********
PANJANG
langkah Riana. Kalau boleh dia ingin terbang tetapi namanya pun manusia, mana
ada manusia yang ada sayap.
Duduk
di bangku tepi pantai. Riana pegang dada sendiri. Kenapa getaran hatinya tak
pernah berubah setiap kali menatap mata lelaki itu? Empat tahun lalu, itulah
yang dia rasa setiap kali menatap sepasang mata milik lelaki itu.
“Ayu,
kenapa pandang saya macam tu?” Soal Arif, memandang tepat ke wajah Riana. Hanya
seorang saja di dunia ini yang memanggil namanya begitu iaitu Arif Zafuan.
“Mata
awak buat saya tergoda.” Riana berterus terang. Benar, dia terpikat dengan Arif
Zafuan hanya kerana sepasang mata milik lelaki itu. Mata hitam yang jernih
kebiruan. Keturunan Arif memang berdarah campuran tetapi kulitnya sawo matang,
macam kulit melayu asli.
Arif
gelak kuat. Riana ni nampak saja pemalu dan sopan tapi kekadang bila bercakap
dengan dia, dah tak tahu erti malu.
“Mata
cari makan ni,” ujar Arif dalam gelak.
“Mmm..
cari makanlah banyak-banyak. Saya cungkil mata tu keluar, ganti dengan mata
lembu, biar awak tahu cari rumput aje.”
Pecah
berderai tawa Arif tatkala mendengar amaran tak masuk akal Riana itu.
Riana..Riana... makin lama, rasa sayangnya pada wanita ini makin melimpah ruah.
Berkali mengajak Riana menghalalkan hubungan mereka tetapi wanita itu menolak
dengan alasan tunggu habis belajar dulu.
Setiap
kali bertemu di kafe atau library universiti dengan alasan mahu mengulangkaji
bersama, gelojak di dadanya sukar dibendung. Bukan sebab Riana berpakaian
seksi. Riana sentiasa sopan berbaju kurung tetapi seksinya Riana pada tingkah
dan jelingannya. Itu yang sentiasa buat dadanya berdebar tanpa perlu
bersentuhan kulit.
Mungkin
inilah yang dikatakan bila anak adam yang berbeza jantina berduaan, di antara
mereka ada makhluk yang bernama syaitan dan makhluk itu akan menghasut fikiran,
masuk ke pembuluh darah manusia mencipta nafsu serakah untuk melakukan perkara
terlarang.
“Kenapa lari?” soalan yang tiba-tiba menyapa telinga
Riana dari arah belakang buatkan dia terus terloncat bangun.
Arif Zafuan berdiri di belakangnya sambil berpeluk tubuh.
Rambut yang terjuntai di dahi bergerak-gerak di tiup bayu pantai menjadikan
pemadangan di depan mata cukup indah buat Riana. Sinar matanya tetap sama
seperti dulu, cuma wajahnya nampak lain. Jambang yang tidak bercukur
menampakkan dia lebih seksi dan mungkin faktor usia juga menampakkan dia lebih
matang.
“Kenapa lari ke sini?” Soal Arif kali kedua.
“Bukan lari, berjalan aje tadi.” Jawab Riana, selamba
dalam gugup.
Arif tahan senyum. Riana tak pernah berubah.
“Kata ada appointment tapi melangut kat sini buat apa?
Bukan ke sekarang waktu kerja? Mengular?” berderet soalan Arif masuk ke telinga
Riana.
“Lebih kurang laaa..” jawab Riana, masih selamba. Dia
ingin berlalu, tetapi lengannya cepat saja disambar Arif.
Buntang mata Riana memandang jemari Arif yang kejap di
lengannya. Kemudian, dia melilau melihat sekeliling, mana tahu kalau kalau ada
pekerja Resort yang nampak dan akan menimbulkan gosip hangat. Encik Rizal baik
dengan dia pun sudah menjadi topik yang paling hangat dibincangkan di situ,
inikan pula kalau ada lelaki yang tidak dikenali memegang lengannya begitu.
“Tolong lepaskan lengan I.” Riana berusaha melepaskan
lengannya yang masih kejap dipegang Arif.
“Kenapa? Takkan pegang lengan isteri sendiri pun tak
boleh?”
“Empat tahun Arif. Kalau pokok pun, dah lama mati tanpa
air.” Tukas Riana. Empat tahun ditinggalkan tanpa kata, masihkah gelaran itu
layak untuk dia? Entah! dia sendiri tidak pasti. Yang pasti, dia tidak mahu
lagi memikirkan nasib hidupnya yang malang itu.
****************
PANGGILAN
telefon dari emak di kampung buatkan kepala Riana makin berserabut. Ada orang
datang merisik dan Riana tolak mentah-mentah. Ini bukan kali pertama malah
sudah kali ketiga. Tetapi kali ini, emaknya betul-betul mengamuk.
Bukan
apa, emak tidak suka dia merantau jauh-jauh. Kalau boleh emak mahu dia
berkahwin dengan orang sekampung dan tinggal di kampung yang sama. Senang sikit
kata mak.
‘Macamana
nak terima lamaran orang mak, anak mak ni dah lama jadi isteri orang?’ jawapan
itu hanya bergema di hati Riana.
Kalau
boleh, dia nak aje tuntut fasakh untuk merungkaikan ikatan tersebut tetapi dia
tiada apa-apa dokumen. Berkahwin di siam dan belum sempat didaftar di malaysia,
Arif sudah pun meninggalkan dirinya tanpa khabar. Semua dokumen perkahwinan
mereka ada pada Arif. Jadi, apa yang dia boleh lakukan?
Arif
Zafuan.. nama itu berulang di hatinya. Berbulan mengenali lelaki itu di kampus
UM dan berbulan memadu kasih baru dia tahu Arif Zafuan itu adalah anak ahli
perniagaan berpangkat Tan Sri. Dia sama
sekali tidak menyangka kerana Arif seorang yang sangat low profile. Kekadang
hanya berselipar jepun dan berjeans lusuh bila bertemu di kafe kolej. Hanya memakai
satria Neo untuk bergerak di dalam kampus.
“I
tahu you kenal Arif Zafuan.” Teringat kembali Riana apabila dia tiba-tiba didatangi oleh dua orang wanita
yang mencarinya di kolej. Seorang muda belia dan seorang lagi pertengahan umur
yang nampak anggun dengan pakaian ala-ala Datin atau Puan Sri.
