FOLLOWERS

Cuti Panjang...

Sekejap lagi nak balik kampung.... babai

Bercuti panjang..sambil2 balik raya boleh main banjir sekali...sengihnampakgigi


rosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosrosros

Komen pembaca tentang Bebunga Kasih


Dah lama tak update Blog... nampak macam dah bersawang sana sini. Sibuk...busy... tak cukup masa dan perkataan yang seumpamanya yang aku tak tahu nak taip.

Ari ni, aku 'curi' sikit masa untuk tempek sesuatu kat sini...


Komen Yang aku pertik dari Blog Kak Wan Amalyn


Bebunga Kasih (BK) kisah tentang Dya yang 'terperangkap' dalam kancah emosi yang tidak berkesudahan. Dirogol oleh abang sendiri, tidak diiktiraf sebagai anak kandung oleh bapa, membuatkan hidup Dya sering dilanda nestapa.

Kehadiran Zarif menyusahkan lagi hidup Dya. Ekoran satu insiden ketika mereka masih di bangku sekolah (menengah) menyebabkan Dya menanam rasa dendam pada Zarif. Zarif yang membuatkan perjalanan hidupnya bertambah getir.

Kehidupan harus diteruskan walau segetir manapun dugaan datang melanda. Hidup ini adalah medan perjuangan yang tidak berkesudahan. Berkat kesabaran dan kesungguhan, dia berjaya mengharunginya walaupun harus bangkit dengan air mata, Bagai air mata jatuh ke dalam, segala duka hanya dia yang merasa. Walaupun ada ketikanya dia hampir tersungkur dek runtunan emosi yang membelenggu diri.

Takdir seakan mencemburuinya. Dia dipaksa kahwin oleh si bapa hanya kerana tohmahan 'sekutu' bapanya – abang & abang ipar. Demi seorang wanita bergelar ibu, dia rela korbankan hati dan perasaannya walaupun pada hakikatnya dia tidak pernah merelakan apa yang diputuskan buat dirinya. Lamaran daripada kenalan si ayah untuk anak teruna mereka dia terima dalam terpaksa.

Dia takut untuk merancang masa depannya. Masa depan yang belum pasti menjanjikan bahagia buat dirinya. Dia insaf dan sedar akan keadaan diri. Dia gadis yang tidak sempurna. Dia gadis yang ternoda. Namun dia juga manusia biasa yang mendambakan cinta dalam hidupnya. Tegakah dia membuka aib diri hanya kerana ingin dicintai dan menyintai?

* * * * * *

Usai membaca, aku menarik nafas lega! Aduhai, malang sungguh nasib seorang Dya. Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga. Sudahlah abang membuat onar, bapa pula menambahkan beban, membuatkan hatinya tidak pernah rasa bahagia. Sedih sungguh. Ralatpun ada. Malang datang bertimpa-timpa bagaikan tiada sinar bahagia untuk seorang Dya. Tatkala bahagia mula menyapa, takdir bagaikan tidak ingin berbaik hati.

Karya kedua Hani Fazuha ini sememangnya mampu membuatkan aku terpaku. Selagi tidak aku ketahui kesudahan hidup seorang Dya, selagi itu aku tidak puas hati!. Konflik demi konflik yang melanda Dya membuatkan keinginan aku membuak-buak, ingin mengetahui kesudahan yang menimpa Dya. Baikkah atau burukkah nasib yang tersurat buatnya?

Aku sukakan mainan bahasa Hani Fazuha melalui karya terbaharunya ini. Terserlah kematangannya dalam berkarya. Penulis bijak mengungkap kata, menyusun bicara, menjadikan setiap konflik yang melanda Dya, aku turut sama merasainya. Tatkala dia diulit duka, aku terheret sama merasa laranya. Tatkala dia ditimpa musibah, aku turut sama merasa malangnya. Dan ketika dia diselimuti rasa gembira, aku turut sama merasa bahagianya.

Jika diberi peluang bertemu mata dengan 'Dya' hanya satu persoalan yang aku ingin utarakan… "mengapa teganya kamu membiarkan diri dinodai berkali-kali?" Aku cukup tidak puas hati!!. Pertama kali ketika kamu masih di usia setahun jagung, aku masih boleh terima kerana tika dan saat itu, keadaan mungkin tidak mengizinkannya. Tetapi pabila kamu sudah menginjak dewasa, dan sudah berkahwin pula! kenapa masih terbuka peluang, membiarkan diri diratah oleh manusia durjana itu?? Aduh!! geramnya aku pada 'Dya'. Hahaha aku memang emosi!!

