Aisya Safiya
tarik-tarik cuping telinga sendiri. Dia salah dengarkah? Atau, papa yang
tersalah cakap? Seraut wajah papanya dipandang tepat.
“Pa…. Sya salah dengar
ke?”
“No, it’s true.” Tuan Kamil senyum, menatap seraut wajah satu-satunya
anak tanda kasihnya pada arwah Camelia yang sangat dia sayang. Rasanya baru
semalam dia mendodoikan anak itu. Hari ini, dia lihat Aisya sudah cukup dewasa
dan sudah tiba masanya untuk dia lepaskan tanggunjawab menjaga Aisya kepada
lelaki yang dia boleh harapkan.
“Paaaa...
tak adakah orang lain selain dari dia?”
“He is the best for you, sayang.”
Oh!
Aisya rasa dia ingin pengsan. Mengenali Azrul Haris sejak dibangku sekolah,
sehinggalah lelaki itu melanjutkan pelajaran ke Jepun, dia tak pernah nampak
apa-apa yang istimewanya pada Azrul selain dari perangai playboy dan sifat suka
pentingkan diri sendiri lelaki itu. Makwenya kalau nak dikira tak cukup sepuluh
jari dan kaki. Tukar perempuan macam tukar baju.
“Esok
Datok Hamdan akan hantar rombongan secara rasmi. Terus bertunang dan nikahnya
sebulan kemudian.”
“Hah?”
Aisya benar-benar terkejut dengan penjelasan papanya. Kenapa tidak diberi ruang
untuk mereka berdua berbincang? Dia sebenarnya dah lama tak jumpa Azrul.
Rasanya kali terakhir dia jumpa lelaki itu ketika majlis kesyukuran sempena
keberangkatan beliau ke Jepun enam tahun lepas. Tinggal berjiran di dalam
kawsan perumahan yang sama tetapi masing-masing sibuk dengan hal sendiri.
“Sya
ada bantahan ke?”
Bantahan?
Bolehkah dia membantah?
“Kalau
Sya bantah, adakah papa akan tolak pinangan tu?” Aisya menyoal kembali.
Setahunya, kalau papa sudah bercakap begitu, maknanya itu adalah ketetapan.
Melainkan kalau papa bertanya pendapatnya.
“Mereka
itu keluarga baik-baik Sya.”
Jawapan
itu, sudah membuktikan kebenarannya dan sekarang dia hanya berharap yang Azrul
menentang perancangan ini. Dia tidak mahu bersuamikan Azrul. Bukan hanya Azrul
tetapi rasanya dia tidak layak untuk bersuamikan sesiapa pun.
***********************
Penampilan
Azrul yang smart dan kemas itu tidak pernah berubah sejak dulu. Cuma bezanya,
Azrul nampak lebih matang seiring dengan usianya. Ya! dia harus akui bahawa
Azrul lelaki sempurna yang memiliki segalanya, rupa dan kekayaan. Tengok saja
keretanya, BMW X6.
“Kita
jumpa ni untuk apa?” Azrul membuka bicara. Pertemuan ini adalah permintaan
Aisya dan dia hanya mengikut.
“I
tak rasa yang you tak tahu tentang pertunangan kita.”
“Ya,
I tahu. Kenapa? Ada apa-apa masalah ke?” selamba badak soalan Azrul buatkan Aisya
terlopong.
Dia
mengharapkan Azrul membantah tetapi rupanya, Azrul juga dua kali lima.
Peliknya, kenapa Azrul hanya bersetuju tanpa bantahan sedangkan antara mereka
tidak pernah wujud perasaan istimewa. Lagi pun, tak mungkin Azrul tidak punya
teman wanita.
“Kenapa
you setuju?” Soal Aisya.
“Sebab
rasanya pilihan mama dan papa paling bagus.” Azrul pandang Aisya atas dan
bawah. Sejak mama dan papanya mencadangkan untuk meminang Aisya, dia sudah
menyelidik dan mengekori gadis tersebut. Ternyata, tiada yang buruk tentang Aisya
untuk dia tolak.
“Tak
ada cacat cela untuk I tolak.” Sambung Azrul bersama senyuman di bibir.
Senyuman si kasanova yang mampu mencairkan hati ramai wanita tetapi tidak bagi
Aisya.
“Tak
mungkin you tak ada kekasih.” Selar Asiya dengan cebikan di bibir.
“Kalau
ada pun, sekadar suka-suka tak salah kan? Yang penting, you tetap akan jadi
yang sah.” Cukup bersahaja jawapan Azrul tanpa memikirkan perasaan Aisya.
Memang dia punya ramai
teman wanita tetapi satu pun tidak sesuai untuk dijadikan isteri. Aisya ini
pilihan mama dan papa dan dia rasa ianya pilihan yang tepat kerana keluarganya
memang kenal rapat dengan keluarga Aisya. Mereka juga tinggal berjiran. Lagi
pun, dia dan Aisya pernah satu sekolah. Cuma, ketika di zaman sekolah dulu,
Aisya itu sangat susah untuk didekati. Garang dan sombong.
Aisya
mendengus geram. Jawapan Azrul seolah menghinanya.
“Maknanya,
I juga boleh ada teman lelaki, begitu?” soalan mencabar Aisya buatkan Azrul
buntang mata.
“Kalau
sekarang you ada boyfriend, baik putuskan segera sebelum kita sah menjadi suami
isteri.” Tegas Azrul sebelum bangkit dan terus berlalu pergi.
Kan
Aisya dah kata, Azrul yang dia kenal, selain dari suka bertukar perempuan,
lelaki itu juga suka pentingkan diri sendiri.
Masa semakin suntuk dan
Asiya perlu cari jalan lain untuk membatalkan semua ini. Jika tidak, dia tidak yakin
yang Azrul mampu menerima dirinya. Azrul tidak mungkin boleh menerima dia
seadanya. Itu dia cukup pasti.
********************
Aisya gelisah sendiri
di dalam bilik. Azrul masih di bawah melayan sembang papa. Patutlah Papa kata
Azrul is the best sebab lelaki itu
memang pandai melayan orang tuanya. Mungkinkah ini bermakna, Azrul juga pandai bermuka-muka?
