Menunggu Zahim pulang, aku hanya
duduk di ruang tamu melayan mata menonton TV. Hari ini Zahim pulang lewat.
Sebelum ke pejabat pagi tadi dia sudah berpesan yang dia punya temujanji
penting dan kemungkinan akan pulang lewat malam. Dia juga berpesan agar aku
tidur terlebih dahulu.
Pun begitu aku tetap ingin menunggu
kerana menunggu dan melayan suami dengan baik ketika dia pulang ke rumah dalam keletihan merupakan satu
pahala dan aku sentiasa ingin mengumpul pahala itu.
Sehingga jam melewati 12 tengah
malam, bayang Zahim masih belum kelihatan dan aku mula terasa tidak tenang.
Telefon bimbit di sisi aku capai untuk menghubunginya tetapi saat yang sama
kedengaran bunyi enjin kereta berhenti di luar pagar rumah.
Pantas aku menjenguk skrin Ipad
yang terletak di atas meja. Melalui skrin itu, aku boleh melihat imej yang
dirakamkan oleh CCTV yang Zahim pasang di depan pagar rumah.
Melihat kereta yang tidak aku
kenali, hatiku mula berdebar. Debarannya itu makin kuat apabila mataku
terpandangkan Zahim yang keluar dari pintu duduk penumpang manakala seorang
perempuan cantik keluar dari pintu duduk pemandu.
Tidak cukup dengan itu, perempuan
tersebut siap menghantar suamiku dengan lambaian manja bersama senyuman
menggoda. Oh! Tiba-tiba aku terasa jantungku terhenti berdenyut. Siapakah
perempuan itu?
Tenang! Itulah yang cuba aku
lakukan walau saat ini hatiku seperti ingin melompat keluar dari tempatnya.
Melihat Zahim di muka pintu, aku hulurkan senyuman seperti biasa dan menyambut
briefcase yang terbimbit ditangannya.
“Mana
kereta/” Soalan pembukaan terus aku ajukan padanya.
“Tayar pancit kat depan Marriot Hotel tu.
Dah tengah malam malas nak tukar. Nasib baik Datuk Malik belum balik, dia
tolong hantarkan.” Jawapan Zahim buatkan darah di tubuhku menyerbu ke muka.
Sejak bila pula suamiku pandai berbohong?
“Datuk malik tu perempuan ke
lelaki?” aku mula bernada sinis, menyoal soalan yang seperti tidak logic
ditelinga sendiri.
Zahim yang
ingin bergerak naik ke atas terhenti langkahnya. Keningnya berkerut
memandangku.
“Pelik jer soalan tu?” dia seperti
meneka sendiri.
“Sebab Tasya bampak kat CCTV
perempuan cantik yang hantar abang.” Aku pantas berterus terang sebelum Zahim
menyoal lebih lanjut. Berdebat dengan lawyer berpengalaman, aku pastinya kalah
sebelum melangkah.
“Oh! Tu anak dia yang bawa kereta.
Datok Malik dengan isterinya duduk kat belakang.” Jawapan Zahim masih belum
mampu melenyapkan curigaku. Alasankah itu atau sememangnya satu kebenaran. Aku
memang tidak kenal siapa Datok Malik yang diperkatakan Zahim tetapi aku meneka
ia tentulah klien istimewa yang ditemui suamiku malam ini kerana itu yang
diberitahu padaku pagi tadi.
“Kenapa?” Zahim angkat kening.
“Kenapa apa?” soalku kembali, tidak
faham dengan soalannya.
“Muka macam tak puas hati.”
Aku diam tidak menjawab. Memang aku
tak puas hati dan selebihnya cemburu. Ya! Siapa yang tidak cemburu apabila
melihat perempuan cantik menghartar suaminya
pulang sehingga depan pintu pagar bersama lambaian manja. Kalau ada pun,
perempuan itu pastinya tidak normal atau perkahwinan mereka tentunya di atas
dasar paksa.