“Nama
I, Eviana dan ini Puan Sri Kamelia, mama Arif Zafuan.” Wanita muda yang bernama
Eviana itu memperkenalkan diri. Saat itu baru dia tahu rupanya kekasih hati
yang bernama Arif itu adalah anak Tan Sri.
“Sebelum
I pergi ke perkara pokok tentang kedatangan I ke sini, I nak you tahu yang
Eviana ni adalah tunang Arif dan mereka akan dikahwinkan sebaik Arif tamat
belajar nanti.” Kenyataan yang keluar dari mulut wanita yang dikatakan mama
Arif itu buatkan Riana terkaku tanpa kata. Otaknya tiba-tiba gagal berfungsi.
“Look
at your self dan bandingkan dengan Eviana. I rasa macam langit dengan bumi. So,
kalau pipit, jangan bermimpi untuk terbang bersama enggang. Sila tinggalkan
anak I dengan kadar segera sebelum I bertindak melakukan sesuatu yang akan
menjejaskan.” Arahan berbau amaran yang keluar dari mulut Puan Sri kamelia itu
buatkan Riana betul-betul panas hati.
“Puan
Sri.. rasanya Puan Sri silap orang. Bukan saya yang cari Arif tetapi Arif yang
cari saya. Jadi, ada baiknya Puan Sri cakap dengan anak Puan Sri sendiri agar
jauhkan diri sari saya.” Riana bangkit dan terus berlalu pergi. Terjalinnya
hubungan dia dengan Arif adalah kerana lelaki itu yang beria-ia mahu berkenalan
dengannya dulu. Konon single tapi rupanya dah bertunang.
“Kurang
ajar!!” jeritan Puan Sri sempat terdengar di telinga Riana.
Sakit
hati mendorong Riana merajuk dan menyepikan diri daripada Arif berhari-hari. Ke
kelas pun dia ponteng sebab tak mahu bertembung dengan lelaki itu.
“Ayu....
janganlah buat saya macam ni. Tolonglah! saya rasa nak mati tak jumpa jumpa
awak tiga hari.” Suara Arif mendayu di talian setelah tiga hari Riana menutup
talian telefonnya.
“Sayangg..
awak rajukkan apa sebenarnya. Saya ada buat salah ke?” Arif masih berusaha
memujuk. Riana mengangkat telefon sudah
satu rahmat buat dia. Jenuh dia menunggu di lobi kolej untuk bertemu selama
tiga hari itu tetapi Riana langsung tidak turun.
“Saya
minta maaf kalau saya buat salah tanpa sedar.”
Riana
tarik nafas. Rasa cintanya pada Arif tak pernah berkurang walau dia cuba untuk
mengurangkannya.
“Awak
tak salah apa-apa.”
“Dah
tu? Kenapa tak nak jumpa saya? Telefon pun tutup.”
“Saya...
tak ada mood.”
“Laaa...
itu aje ke? Awak kan tahu, telinga saya sentiasa ada untuk awak luahkan
apa-apa. Kalau ada masalah, kenapa tak cari saya?”
Riana
terdiam. Benar, selama ini Ariflah tempat dia mengadu. Ariflah yang akan bantu
apabila dia buntu untuk menyiapkan kertas projek.
“Jom
turun, saya ada kat bawah ni.”
Berfikir
sejenak, Riana bersetuju. Rasa cinta yang membara, mana mungkin dia mampu menjauhkan
diri dari Arif. Apa nak jadi, jadilah. Dia tak mahu fikir apa-apa. Tiga hari
tanpa wajah dan suara Arif, Riana rasa hidupnya seperti jasad tanpa nyawa.
*******************
SEBAIK
ternampak kelibat Riana, Arif cepat-cepat mahu menarik jemari gadis kesangannya
tetapi Riana mengelak.
“Belum
halal, tak boleh.” Riana berjalan selamba mendahului Arif.
“Jom
kita halalkan, mahu?” Arif sudah menyaingi langkah Riana. Rindu yang membara di
dada terasa gugur satu persatu sebaik menatap wajah cantik kesayangannya itu.
Langkah
Riana terus terhenti mendengar soalan tak berapa cerdik Arif. Wajah Arif yang
sedang tersengih menjadai sasaran matanya.
“Nak
halalkan kena nikah, bukan boleh pegi curi sticker halal tampal kat dahi.”
Arif
tergelak. Riana kalau berbicara selalu spontan yang melucukan. Sebab itulah
bila bersama Riana dia akan ketawa tanpa henti.
“Kita
nikah la sayang. Tak payah sticker, nanti saya cop guna bibir kat leher aje.”
Sekali
lagi langkah Riana terhenti. Nikah? Bagus juga kalau dia dapat mencabar Puan
Sri yang sombong tu dengan menikahi anaknya yang seorang ini.
“Okey!
Jom nikah.”
“Hah?”
Arif terkejut. Betul ke apa yang dia dengar? Ini bukan kali pertama dia ajak
Riana berkahwin malah sudah berkali. Dia memang sudah tidak tahan menanggung
rasa terhadap Riana. Bila berjauhan waktu cuti semester, bila melihat Riana
berbicara dengan lelaki lain, dia rasa tak terjamin.
“Awak
serius ke?”
“Serius.”
Jawab Riana yakin. Entah apa yang merasuknya tetapi dia memang mahu
merealisasikan impian untuk bersama Arif sebelum Puan Sri yang berlagak itu
bertindak yang bukan-bukan.
“Tapi
dengan syarat, nikah senyap-senyap. Tiba waktunya, baru kita umukan.”
Arif
kerut kening. Kenapa nak nikah senyap-senyap pula? Walau mereka masih belajar,
tak salah untuk mereka berkahwin. Lagipun, dia mampu. Bukan cakap besar,
perniagaan papanya sekarang adalah perniagaan keluarga. Sebagai satu-satunya
cucu lelaki di dalam keluarga, dia diberi pegangan saham yang agak besar dan
dia mendapat habuan yang banyak setiap bulan. Setakat nak bela anak orang yang
makan tak berapa banyak macam Riana, dia lebih dari mampu.
“Kalau
nak nikah senyap-senyap, kena nikah kat siam.”
“Siam
ke, Vietnam ke, saya tak kisah.” Riana menyengih.