Bunyi
pintu di buka dari luar buatkan Aisya berpeluh tiba-tiba. Dia bukan takut
tetapi bimbang jika Azrul tahu rahsia
yang dia simpan sekian lama dan lebih membibmbangkan lagi jika Azrul tidak
dapat menerimanya.
“Azrul,
you sanggup ke terima kekurangan dan kelebihan diri I?” Dia pernah tanyakan
soalan itu pada Azrul sehari sebelum mereka diijab kabul.
“I
terima you seadanya.” Ringkas dan padat jawapan Azrul melalui corong telefon
belum mampu menjadi sandaran untuk hati Aisya bertenang.
“Sya...”
suara Azrul yang kini sudah berada di depan matanya buatkan Aisya terkejut.
Matanya membulat bagaikan ternampak hantu.
“Hey!
Kenapa ni?” Azrul layangkan tangan di depan muka Aisya.
“You
takut yer?” Azrul gelak perlahan. Dua tangannya mendarat di bahu Aisya dan
memaut agar mengadap ke arahnya.
“Muka
you pucat.” Jemarinya naik membelai pipi mulus Aisya dan, jiwa lelakinya
tiba-tiba bergelora. Aisya nampak sangat cantik malam ini.
“Jangan
takut sayang, I tak makan orang.” Azrul gelak lagi sekali gus cuba untuk
menenangkan gelojak perasaan sendiri. Dia tidak mahu dianggapp sebagai gelojoh.
Aisya itu sudah sah menjadi miliknya dan dia punya banyak lagi masa. Kalau
bukan malam ini, malam esok tetap milik mereka.
Azrul
melangkah ke bilik air dan Aisya terus terduduk di katil. Gelisah dan resah,
jemarinya bertaut sesama sendiri.
Mendengar
saja pintu bilik air dibuka kembali, Aisya terus bangkit berdiri secara
automatik. Azrul yang perasan perilaku Aisya itu angkat kening sebagai
bertanya. Langkahnya diatur ke meja solek, menyikat rambut dan menyembur
sedikit pewangi. Dia rasa dirinya belum cukup wangi untuk memikat hati Aisya
malam itu walau hakikatnya, Aisya kini sudah sesak nafas dengan aroma wangian
Azrul.
“Azrul...”
Aisya membuka bicara.
“Apa
dia sayang?” sahut Azrul dan melangkah ke arah Aisya. Pinggang Aisya ditarik
agar tubuh mereka bersatu. Suaranya dilembutkan gaya menggoda.
Aisya
telan liur. Belum apa-apa Azrul sudah menunjukkan skil kasanovanya. Dahinya
sudah merenik peluh halus.
Saat ini dia nampak apa
yang ada di mata Azrul dan dia harus berterus terang agar harapan yang menggunung di dada Azrul
tidak diranapkan begitu saja.
“Azrul...I
sebenarnyaa...” putus-putus suara Aisya.
“Sebenarnya
apa? Tak pandai?” Soal Azrul dengan pandangan redup. Hanya itu yang terlakar di
fikirannya tetang ketakutan yang Aisya pamerkan saat itu.
Tubuh Aisya makin
dipaut rapat ke tubuhnya. Kedua jemari Aisya melekat di dadanya seperti sedang
menahan agar dada mereka tidak terlalu dekat.
“Don’t worry. I’ll teach you.” ujar Azrul dan bibirnya terus mendarat di
leher Aisya.
“I’ll start first.” ucapnya lagi dengan
suara yang berubah dalam. Wangian yang terbit dari tubuh Aisya buatkan
fikirannya melayang jauh naik ke awan.
“Azrul!”
Aisya tolak tubuh Azrul agar menjauh dan spontan perlakuan Azrul terhenti.
Azrul
kerut kening.
“Ada
yang tak kena ke? Atau, I terlalu mendesak?” soal Azrul.
Aisya
mengeleng.
“I
nak you tahu satu perkara sebelum kita pergi ke step yang seterusnya.”
Azrul
angkat kening tanda membenarkan Aisya meneruskan bicara.
“I’m not a virgin anymore.” Senafas Aisya
meluahkan. Terasa kebas seluruh wajahnya tatkala meluahkan sebaris ayat itu.
Kaku.
Azrul rasa masa bagai terhenti buat beberapa detik. dia pandang ke wajah Aisya
yang masih berdiri tegak di depannya.
“You
tipu kan?” Azrul sangat mengharapkan yang Aisya mengatakan ya pada soalannya.
“No,
I tak tipu.” Sangkal Aisya.
“Kenapa
baru sekarang nak beritahu?” suara Azrul tanpa nada.
“Ada
beza ke you tahu sekarang dengan you tahu semalam?”
“Yes!!”
suara Azrul tiba-tiba meninggi. Dia berlalu ke arah sliding door dan keluar ke koridor.
Rambut lurusnya diraut ke belakang.
Adakah
dia akan mengubah keputusan jika mengetahui tentang hal ini sebelum ijab dan
kabul? Dia sendiri tiada jawapannya kerana sejak dicadangkan oleh mama, dia
sudah mula sukakan Aisya.
Aisya
tarik nafas. Inilah yang paling dia takut. Sejak peristiwa pahit yang tidak
pernah diketahui oleh sesiapapun itu, dia jadi trauma dan takut pada lelaki.
Sehingga dewasa dia memang tidak pernah bermimpi untuk hidup berumahtangga dan
bahagia bersama lelaki bergelar suami kerana dia yakin tak ada lelaki yang
sanggup menerima wanita yang kekurangan sepertinya.
Pun
begitu, dia harus akur dengan permintaan papa. Dia tidak mahu papa sedih
kerananya. Dia tidak punya sesiapa kecuali papa dan seboleh mungkin dia ingin
mengembirakan papanya.
“Azrul...”
suara Aisya yang sudah berdiri di sebelahnya bagaikan angin lalu di telinga
Azrul.
Jemari
Aisya cuba menyentuh lengan Azrul yang sedang memegang palang besi di koridor
tersebut. Bagaikan terkena renjatan, Azrul menarik tangannya dan berlalu masuk
ke dalam.
