PERTEMUAN di
Lemon Garden Cafe, Shangri-La Hotel pagi itu seakan pertemuan jejak kasih dua
sahabat yang telah lama terputus hubungan sejak pulang dari bumi UK lama dulu.
“Hei! Bro...” Shahrul Rezza yang sudah sedia menunggu terlebih
dulu menyapa Hareez yang
baru tiba. Pantas mereka bersalaman dan berpelukan buat seketika.
Setelah pelukan terlerai, Hareez
sekali lagi menarik sahabatnya itu untuk dipeluk erat. Rindu pada kenangan lama
dan rindu juga pada keakraban mereka. Sejak dari zaman
sekolah berasrama penuh hingga ke bumi UK, Shahrul adalah sahabat susah dan senangnya.
Tinggal serumah, makan sepinggan dan tidur sebantal, Shahrul
satu-satunya sahabat yang tahu semua perkara tentang dirinya.
Cuma selepas dia menikahi Melisa, hubungan mereka jadi
renggang dan terus
terputus apabila dia mengambil keputusan mengejut pulang ke Malaysia tanpa
pengetahuan sesiapa termasuklah Shahrul.
“So,
how’s life?” soal Shahrul.
Dia tidak menyangka dapat bertemu kembali dengan sahabatnya ini. Ternyata
usahanya menjejak Hareez di FB membuahkan hasil. Dia ingin sangat tahu kenapa
Hareez tiba-tiba menghilangkan diri.
“Macam nilah, masih bujang and still avaliable.” Hareez angkat bahu dan membuka
kedua telapak tangan sambil melabuhkan punggung ke kerusi.
“Hah! Bujang konon. Macam kau ni,
bukan bujang lagi, tapi duda hot.”
“Eh! Duda hot ke?” Hareez
gelak sendiri.
Shahrul rapatkan badannya ke meja.
“Kata orang, duda lagi laku dari
bujang sekarang ni,” ujar Shahrul seperti berbisik.
“Patutlah kau tak kahwin-kahwin
sampai sekarang ya?” selar Hareez mengundang tawa Shahrul.
Bagi Shahrul, Hareez adalah sahabat sejati yang paling rapat dengannya.
Hareez yang kacak, Hareez yang kasanova, yang mendapat perhatian wanita walau
ke mana saja kakinya melangkah. Pakejnya lengkap. Mulutnya sentiasa manis
bergula, perempuan manalah yang tak terpikat. Senyumannya saja pun boleh buat
mata jadi lupa nak berkelip.
Tetapi, Hareez berubah seratus
peratus apabila berkahwin dengan Melisa. Sahabatnya itu jadi sangat pendiam dan
semakin menjauh dari kawan-kawan. Dunianya hanyalah kerja dan kerja. Kebetulan
pada waktu itu Hareez baru menjawat jawatan yang bagus di sebuah syarikat
terkemuka di UK dan Melisa pula masih belum menghabiskan pengajiannya.
“Lisa kat mana sekarang?” soal Shahrul
sementara tangannya
menggamit pelayan untuk membuat pesanan.
“Tolong jangan sebut nama dia depan aku boleh tak?” wajah Hareez berubah
serius. Dengar saja nama perempuan itu, dia jadi hilang mood dengan tiba-tiba.
Sudahlah semalam mamanya buat drama air mata kerana perempuan itu. Ah! Serabut.
“Eh! Takkan dengar nama pun fobia
kot?” Shahrul gelak kuat dengan reaksi Hareez.
Dulu lagi dia pernah berkali-kali menasihati sahabatnya itu agar jangan
jadi bodoh untuk memikul tanggungjawab yang tidak sepatutnya dipikul itu kerana
dia tahu Hareez tidak bersalah. Dia tahu Melisa memasang perangkap Hareez.
Semua orang tahu betapa taksubnya Melisa terhadap sahabatnya yang seorang ini.
Namun begitu, Hareez tetap dengan keputusannya
untuk bertanggungjawab. Entah racun apa yang telah Melisa gunakan sehingga otak
Hareez jadi tak betul dengan tiba-tiba. Dia bukan tak kenal dengan Melisa
kerana mereka belajar di tempat yang sama.
Berada di bumi asing, berapa kerat sangatlah rakyat Malaysia. Kerana itu,
mereka secara automatik menjadi akrab. Melisa itu memang cukup pandai berlakon
dan memujuk rayu. Kalau Rashid Sibir tengok, tentu diambil sebagai pelakon
utama drama arahannya.
“Aku confuse. Kau tiba-tiba hilang tanpa jejak. Lepas tu, Melisa pula
menghilangkan diri.” Shahrul masih ingin memanjangkan kisah
tentang Melisa. Lama juga dia cuba menjejaki mereka tetapi baru hari ini
berjaya menemui Hareez.
