BUKA mata pagi itu, pandanganku menyapa wajah Haris,
sedang baring bertongkat situ memandang tepat ke wajahku. Tanpa senyum, tanpa
riak apa-apa, seolah sedang jauh termenung.
|
Aku
selak comforter, pandang diri sendiri. Masih lengkap berbaju. Kemudian aku
pandang dia, pun sama, masih lengkap berbaju seperti semalam.
“I
tak buat apa-apa malam tadi. Peluk jer, tahu you penat. I pun penat.” Selamba
dia bersuara dan tersenyum senget seolah tahu apa yang sedang aku fikirkan.
“Dah
pukul berapa ni?” Aku alih topik.
“Enam.”
Sepatah dia menjawab.
Sebelum
sempat aku bangkit, tangannya tiba-tiba melekat ke atas perutku.
Aku
pandang dia dan pandang tangan dia yang elok landing di perutku. Tapi, dia buat
tak faham dengan pandanganku.
Mula-mula
aku cuba berlembut, tolak tangan dia perlahan tapi sekali lagi dia letak
tangannya di tempat yang sama sebelum sempat aku bangkit. Kali ini, bukan letak
saja, tapi merayap naik ke atas.
“Isk!”
Aku tolak kasar tangan dia dan cepat-cepat bangkit. Tak boleh jadi kalau
begini. Kang subuh entah ke mana, aku pula yang jadi mangsa.
Aku
capai tuala dan melangkah ke arah bilik air. Tapi, terlebih dahulu Haris
memintas dan menghadang di depan pintu.
“Tolong
tepi sikit boleh tak?” Aku rempuh dia dan melangkah
masuk ke dalam bilik air.
Tapi sebelum sempat aku tutup pintu, dia sudah menahan dari luar.
“Kenapa
kasar sangat ni?” soalnya dan ikut masuk. Pintu ditutup, tidak kuat dan tidak
juga perlahan.
Errkk...
pagi-pagi buta berdua dalam bilik air. Ini tak boleh jadi.
Tiba-tiba
tangannya mengepung tubuhku di dinding dan pergerakanku jadi terbatas.
“Patutnya
isteri bangkit pagi beri salam dan bagi morning kiss kat suami. You pulak,
tepis-tepis tangan suami.” Suaranya lembut, bukan nada marah tapi kenapa aku
rasa seperti terpukul?
“I
tak ada mood nak bagi you morning kiss bagai.”
“Kenapa?”
Haris kerus kening. Kedua tangan masih mengepung tubuhku
“You
tipu I.” Aku merengus geram.
“Tipu
apa?”
“Tak
terus terang yang you dah ada isteri.” Nafasku tiba-tiba jadi tersekat.
Haris
gelak-gelak mendengar kata-kataku buatkan dadaku makin bergelora. Apa dia ingat
nikah kahwin dan bermadu ni satu perkara main-main?
Walau
kami berkahwin bukan atas dasar cinta, sebagai isteri pasti akan terluka bila
suami membuat pengakuan begitu di malam pertama perkahwinan.
“Tak
berterus terang dengan tipu adalah dua perkara yang berbeza sayang,” ucap
Haris. Tanpa amaran, pipiku menjadi sasaran bibirnya.
“Isk!”
Aku tolak tubuh dia dan buka pintu.
“Keluarlah!
Dah lambat nak solat ni.” Aku gunakan alasan solat agar dia mengalah.
Dan
benar, dia mengalah. Melangkah keluar dari bilik air bila aku menolak tubuhnya
sehingga keluar dari pintu.
Aku
memang kenal Haris lama tapi kami tak rapat. Jadinya, aku tak tahu sisi dirinya
yang sebenarnya. Yang aku tahu, dia ada ramai girlfriend sejak dari zaman
sekolah lagi.
Tak
sempat nak kenal hati budi, tup-tup dah disuruh kahwin dan Haris pula macam tak
menyempat nak kami diikat dalam ikatan perkahwinan.