Terluka,
hati Aisya terguris dan berdarah dengan pelakuan Azrul itu tetapi dia masih
mampu menampal luka tersebut sendiri. Yang penting sekarang ini dia harus
memujuk Azrul agar tidak menghebahkan cerita ini. Jika pun Azrul tidak boleh
menerimanya, dia ingin Azrul berpura-pura di depan keluarga mereka
sekurang-kurangnya untuk tempoh beberapa bulan. Selepas itu, dia rela jika
Azrul ingin melepaskannya.
Masih
di koridor, Aisya nampak lampu dipadamkan. Azrul bergerak ke katil dan terus
baring di situ.
Bersama
nafas berat, Aisya melangkah masuk. Kakinya menuju ke katil dan tubuhnya di
baringkan di sebelah Azrul yang membelakangkannya.
“Azrul...”
Aisya memanggil lagi. Mereka perlu berbincang.
“Just sleep! I’m not in mood to talk.”
Aisya
ketap bibir. Moga bangkit esok hari, masih ada sinar untuk dia melihat Dunia
yang indah ini.
**************
Masa
berlalu, Azrul tetap juga begitu. Rumah mereka hadiah pemberian Datok Hamdan di
Puncak Jalil bagai hotel persinggahan buat Azrul dan Aisya hanyalah perhiasan
untuk mencantikkan rumah tersebut.
“Itu
yang you mahu kan? Berlakon di depan
keluarga dan sudah terbukti....I’m a good
actor in the world.” Azrul ketawa bangga.
Ya,
kalau ada anugerah pelakon hebat, Azrul layak untuk mendapat trofinya. Di depan
keluarga, dialah suami paling penyayang tetapi di belakang keluarga, perempuan
keliling pinggang.
Sampai
ke rumah diangkutnya perempuan pulang. Cuma yang Aisya tidak tahu, sama ada
perempuan itu sampai ke bilik tidur atau tidak kerana mereka memang berasingan
bilik sejak pindah ke rumah tersebut.
Terluka? Usah ditanya
pada sebuah kelukaan kerana hatinya sendiri telah imune dengan semua itu.
Kekadang dia tertanya diri sendiri, sampai bila dia harus dihukum begini?
Mungkin dia khilaf dan
mungkin juga dia bodoh kerana terlalu percaya pada lelaki yang baru dikenali.
Pun begitu, bukan dia yang mahukan semua itu terjadi. Dia diperkosa diluar sedar
ketika mengikut lelaki tersebut keluar dan perkosaan itu dilakukan
beramai-ramai.
Masih kukuh diingatan,
malam itu dia diajak meraikan harijadi teman pada lelaki tersebut. Selepas
meneguk minuman, dia seperti khayal. Dia seperti bermimpi melihat beberapa
lelaki bergilir-gilir memeluk dan membuka pakaiannya satu persatu. Sedar-sedar
dia sudah tidak berpakaian dan ditinggalkan di sebuah rumah kosong. Puas dia menangis tetapi semuanya tidak dapat
ditarik kembali.
Dia diamkan dan tidak
mahu membuat laporan polis kerana bimbang reputasi papanya sebagai ahli
perniagaan terjejas. Puas menjejak lelaki itu tetapi tidak berjaya kerana
lelaki tersebut dikatakan telah berpindah sekolah. Dia kenal lelaki durjana itu
ketika mewakili sekolah dalam perlawanan
Hoki antara sekolah peringkat negeri.
Derap
kaki sesorang mengembalikan Aisya dari lamunan. Siapa lagi kalau bukan Azrul.
Mata bertembung dan Azrul larikan wajah. Pagi-pagi hujung minggu sudah smart
bergaya, apa lagi kalau bukan keluar bertemu teman wanita.
“I
tak balik malam ni. Kalau takut, you baliklah rumah family.” Pesan Azrul tanpa memandang Aisya.
“I
ada buat sarapan. You tak nak sarapan dulu?” begitulah selalunya Aisya. Walau
seburuk manapun layanan Azrul, dia tetap memainkan watak sebagai isteri.
“I
tak sentuh apa yang I tak suka dan I tak makan makanan yang tidak mampu
menaikkan selera .” Azrul terus berlalu pergi dan buat kesekian kalinya, bicara
Azrul bagai sebilah pedang mengguris sekeping hati Aisya. Lukanya memang tidak nampak tetapi darah yang mengalir cukup
untuk membuktikan lukanya amat dalam.
Menitis
lagi air mata Aisya. Kalau bukan kerana papa, dia memang sudah lama meminta
Azrul melepaskan dirinya.
“Azrul....I
pohon pada you, tolong jangan ceraikan I sekarang. Tolonglah! Kalau you tak
boleh terima I, tolong berlakon depan keluarga sekurang-kurangnya untuk tempoh
enam bulan. Selepas itu, I akan cuba jelaskan pada keluarga dan you boleh
lepaskan I.”
Itulah
rayuannya ketika bangkit selepas malam pertama itu. Dia sanggup merendah diri
menyentuh kaki Azrul memohon simpati. Semuanya demi papa. Dia tidak sanggup
melihat papa bersedih kerananya. Dia tidak sanggup papa menanggung malu kerana
anak perempuannya diceeriakan suami setelah sehari menjadi isteri. Selepas
tempoh enam bulan, dia boleh mencari alasan logik untuk memutuskan ikatan ini.
Kini
waktu sudah melewati empat bulan dan hanya tinggal dua bulan lagi. Tak mengapa,
dia masih boleh bertahan.
******************
Ketukan
di pintu bilik memeranjatkan Aisya. Pastinya Azrul. Apa yang dia mahu
malam-malam begini sehingga mengetuk pintu bilik? Mencarinya sampai ke bilik
adalah sesuatu yang amat jarang Azrul lakukan jika bukan kerana terdesak.
“Buatkan
air untuk tetamu.” Nada arahan dari Azrul setelah Aisya menguak daun pintu.
Tetamu?