Arif
berfikir sejenak. Riana ni biar betul. Serius ke saja nak main-main?
“Tapi
kalau nikah senyap-senyap pun, saya tak
nak pandang aje. Dah sah, mesti nak sentuh-sentuh.” Arif angkat-angkat kening.
“Kalau
dah sah nanti, tang mana awak nak sentuh pun saya bagi.” Riana sengih lagi.
Rasanya otak dia dah jadi tak betul. Tiga hari tidak bertemu dan mendengar
suara romantik Arif, hatinya libang libu. Baru dia akui, dia memang tak boleh
hidup tanpa Arif. Sebelum apa-apa terjadi dan sebelum Puan Sri bertindak yang
bukan-bukan, baiklah dia ikat Arif dulu.
***************
BENAR-BENAR
terjadi. Mereka benar-benar menikah di siam. Arif tidak tahu kenapa dia ikutkan
kehendak Riana. Dia juga tidak tahu kenapa Riana mahukan begitu. Yang dia tahu
dia hanya mahu memiliki Riana. Selebihnya, dia akan fikir kemudian.
Riana
pula lebih kepada mahu membuktikan pada Puan Sri Kamelia yang dia mampu
memiliki Arif walau pun tanpa restu.
“Dah
ready?”
“Ready
apa?”
“Malam
pertama kita.” Arif sengih lebar. Gaya orang tak sabar. Baru tadi Riana
disahkan menjadi miliknya di sisi agama dan sekarang mereka dalam perjalanan
menuju ke Hotel Narathiwat yang telah di tempah melalui online.
Riana
senyum. Segan pun ada. Geram pun ada. Apa taknya, sambil bercakap, tangan Arif
menjalar sana sini. Tahu la pemandu teksi tak faham cakap melayu tapi pemandu
tu tak buta. Asyik pandang cermin belakang bila Arif berikan ciuman di pipinya.
Malu sungguh. Gaya macam tak sempat tunggu malam aje Arif ni.
Sebelum
ke hotel, mereka merayau mencari makanan. Tak susah untuk mencari makan di situ
kerana kebanyakan peniaga beragama islam. Makan dan merayap, hampir senja barulah
mereka check-in hotel.
Merah
warna langit tatkala mentari meminta izin untuk masuh ke perut bumi dapat
dilihat dari koridor hotel tempat penginapan mereka dan Riana sangat suka
dengan pemandangan tersebut.
“Tengok
apa?” soal Arif, datang memeluk isterinya dari arah belakang. Sejak sampai
tadi, Riana begitu ralit berdiri di situ tanpa mempedulikan dirinya.
“Merah
jingga warna langit.”
“Kalau
dah ada merah tu, kenapa ada jingga lagi.”
Riana
berpusing mengadap Arif. Terasa kekok tetapi dia cuba biasakan diri. Tangannya
naik memeluk leher sang suami.
“Sebab
merah tu warna cinta saya pada awak dan awak suka oren. Bila merah bertemu
oren, terbit warna jingga. Mungkin itulah warna hidup kita nanti.” Riana merapu
yang bukan-bukan kemudian tergelak sendiri. Merah warna cintanya memang benar
tetapi jingga warna hidup mereka, entah betul entahkan tidak.
Riana
ingin berlalu tetapi pelukan Arif mekin erat di pinggangnya menyukarkan dia
untuk melepaskan diri.
Arif
senyum. Bibirnya mencari leher Riana yang jinjang. Haruman Riana buat dia
betul-betul tergoda. Rasanya, dah tak sempat nak tunggu malam.
“Saya
nak buat tanda cinta saya kat leher awak. Kalau merah, maka merahlah warna
cinta saya pada awak.”
Riana
ketawa perlahan. Mahu mengelak tetapi sudah tidak sempat apabila ciuman Arif
hangat menyapa lehernya.
*********************
MENJALANI
hidup seperti biasa tanpa sesiapa pun tahu hubungan mereka. Setiap kali rindu,
Arif akan menyewa bilik hotel berdekatan kampus untuk mereka melepaskan rindu
dendam.
Tak
kira siang atau malam. Kepala Arif memang terkadang tak betul. Kalau dia kata
rindu, habis kelas tengahari buta pun dia akan heret Riana ke hotel. Sanggup
habis beratus ringgit hanya untuk melepak dua tiga jam dan kemudian bergegas ke
kelas semula jika ada di waktu petang. Begitulah kehidupan mereka tetapi rasa
seronok pula. Adventure kata Arif.
“Assalamualaikumm..”Arif
menyapa tatkala melihat nama sang isteri tertera di skrin telefon bimbitnya.
Senyum di bibir terus melebar. Mendengar suara Riana di malam yang dingin
begini, keinginan yang satu itu terus menjelma.
“Waalaikumsalammm..”
balas Riana. Patutnya dia yang memberi salam tetapi Arif lebih pantas.
“Awak
buat apa?” soal Riana.
“Tengah
bayangkan awak depan saya sebab rindu.” Arif mengusik.
“Isk!
Baru tengahari tadi jumpa kan.”
“Tu
tengahari. Sekarang dah malam, lapar balik.” Arif seperti merengek.
“Laaa..
dah pukul berapa ni, tak makan lagi ke?” lurus saja Riana menyoal. Tadi Arif
mengajak untuk makan malam bersama tetapi dia sibuk sangat-sangat nak siapkan
assigment yang harus dihantar esok.
“Nasi
dah makan, sekarang lapar benda lain.”
“Arifffff...”
Riana terjerit di talian meletus tawa di bibir Arif.
“Miss
you a lot.” Bisik Arif setelah tawanya reda.
“Sayang...
jom kita cari rumah sewa. Hidup macam suami isteri yang lain.”
Riana
mengeluh di talian. Ini bukan kali pertama malah sudah berkali Arif mengajak
untuk menyewa rumah.
“Rif..
kita dah bincang kan, next semester kita menyewa. Rugilah dah bayar semua benda
lepas tu nak keluar macam tu aje.” Riana memujuk.
“Takpe,
saya lebih dari mampu.” Balas Arif.
“Saya
tahu awak banyak duit, tapi boleh tak kalau kita jangan membazir benda yang
tidak sepatutnya? Boleh tak bersabar sikit?” Riana sudah mula geram dengan
kedegilan si suami.
“Benda
lain saya boleh sabar. Tapi kalau tentang awak, saya memang tak boleh sabar.