Pada aku, Dya terlalu 'lembut hati', dia terlalu berbaik sangka!, hinggakan meracun diri sendiri. Bangkit Dya, perjuangkan hak kamu. Belalah nasib diri kamu yang tertindas itu!!, Sebagaimana surah Ar-Ra'ad (ayat 11): "Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang merubah nasibnya." Begitu juga kamu Dya, sesungguhnya hanya kamu yang mampu merubah nasib malang kamu sendiri.

Isk aku sudah keterlaluan. Tapi itulah hakikatnya, aku jadi emosi apabila terasa diri (wanita) sering menjadi mangsa! Sesungguhnya aku memang GERAMMM pada Dya!!! Jika dengan membuka aib diri, mampu mengubah nasib kita ke jalan yang lebih baik, jalan yang diredhai Allah, rasanya tidak salah bukan?? Tapi pastikanlah ianya melalui saluran yang betul. Bukan dengan membabi buta. Negara kita ada undang-undang, ada pertubuhan yang akan membela nasib mereka yang teraniaya. Walau bagaimanapun, kamu harus terus tabah 'Dya' dengan tohmahan dan kritikan masyarakat!.

Buat Hani Fazuha. TAHNIAH! Sesungguhnya karya terbaharu ini mampu membuatkan kakwan terpaku tidak berganjak. Well done sis!

PS: Terima kasih daun keladi Hani atas 'bingkisan kasih' ini., Doa kakwan moga idea kamu akan terus mencurah-curah untuk terus berkarya…

Posted at 10:33 am by wanAmaly



Komen yang aku petik dari Jana yang menitipkan komennya pada posting Review Bebunga Kasih :


salam,saya beli berbunga kasih sebab direcommend oleh pembantu kedai pustaka minerva dijalan TAR,beria-beria dia beri pendapat,tapi dia suruh aya baca mengukir bahagia dulu,saya kata saya ada buku ini tapi tak sempat baca,saya ada a lot of buku yang tak sempat dibaca sebab sibuk,mengukir bahagia pun saya dah simpan hampir setahun saya perasan bila melihat catatan dibuku ,setiap kali saya beli novel saya akan catatkan tarikh pembeliannya,akhirnya saya mengikut nasihat kakak pembantu kedai tu dan belilah buku berbunga kasih itu,sebelum saya keluar dari kedai beria-ia kakak itu berpesan supaya baca mengukir bahagia dulu.keesokan harinya saya pun mula membaca mengukir bahagia dalam masa satu hari bila dah habis saya terus sambung baca berbunga kasih pula.Memang best, tak sia-sialah kakak pembantu kedai tu promo dua-dua buku hani fazuha...Masalahnya saya pula sekarang dah jadi macam kakak dikedai itu promo kedua-dua novel ini dengan cousin-cousin saya dan kawan-kawan saya yang minat baca novel dioffice.Tahniah hani fazuha kerana saya rasa berbaloi beli novel yang ditulis oleh you,Maaf jika entry saya terpanjang sangat tapi saya rasa saya perlu beritahu apa yang saya rasa bila baca novel yang ditulis oleh you,Thank you again for your lovely and interesting novel....:-P


October 19, 2009 3:03 PM



Ni pula komen yang aku petik dari Facebook yang dihantar oleh Effy Syazwani :


Effy Syazwani Abu Zaki pada 22hb November pukul 8.09 ptg


salam..hai kak hani...ni effy ingat lagi x...effy baru lepas habis baca berbunga kasih...cerita dia best sangat..dya sangat tabah kan...n zarif.....ada ker lelaki sebaik macamtu sekarang..susah nak cari....effy kesian sangat bila baca part dya n abang dia ari yg x berhati perut tu...kalau effy lah jadi dya tu,dah lama effy bunuh dia...kejam sangat...sanggup abang buat adik macamtu...memang la dya tu bukan adik kandung..tp kejam sangat...nasib baik ayah dya berubah akhirnya...dya perempuan yg sangat baik dan tabah...apa2pun,tahniah bt akak sebb dapat hasilkan novel yg best...akak tau,petang semalam effy beli,semalam juga effy habis baca...jam 6 baru tidur..sbb cerita dia bt orang tertunggu2...:)...effy doakan yg terbaik buat akak...

