|
PUNGGUNG Rihana henyakkan ke sofa. Sengaja larikan diri
dari hirup pikuk di luar sana. Kaki disilang atas bawah. Skirt pendek yang dipakai terus terselak menampakkan pahanya yang
putih gebu.
Ada mata yang menjeling. Yang perempuan, hantar
jelingan cemburu. Yang lelaki, hantar jelingan bernafsu. Namun, Rihana buat-buat
tak nampak. Semuanya pekerja kelab malam tersebut dan kebanyakkannya dia tak
kenal. Tiada kepentingan untuk dia beramah mesra dengan mereka.
Badan dan kepala disandar ke belakang sofa. Mata
terus dipejam rapat. Terasa nyaman sesaat.
Sejak akhir-akhir ini, bunyi muzik terasa sangat
membingitkan telinganya dan aksi manusia yang mabuk buat dia rasa mual.
Tapi kenapa dia masih di sini?
“Beb!” Bahunya tiba-tiba ditepuk.
Perlahan Rihana buka mata. Kelihatan Rozi tegak
berdiri di depannya.
“Bos panggil.” Rozi labuhkan duduk di sofa yang
sama.
“Dia nak apa?” Acuh tak acuh Rihana bertanya.
Hanya sekilas dia toleh ke arah Rozi sebelum kembali sandarkan kepala dan pejam
mata.
“Hakim Mukhriz bin Datuk Adam Hakimi.”
Mendengar nama penuh yang keluar dari bibir Rozi,
mata Rihana kembali terbuka dan kepala kembali menegak memandang si teman.
Rozi atau nama sebenarnya Rozita, asalnya
sahabat sekampus, sekolej dan sebilik yang telah bertanggungjawab mengheret dia
ke Zouk Club tersebut.
Asalnya sekadar suka-suka. Lama-lama terus
terjebak dan melekat. Tuntutan hidup yang semakin meninggi buat dia jadi
teragak-agak untuk menghentikan semuanya. Dari alam belajar, kini sudah
meninggalkan alam kampus, dia masih meneruskan aktivi ini.
Benar, duit bukan boleh dibawa mati tapi tanpa
duit juga kita boleh mati.
“Pergilah cepat.” Rozi menggesa.
“Apa kena mengena aku dengan lelaki yang kau
sebut tu?”
Siapa yang tak kenal Hakim Mukhriz? Anak tunggal
usahawan terkenal. Sangat popular di kalangan pekerja wanita di sini. Hot and spicy kata mereka.
Tapi, lelaki itu bukannya selalu muncul. Hanya
sesekali saja. Dia sendiri pun belum pernah melihat secara dekat. Cuma berpeluang
mengintai dari jauh.
“Kau pergi cari bos kat Imperial, table hujung sekali. Dia tunggu kau kat
sana.” Rozi bangkit dan berlenggok pergi.
Namun, Rihana masih di situ. Terasa malas tetapi
sebab bos yang panggil, terpaksa juga angkat punggung.
Entah apa yang tak kena dengan dirinya, selalu
bersemangat saja. Tapi sejak kebelakangan ini, dia macam jemu dan muak. Apatah
lagi bila pandang lelaki miang yang sengaja mahu bergesel.
Kerjanya bukanlah payah sangat. Jadi peneman dan
penghibur saja. Tapi kalau terlajak hingga keluar, sangat lumayan. Cumanya,
risiko sangat tinggi.
1 comment:
Mcm mana sy mahu beli novel ini?
Post a Comment