Entah-entah, esok saya heret awak ke hotel lagi.”
“Ariffff...”
sekali lagi Riana sudah terjerit. Geram sungguh dengan kedegilan Arif yang
sejak akhir-akhir ini semakin menjadi-jadi.
Deringan
telefon bimbit di yang masih terpegang di tangan mengejutkan Riana dari
kenangan masa silam. Nombor yang tidak dikenali tertera di skrin.
“Hello!”
lemah suara Riana menjawab.
Senyap.
“Hello!!!”
suara Riana sudah meninggi. Tak suka betul dengan perangai rang yang suka
membuat panggilan tetapi tak tahu tak bersuara.
“Ayu...”
sebaris nama yang disebut oleh si pemanggil di hujung talian buatkan Riana
terus kaku. Hanya dia, Cuma dia satu-satunya manusia yang bernama lelaki
memanggil namanya dengan panggilan sebegitu.
Tanpa
sempat akalnya berfikir, tangannya terus menekan butang merah dan talian terus
terputus.
Kenapa
Arif? Kenapa baru sekarang awak hubungi saya? Kenapa tidak empat tahun yang
lepas? Empat tahun dulu, saban hari dia menunggu panggilan dari lelaki itu
dengan linangan air mata.
Mereka
berpisah bukan kerana berselisih faham jauh sekali bergaduh besar. Mereka
baik-baik saja sebelum Arif menerima panggilan telefon dari keluarganya yang
mengatakan papanya dimasukkan ke wad. Dia sendiri yang mengiringi Arif hingga
ke kereta ketika lelaki itu ingin pulang ke rumah orang tuanya.
Namun,
selepas itu Arif tidak kembali lagi. Usahkan kembali, khabar berita pun tidak
tidak diterima. Apa yang dia tahu dari Zamir, teman sebilik Arif, suaminya itu
memohon untuk bertukar universiti. Ke mana, Zamir juga tidak tahu.
**********************
ARIF
mundar mandir di dalam biliknya. Dia ke Pualau Tioman untuk mencari tenang
tetapi bebanan pula yang dia bawa pulang. Memandang wajah Riana yang baru,
penampilan Riana yang berbeza, buat hati lelakinya bergetar tanpa henti.
“Kau
jangan sesekali terfikir untuk dekati Riana. Dia budak baik, tak sesuai untuk
dijadikan stok geli-geli kau.” Kata-kata Rizal, tergiang di telinga.
“Mana
kau tahu dia perempuan baik?” soal Arif.
“Dua
tahun kerja dengan dia, sudah cukup aku kenal hati budi dia. Dunia dia hanya
kerja, kerja dan kerja. Bukan tak ada lelaki yang cuba nak tackle dia tapi dia
buat tak tahu saja. Aku yang kacak bergaya di pun dia tak pandang, inikan pula
yang biasa-biasa.” Ujar Rizal dan tergelak di hujung bicara.
Arif
tarik nafas. Teringat kembali waktu mereka bercinta dulu. Bukan tak ada lelaki
yang cuba nak masuk jarum tetapi Riana langsung tak pandang. Setia! Itulah
perkataan yang sesuai untuk dia gambarkan tentang Riana
Tapi
kalau setia, kenapa Riana curang di belakangnya. Apa yang kurang pada dia
sehingga Riana sanggup menduakannya?
Arif
bergerak ke arah almari. Laci paling atas ditarik dan gambar-gambar telah
meranapkan sekeping hatinya ditarik keluar. Satu persatu dibelek. Gambar Riana
sedang bercumbu dengan Zamir, teman sebiliknya. Sungguh-sungguh dia tidak dapat
menerima kenyataan tatkala menatap gambar-gambar tersebut.
Dia
sendiri mencari Zamir dan lelaki itu mengaku. Saat itu, dia rasa macam
betul-betul nak bunuh orang. Penumbuk sulung singgah betul-betul di muka Zamir
buatkan temannya itu tersungkur menyembah lantai. Nasib baik lagi ada yang
meleraikan saat dia meluru untuk membelasah Zamir. Jika tidak, memang ada yang
jadi arwah malam itu.
Tapi....
kata Rizal, Riana sendirian tanpa lelaki. Kalau benar curang, kenapa Riana
tidak bersama Zamir bila ditinggalkan? Otak Arif mula berfungsi mencari logik.
Sekejap!
Zamir kan budak IT. Ada tak kemungkinan gambar itu gambar expose yang dicipta
Zamir? Hati Arif tiba-tiba berdetak laju. Ada debaran muncul di situ. Tangan
segera mencapai telefon dan menghubungi seseorang.
“John,
esok pagi datang office I.” Telefon terus dimatikan sebaik mendengar orang
kepercayaannya itu menjawab ya. John boleh membantu dia mencari pakar untuk
mengesahkan keaslian gambar tersebut dan John juga boleh mengesan di mana Zamir
berada waktu ini. Dia ingin bersemuka dengan Zamir sekali lagi.
*********************
MELIHAT
Zamir yang diam, Arif jadi hilang sabar.
Setelah disahkan oleh pakar gambar itu adalah palsu dan sengaja di expose untuk
tujuan tertentu, Arif terus mencari Zamir. Kini, lelaki yang pernah menjadi
teman sebiliknya di kolej dulu sudah berada di depan matanya.
“Aku
minta maaf Rif, aku memang bersalah.”
“Cut
it short. Apa tujuan kau sebelum aku hilang seluruh sabar.” Arif tahan nafas.
Seharian dadanya terasa sesak memikirkan apa yang telah dia lakukan pada Riana.
Dia yang bodoh kerana percaya bulat-bulat pada gambar yang ditunjukkan oleh
mamanya.
“Aku
terdesak Rif. Mama kau yang paksa. Lagi pun, mama kau tawarkan duit pada aku.
Waktu tu, aku memang sangat-sangat perlukan duit sebab mak aku sakit tenat kat
kampung.” Bergetar suara Zamir menjelaskan. Gerun juga melihat wajah Arif yang
seperti singa menunggu masa untuk menerkam mangsa.
“Aku
sujud di kaki kau Rif. Aku minta maaf banyak-banyak.” Zamir melutut. Nafasnya
ditarik panjang.