Selalunya tetamu yang Azrul bawa pulang ialah perempuan-perempuan cantik yang Aisya sendiri tidak ingat namanya
yang menjadi teman Azrul saban waktu. Yang peliknya, mereka semua tahu bahawa
dia adalah isteri Azrul tetapi tetap juga menggatal dan duduk bergesel.
Azrul
sudah menghilang masuk ke biliknya. Perlahan Aisya atur langkah turun ke bawah.
Benaknya sedang pelik kerana sebelum ini Azrul tidak pernah membawa pulang
perempuan di waktu malam. Tak tahulah jika dia sudah tidur dan Azrul mengheret
ke bilik.
Melihat wanita seksi
yang berskirt pendek paras pangkal paha duduk bersilang kaki di sofa ruang
tamu, Aisya telan liur. Ini bukan Tania atau Reena atau bukan juga Fifi yang
biasa Azrul bawa. Ini orang baru.
Aisya
hulur senyum tetapi tidak dibalas. Mungkin orang baru ini tidak tahu bahawa dia
adalah Aisya Safiya, isteri kepada Azrul Haris.
Melangkah
ke dapur, hati Aisya tersayat lagi. Sabarlah wahai hati, waktu cuma tinggal
sebulan lebih saja lagi.
“Dah
siap bancuh nanti bawa ke depan.” Suara Azrul yang masih bernada arahan
mengejutkan Aisya yang sedang melayan lara hati sambil membancuh air.
Ketika
melangkah ke depan sambil menatang sedulang air, telefon rumah berbunyi. Azrul
yang duduk menempel bersama perempuan seksi itu mengarahkan Aisya mengangkatnya.
“Tolong
buka pintu, mama dengan papa ada kat luar ni.” Suara mertuanya buatkan wajah
Aisya pucat tidak berdarah.
“Kenapa?”
soal Azrul yang perasan perubahan pada wajah Aisya.
“Mama dan papa, ada kat luar.” ujar
Aisya.
Buat
seketika mereka saling berpandangan. Aisya mahupun Azrul bagai hilang daya
untuk berfikir. Keluarga mereka tidak pernah datang mengejut begini lebih-lebih
lagi waktu malam.
Hon
kereta berbunyi mengejutkan mereka. Sebelum sempat Azrul menghalang, jemari
Aisya sudah pun menekan butang automatik membuka pintu pagar.
Azrul
masih blur saat Aisya melangkah membuka pintu rumah. Belum sempat berfikir di
mana mahu disorokkan Erica, gadis kacukan yang dibawa pulang ke rumah itu,
papanya sudah meluru ke arahnya.
Pang!! Satu tamparan padu singgah di pipi Azrul
sebelum sempat dia membuka mulut bertanya tentang tujuan kedatangan papa dan
mamanya.
“Apa
semua ni Azrul?” Melengking suara Datok Hamdan. Beberapa keping gambar bersaiz A4 yang di print dari internet di
lempar ke atas meja. Sakit dadanya melihat anak lelakinya itu sedang bercumbuan dengan seorang wanita
yang dihantar ke alamat emailnya. Lebih sakit lagi bila memikirkan tentang hati
Aisya yang pastinya terluka bila gambar itu tersebar.
Aisya
yang sedang berpelukan dengan ibu mertuanya pantas melangkah ke arah bapa
mertuanya. Gambar yang terdampar di atas meja kopi menjadi tatapan matanya.
Sesaat nafasnya jadi sesak melihat adengan tersebut.
“Ini
siapa?” Soal Datok Hamdan, merujuk kepada perempuan berambut perang yang Azrul
bawa pulang.
“Errrkkk..pa,
ni kawan Sya. Boleh tak minta Pak Jamil hantar dia pulang sekejap? Tadi dia
datang dengan Sya.” Aisya bijak memusing cerita sebelum sempat Azrul membuka
mulut.
Datok
Hamdan nampak ragu-ragu tetapi tetap mengangguk. Pak Jamil yang dimaksudkan
Aisya ialah pemandu bapa mertuanya yang sedang menunggu di luar rumah.
“You,
jom I minta Pak Jamil hantar. Sorry ya, kami ada hal keluarga sikit.” Aisya
pantas menarik tangan makhluk tuhan paling seksi itu menuju ke arah pintu dan
meminta Pak Jamil menghantarnya pulang.
“Baik
kau cakap dengan papa sekarang! Siapa perempuan dalam gambar tu dan kenapa kau
buat semua ni?” Datok Hamdan kembali naik angin, menekan Azrul yang sedang
meneliti gambar yang sudah berada tangannya.
“Pa...
Sya percaya abang tak buat semua tu. Sekarang ni teknologi canggih, gambar
boleh expose. Sya percaya ada yang sedang cuba untuk menjatuhkan perniagaan kita.”
Sekali lagi Aisya bertindak bijak, cuba meredakan keadaan.
Azrul
yang terkebil-kebil kerana diasak oleh papanya pantas menuntas pandang pada
Aisya. Dia sebenarnya tidak tahu untuk menjawab bagaimana kerana gambar dia dan
Tania yang ada di tangannya itu memang semuanya benar belaka. Dia pernah
melakukan adengan itu bersama Tania di sebuah Club terkemuka di ibu kota.
Dan... buat kesekian kalinya dia harus berterima kasih pada Aisya.
******************
Kepulangan keluarga
mertuanya dihantar Aisya dengan genangan air mata yang bila-bila masa saja akan
melimpah.
“Kenapa you buat semua
tu?” Soalan Azrul mematikan langkah Aisya yang ingin memanjat anak tangga untuk
ke bilik.
“Untuk bayaran balik
diatas kesudian you ‘menyimpan’ I sebagai hiasan di rumah ni,” balas Aisya dan
terus memanjat anak tangga.
Pintu bilik baru saja
tertutup tetapi ia terus dibuka dari luar. Azrul yang sudah melangkah masuk
terus mengunci pintu dari dalam.
“You buat apa ni?”
Aisya sudah berdebar dalam hati.
Azrul diam tidak
menjawab. Wajah Aisya di tenung lama. Kenapa dia nampak Aisya seperti jelmaan
bidadari yang diturunkan ke bumi di malam hari?
