RIHANA bergegas ke pintu. Long Dress bertali halus warna
merah hati yang dipakainya beralun mengikut gerakkan langkahnya.
Sihat dari demam saja, Hakim sudah mengajak dia
keluar.
“Wow! Kau
nampak stunning.” Rozi yang muncul
dari arah dapur terjerit nada teruja. Malam ni mereka memang tak ke kelab. Rozi
yang baru sampai dari kampung masih bercuti.
“Ni yang Hakim bagi tu, kan?” Kepoh Rozi bertanya.
Rihana hanya mengangguk, mengiyakan soalan si
teman. Memang baju itu pemberian Hakim. Bukan saja baju, boleh dikatakan apa
yang dia pakai hari ini semuanya pemberian Hakim. LV, Gucci, Prada dan sewaktu
dengannya yang tersusun di dalam almari semuanya pemberian Hakim. Mengenali
Hakim, hidupnya bertukar rentak. Dia mampu bermewah tanpa perlu bekerja keras.
“Malam ni ke mana pula?”
“Entah. Driver
dia jemput kejap lagi.” Rihana sarung kasut bertumit tinggi ke kaki.
“Tak jauh kut. Katanya nak dinner,” jelas Rihana sebelum memberi isyarat agar si teman
mengunci pintu seperti biasa.
Dia sendiri pun tak tahu destinasi makan malam mereka. Selalunya luar dari KL. Tapi
kalau datang angin tak betul Hakim, ada juga sampai ke Melaka, hanya untuk makan
malam semata-mata.
Kalau datang angin puting beliung, Hakim buat
kerja gila tempah penerbangan ke Singapore hanya sekadar untuk makan malam.
Pernah juga sehingga ke Jakarta.
Memang setiap kali keluar mengikut ajakan Hakim,
dia tak pernah tanya destinasinya. Entah kenapa, bersama Hakim dia rasa
selamat. Kalau dia tanya pun, jawapan Hakim hanya senyum. Agaknya, orang bisnes
memang begitu, semua benda adalah P & C.
Turun ke bawah, kereta sudah menunggu dan dia
terus dibawa oleh pemandu Hakim, orang yang sama yang selalu datang
menjemputnya.
Tiba di
tempat yang dituju, baru Rihana tahu lokasinya ialah Hotel Palace Of The Golden
Horses. Turun dari kereta di lobi hotel, dia disapa oleh pekerja hotel dan
ditunjukkan arah hingga ke jeti tepi tasik di kawasan hotel tersebut.
Oh! Makan
malam atas bot mewah. Setiap kali bertemu, Memang itulah yang selalu Hakim
lakukan. Akan ada kejutan indah. Lantas, bagaimana dia tidak terus melekat.
“Walau
malam ni bulan sangat indah, I tetap nampak you lagi indah dari bulan.” Hakim
dengan pick up linenya memang tak
boleh dipisahkan.
Rihana
cuma senyum menyambut tangan Hakim yang dihulurkan untuk membawa dia duduk.
Makan
malam berdua di tengah tasik buatan dengan pemandangan yang indah, Rihana rasa
dunia ini hanya mereka berdua yang punya.
Sehabis makan
malam, dia dibawa ke Presidential Suite yang sudah Hakim
tempah dari awal.
“Come.” Hakim tarik tangannya masuk.
“I have something for you.” Pintu ditutup
rapat.
Hakim terus
bergerak ke katil dan melabuhkan punggung di situ. Ditarik Rihana rapat berdiri
di depannya.
Sebuah
kotak baldu kecil Hakim keluarkan dari poket seluar dan dibuka di depan Rihana.
Sebentuk cincin dengan kilauan berlian menyapa pandangan.
“Suka?”
sua Hakim ke arah si gadis.
Rihana
senyum, cuba mengawal rasa gembira agar tidak nampak keterlaluan di mata Hakim
yang dia suka cincin tersebut. Sangat-sangat cantik.
Belum
sempat Rihana bersuara, Hakim sudah pun bertindak memaut jemarinya dan sekelip
mata cincin tersebut sudah tersarung ke jari manis miliknya. Apa yang dia rasa
waktu itu, tak mampu dihuraikan dengan kata-kata.
“Duduk
sini.” Hakim tarik Rihana duduk di sebelahnya. Tubuh ramping itu dipeluk dari
sisi. Dagunya disangkut ke bahu Rihana yang terdedah.
Mmmm...
wangian Rihana buat gelora lelakinya bergelombang tiba-tiba.
“Errrkk...
Hakim, let me...” Rihana leraikan pelukan Hakim dan menunjuk arah ke bilik
air.
Dia rimas
dengan solekan menampal muka. Tabiatnya apabila masuk ke rumah atau bilik, dia
akan membersihkan wajahnya. Rimas dengan bedak asas yang menempel di muka. Satu
bonus apabila bersama Hakim kerana lelaki itu juga tidak suka dia bersolek
tebal. Hakim lebih suka wajahnya yang cantik asli.
Hakim
hanya mampu memandang lenggok Rihana menghilang ke bilik air sambil menggeleng.
Rihana yang bijak. Rihana yang pandai mengelak. Rihana yang sentiasa tahu
bagaimana untuk menyimpul gelora di dadanya dan Rihanalah satu-satunya
perempuan yang mampu membuatkan detak jantungnya sentiasa berubah irama.
Tetapi, Rihanalah juga satu-satunya perempuan yang sangat sukar untuk dia
jerat.