“Riana
tak pernah curang pada kau Rif. Dia sangat-sangat cintakan kau. Aku sendiri
yang lihat Riana menangis siang malam cari kau. Tiap-tiap malam dia tunggu aku
depan pagar kolej semata-mata nak tanya khabar tentang kau.” Zamir tarik nafas
lagi. Dia rasa ingin menangis tatkala terkenangkan wajah Riana yang sayu.
“Memang
aku kejam Rif, sebab buat kau dan Riana jadi begitu. Tapi percayalah, aku
terpaksa....”
Belum
sempat Zamir menghabiskan ayatnya, Arif terus berlalu pergi.
“Hantar
I pulang.” Arahan diberi kepada pemandu yang mengiringinya mencari Zamir
bersama John.
Tiba
di rumah, Arif terus meluru masuk. Tepat jangkaannya, mama sudah berada di
rumah waktu itu.
Di
ruang tamu, tidak kelihatan kelibat sesiapa. Langkah pertama untuk tarik
perhatian mamanya, Arif hampiri almari sudut yang menempatkan barang hiasan
kristal kesayangan mamanya. Sekali tarik, almari tersebut rebah menyembah
lantai.
Tepat
jangkaannya, bunyi kaca yang terhempat itu memanggil mama dan papanya meluru ke
depan.
“Ya
Allah, Arifff... Apa yang kamu dah buat ni?” Puan Sri Kamelia terjerit kuat.
Tangannya naik memegang kepala.
“Mama
lebih sayangkan kaca-kaca ni dari hati anak mama sendirikan?” Tenang Arif
bersuara.
“Sekarang,
Arif dah pecahkan semuanya. Arif nak tahu, apa yang mama nak buat?”
“Rif..
kalau ada masalah, bincang cara elok.” Tan Sri Kamil mencelah. Hatinya terdetik
sesuatu. Anaknya yang sentaiasa nampak tenang dan menurut kata tiba-tiba saja
bertindak diluar jangkaan.
Arif
keluarkan gambar-gambar di dalam sampul yang terpegang di tangannya dan
diserakkan ke atas kaca yang berkecai di lantai.
“Mama
tahu kan, perempuan dalam gambar tu isteri Rif? Mama tahu kan, dia tak pernah
buat kerja terkutuk begitu? Tapi, mama bayar kawan Rif sendiri untuk menipu.
Mama buat Rif percaya penipuan itu.” Arif tarik nafas.
“Empat
tahun ma, empat tahun Rif seksa diri dan selama itu juga, Rif gantung dia tak
bertali. Kalau mama di tempat Rif, apa yang mama akan buat kalau mama tahu mama
ditipu sekejam itu oleh ibu sendiri?”
“Arifff...”
Tan Sri Kamil kehilangan kata-kata manakala Puan Sri Kamelia sudah terjelepuk
ke lantai sambil menangis hiba.
“Arif
dah kahwin pa. Arif kahwin dengan perempuan yang paling Arif cinta. Tapi,
angkara mama, Arif seksa dia. Angkara
mama, Arif gantung dia tak bertali. Arif salahkan dia tanpa usul periksa. Arif
tak sangka, mama sanggup aibkan orang sampai macam ni sekali.” Arif dongak ke
atas, menahan air jernih dari gugur ke pipi tapi dia gagal.
Selepas
empat tahun, dia menangis lagi. Kali terakhir dia menangis tatkala melihat
gambar-gambar tersebut. Waktu itu, dia menangis kerana sakit hati pada isteri
sendiri tetapi hari ini, dia menangis kerana sakit hati pada diri sendiri.
“Dia
perempuan yang paling Arif cinta, pa.” Arif ulang ayat yang sama.
“Sebab
itu Arif tak mahu berkahwin dengan Eviana. Hati Arif, jiwa Arif, semuanya ada
pada Ayu. Walau sekuat mana Arif tarik kembali, Arif tak pernah mampu.” Arif
berlalu naik ke atas. Baju dikemas ke dalam beg sandang dan dia bergerak turun
ke bawah.
“Riff..
maafkan mama. Tolong jangan pergi. Mama hanya nak yang terbaik untuk Rif.” Puan
Sri Kamelia terus menyambar tangan anak lelakinya.
“Yang
terbaik untuk Rif adalah Ayuriana.” Arif terus menarik lengannya dan berlalu
pergi.
“Arifffff...
jangan pergi nak.”
Langkah
Arif terhenti dan dia berpaling.
“Mama
putuskan pertunangan Rif dengan Eviana. Kalau Rif berjaya pujuk Ayu, bermakna
Rif akan kembali. Tapi kalau gagal, Rif takkan kembali. Anggap saja ini sebagai
hukuman.” Terus Arif berlalu pergi.
*************
RIANA
termenung di lobi resort. Setiap malam kalau dia tiada aktiviti lain, itulah
kerjanya. Duduk di lobi memerhati gelagat pengunjung sambil mencari idea untuk
memperbaikkan lagi perkhidmatan yang diberi bagi memenuhi permintaan pelanggan.
Kekadang
dia bertegur sapa dengan pengunjung dan berpura-pura menjadi pengunjung juga.
Berpura-pura tidak tahu dan bertanya pelbagai soalan untuk mengetahui apa komen
pengunjung.
Tanap
Riana sedari ada dua pasang mata sedang memerhati tingkahnya malam itu. Tanpa
Riana sedari ada hati yang sedang dilanda debar tatkala melihat dirinya yang
tampil dengan pakaian serba ringkas itu.
“Kau
ni sungguh-sungguh ke Rif, atau sekadar nak main-main?” Suara Rizal menyapa
telinga Arif yang sedang memerhati tingkah Riana yang sedang berbicara dengan
pelanggan sambil tersenyum. Manis senyuman Riana tetap sama seperti dulu. Manis
bibir Riana masih terasa dia bibirnya sehingga saat ini.
“Rifff..”
Rizal siku lengan Arif. Waktu itu, mereka sedang berdiri di tempat yang agak
tersembunyi yang tidak membolehkan Riana melihat diri mereka.
“Kalau
aku serius kenapa dan kalau aku nak main-main kenapa?” Arif berteka-teki dengan
mata masih tidak lepas memandang ke arah Riana.
“Kalau
kau serius, aku doakan kau berjaya. Tapi kalau kau nak main-main, aku orang
pertama yang akan tumbuk muka kau dulu.” Jawapan Rizal memanggil Arif menoleh pandang. Cahaya
bulan yang agak terang membolehkan Arif menatap seraut wajah temannya itu yang
nampak serius.