Walau saling kenal sejak di zaman asrama penuh dan membesar di negeri
yang sama tetapi mereka tidak pula pernah ke rumah masing-masing. Melisa pula,
setahunya berasal dari Seremban.
Hareez tidak membalas sebaliknya
menyibukkan diri membelek menu dan membuat pesanan. Bercerita tentang Melisa
buatkan otaknya semak dan serabut.
“Reez, kalau kau tak selesa aku
bertanya tentang Lisa, aku minta maaf,” ucap Shahrul.
Dia jadi bimbang apabila melihat wajah
Hareez berubah mendung dengan tiba-tiba. Sejak Hareez berkahwin dengan Melisa,
dia perasan sahabatnya ini amat sensitif. Tidak seperti sebelumnya, Hareez yang
dia kenal suka mengusik dan suka ketawa.
Hareez senyum. Memang dia tidak
selesa tetapi tidaklah sampai marah. Dia tahu, menerima setiap ujian Tuhan
dengan hati lapang dan redha, balasannya adalah pahala dan dia ingin mengumpul
pahala tersebut.
“Aku tak apa-apa laaaa....” Panjang
meleret jawapan Hareez. Dia perasaan juga wajah bimbang sahabatnya itu.
“Cuma.... sebab kami dah tak ada apa-apa, aku tak suka lagi nak bercerita
pasal dia,” sambung Hareez lagi.
“Okey!Aku tak sebut lagi pasal dia,” Shahrul angkat kedua tangan seperti orang
menyerah kalah.
“Kau pula macamana? Bila nak kahwin? Takkan masih dengan tabiat lama?”
Hareez pula menyoal balas.
Setahu dia, Shahrul kalau dengan perempuan macam lampin
pakai buang. Hebatnya, sampai boleh bermain cinta dengan tiga perempuan dalam
satu masa.
“Eh! Aku dah insaf la bro.” Shahrul gelak-gelak.
“Mmmm..... yer la tu. Kalau Shahrul Rezza dan ‘kaki perempuan’ boleh
berpisah, aku rasa papa kau harus buat pulut kuning.”
“Amboiii! Statement, macam
nak bersarapan dengan kaki kerusi jer gayanya.”
Hareez gelak kuat. Bicara Shahrul memang tak pernah berubah.
Kedengaran agak kasar tetapi hatinya baik.
Sejak dulu, mereka suka cabar mencabar dalam memikat perempuan.Shahrul pantang dicabar kalau bab-bab
perempuan. Akan buat macam-macam untuk mendapatkan perhatian perempuan. Anak
datuk, poket pun tebal, perempuan mana yang tak suka.
“Kau ingat lagi Fazura?” Shahrul menyoal setelah ketawa Hareez reda.
“Fazura?” Hareez kerut kening.
“Kau jangan buat muka blur
macam tu. Fazura Amylia, takkan kau lupa kot.”
“Oh!” Hareez terangguk-angguk.
Mana mungkin dia lupa pada
pemilik nama tersebut, gadis kelahiran Johor Bharu, satu negeri dengan Shahrul
dan juga dirinya. Gadis yang juga pernah akrab dengan mereka ketika berada di
bumi UK dulu. Tapi, setelah dia mengahwini
Melisa, Fazura seakan menjauhkan diri darinya.
Melisa, Fazura seakan menjauhkan diri darinya.
Apa yang dia dengar dari
kawan-kawan, Melisa yang membuat onar dan Fazura terpaksa menjauhkan diri
darinya.
Tetapi, apabila ditanya tidak pula Melisa mengaku. Ah! Melisa tu, penuh dengan muslihat.
Tetapi, apabila ditanya tidak pula Melisa mengaku. Ah! Melisa tu, penuh dengan muslihat.
“Dia selalu tanya aku pasal kau.” Lanjut Shahrul
“Apa yang dia nak?” acuh tak
acuh Hareez bertanya.
“Aku tak perlu jawab soalan tu
pun kau tahu apa dia nak dari kau kan?”
Hareez lepaskan keluhan panjang. Bukan hanya dia tetapi semua teman-teman mereka tahu bahawa Fazura memang ada hati padanya. Memang dulu mereka pernah rapat tetapi tidak sampai menjalinkan hubungan cinta.Tetapi semuanya jadi pincang setelah kemunculan Melisa.
“Dia dah tahu kau dah berpisah dengan Lisa.”
“So?” Hareez angkat kening.
“Maybe dia ingat dia masih ada peluang. Kan aku dah cakap, duda hot!”
“Oh, NO!” Hareez angkat kedua tangan seperti orang menyerah.
Mereka sama-sama ketawa. Panggilan duda hot yang Shahrul berikan padanya itu terasa lucu di pendengaran Hareez.
“Kau tak nak cuba dengan dia ke?”
