RIHANA berpusing di depan cermin sebelum mencapai beg
tangan Gucci di atas meja dan melangkah keluar.
“Ke mana?” Suara Rozi menyapa. Hari minggu,
pagi-pagi memang kerja si teman itu melepak depan TV.
“Tak tahu lagi.”
“Dengan Hakim?”
Rihana angguk mengiyakan soalan si teman. Siapa
lagi kalau bukan Hakim. Lelaki yang telah berjaya ‘mengikat’ dia tanpa perlu
menandatangani sebarang kontrak.
Malam detik bersejarah di Zouk tempoh hari
adalah permulaan segalanya. Membawa dia terus melekat dengan lelaki yang
bernama Hakim itu.
“Balik tak?” Rozi bangkit dan mengekor dari
belakang.
“Tak tahu lagi. Nanti aku WhatsApp kau.” Kasut
disarung sebelum pintu dibuka.
“Beb, kau dengan Hakim tu...” Soalan Rozi yang
mati sekerat jalan memanggil Rihana berpaling.
“Kau nak tanya apa ni? Aku nak cepat, driver Hakim dah tunggu kat bawah.”
Rihana menggesa. Memang pemandu yang
Hakim hantar sudah menunggunya.
“Takpelah, lain kali. Take care.” Rozi senyum sambil melambai isyarat selamat jalan dan
membantu menutup pintu. Mereka hanya tinggal berdua di kondo tersebut. Menyewa
setelah tamat pengajian di UiTM.
Turun ke bawah, kereta sudah menunggu di lobi.
Memang begitulah setiap kali jika ingin bertemu, Hakim akan menghantar pemandu
untuk menjemputnya dan dibawa ke destinasi yang diarahkan. Hakim hanya menunggu
di situ. Selalunya tempat-tempat eksklusif dan sulit. Maklum saja, lelaki itu
kan terkenal seantero KL. Pastilah takut terserempak dengan orang yang
dikenali.
Rihana tak tahu ke mana destinasi kali ini. Tapi
kereta menuju ke lebuh raya karak dan singgah di R & R Genting Sempah di
mana Hakim sudah menunggu di situ, di dalam keretanya yang terparkir di tempat
tersorok.
“Nak ke mana ni?” Rihana menyoal sebaik masuk ke
dalam kereta.
Namun, tiada jawapan dari Hakim. Hanya senyuman
yang dihulurkan. Selalu pun begitu. Bersama Hakim, penuh dengan kejutan tak
terduga.
Separuh perjalanan, baru Rihana tahu
destinasinya adalah Cameron Highland.
Singgah minum di Bharat Tea, badan Rihana mula
menggigil kerana pakaian yang dipakainya bukan untuk lokasi sejuk begitu. Nasib
baik lagi Hakim memang sudah bersedia dengan
jaket extra dan disarungkan ke tubuhnya. Hilang sikit rasa sejuk yang
mencengkam.
“Hakim,
kita kat sini sekejap saja, kan? I tak bawa apa-apa, sehelai sepinggang saja
ni.” Rihana pandang Hakim yang sedang menghirup tea di depannya. Di kepalanya
mencongak waktu. Sekarang sudah tengah hari. Pukul berapa nak gerak turun dan
pukul berapa pula nak sampai KL.
Dia tak bawa apa-apa sebab Hakim tak cakap apa-apa. Cuma
menghantar pesanan melalui WhatsApp mengajak dia minum. Tapi minum di R & R
saja. Lepas minum, Hakim terus memandu naik ke sini.
“Nope! Kita turun KL esok. I dah booked Strawberry Park malam ni.”
“Habis, takkan I nak pakai baju ni sampai
esok?” Rihana terjerit kecil, memandang
ke badan sendiri. Bukan hanya baju tetapi semua alat solek dan toiletries
langsung tidak dibawa.
“Macamlah
Cameron ni tak ada tempat jual baju. Sekejap lagi I bawa you shopping baju dan...” Hakim rapatkan
badannya ke meja.
“Lingerie sekali,” bisik Hakim sambil
tersenyum mengusik.
“Tapi
dengan syarat, I yang pilihkan.” Hakim kenyit mata, sengaja ingin mengusik
Rihana.
Rihana
memuncung tetapi terpaksa juga mengikut. Dalam membantah, dia rasa bahagia.
Entah kenapa, berada dekat dengan Hakim walau di mana saja, rasa bahagia itu
akan hadir memenuhi hatinya.
Selepas
minum, Hakim tunaikan janji membawa dia membeli belah dulu sebelum ke hotel.