“Aku
akan protect dia dengan apa cara sekalipun. Sebab... I do love her.”
“Whattttt???
Arif benar-benar terkejut.
“Yes!
Tapi dia tak layan aku. Dia tolak cara berhemah. Katanya, keluarganya mahu dia
kahwin dengan orang sekampung dan dia sudah bertunang dengan orang sekampung.”
“Hah???”
Arif terkejut lagi. Kali ini, kejutan itu membawa getaran hebat ke dadanya.
Adakah mungkin dia akan kehilangan Riana?
“Dia
isteri aku.”
“Hah???”
Rizal pula yang terkejut dengan penjelasan temannya. Wajah Arif dipandang
dengan pandangan tidak percaya.
Tanpa
suara, Arif keluarkan dompet dari dalam poket seluarnya. Sekeping kad nikah
dihulurkan kepada temannya. Dia sudah menyelesaikan urusan pendaftaran
perkahwinan mereka di Malaysia.
Rizal
tarik nafas. Tak ingin percaya tetapi dia harus juga percaya. Arif yang dia
kenal tak pernah menipu bila bercakap sesuatu yang serius.
“Ada
cerita yang aku tak tahu ke?” Soal Rizal. Dia kenal Arif sejak dibangku
sekolah. Mereka terpisah kerana berlainan Universiti dan bertemu kembali
tatkala dia mencari rakan kongsi untuk melabur dalam pengambilalihan resort
tersebut empat tahun lalu.
Arif
anak jutawan dan dia sediri juga sudah boleh digelar jutawan muda. Dalam usia
yang masih setahun jagung, Arif sudah punya rangkaian perniagaannya sendiri dan
Ria Resort merupakan cabang perniagaan Arif tanpa ada apa-apa kaitan dengan
keluarganya.
“Ceritanya
panjang. Ada masa nanti aku jelaskan. Cuma satu, kau jangan beritahu dia yang
Ria Damai ni milik aku dan...” Arif pandang ke wajah Rizal.
“Tolong
jangan terfikir untuk rampas dia dari aku.”
Rizal
gelak. Mana mungkin dia mahu merampas hak milik teman sendiri. Dia Cuma
‘terjatuh cinta’ tetapi Riana langsung tak layan dia. Itu bermaksud, dia memang
tidak punya apa-apa peluang. Mungkin saja hati Riana sudah terisi penuh dengan
nama Arif Zafuan, kerana itu ditolak semua lelaki mentah-mentah. Mungkin saja
kisah bertunang itu hanya rekaan untuk mencipta alasan semata-mata. Tapi, apa
sebenarnya kisah antara mereka?
“Adakah
mungkin Ria itu adalah ringkasan nama Riana?” Rizal menyoal.
Ketika
mahu menukar nama resort tersebut selepas pengambilalihan, Arif bermatian mahukan
nama Ria dan anggukan Arif mengesahkan katanya di hati Rizal. Dia percaya,
kisah Arif-Riana sangat menarik untuk dibongkar.
****************
RIANA
sedang menulis sesuatu pada nota di meja depan lobi resort. Apa saja komen
pelanggan di lakarkan di situ dan dia cuba mencari idea untuk mencadangkan pada
pihak pengurusan bagi memperbaiki apa yang kurang. Walau dia hanya pekerja, dia
sudah menganggap resort itu seperti rumahnya sendiri. Kalau boleh, dia mahu
sesiapa saja yang datang ke situ akan pulang dengan kenangan membahagiakan.
Dia
mahu berusaha untuk memberi bahagia di hati orang lain. Kata orang, manusia
yang bahagia akan sentiasa membahagian hati orang lain dan dia mahu menjadi
manusia seperti itu. Walau hati sendiri sudah kering dengan rasa bahagia,
cukuplah orang lain bahagia dengan usahanya.
Sedang
ralit menulis, tiba-tiba ada seseorang meletakkan sekeping kad di depannya.
Memandang gambar dan tulisan pada kad tersebut, jantung Riana seakan terhenti
berdenyut. Pantas kepalanya mendongak. Arif zafuan??
Kad
nikah mereka berdua itu dipandang lama. Tiba-tiba air matanya bergenang. Kenapa
setelah hatinya sudah tidak teruja untuk memiliki kad tersebut baru Arif datang
untuk memberinya?
Tanpa
suara, Riana bangkit dan melangkah untuk pergi. Arif yang berdiri berpeluk
tubuh di situ tidak dipandang langsung.
“Ayu!!”
panggilan Arif tidak dihiraukan. Langkah di atur menuju ke jalan untuk pulang
ke rumah.
Arif
mengekor dari belakang. Dia tidak tahu ke mana Riana mahu pergi tetapi dia
dapat mengagak Riana menuju ke rumahnya. Mengikut Rizal, Riana menyewa di
sebuah rumah kampung berhampiran Resort tersebut. Riana tidak mahu tinggal di
quarters pekerja kerana tidak selesa berkongsi dengan ramai orang.
“Ayu!!”
sekali lagi Arif memanggil saat kaki Riana sudah melangkah masuk ke laman
sebuah rumah.
Tidak
peduli, Riana teruskan langkah dan tergesa-gesa mengeluarkan kunci untuk
membuka pintu rumah. Riana pantas melangkah masuk dan pintu terus di tutup
laju, seperti orang yang sedang lari dikejar penjenayah.
Pun
begitu, sebelum sempat daun pintu merapat, tangan Arif terlebih dahulu
memegangnya. Akibat tolakan yang terlalu kuat, jemari Arif tersepit di situ.
Terkejut,
Riana pandang tangan Arif yang tersepit itu dengan mata membulat. Buat
seketika, masing-masing terdiam tanpa kata.
Sakit,
Arif rasa seperti tulang tangannya hampir retak tetapi dia langsung tidak
bersuara. Sakit itu tidaklah seberapa jika nak dibandingkan sakit yang dia
hadiahkan ke hati Riana selama empat tahun ini.
Riana
buka kembali pintu. Arif yang berdiri di situ menghulur senyuman sambil
mengalihkan tangannya dan disembunyikan ke belakang. Rasa berdenyut tetapi dia
tahan rasa itu. Dia tahu sekejap lagi tangannya pasti akan membiru.
“Ayu...”
“Baliklah.”
Riana memintas dan pintu di tutup kuat.
