FOLLOWERS

Rasa Ini....

Sekiranya kita merasa susah untuk tidur, ingatlah tentang orang lain yang langsung tidak punya rumah untuk berlindung.
Andainya kita terperangkap di dalam kesesakan, fikirlah tentang orang lain yang tidak mempunyai kereta dan langsung tidak tahu memandu.
Sekiranya kita tidak bernasib baik di tempat kerja, fikirkanlah berapa ramai di luar sana yang tidak mempunyai sebarang kerja.
Sekiranya kita harus berjalan jauh untuk ke sesuatu destinasi, fikirkanlah tentang orang lain yang lumpuh dan langsung tidak mempunyai kaki.

Kadangkala kita tidak pernah sedar, betapa beruntungnya kita dalam sesuatu keadaan sehinggalah kita berada di dalam keadaan yang lebih buruk.

Oleh itu, jangan bazirkan waktu untuk terus memikirkan apa yang tidak mampu kita capai sebaliknya hargailah apa yang telah berada di dalam genggaman kita kerana jika kita sentiasa befikir dan menanti bilakah masanya kita akan bahagia, kita akan terus menanti untuk selamanya tetapi jika kita berani berkata pada hati bahawa saat ini kita sebenarnya sedang bahagia, kita akan bahagia untuk selamanya.

Lion Dance

Dah 10 tahun kerja, setiap tahun pun memang ada Lion Dance kat tempat kerja aku tu tapi aku tak pernah peduli pun. Entah kenapa hari ni aku suka menyibukkan diri turun ke bawah turut sama menonton.


Lion tengah makan daun salad yang disusun bersama limau


Yang ni duk tengah kopek Limau barli. Tengok limau tu, aku teringatkan si Tasha yang mengidam nak makan limau tu memaksa Zahim memandu sampai ke Ipoh


Kat depan pintu pejabat aku, tengah berebut nak masuk salam dengan aku..hahaha


Aku yang kat dalam duk tergelak jer sebab dah tak tahu nak buat apa.... sebelum tu, berlumba nga lion naik escalator nak masuk office...hahaha.


Lion tu bagi 'bendera merah'..entah nak disebut apa, aku panggil bendera merah jer. Tengoklah kat dinding bilik pejabat aku, kepala bear Mr Bean pun ada, semuanya orang bagi.


Ni lagi satu, pun ada orang yang bagi.

Tak tahu apa yang seronoknya, tapi tengok diorang macam suka sangat sampai terjerit-jerit. Ada satu staff tu, dia nak ambik gambar tapi lion tu kejar dia, lintang pukang dia lari....semua orang gelakkan dia....

Tengok muka sendiri masa duk tergelak tu, nampak macam budak-budak jer(Perasan!) tapi heran yer, kenapa ramai orang cakap aku garang? Muka aku ni muka garang ke? Baru dua hari lepas, ada yang menegur muka aku ni garang semacam jer, kenapa susah sangat nak senyum walhal ajar staff suruh sentiasa senyum. Aduh! spontan aku ukir sebuah senyuman...tapi aku sendiri rasa macam sumbang jer senyum aku tu. Nak tahu sebab apa? Sebenarnya.... masa tu otak aku tengah sarat dengan idea, tengah jalan laju nak masuk office nak coretkan sesuatu tapi dah kena tegur cam gitu, terus idea tu hilang ntah ke mana. Hampeh! btul....

Membaca dan Menonton...

Bila aku buka blog dan baca jejak yang ditinggalkan cermin kat ruangan sembang, aku senyum sendiri. Memang blog aku ni dah nampak penuh dengan sawang...

Nak tahu kenapa? Sekarang ni aku tengah gila menonton cerita Dysebel. Cerita si ikan duyung yang jatuh cinta dengan lelaki kacak yang sedang ditayangkan di Astro Prima. Lambat nak tunggu, aku tonton la You Tube. Ni semua adik aku punya pasal, dia yang heret aku melekat tengok cerita tu.


Tapi memang best, seronok tengok Marian Rivera dengan Ding Dong Dantes berlakon, sama cantik dan sama padan.

Pasangan yang serasi.

Habis cerita tu, aku sibuk pulak tengok Marimar versi Philipine, pun pasangan tu jugak yang berlakon.


Dah habis cerita tu, One True Love pulak. Pelakon yang sama, isk! memang dah kes gila neh!


Lepas gila menonton, gila membaca pulak. Sampai ke pejabat Alaf sana aku cari buku Aleya Aneesa - Aku Mahu Kamu.


Satu hari jer habis aku baca, sampai kul 3 pagi then bengkak2 mata nangis. Isk! dah rupa orang tak siuman pulak...hahaha.

Lepas tu dapat buku Kak Aina Emir- Terbanglah Sayang. Sebab susah nak dapat kat Kajang ni, aku kirim nga kawan suh dia beli kat Minerva KL.

Yang ni aku baca ambil masa 3 hari, sebab mungkin awal2 cerita dia slow sikit tapi boleh diletakkan dalam kategori best.

Then tak habis lagi, baca pulak buku Hanni Ramsul - Pergilah Air Mata. Yang ni pun aku kirim suh kawan beli jugak sebab susah nak dapat kat Kajang neh!



Percaya tak, buku yang setebal 858 muka surat ni aku boleh habiskan dalam masa 2 hari (maksud aku 2 malam sebab lepas balik kerja baru boleh baca). Dua malam berturut2 tidur kul 3 pagi.

Baca buku ni aku gelak sorang-sorang. Memang best ar, bila dah start tu susah nak letak. Ini buku pertama penulis ni yang aku baca walau dia sebenarnya dah ada 2 buku.

Then sekarang ni, mood aku untuk menulis kembali datang..hahahha... lepas ni, bersawang balik la blog ni...