“I nak hapuskan
perkataan ‘hiasan’ yang you sebut tadi.” Azrul mengatur langkah menghampiri
Aisya.
Semakin Azrul mendekat,
Aisya berundur ke belakang sehingga kakinya tersekat di katil. Belum sempat
Aisya melarikan diri, pinggangnya dipaut Azrul.
“Azrul jangan!” Aisya
terjerit kecil tatkala bibir Azrul cuba menyentuh lehernya.
“I ada hak ke atas you
Aisya and please..... let me do what I
want to do.” Azrul makin rakus mencumbui Aisya. Dia bagai hilang kawalan
fikiran. Yang ada dikepalanya, dia cuma mahukan Aisya.
“Tolonglah Azrul, I
merayu. Tolong jangan buat I macam pelacur.” Air mata Fatia sudah lebat menitis
keluar saat tubuhnya direbahkan Azrul ke katil.
“I want you Aisya....”
Dan Aisya sudah tidak
mampu berbuat apa-apa saat jemari Azrul memainkan peranannya.
Menangis dan menangis,
malam itu Aisya menangis di dalam pelukan Azrul. Hangat pelukan itu tidak mampu
menghangatkan tubuhnya.
Bangkit di subuh pagi,
air mata Aisya mengalir lagi bersama aliran air pancuran di dalam bilik mandi.
Setelah selesai menunaikan
solat subuh, Aisya terus ke dapur menyediakan sarapan. Itu adalah rutin
hariannya walaupun apa yang dia masak tidak pernah disentuh Azrul.
Sedang sibuk
membersihkan pinggan di sinki, terasa ada tangan melingkar di pinggangnya.
“Morning.” Azrul menyapa bersama sebuah ciuman singgah di pipi
Aisya. Pertama kali setelah hampir enam bulan tinggal sebumbung, Azrul
mengucapkan selamat pagi padanya bersama sebuah ciuman. Hatinya jadi sebak
tiba-tiba.
Belum sempat Aisya
berkata apa-apa, kedengara loceng rumah berbunyi menandakan ada tetamu yang
datang.
Mengelak dari matanya
yang berkaca di pandang Azrul, Aisya pantas bergerak ke depan membuka pintu
pagar.
Perempuan semalam
muncul lagi dan Aisya sudah sesak nafas memikirkan rentetan peristiwa yang
berlaku malam tadi.
Tanpa suara, Aisya atur
langkah naik ke bilik, meninggalkan Azrul bersama wanita tersebut.
Seketika termenung di
katil, pintu bilik diketuk dari luar.
“I keluar kejap.” Ujar
Azrul yang tercegat di depan pintu bilik sebaik daun pintu dikuak Aisya.
Pertama kali juga Azrul
memberitahunya ketika ingin melangkah keluar tetapi kenapa Aisya rasakan
hatinya hangus terbakar?
***********
Azrul kemalangan! Itu
yang diberitahu papanya ketika menjawab telefon seketika tadi. Bergegas dia
berlari mencapai kunci kereta dan memandu ke hospital.
Tiba diwad, papa dan
semua ahli keluarga Azrul sudah memenuhi kamar wad tersebut. Azrul baru saja
sedar dari pengsan. Kakinya bersimen sebelah kiri dan tangan kirinya berbalut.
“Aisya, cakap yang
benar dengan papa.” Datok Hamdan terus bersuara sebaik Aisya menyalami semua
orang yang ada di situ.
“Cakap apa pa?” Aisya
yang tidak tahu apa-apa terpinga-pinga bila diasak begitu.
“Perempuan semalam.
Siapa sebenarnya?”
“Kenapa pa?” Aisya
pandang wajah tegang bapa mertuanya dengan muka blur.
“Azrul accident dengan perempuan tu. Naik motor
berdua.”
Oh! Rupanya Azrul
keluar naik motor bikesnya. Aisya sendiri pun tidak pernah memboceng motor
tersebut. Itu satu-satunya harta kesayangan Azrul yang dia tidak berani sentuh.
Wajah Azrul yang keruh
dipandang Aisya tanpa perasaan. Saat itu, Aisya rasa dia sudah tidak punya
pilihan lain selain dari berterus terang.
“Sya tak kenal
perempuan tu. Abang yang bawa dia pulang ke rumah malam tadi.” Sebaik Aisya
menghabiskan ayatnya, Datok Hamdan pantas meluru ke arah Azrul.
“Pa!” Aisya bertindak
menghadang menggunakan tubuhnya melindungi Azrul dari tindakan bapa mertuanya.
“Tepi Sya! Papa nak
Azrul mengaku sekarang.” Keras suara Datok Hamdan mengarahkan Aisya ke tepi.
Sakit benar hatinya.
Malam tadi dia sudah
mengesyaki sesuatu tetapi Aisya lebih bijak menyembunyikan perangai buruk
Azrul. Sebenarnya sudah lama dia mendengar cerita buruk tentang anaknya itu tetapi dia tiada bukti
apatah lagi bila melihat anak menantunya nampak bahagia dan gembira.
“Pa, dengar dulu apa
yang Sya nak cakap.” Aisya tidak berganjak, mendepakan tangannya menghadang
bapa mertuanya dari bertindak kasar terhadap Azrul. Entah kenapa dia sanggup
berbuat begitu dia sendiri tidak mengerti.
“Okey! Sya cakap
sekarang, biar semua orang dengar.” Dato Hamdam memberi ruang pada menantunya.
Aisya tarik nafas
panjang. Memandang wajah papanya sendiri yang tenang berdiri di hujung kaki
katil.
“Sebenarnya, kami
memang tak serasi hidup bersama dan kami sudah lama berbincang tentang perkara
ni. Keputusannya, kami dah buat dan kami akan berpisah.”
“Aisyaaa!!!!” suara
Azrul bergema di dalam bilik tersebut. Buat seketika mata mereka saling bertemu
dan entah kenapa Aisya rasa dia ingin menangis di situ.
“Thanks for the past six month.” Ucap
Aisya perlahan. Suaranya sudah berubah serak.
Ya!
Masanya sudah cukup. Dia hanya meminta enam bulan dan dia tidak mahu lagi
melanjutkan tempoh tersebut. Dia tidak mahu lagi menjadi beban pada Azrul.