Di
sebalik daun pintu, air mata Riana gugur bertali arus. Macam-macam rasa yang
datang menghujani hatinya. Tapi, rasa yang paling banyak ialah rasa cinta yang
tak pernah mahu padam. Rasa sayang yang tidak pernah mahu pergi walau di halau
dan semuanya hanyalah untuk Arif Zafuan.
Perlahan
Riana buka kembali pintu dan Arif masih seperti tadi, berdiri tegak di depan
pintu itu dengan kedua tangan disembunyikan ke belakang. Mata Arif yang
kebiruan itu kelihatan berkaca disimbah cahaya bulan.
Riana
melangkah menghampiri, lengan kanan Arif yang tersepit tadi ditarik dan telapak
tangan dibelek perlahan. Segaris kesan kebiruan dan sudah membengkak di situ
buatkan hati Riana jadi bergalau. Matanya terus jadi kabur dengan air jernih
dan menitis jatuh menyentuh kesan kebiruan tersebut. Rasa bersalah menyerap ke
hatinya.
“Saya
ambil minyak gamat.” Riana berpusing
untuk masuk ke dalam tetapi lengannya ditarik Arif.
“Air
mata awak sudah mampu menyembuhkannya.” Ucap Arif buatkan Riana kaku di situ.
Selangkah
Arif ke depan dan bahu Riana ditarik. Sekelip mata, tubuh Riana dibawa ke dalam
pelukannya.
“I
miss you.... so.. so much.” Bisik Arif perlahan. Matanya dipejam rapat dan dua
titis air jernih mencuri keluar dari kelopaknya. Terasa kesakitan di tangannya
terus hilang entah ke mana.
Riana
tidak bertindak balas sebaliknya hanya kaku berdiri seperti tugu negara. Bukan
tidak rindu tetapi hatinya sudah menjadi beku.
Perlahan
Riana leraikan pelukan Arif dan dia bergerak masuk kedalam. Seketika kemudian,
Riana keluar kembali bersama minyak gamat di tangan.
Dengan
bahasa isyarat, Riana meminta Arif duduk di bangku yang terdapat di laman
rumahnya. Minyak gamat di sapu pada kesan kebiruan pada tangan Arif.
Dalam
samar cahaya bulan, Arif perhatikan tingkah Riana. Wajah Riana yang putih
bersih dan bertutup itu di sapu matanya. Cantik! Riana sentiasa cantik di
hatinya.
“Ayu...
saya tumpang rumah awak malam ni, boleh?” Arif bertanya sebaik Riana bangkit
berdiri setelah selesai menyapu ubat.
Seketika
memandang ke wajah Arif yang mempamirkan riak simpati, Riana mengeleng.
“Tak
boleh.” Terus Riana melangkah masuk ke dalam rumah. Pintu di tutup rapat dan
dikunci dari dalam.
********************
DUDUK
sendirian di bangku tepi pantai, Riana sedut udara petang sebanyak mungkin.
Setiap petang, dia akan duduk di situ memerhati mentari jatuh ke perut bumi
melalui lautan dalam.
“Merah
warna langit, semerah cinta saya pada awak.”
Riana
kerut kening. Ayat itu pernah dia ucapkan pada Arif ketika di hotel dulu tetapi
kenapa telinganya sedang mendengar suara Arif mengulangi ayat tersebut?
“Adakah
cinta awak pada saya masih semerah warna itu?”
Riana
pantas menoleh. Benar, Arif sedang berdiri di tepi bangku tempat duduknya.
Tanpa dijemput Arif melabuhkan punggung di sebelahnya.
“Saya
dah tak suka warna oren lagi. Saya suka merah kerana merah warna cinta awak
pada saya.” Arif berjeda.
“Tapi....”
Arif toleh memandang sisi wajah Riana.
“Saya
masih suka awak macam dulu. Cinta saya pada awak masih tetap tidak berubah
macam dulu.”
Riana
tunduk merenung jemari di ribaan sendiri. Haruskah dia gembira dengan kata
bicara itu sedangkan luka di hatinya cukup dalam untuk disembuhkan?
Arif
bergerak dari duduk dan melutut di depan Riana. Jemari Riana di capai dan di
bawa ke bibirnya.
“I’m
really sorry for everything I had done. Memang saya salah tapi saya tidak
pernah bermaksud untuk melukakan awak. Saya juga terseksa dengan apa yang saya
lakukan.” ucap Arif. Mengingati kepayahan yang dia lalui untuk memujuk hati
sendiri ketika meninggalkan Riana, terasa tidak sanggup untuk mengulanginya
lagi.
Mata
Arif bergenang lagi. Kalau boleh dia tidak ingin menangis di depan Riana tetapi
dia tidak mampu. ‘Tuhan.. bantulah aku. Bukakan pintu hati Riana untuk
memaafkan aku. Kembalikan Riana padaku.’ Hati Arif merintih sendiri. Kepalanya
ditundukkan dan jatuh di riba Riana.
Menangis!
Dada Riana jadi sesak melihat Arif yang selama ini dia anggap kuat tetapi hari
ini sangat lemah di depannya. Perlahan jemari Riana bergerak mengelus rambut
Arif yang masih melekat di ribaannya.
Arif
mendongak. Mata Riana yang basah menjadi sasaran matanya yang juga sedang
kebasahan.
“Cinta
saya masih merah seperti warna langit itu. Senja di sini tidak pernah berwarna
jingga.”
Segera
tubuh Riana jatuh ke dalam pelukan Arif. Sungguh! Cinta mereka masih merah
seperti warna langit senja yang indah.
****************************
RIANA
sedang menyapu losyen di lengan depan cermin solek apabila Arif datang
menghampiri. Tanpa amaran, pinggangnya dipaut Arif.
Sebelum
sempat Riana berbuat apa-apa, badannya dipusing Arif dan bibir Arif terus
menjamah bibirnya. Dari bibir turun ke leher dan dari leher turun ke dada.
“Rifff..”
Riana menolak wajah Arif yang melekat di dadanya. tuala yang terikat di situ
hampir terungkai.
“I
can’t”
Arif
mendongak. Mata Riana dicari. Rasa kecewa seperti air mencurah ke hatinya.
“It’s
okey. I can wait. Empat tahun saya boleh tunggu, kalau empat tahun lagi pun
saya masih mampu untuk tunggu sehingga awak betul-betul boleh terima saya
kembali.” Nada kecewa tetapi Arif tetap menghuur senyuman.