Waktu
membeli belah juga, Hakim kotakan apa yang dikata. Semua baju yang dia pilih
telah ditolak dan lelaki itu sendiri
yang membuat pilihan.
“Yang
ni.” Hakim ambil baju tidur kain satin penuh dengan gambar strawberry dan juga set lingerie warna peach
bercorak strawberry sehingga Rihana terjerit kecil kerana tidak suka. Macam
budak-budak.
“Yang ni
sesuai dengan you la sayang... ” Hakim memujuk sambil melekatkan set lingerie ke tubuh Rihana. Saat itu,
Rihana rasa wajahnya memerah. Apa taknya, mata juru jual terarah pada mereka.
Tak mahu
berlama di situ, Rihana ikut juga kemahuan Hakim. Bukan nak buat pertunjukkan
fesyen pun. Sekadar untuk menggantikan yang sudah dipakai
untuk esok hari saja.
Check-in di Strawberry Park Resort, Hakim pesan hot chocolate bersama buah strawberry segar dan juga salad untuk
minum petang mereka.
“Eeee…
masam!” Berkerut muka Rihana tatkala memamah strawberry yang dihidang.
“Strawberry ni, ada cara makan dia kalau nak rasa manis.” Hakim bersuara,
serius wajahnya buatkan Rihana percaya.
“Cara?
Ada ke? Macam mana tu?” soal Rihana lurus.
Hakim
senyum lucu. Dia main-main pun Rihana percaya. Jemarinya mencapai sebiji strawberry di dalam bekas dan dibuang daun serta
tangkainya.
“Nak tahu
ke?” tanya Hakim kembali.
Rihana
mengangguk. Serius dia memang ingin tahu. Dia jarang naik ke Cameron Highlands.
Terkadang kalau ingin merasa, dia beli saja di kedai kek atau pasar raya yang
ada menjual buah tersebut.
Namun,
seringkali rasanya sangatlah masam. Kata orang, buah strawberry kalau dah turun
dari tempat sejuk, akan bertukar rasa. Entah betul entah tidak.
“Makan
cicah hot chocolatelah. Kan banyak
jual strawberry coklat kat sini.”
“Ish! Itu
I tahulaa! Ingatkan ada cara lain.” Rihana herotkan bibir. Apa sajalah Hakim
ni.
Hakim
angkat kening sebelah. Kemudian, bibirnya mengukir senyum nakal. Matanya jatuh
pada bibir Rihana yang seksi. Terus dadanya dilanda debar.
Haih!
Godaan yang sering buat dia kalah.
“Ada lagi
cara lain. Nak tahu ke?” Senyuman Hakim masih di bibir. Sebiji lagi strawberry
di dalam mangkuk diambil.
Rihana
pincing mata. Melihat senyum Hakim, dia sudah dapat mengagak apa yang sedang lelaki
itu fikirkan. Pantas dia menggeleng.
“Takpelah,
lain kali.” Rihana pula yang menyengih. Cuaca yang sejuk dan suasana yang
romantis begini, janganlah nak cari pasal. Kang habis semuanya.
“Betul
tak nak tahu?”
Rihana
senyum sambil menggeleng lagi.
“Lain
kali.”
“Betul
ni? Rugi tau...” Hakim cuba menggoda. Strawberry di tangan dibawa ke mulut dan
digigit separuh. Yang separuh lagi disuakan ke mulut Rihana.
Sekali
lagi Rihana menggeleng.
“Masamlaa…”
“Tak,
yang ni manis. Lagipun, bibir I ada pemanis, buah masam boleh terus jadi
manis.” Hakim senyum sambil sekali lagi suakan separuh strawberry yang masih di tangan ke mulut Rihana.
Percaya
cakap Hakim yang buah tersebut manis apatah lagi dengan wajah Hakim yang tanpa
sedikitpun kerutan, Rihana terus buka mulutnya. Tatkala buah tersebut dikunyah,
wajahnya terus berkerut sejuta.
“Arrrgghh…
masam!” Pantas jemari Rihana mencari sasaran mencubit lengan Hakim yang sedikit
berbulu itu. Lepas mencubit, dia tarik
bulu halus di lengan tersebut sehingga Hakim terjerit kecil.
“Sakitla
sayang...” Hakim gosok lengan sendiri namun Rihana buat-buat tak nampak. Walhal
dia dah rasa semacam.
Sejak
akhir-akhir ini, memandang lengan kekar dan berotot itu pun sudah cukup untuk
mengundang debaran di dadanya. Apatah lagi bila berada dekat begini dalam
suasana penuh romantis.
No comments:
Post a Comment