Aisya
lihat papanya berpusing dan mengatur langkah perlahan keluar dari wad tersebut.
“Sya,
tolong tarik balik apa yang you cakap tu. Kita tak pernah berbincang tentang
perkara ni kan?” Azrul bersuara. Turun naik dadanya menahan rasa.
Aisya
mengeleng. Dia mengatur langkah perlahan menyusul papanya manakala yang lain
hanya mampu memandang dengan pandangan berkaca.
*****************
Aisya menangis dan
menangis di sisi katil hospital. Walau papanya telah selamat, dia seperti tidak
mampu memaafkan diri sendiri.
“Sya... jangan menangis
sayang. Papa masih belum mati.”
“Pa!!” Aisya terjerit
kecil apabila melihat papanya telah sedar. Sungguh, dia hampir putus nyawa
tatkala melihat papanya terbaring dan dikerumuni orang ramai di luar pintu wad
yang menempatkan Azrul.
Kejutan yang diterima
membuatkan papanya terkena serangan jantung dan terpaksa menjalani pintasan
jantung di IJN.
“Pa, Sya minta
ampun....”
“Syyyy... Sya tak salah
apa-apa.” Tuan Kamil cepat memintas.
“Mungkin papa yang
silap mendesak anak papa.” Kepala Aisya diusap perlahan.
Sungguh! Dia sangat sayangkan
Aisya. Dulu, dia rasa Azrul adalah pilihan terbaik untuk anaknya tetapi melihat
ke mata Aisya hari ini, dia tahu anaknya itu lebih banyak sengsara dari bahagia.
“Papa tak bersalah.
Mungkin kami yang tak ada jodoh,” ujar Aisya. Lengan tua papanya dipicit
perlahan.
“Azrul macamana?”
Aisya ngeleng kepala.
Sejak hari itu, dia tak sempat melawat Azrul. Siang malam dia bertapa di IJN
menunggu papanya. Kedua mertuanya ada juga
datang melawat beberapa kali tetapi dia lupa untuk bertanya khabar.
“Pergilah tengok Azrul.
Apa sekalipun, dia masih suami Sya sebelum disahkan oleh mahkamah.”
Aisya angguk kepala.
Cukuplah dia membuatkan papanya jadi begini. Dia tidak mahu papa risau tentang
dirinya. Itu janjinya pada diri sendiri.
*********************
Melihat Azrul yang
terbaring lemah di sofa, dada Aisya jadi beralun. Kata ibu mertuanya, selepas
keluar wad, Azrul tinggal di rumah keluarganya. Hanya petang semalam Azrul
meminta Pak Mail menghantar pulang ke rumah mereka.
Dahi Azrul di sentuh
perlahan setelah melihat lelaki itu seakan meracau. Panas! Azrul demam?
“Azrul! Bangun, you
demam ni.” Bahu Azrul digoncang perlahan.
Mata Azrul terbuka
sedikit.
“Sya...” Azrul senyum.
“You dah balik Sya?”
Tangan Azrul bergerak memaut lengan Asiya yang sedang berdiri di depan sofa.
“Bangun! You demam ni.
Mari I hantar ke klinik.” Mendatar suara Aisya.
Azrul bangkit tetapi
kepalanya mengeleng beberapa kali.
“I tak nak pergi
klinik. I nak makan. You tolong masakkan bubur untuk I ya?” Azrul seperti
merengek, bagai anak kecil meminta sesuatu.
Aisya kaku. Buang
tabiatkah Azrul? Selama ini mana pernah Azrul makan masakannya apatah lagi
untuk meminta dia memasak.
Pun begitu, dia
mengganguk jua sebelum melangkah ke dapur mencari bahan untuk memasak. Soal
letih ditolak ke tepi. Entah kenapa, dengan Azrul dia jadi sangat lembut hati.
Sementara menunggu
bubur masak, Aisya naik ke bilik untuk mandi dan menukar pakaian. Melihat
katil, dia rasa ingin saja merebahkan badan tetapi memikirkan Azrul yang sakit,
dia melangkah jua turun ke bawah.
“Azrul, bangun!” sekali
lagi Aisya kejut Azrul yang kembali tidur. Bubur yang masih berasap di letak ke
atas meja kopi depan sofa.
“Tu, bubur dah masak.
Makanlah. Nanti makan ubat.” Masih mendatar Aisya memberi arahan.
“Tolong suapkan,
boleh?” sekali lagi Azrul bagai anak kecil merengek minta disuapkan.
Separuh dari hati Aisya
menghasut untuk menolak tetapi separuh dari hatinya yang belas ingin memenuhi
permintaan Azrul. Sudahnya, dia mengangguk lemah.
****************
“Azrul, I nak sambung
belajar.” Akhirnya Aisya meluahkan apa yang telah dirancang. Surat jawapan
permohonanya untuk menyambung pengajian telah diterima dan dia berjaya
menempatkan diri.
“Ke mana?” soal Azrul.
“Luar negara?”
“Negara mana?”
“Sebelum I pergi, kita
selesaikan hal kita dulu.” Aisya tidak menjawab soalan Azrul.
“Hal apa?”
“Berpisah.” Hanya
sepatah perkataan yang keluar dari bibir Aisya tetapi sudah cukup untuk
mengehntikan degupan jantung Azrul. Sangkanya, Aisya sudah melupakan tentang
perkara itu kerana beberapa hari ini hubungan mereka baik-baik saja. Aisya
melayan makan dan minumnya dengan baik sekali sehingga dia rasa sudah
benar-benar sihat. Namun, sangkaannya tersasar jauh.
“Kenapa harus berpisah
Sya?”
“Masanya enam bulan
yang I minta tu dah lebih. Kalau kita berpisah, you bebas memilih siapa saja pilihan hati you.”
“Sya...”
“Cuma itu yang I nak
cakap.” Aisya pintas bicara Azrul.
“Sya....boleh tak kalau
kita tak payah berpisah? I izinkan you sambung belajar.” Azrul cuba tawar
menawar. Dadanya seakan ingin pecah memikirkan tentang kata perpisahan yang
dipinta Aisya. Kenapa? Sebab dia sudah mula menyayangi Aisya.