Riana
turut tersenyum. Tangannya bergerak memegang tuala yang sudah hampir terlondeh.
“Tak
payah empat tahun. Selalunya tujuh hari saja.”
Arif
kerut kening. Cuba mencerna apa yang ingin disampaikan Riana.
“Saya
period.”
Oh!
Arif geleng kepala. Terkena dia dengan Riana. Pantas tubuh Riana dicempong
menuju ke katil.
“Rifff...
saya serius laaa...” Riana sudah terjerit kecil.
“I
know. Tapi, atas sampai pusat masih boleh. I think I can’t wait for that.
Riana
tergelak perlahan. Arif tetap sama macam dulu. Teringat kenangan indah sewaktu
mereka menjadi suami isteri yang bahagia sebelum berpisah. Arif yang pandai
membelai, Arif yang pandai memujuk membuatkan dia sentiasa tewas.
“Sayang...”
“Mmmm...”
Arif
berjeda. Kepala Riana diangkat ke atas lengannya. Dulu-dulu, Riana suka tidur
di lengannya. Bangkit pagi, kepala Riana sudah berpindah keatas dadanya. Setiap
pagi dia akan usik Riana, mereka tak perlu beli bantal banyak, cukup hanya satu bantal saja.
Riana
hanya tergelak menyambut usikannya. Ketawa Riana di pagi hari sudah cukup
menghantar rasa bahagia di hatinya.
“Kepala
saya tak suka bantal tapi kaki saya perlukan bantal.” Itulah jawapan Riana.
Memang Riana tidur dengan kaki berlapik bantal. Kepala tak ada bantal tak
kisah, janji kakinya berlapik bantal. Pelik sungguh!
“I
love you.” Bisik Arif perlahan.
Riana
angkat kepala dan bertongkat dagu di atas dada Arif. Mata arif di tenung lama.
“I
don’t like blue but I like your eyes. I hate you for leaving me without any
reason but I love you more.” Bibir Riana terus melekat ke dada Arif. Sebuah
ciuman hangat di hadiahkan di situ. Moga kehangatan cinta mereka terus kekal
selamanya.
16 comments:
argghhhh!! Bestnye arif-riana... Kak, bila nak publish anak no 5? Rindu nak pelok novel akak...
Adela...anak tak matang-matang..hahaha
simple jer tp best!!
Best la kak.bila nak sambung ni rindulah.
best2.. ♥
Hani,bole tak novelkan cerpen ni,arif so sweet. Tk puas bca.
HF...a sweet piece to read. Keep up the excellent job!!!
bestnya cerpen ni..bila nk jdkn novel kak hani?
Best ! Cerpen ni !
syahdunye....leh jdikn novel ni...msti best..
best citer
Dearest Hani
Kisah Arif dan Ria @ Ayuriana ni tak nak di panjang kan ke e-novel or novel ke... menarik ceritanya
nak tahu kesudahannya.. apakah datin seri menerima ria sbg menantu or byk lagi dugaann, ujian juga cabaran untuk mereka mengapai bahagia...
thanks
kak itasukri
Hanya dengan download aplikasi di HP android, sobat bisa mendapat uang tambahan.
Caranya, install aplikasi WHAFF di google play store atau di https://play.google.com/store/apps/details?id=com.whaff.whaff
Setelah diinstall, buka aplikasinya. Login dengan akun Facebook sobat. Masukkan PIN = AP61027 agar sobat bisa langsung mendapatkan dollar $0.30. Jangan sampai tidak dimasukkan PINnya, karena sayang $0.30 sobat akan hilang.
Uang bisa dicairkan ke rekening Paypal sobat lalu ke rekening bank sobat masing2.
Semoga Bermanfaat...
Best sgt,walaupun dah baca 10 kali pun still tak bosan,bila bukak internet bnde first cari cerita ni♥♡,i hope i can be like writer,keep it up🙌💕
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
bismillahirrahmanirrahim
AHLI SPRITUAL, ANTI GAGAL DALAM MELAKSANAKAN RITUAL ISLAMI
BIDANG PESUGIHAN ISLAM DAN ILMU PENGOBATAN PROSES CEPAT
KATEGORI RITUAL ISLAMI AKY SADEWA
JIMAT PELARIS UNTUK USAHA DAGANG
PELET AMPUH ISLAMI PEMIKAT HATI
RITUAL ANGKA TOGEL PUTIH
TUYUL PUTIH ISLAMI
UANG BALIK ISLAMI
ATM GHAIB ISLAMI
PENGASIHAN KARIR
DANA GHAIB ISLAMI
KAWIN DENGAN JIN ISLAM
TRANFER JANIN ISLAMI
MINYAK PELET BATU SASAR
PENGOBATAN SANTET HITAM
PENGOBATAN SEGALA MACAM PENYAKIT
UNTUK KONSULTASI HUB: AKY.SADEWA ON CALL: 0823'9966'6829
"GARANSI UANG KEMBALI BILA TIDAK TERBUKTI"
YANG PUNYA ROOM SALAM SEJATERA (-WASSALAM-)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
bismillahirrahmanirrahim
AHLI SPRITUAL, ANTI GAGAL DALAM MELAKSANAKAN RITUAL ISLAMI
BIDANG PESUGIHAN ISLAM DAN ILMU PENGOBATAN PROSES CEPAT
KATEGORI RITUAL ISLAMI AKY SADEWA
JIMAT PELARIS UNTUK USAHA DAGANG
PELET AMPUH ISLAMI PEMIKAT HATI
RITUAL ANGKA TOGEL PUTIH
TUYUL PUTIH ISLAMI
UANG BALIK ISLAMI
ATM GHAIB ISLAMI
PENGASIHAN KARIR
DANA GHAIB ISLAMI
KAWIN DENGAN JIN ISLAM
TRANFER JANIN ISLAMI
MINYAK PELET BATU SASAR
PENGOBATAN SANTET HITAM
PENGOBATAN SEGALA MACAM PENYAKIT
UNTUK KONSULTASI HUB: AKY.SADEWA ON CALL: 0823'9966'6829
"GARANSI UANG KEMBALI BILA TIDAK TERBUKTI"
YANG PUNYA ROOM SALAM SEJATERA (-WASSALAM-)
Post a Comment