Bebunga Kasih - Bab 36


KETIKA membuka mata pagi esoknya, aku seakan-akan hilang ingatan seketika. Lupa di mana aku berada. Sekilas menoleh ke kiri, aku terperanjat melihat Zarif yang begitu lena diulit mimpi ber-baring di sebelahku. Segera aku bangkit dan menolak tangannya yang begitu selesa memeluk pinggangku.

Perbuatanku mengejutkannya daripada lena. Terpisat-pisat dia bangkit sambil menenyeh mata.

“Kenapa ni sayang?” soalnya dengan mata yang mengecil memandangku.

Wah! Nadanya membuatkan aku rasa mahu mengunyah muka handsomenya sebagai sarapan pagi.

“Kenapa sayang?” Aku mengajuk dengan memek muka menyampah. “Awak tanya saya kenapa? Patutnya saya yang tanya awak kenapa.” Aku menyergahnya. Dia terlopong memandangku tanpa suara.

“Kenapa awak tidur kat sini? Kenapa tak tidur depan TV sana? Kenapa peluk saya? Kenapa...”

“Huarghhh...” Dia menguap sambil mengatup mulutnya, mematikan terus soalan-soalanku.

“Saya mengantuklah. Beri saya masa tidur sekejap. Dah bangun nanti, saya jawab soalan awak.” Bersahaja dia menjawab sebelum kembali merebahkan kepalanya ke bantal.

Aku mendengus kasar, marah dan geram datang selari mencengkam hati. Berhadapan dengan lelaki ini sering membuatkan fikiranku bingung.

“Hoi! Bangunlah. Subuh dah nak habis, tahu tak?” Aku cuba membangunkannya sekali lagi lantas menolak bahunya kasar. Kerana terkejut, matanya terbuka luas.

“Kasarnya kejut suami! Mana awak belajar semua ni?” sindirnya.

“Huh!” Aku mendengus kasar lalu mengengsot untuk turun dari katil. Tujuanku sekadar mahu mengingatkannya tentang rukun Islam yang satu itu, tetapi aku dikenakan pula. Buat menyakitkan hati saja, desis hatiku.

Gelak Zarif menampan anak telinga saat aku melangkah ke bilik air. Gila! Kenapa lelaki gila ini harus aku temui? Kenapa rancangan gila ini harus aku ikuti? Semuanya gila! Gila dan gila.



Masak-masak...

Ini bukan cerita main masak-masak masa kecik-kecik dulu tapi ini masak yang betul-betul punya. Pada 1 November lalu, kami penulis alaf berkumpul di rumah otaiotai kita, Kak Anis untuk acara demo masak oleh chef otai, Kak Lina(Norzalina).

Masa nak pegi tu aku tak tahu jalan, maka terpaksalah minta tolong hubby hantarkan. Hish! hari minggu macam-macamlah pulak cerita menyebabkan aku terlewat dari waktu yang dijadualkan. Sampai saja, mereka semua sudah kecoh berposing di dapur Kak Anis. Aku ingatkan ada sesi bergambar rupanya masing-masing nak posing untuk kacau white sauce yang nak di letakkan pada Lasagna tersebut..hampeh!

Dan aku, sampai2 jer terus berposing tuangkan white sauce tu atas lasagna..hahaha...lagak macam betul2 ikut kelas masak dari mula...




Ini Lasagna yang dah masak..huh! betul-betul menyelerakan..Tengok jer dah rasa laparlapar.....aku yang muka tak malu ni jadi makin tak malu sampai bertambah

Lepas masak Lasagna, sementara menunggu proses pembakaran, Kak Lina buat demo masak cheese kek pulak. Tengoklah kak Iris tu, beria-ia menulis resepi dan tips-tips yang diturunkan oleh chef kita.


Kak Iris yang paling rajin menolong.....yang lainnya rajin memandang jer....dan paling penting tunggu waktu untuk makan...hikhikhik


Aku sempat lagi berposing dengan kak Lina bersama cheese kek yang telah masak...mmm..yum..yum..memang bestbest.


Tengoklah si Hezzy tu, bukan main lagi dia tenung si Lynn yang tengah minum..kononnya dia tu tengok jer la orang makan walhal dia pun bertambah gak...ahaks


Berposing sebelum berpisah. Walaupun hanya kami-kami ini jer yang berkesempatan untuk datang, kemeriahan tetap terasa. Apapun, terima kasih untuk Kak Anis yang bermurah hati mengundang kita untuk 'menyelerakkan' dapur dia yang cantik itu.

p/s : Kak Anis, lenkali buar lagi yer... seronok lepak rumah Kak Anis, sejuk dan nyaman.