Terfikir
juga, mungkinkah dia mahu percepatkan perkahwinan kami untuk menutup
perkahwinan rahsianya?
LEPAS solat subuh berjemaah, Haris ajak aku
tidur balik tapi aku malas nak layan.
“You
tidurlah. I nak turun.”
“Pagi
lagi, tak ada orang lagi kat bawah tu.” Haris mahu mencapai tanganku tapi aku
mengelak.
“Tak
ada orang pun takpe, I nak ambil angin.” Aku beri alasan. Tak ada hati
sebenarnya nak duduk dekat dengan dia. Dahlah kahwin macam kahwin koboi, tak
ada cintan cintun. Tambah pula dia mengaku dah ada isteri lain. Remuk redam
hati yang sekeping ini.
“Teman
I tidur kejap. Lepas tu you nak turun, turunlah. I nak peluk jer, tak buat
apa-apa.” Kali ni tanganku sudah dicapai dan ditarik ke katil.
‘Huh!
Betul-betul macam hitler. Nak orang ikut cakap dia aje.’ Aku mengomel dalam
hati. Nak cakap depan-depan, takut pula Hitler naik angin.
Sudahnya,
aku ikutkan saja, baring tapi membelakanginya. Dia tak cakap banyak, baring dan
peluk aku dari belakang. Wajahnya terasa melekat di belakang kepalaku dan
nafasnya disedut dalam.
Mulanya,
aku rasa semacam. Ada debar singgah di dada. Takut kalau-kalau Haris tiba-tiba
buat perangai nak tuntut hak di bagi buta. Tapi, dia hanya diam. Nafasnya saja
yang kedengaran menderu.
“Mmm...
penat sungguh.” Hanya itu yang aku dengar sebelum dia diam tak berkutik.
Lama
begitu, aku alihkan tangannya. Ternyata dia sudah terlena. Sedetik aku tenung
wajahnya. Dalam tidur pun dia nampak kacak, inikan pula bila dalam jaga. Mata
hitamnya yang sedikit kelabu itu, sangat menggoda dan boleh menggoyah iman
kalau ditenung lama-lama.
Sebelum
bergerak turun ke bawah, aku kunci jam dan letak tepi telinga Haris. Sebabnya,
aku malas dah nak naik atas kejut dia bila tiba waktu sarapan.
Melangkah
turun, aku bertembung dengan umi yang baru mahu melangkah ke dapur. Umi terus
paut bahuku dan bertanya tentang anak lelaki kesayangannya.
“Tidur balik lepas solat subuh umi.”
“Kalau
letih, begitulah gayanya.” Umi melangkah ke arah dapur dan aku mengekor dari
belakang.
Di
dapur, ada dua orang gaji sedang sibuk menyediakan sarapan. Mak Wan, wanita
separuh abad yang sudah lama berkhidmat di dalam keluarga tersebut. Aku memang
kenal dia sebab selalu bertemu bila aku dan keluarg berkunjung ke situ. Seorang
lagi pembantu baru dari Jawa Barat, Kak Tutie.
“Dira
kena banyak bersabar sikit dengan Ris tu. Dia memang suka mengarah itu ini tapi
kalau kena gaya, dia boleh ikut saja apa yang Dira cakap.” Umi memulakan sesi
suai kenal anak lelaki kesayangannya.
Mmm..
aku tak cakap apa. Diam mendengar. Kenyataan yang pertama tu aku dah nampak
sikit-sikit tapi kenyataan yang kedua tu, belum tahu lagi.
Kalau
tak silap pemahaman aku, maknanya aku harus cari rentak supaya kena dengan gaya
agar Haris boleh ikut apa saja cakap aku.