Keluar
dari bilik air, wajah Rihana kelihatan segar. Itu yang dia suka pada Rihana.
Walau tanpa secalit bedak asas, wajahnya nampak cantik dan berseri.
Melihat
Rihana yang sudah selesai mengelap wajah, Hakim gamit si gadis agar datang
dekat padanya yang masih tidak berganjak duduk di katil.
Akur
dengan arahan Hakim, Rihana atur langkah mendekati lelaki itu.
Pinggang
ramping Rihana dipaut dan wajahnya di lekatkan ke perut yang masih berlapik baju.
Nafasnya disedut dalam-dalam. Geloranya datang kembali tatkala jemari Rihana
naik membelai rambutnya.
Tanpa
amaran Hakim tarik Rihana rebah ke katil bersamanya. Kali ini si gadis tidak
membantah sebaliknya membiarkan apa saja yang dia lakukan.
Rihana
mula hanyut. Sentuhan bibir Hakim yang mendarat di bibirnya buat dia khayal.
Dari
bibir turun ke bawah. Dari berbalut baju hingga tertanggal semuanya.
Namun,
saat Hakim hampir-hampir berjaya menakluki, Rihana seolah tersedar daripada
mimpi yang panjang. Tubuh Hakim ditolak kasar dan Rihana pantas bangkit. Baju
yang sudah terdampar di lantai pantas dicapai.
“Rin, please...”
Hakim merayu. Lengan Rihana yang cuba melarikan diri dipaut kemas.
“Hakim...”
“Please, Rin. Sekali saja. I’ll pay you two
million ringgit, just for one night.” Hakim memintas, memberi tawaran yang
cukup lumayan untuk Rihana serahkan mahkotanya.
Tapi,
tahukah Hakim bahawa nilai dirinya tidak
cukup dengan hanya duit sebanyak dua juta?
“No, untuk tawaran you! Ambil balik
cincin ni.” Rihana menolak. Saat yang sama, dengan tangan masih memegang baju
yang dilekatkan ke dada, Rihana lucutkan cincin di jari dan meletakkan ke tapak
tangan Hakim.
“Rihana!”
Suara Hakim sedikit keras.
“Ini
hadiah dari I. Kalau you tak sudi, jangan pulangkan, buang saja ke longkang.”
Hakim sedikit marah.
Dia tidak
pernah belikan hadiah yang semahal itu pada mana-mana perempuan yang pernah dia
dampingi. Hanya Rihana satu-satunya wanita yang dia sanggup habiskan duit untuk
belikan apa saja walaupun Rihana sendiri tidak pernah memintanya.
“I’m sorry.” ucap Rihana perlahan.
Pelik
tetapi benar. Suara Rihana yang begitu dengan hanya memohon maaf, hati Hakim
yang panas terus jadi sejuk. Dia tarik tangan Rihana dan kembali menyarungkan
cincin tersebut ke tempat tadi.
“Kahwin
dengan I, Rin?” Hakim melamar.
Dia tahu
itu idea gila dan dia tahu idea itu sudah pasti akan membuatkan papanya naik
hantu. Apa taknya, baru minggu lepas keluarganya telah menetapkan tarikh
pertunangannya bersama anak gadis Tan Sri Idham yang akan berlangsung dua bulan dari sekarang.
Sebuah hubungan berlandaskan bisnes. Situasi ‘menang-menang’ kata mereka.
Tapi, dia
memang tak boleh lepaskan Rihana dan dia yakin boleh uruskan jika ada
permasalahan yang datang. Dia tahu bagaimana mahu menyorokkan Rihana dan
menutup bersih semua perkara berkaitannya.
Rihana
terdiam. Jika dia terima lamaran Hakim, dia tentu akan hidup senang. Tak perlu
lagi bergelumang dengan dosa dan tak perlu lagi bersusah payah layan lelaki
lain selain Hakim. Tapi, dia tahu ianya sangat rumit.
Dia bukan
tidak tahu kisah hidup anak jutawan ini. Dia bukan tidak tahu Hakim akan
bertunang. Jadi, kehadirannya nanti tentu akan membuatkan keadaan jadi kucar
kacir.
“Syaratnya,
I tak mahu kahwin sembunyi- sembunyi dan you tak boleh jadi suami pada wanita
lain selain dari I.” Rihana letakkan syarat walaupun dia tahu Hakim tidak
mungkin akan memenuhi syarat tersebut.
Kali ini Hakim
pula yang terdiam. Jemarinya naik melurut rambut di kepala. Wajahnya nampak
resah dan gelisah. Sudahlah jiwanya terseksa kerana malam ini dia gagal lagi.
Rihana pula letakkan syarat yang rumit.
“Mari I
urut you. Biar kurang sikit stres.” Rihana memberi tawaran beriring sindiran
kerana dia tahu syaratnya buatkan Hakim stres.
Tanpa
menunggu jawapan Hakim, Rihana tolak lelaki itu agar berbaring meniarap. Dia
duduk bertenggek di birai katil. Pantas jemarinya bertindak seperti selalu,
mengurut leher dan bahu lelaki itu.
“Rin...”
“Mmmm?”
“Kalaulah
I dapat bertemankan you setiap malam kan bagus,” ucap Hakim dengan mata yang
sudah terpejam, menikmati urutan dari jemari Rihana.
Benar,
jari Rihana punya magis yang boleh membuatkan segala stresnya hilang melayang.
Itulah yang dia suka sangat dengan Rihana.
No comments:
Post a Comment