Dulu, dia tidak pernah
merasai semua ini. Tapi saat ini,
selepas kejadian malam itu, degup jantungnya seakan selari dengan rentah
jantung Aisya dan dia tidak mahu kehilangan rentak itu.
“Kenapa perlu siksa
diri sendiri? I cuba nak hilangkan beban you.”
“Beban?” Azrul kerut
kening.
“Ya! Beban. Kan you
pernah cakap I ni macam satu beban buat you.”
Azrul mati kata. Ya
Rabbi! Dia pernah berkata begitukah?
“I’m really sorry for everything I had done,”
ucap Azrul perlahan. Sesalnya menggunung.
Dan mata Aisya terus
berkaca.
*************
Lapan
bulan masa yang cukup panjang menjadi seorang perantau tetapi ianya belum mampu
untuk melupakan Aisya pada sejarah silam yang sangat menguji kesabarannya. Jika
ditanya tentang rindu, banyak yang boleh dihuraikan tentang rasa itu di
hatinya.
Pelik tetapi benar,
yang dia kata sangat benci itulah sebenarnya yang dia rindu. Dia sendiri tidak
tahu apa sebenar definasi rindu tetapi yang dia tahu, dia selalu ingatkan
Azrul. Entah apa yang dia ingat
sebenarnya tetapi yang pasti semuanya tentang Azrul terakam kemas dalam
memorinya. Bicara Azrul yang sentiasa tajam, wajah Azrul yang sentiasa masam
dan tingkah Azrul yang sentiasa menyakitkan semuanya dia ingat.
Paling dia ingat
tentulah rengekan Azrul yang meminta macam-macam darinya setelah pulang dari
hospital. Baru dia tahu, dalam keras Azrul, dia rupanya sangat manja bila
sakit. Spontan bibir Aisya mengukir senyuman saat gelagat manja Azrul terlayar
di ingatan.
Tanpa Asiya sedar,
tingkahnya diperhatikan dari jauh. Sepasang mata yang sangat merinduinya sedang
mencuri pandang dari celahan pokok di taman tempat dia merehatkan minda.
Azrul tarik nafas yang
terasa sesak tiba-tiba.
“Sya, I miss you...a lot.” Hati Azrul berbisik perlahan.
Lama dia mencari
sehingga sanggup berkali-kali merendah diri mengadap bapa mertuanya untuk
bertanyakan tentang Aisya tetapi jawapannya tetap sama, Aisya tidak mahu sesiapa pun tahu di mana
lokasinya berada.
Berkali-kali dia
menghalang tetapi Aisya tetap jua pergi. Malah bukan hanya dia tetapi seluruh
keluarganya juga turut memujuk tetapi Aisya seakan sudah bulat hatinya.
Menyesal? Rasanya sudah
terlambat untuk dia sesali apa yang pernah dia lakukan dan dia percaya luka
yang dia guris di hati Aisya bukan sedikit calarnya.
Pun begitu, dia tidak
mudah berputus asa sehingga akhirnya berjaya menjejak lokasi Aisya dan tanpa lengah
dia terus terbang ke Seoul, Korea. Dari lapangan terbang, dia bergegas ke Seoul
University dan apa yang dicari ditemui jua. Sungguh! Dia sangat-sangat rindukan
wanita itu. Walau masa baiknya bersama Aisya cukup singkat, ia sangat memberi
kesan ke hatinya.
Aisya
bangkit dari duduk. Sudah tiba masanya untuk dia pulang. Sehabis kelas tadi dia
duduk merehatkan minda di taman yang indah itu.
Pun
begitu, kakinya bagai dipaku ke bumi saat matanya menatap seraut wajah yang
sangat dia kenali. Tidak percaya tetapi itulah kenyataannya. Azrul sedang
berdiri tegak di depannya.
“A...Azrul?”
Azrul angguk kepala.
Matanya sudah bergenang air jernih. Pedih hatinya menanggung rindu tetapi
adakah secalit rindu di hati Asiya untuk dirinya?
“Sya...” kedua jemari
Aisya di paut.
“Sya sihat, sayang?”
Aisya tahan nafas.
Mulutnya terus terkunci. Buat pertama kali, Azrul memanggilnya sayang selepas
malam pertama perkahwinan mereka dan dia sudah tidak tahu bagaimana untuk
menjawab soalan yang cukup mudah itu. Sudahnya , dia hanya menganggukkan
kepala.
“You?”
Tanpa menjawab soalan
Aisya, Azrul terus membawa isterinya ke dalam pelukan. Tubuh kecil molek itu
didakap erat. Ubun-ubun milik Aisya dikucup berkali-kali. Tuhan, tolong ajarkan
dia bagaimana untuk mengikat Hati Aisya kemas ke hatinya sebagaimana dia
memeluk tubuh Aisya saat ini.
“Macamana you ada kat
sini?” soal Aisya, cuba meleraikan pelukan Azrul. Tiba-tiba dia rasa seperti
jatuh ke dasar lautan dan lemas di situ.
“I cari you, Sya.”
Jemari Aisya disulam kemas.
“Kenapa?”
“Kenapa apa? Tak boleh
ke suami cari isteri sendiri?”
Aisya mengeleng.
“Bila you sampai?”
topik bicara diubah pantas. Sebut tentang suami isteri, Aisya rasa kurang
selesa.
“Just arrive. Terus datang sini.”
“You dah makan?”
Azrul mengeleng. Aisya tidak
pernah berubah. Bila bertemu, makan dulu yang ditanya. Walau ketika itu dia
tidak pernah melayan soalan Aisya tetapi setiap waktu dia pulang ke rumah,
Aisya akan bertanyakan soalan yang sama, ‘sudah makan atau belum?’
“Nak makan dengan Sya
boleh?”
Aisya
kerling jam di tangan. Sudah tengahari, dia juga belum makan. Lantas kepalanya
diangguk perlahan.
“Jom!”
Aisya mendahului langkah.
“You tinggal kat mana?”
“Belum fikir lagi.”
Senyap. Langkah mereka
sudah seiring.