Umi
bercerita lagi perihal Haris, kesukaan dan kegemaran lelaki itu. Haris tak suka
sarapan berat-berat. Cukup dengan secawan nescafe dan sekeping roti. Tak
cerewet dalam memilih makanan. Kalau dah lapar, telur goreng kicap pun dia tak
kisah. Minuman kegemarannya memanglah nescafe. Itu memang aku tahu sejak dulu.
Sedang
umi sibuk bercerita tentang Haris, tiba-tiba perbualan kami terganggu dengan
kemunculan seseorang yang memang sangat aku kenal.
“Morning
umiii..” suaranya nada manja, tapi seperti mengada-ngada pula di telingaku.
Terus
dipeluk tubuh mertuaku, kononnya mesra.
“Morninggg...
awalnya bangun. Malam tadi kata penat?”
Aku
kerut kening. Tidur sini ke perempuan ni?
“Pergi
duduk dulu, tunggu Mak Wan hidang sarapan.” Umi balas pelukannya. Memang nampak
kemesraan mereka.
“Ris
mana?” soalnya, pandang umi dan kemudiannya menjeling ke arahku. Tapi, aku
buat-buat tak dengar soalannya.
Pagi-pagi
tanya suami orang. Apa kes?
“Kat
atas lagi.” Umi yang tolong jawab.
“Ada
apa-apa yang Fida boleh tolong?”
Uwekk!
Aku rasa macam nak termuntah mendengar suara ala-ala perempuan melayu terakhir
itu. Nasib baik belum sarapan pagi.
Macamlah
aku tak kenal siapa dia. Satu sekolah dan kadangkala sekelas, perangainya kalah
mawas kat atas pokok. Tapi kalau depan Haris, penari ulik mayang pun kalah.
Plastik!
Malas
nak dengar dan tengok gaya plastik perempuan yang aku tak suka merangkap sepupu
Haris itu, Aku terus ke ruang makan, menatang sedulang air yang sudah siap
dibancuh Mak Wan.
Baru
meletakkan dulang ke atas meja, tiba-tiba terasa bahuku ditujah kasar.
“Kau
ingat kau kahwin dengan Haris kau dah jadi mem besar dalam rumah ni?” Suara
Afida dan aku tahu jari siapa yang tujah bahuku.
Aku
berpaling dan senyum segaris.
“Kalau
aku nak jadi mem besar pun, kau peduli apa?” Aku ajuk cakap Ustaz Azhar Idrus.
“Heh!
Kau tak payah bermimpi di siang hari. Yang patut jadi mem dalam rumah ni ialah
aku, bukan kau! .” Dia terus ketawa.
Eh!
Dah rupa macam orang gila pulak aku tengok. Bercakap dan ketawa sendiri.
“Morning!”
tiba-tiba Haris muncul dan ketawa Afida terhenti.
“Risssss...”
dia terus mendapatkan Haris dan memaut lengan suamiku.
Amboi!
Ini dah lebih.
“Dari
jauh dah dengar you ketawa, Happy pagi-pagi ni, ada berita gembira ke?” Haris
angkat kening pandang Afida di sebelahnya.
Aku
yang melihat terasa mual tiba-tiba. Afida tu dah memang ternyata miang tapi
Haris pula takkan tak pandai nak tolak pautan perempuan tu atau tarik lengan
sendiri? Depan isteri kot.
“Gembira
laaa.. sembang dengan isteri you. Kan Dira?” Afida buat suara manja.
Ouh!
Plastik!!!! Aku terus blah ke dapur. Tak kuasa nak tengok rupa plastik melentok
macam terkena panas itu.
Masuk
ke dapur, umi dan Mak Wan pula sudah bersedia untuk ke ruang makan bersama
hidangan di tangan. Aku turut membantu membawa apa yang patut.
Kelihatan
Haris sudah mengambil tempat di meja makan. Kemudian, dia tarik kerusi di
sebelah kanannya dan pandang aku. Baru aku mahu melangkah, Afida sudah pun
duduk di situ.
Eh!
