FOLLOWERS

Tak Pernah Jemu

Tak pernah jemu? Ya! aku tak pernah jemu untuk bercerita tentang Bebunga Kasih kerana ia merupakan sebuah bingkisan yang paling dekat di hatiku.
Memetik Komen yang dititipkan oleh tynn pada entry Top 5 - Bebunga Kasih :

********************************************

HI...tahniah...buku u yg terbaru tu memang vogue..he..he...actually i memang minat karya u...sudah 2 buku u kan...i dah baca kedua-duanya..memang ada peningkatan...paling best..BK....penuh dgn pelbagai rasa bila i baca....tahniah!!!!!!!U menulis dgn penuh kecintaan......

i rasa i suka dan jatuh cinta dgn watak si hero..zarif...seribu kebaikan dan kesabarannya....

dan cara pengolahan cerita....bahasa ..i tertarik dgn gaya u menulis cerita sehinggakan i terus membaca buku sehingga abis...tahniah sekali lagi!!!!!!!

December 22, 2009 8:06 AM

********************************************
'Menulis dengan penuh kecintaan'??? Benar...aku menulis dengan penuh kecintaan atau boleh juga disebut 'menulis dengan sepenuh hati dan seluruh rasa'

Aku pernah menangis ketika menulis BK. Aku juga pernah tersenyum gelihati dan paling banyak sekali sering timbul rasa geram. Tatkala rasa geram itu datang, keyboard la yg selalu jadi mangsa keadaan...

Aku juga pernah tersasul memanggil nama Dya pada orang yang bernama Ida. Bila difikirkan kembali, memang rasa kelakar. Nasib baiklah waktu tu suasana pejabat agak kecoh dan bunyinya seakan-akan sama, jadi tak perasan sangat. Cuma aku yang terasa malu sendiri. Betapa kuatnya pengaruh BK dalam kehidupan seharianku....dan aku berharap ia diterima oleh semua.....

Sekadar Renungan

Jalan yang paling selamat adalah jalan menuju ke rumah. Sebaik-baik rumah adalah rumah yang membawa ketenangan pada penghuninya.
Hari yang paling indah adalah hari yang diisi dengan amal soleh. Sebaik-baik amalan adalah amalan yang dibuat dengan penuh keikhlasan.
Saat paling indah dalam hidup adalah ketika kita melakukan kebaikan pada orang lain. Sebaik-baik kawan adalah kawan yang sentiasa memberi nasihat.

Top5 - Bebunga Kasih

Cerita ni sebenarnya da basi tapi aku nak juga tempek kat sini sebabnya...

- Aku malas nak tulis panjang-panjang
- Blog aku ni nampak macam dah bersawang
- Aku malas nak ngadap laptop lama-lama (internet selalu wat hal sampai aku rasa cam nak pijak-pijak jer laptop ni)

Terkejut gak bila tetiba jer ada yang ucap tahniah sebab BK jadi Top5 best seller masa pesta Buku alaf 4-6/Dec/09 yang lepas. Sebab apa... sebab aku dah lama tak jalan-jalan tengok web/blog.

Tak sangka gak jadi top5 sebab masa aku duduk kat meja untuk sesi tandatangan, tak ada la ramai sangat yang datang minta tandatangan.

Apa pun, terima kasih untuk semua yang sudi membeli dan membaca Bebunga Kasih dan terima kasih juga pada yang sudi bagi komen serta pujian dalam FB dan juga email.

Terima kasih untuk semua...