“Kalau nak tidur rumah
Sya boleh?” soal Azrul tiba-tiba.
Aisya panggung kepala.
Sesaat mata mereka bertemu. Bolehkah dia berkata tidak sedang mereka masih
suami isteri? Sebelum sempat akal menjawab, kepala Aisya sdauh terngguk
perlahan.
******************
Azrul resah di
pembaringan. Badannya terasa tidak selesa. Yalah! Dia mana pernah tidur di
sofa.
Namun, demi Aisya dia
sanggup lakukan apa saya. Contohnya, saat ini dia sedang tidur si sofa keras
ruang tamu rumah sewaan Aisya yang dikongsi bersama lima pelajar berlainan
negara.
Sedang melayan resah,
tiba-tiba dia ternampak bayangan Aisya perlahan melangkah menghampirinya.
Cepat-cepat dia pejam mata, pura-pura tidur.
Aisya duduk melutut di
depan sofa. Wajah Azrul dipandang lama. Sesaat nafasnya ditarik panjang dan
ditahan lama.
“Ya Allah! Kalau lelaki
ini yang telah KAU tulis sebagai jodohku,
KAU bukakanlah hatiku untuk menerima dia dan KAU bukakanlah hatinya
untuk menerima aku seadanya.”
“Ya Allah! Seandainya
takdirmu sudah tertulis aku harus hidup selamanya bersama lelaki ini, KAU perliharalah
ikatan kami dari Syaitan yang direjam dan KAU berkatilah hidup kami dengan
limpah kuniaanMU.” Aisya tersedu dalam doa yang dipanjat pada Ilahi. Dia tidak
mengharapkan apa-apa, cukuplah calar dihatinya dibalut dan dijaga rapi.
Azrul yang mendengar
doa Aisya itu sudah hampir pecah dadanya menahan sebak. Sungguh... dia bagai
ingin menghukum diri sendiri.
Lama Aisya di situ
sebelum bangkit untuk beredar masuk ke bilik. Namun, baru saja berpusing,
tangannya terasa disambar Azrul.
Belum sempat dia
berbuat apa-apa, tubuhnya sudah ditarik Azrul ke dalam pelukannya.
“Sya..I’m sorry...Please
forgive me, Sya....”
“Azrul?” Aisya
tergamam.
“Please
let me hold you for the rest of my life, Sya.”
Azrul makin mengemaskan pelukannya. Buat pertama kali, air mata lelakinya gugur
di bahu Aisya.
Kaku! Azrul menangis?
Aisya bagai tidak percaya kerana Ego Azrul terlalu tinggi, setinggi Banjaran
Everest.
Pelukan dileraikan,
kedua pipi Aisya dipegang kemas. Bibir Azrul melekat di dahi Aisya, lama sebelum
beralih ke kedua pipi dan kemudiannya berakhir
di bibir.
Melepas rindu. Dari
ruang tamu sehingga berakhir di bilik tidur Aisya dan kali ini, Aisya
merelakan. Biliknya tidaklah sebesar mana dengan hanya sebuah katil bujang
tetapi berada di dalam pelukan Azrul, Aisya rasa seperti berada di taman bunga
yang luas.
“Sayang....”Azrul
bersuara perlahan. Aisya yang masih di dalam dakapannya, dipaut rapat. Hangat
tubuh Aisya buat dia rasa sangat selesa.
“Mmmmm....” Mata Aisya
yang baru ingin tertutup kembali terbuka. Rasanya sekejap lagi azan subuh akan
kedengaran tetapi Azrul masih tidak mahu membenarkan dia tidur.
“I love you.” Bisik Azrul lagi entah untuk kali ke berapa malam itu.
“Mmmmm....” hanya itu
yang keluar dari bibir Aisya. Dia senyum bahagia.
“I want more than ‘mmmm’.... sayang.”
Aisya gelak perlahan.
Pelukannya ke tubuh Azrul dieratkan. Dua jasad bagai bersatu menjadi satu. Bagi
Aisya, cinta tak perlu diucapkan dengan kata-kata. Cukup dengan dengan
perlakuan yang ditunjukkan.
“Azrul...” Aisya pula bersuara.
“Ya, sayang.” Jemari
Aisya ditarik dan disulam bersama jemarinya.
“Can you promise me?” soal Aisya.
“Apa?” dada Azrul
tiba-tiba jadi berdebar. Bimbang jika Aisya minta yang bukan-bukan. Pengalaman
menjadikan dia trauma apabila disebut perkataan berpisah.
“You takkan ungkit
tentang kekurangan I.”
Azrul tarik nafas lega.
Sebenarnya, dia memang sudah lupa tentang itu. Berada dekat dengan Aisya,
hatinya hanya tahu erti bahagia.
“I’m
promise.” Azrul angkat tangan gaya mengangkat sumpah.
“I love you.” Bisiknya dekat ke telinga Aisya.
“Azrul...”
“Mmmmm...”
“Thanks” Aisya kucup
lengan Azrul yang masih memeluknya.
“For what?”
“For everything.”
Pelukan makin
dieratkan. Masing-masing hanyut dalam perasaan bahagia. Tuhan, jika ini mimpi,
biarkan kami terus terlena.
“Aisya....”
“Mmmm...”
“Thanks for being my
wife.”
Aisya pusing mengadap
Azrul. Wajah kacak Azrul di tatap penuh kasih dalam samar cahaya bulan yang
mencuri masuk ke biliknya.
“Hujung minggu ni kita
ke Pulau Jeju nak?” soal Azrul. Tiba-tiba dia rasa ingin membawa Aisya honeymoon ke pulang yang indah itu.
Alang-alang sudah berada di korea, baiklah mereka ke sana.
Sebagai jawapan, pipi
Azrul dicium berkali-kali. Dia memang teringin ke pulau tersebut tetapi masih
belum punya kesempatan. Peluang yang datang bergolek ini dia rasa sangat indah
sekali.
Kadangkala hidup tidak
seperti apa yang kita inginkan tetapi tidak sepertinya kita tidak boleh
mencipta bahagia. Hati kita, hanya kita yang boleh mengajarnya.