Hareez senyum sambil menggeleng
kepala. Kata orang, jangan sesekali cuba untuk membuatkan hati wanita jatuh
cinta pada kita seandainya kita belum bersedia untuk menyintai dia. Kesimpulannya,
baiklah jangan.
“Kau cakap kat dia, aku dah ada pengganti Lisa,” ujar Hareez kemudiannya.
“Kau serius ke ni?”
Hareez terdiam. Bagaimana untuk dia katakan ya sedang Melisa tak pernah ada di hatinya? Melisa tidak pernah ada dalam agenda hidupnya. Cuma selepas ini kalau ada mana-mana perempuan yang boleh masuk ke hatinya, orang itu bukannya pengganti Melisa tetapi pengganti Lya.
Ya! Kalau dia ingin mencari pun, wanita itu mestilah selayaknya seperti Lya atau lebih dari Lya. Jika kurang, dia tidak mahu. Itu yang hatinya demand.
“Fazura tu, betul-betul sukakan kau.” Provok Shahrul. Dia tahu, Hareez tidak serius dengan apa yang diucapkannya tentang pengganti itu. Apa yang dia tahu, Hareez masih sendiri hingga ke saat ini.
“Masalahnya, aku tak sukakan dia.”
Shahrul geleng kepala dengan jawapan Hareez. Tak tahulah Melisa dah guna ubat jenis apa sehingga hati kawannya ini bertukar menjadi batu. Dulu tu, kalau sebut pasal mana-mana perempuan yang cantik lawa seperti Fazura, Hareez suka aje nak berkirim salam.
Dulu pun, sahabatnya ini sering juga ‘bermain mata’ dengan Fazura sebelum terjebak dengan Melisa. Dia ingat lagi Hareez pernah kata Fazura tu cantik dan lemah lembut. Sebab tu dia suka dekat dengan Fazura. Dah tu, tiba-tiba saja sekarang ni kata tak cantik pulak. Adakah Melisa juga telah berjaya mengubah taste sahabatnya ini?
“Dulu kau pernah kata sukakan dia. Apa salahnya kau beri dia peluang.” Shahrul bersuara lagi dalam usaha ingin menyatukan dua sahabat.
Dia sebenarnya kesian dengan Fazura. Ada rupa, ada harta tetapi masih keseorangan kerana menunggu keajaiban yang Hareez akan muncul di depan matanya. Huh! Sadis sungguh orang yang taksub pada cinta ni.
“Suka tu meluas definasinya Rul. Dan.....” Hareez mendongak memandang Shahrul.
“Aku tak suka nak hidu makanan yang tak kena dengan selera aku. Takut nanti aku terus hilang selera untuk makan.” Penuh simbolik Hareez meluahkan.
Shahrul terus terdiam. Dalam sungguh maknanya. Mungkin benar Hareez telah berubah. Mungkin juga Hareez sedang menyembunyikan rasa kecewanya. Siapa tahu?
“Kalau Fazura yang cantik lawa macam tu pun kau tak berselera, kau cuba cakap kat aku selera kau yang macam mana? Anak Tan Sri tu bro. Harta bapak dia, tujuh keturunan pun tak habis nak makan,” Shahrul sengaja ingin menguji sejauh mana sahabatnya ini telah berubah.
“Aku mahu yang sejuk mata memandang supaya setiap kali aku memandangnya, hati aku akan nyaman dan damai. Aku mahu yang tahu menjaga batas pergaulan dan menutup auratnya supaya dia tidak mengheret aku untuk masuk ke neraka yang panas. Aku mahu yang kaya dengan kasih sayang supaya nanti hidup aku akan penuh dilimpahi kasih dan sayangnya. Aku mahu yang...”
“Cukup! Kalau begitu, kau perlu cari ustazah.”
“Aku tak mahu ustazah sebabnya aku bukan mencari orang untuk mengajar aku tetapi aku mencari isteri untuk disayangi.”
Jika dari rupa paras dan penampilan, Fazura itu lebih cantik dari Lya tetapi seperti yang selalu hatinya kata, cantik saja tidak memberi apa-apa makna. Dia tidak mahu yang cantik luaran kerana semua itu hanyalah topeng yang boleh dibuka bila-bila masa.Dia cuma mahu yang cantik dalaman kerana cantiknya seseorang wanita itu adalah terletak di hatinya, bukan parasnya.
Shahrul terdiam. Pandangannya tepat ke wajah Hareez sebelum menggeleng perlahan.
“Aku sekarang percaya yang kau benar-benar dah berubah,” ucap Shahrul kemudiannya dan Hareez terangguk perlahan.
Benar, dia memang telah lama
berubah. Cuma yang Shahrul tidak tahu siapa sebenarnya yang telah betul-betul
mengubah dirinya. Nantilah, suatu hari nanti dia akan beritahu Shahrul tentang
wanita istimewa itu.
No comments:
Post a Comment