Langkahku terus terhenti dan aku terus saja tarik kerusi di mana tempat
langkahku mati. Tak pernah lalui keadaan begini, jadinya aku kekok dan serba
tak kena.
Saat
yang sama papa mertuaku muncul dan terus mengambil tempat di sebelah umi. Meja
tersebut ada enam kerusi. Maksudnya masih ada satu tempat kosong di sebelahku
dan juga sebelah Haris.
Haris
macam tak kisah aku duduk jauh dari dia. Jadinya, kenapa aku pula yang nak
kisah?
Memanglah
mula-mula tu aku tak kisah. Tapi bila lihat Afida yang gedik membantu Haris
menuang nescafe ke cawan, aku mula tak sedap hati. Aku atau Afida sebenarnya
isteri Haris?
Isteri?
Jantungku terus berdetak laju bila sebut perkataan tu. Aku dongakkan wajah dan
saat yang sama Haris juga memandang ke arahku.
“You
nak kaya atau Nutella?” Afida menyoal buat Haris kalihkan pandangan.
Di
tangannya sudah terpegang sekeping roti, sedang di atas meja ada lagi hidangan
lain, macam tahu saja Haris suka makan roti untuk sarapan.
“Kaya.”
Sepatah Haris menjawab dan Afida dengan lincahnya ‘menjalankan tugas’.
Aku?
Hanya mampu memandang drama korea tanpa skrip di depan mata.
Sebaik
roti beralih tangan, Afida pandang aku dengan ekor mata. Dii bibirnya terukir
senyuman sinis buatkan dadaku mula diasak sebal.
Siapakah
Afida sebenarnya di sisi Haris? Sekadar sepupu atau lebih dari itu? Atau..
mungkinkah isteri yang disebut Haris itu ialah Afida?
Aku
pandang umi tapi nampak umi bersahaja melayan papa bersarapan. Seolah perkara
begini sudah terlalu biasa dalam keluarga ini.
Kalau
benar apa yang aku fikirkan, adakah umi tahu tentang ini? Atau, mungkinkah
Haris gunakan aku untuk menutup kisahnya bersama Afida?
18 comments:
Nakkkkkk lagiiiiiii
Eee menyampah la ngn minah gedik + plastik tu..
Kalau dah kawin kenapa nak kawin lagi??? Or kawin sorok sorok
Ikmal n haris ni begaduh sebab dira la ni.... hmmm.... hani.... bila nak keluar buku niiiii huhuhu
Hani.... nak lagi....amat2 menarik...agak2 bila nk diterbitkan...bukan apa sbb tulis limited edition..kena ty le takut2 nnt terlepas bila dh keluar nnt..
yang ni untuk desember.. Nak tahu lebih lanjut boleh masuk grop kat FB, sana akan diwar war kan
Haaa...afida ni bini haris...kawin senyap2 sbb parents x suka kawin sepupu kot
Tu yg haris kawin dgn adira...
Ikmal pula tau yang haris dah kawin...
Aik aku pula jadi narrator tak bertauliah
groub FB sis apa ek?
grop FB hani fazuha
Bab 6 boleh baca di grop FB Hani Fazuha yaaa... saya tak sempat nak tampal kat sini
Alaa...fb dah deactivate lama dah...
X pe lah..tunggu juga kat sini
alah next n3 pliz~
atau wassap 0194702892
atau wassap 0194702892
sy buka di FB tak ada pula....kena ikut grop kah klau nak baca best...lah
Aduh sakitnyer hati
saya cr di fb x ada pulak..novel dah keluar ke ?
NAK LAGIIIIII >.<
Sedihnyaa novel ni limited edition. Saya nak tahu kesudahan kisah ni.
Ada kemungkinan x novel2 limited edition ni diterbitkan dalam bentuk ebook?
Kalau xcetak, tapi buat ebook pun jadilah. sebab kempunan ni nak baca sampai habis TT_TT
Post a Comment