Rasanya, memiliki lelaki sekacak
dan sehebat Zahim adalah idaman semua perempuan di atas muka bumi ini. Kalau
ada pun perempuan yang tidak ingin lelaki seperti Zahim itu, tentu sekali ada
sesuatu yang tidak kena pada perempuan itu. Lantas, ianya sesuatu yang amat
logik jika aku menyimpan rasa cemburu.
“Kalau betul tak puasa hati, abang
nak cakap apa?” aku cuba
mencabarnya.
“I like it.” Pantas dia menjawab
tanpa perlu berfikir walau sesaat.
Aku pandang dia, terpegun dengan
jawapan spontan yang keluar dari bibir seksinya itu.
“Tak puas hati tu sebab cemburu dan
cemburu Tasya tu penuh dengan kasih sayang.” sambung Zahim bersama senyuman
menggoda.
Aku terkedu. Rasa ingin menyorokkan muka kerana belum
apa-apa Zahim sudah mampu meneka apa yang ada di hatiku. Itulah istimewanya
lelaki yang bernama Zahim Izkandar ini.
Zahim berpatah balik mendapatkan aku yang berada beberapa
langkah di belakangnya. Breifcasenya yang aku pegang diambil kembali. Sebelah
lagi tangannya mencapai tanganku dan jemarinya terus menyulam jemariku. Oh! Moga
dosa dosa terus berguguran dari celahan jemari kami yang bersulam itu.
Dia tatap
wajahku penuh kasih sayang dan aku berdoa dalam hati moga rumahtangga kami
sentiasa dirahmati kerana suami dan isteri yang memandang dengan penuh kasih
sayang akan dipandang Alla s.w.t dengan penuh rahmat. Aminnnn.
“Jom!” Zahim tiba-tiba mengajak.
Aku angkat kening, hairan dan
terkejut datang serentak. Nak kemana pulak malam buta ni?
“Make love. Nak tak?” Zahim senyum.
Aku cubit lengannya sambil
menyimpan rasa malu. Walau sudah punya anak dua, aku masih terasa malu bila
menyentuh bab-bab begini. Apa tidaknya, Zahim kuat mengusik. Ada saja bahan yang nak dijadikan bahan
usikan.
“Nak tak ni? Kalau tak nak, abang
paksa,” gesa Zahim
“Eeeee.. abang tak penat ke?”
soalku. Menatap wajahnya yang lesu, aku tahu dia kepenatan.
“Kalau make love dengan isteri
abang yang cantik ni, soal penat memang harus tolak ke tepi.” Dia berbisik
nakal.
“Malam ni abang nak buat tanda
merah paling besar. Sayang pilih jer nak kat leher atau kat dada,” sambungnya
lagi, nada mengusik.
“Alaaaaaaaa… tak mau!”
“Nak jugak.” Dia sudah memaut
pinggangku dan aku……
SESUDAH bersolat subuh, Zahim
menarikku ke katil. Dia rebahkan badan dan mamaut tubuhku rebah bersamanya.
Sebelum sempat berbuat apa-apa dia tarik aku rapat padanya. Tanpa suara, dia
diam memelukku dari arah belakang.
Sudah terbiasa, kalau begini lagaknya, aku memang tidak
berpeluang untuk lepas selagi dia tidak terlelap. Kerana itu, aku turutkan saja
rentaknya, diam sambil menghayati kehangatan kasihnya mengalir melalui pelukan
itu.
Tidak lama, dengkuran halusnya kedengaran di telingaku. Ini
bermakna dia sudah tertidur. Perlahan, aku leraikan pelukannya dan bergerak
sedikit menjauh sambil berpusing mengadap ke arahnya. Nampak sangat dia
keletihan. Kalau tidak kerana letih, dia takkan tidur kembali selepas subuh
walaupun hari minggu.
Wajahnya yang bersih tanpa secalit parut itu aku tenung
dalam. Semua yang ada di wajahnya itu aku suka. Keningnya yang lebat, mata dan
hidung serta bibirnya tidak puas dipandang. Cuma sejak akhir-akhir ini dia suka
menyiman janggut sejemput dan aku sering bising agar dia membuangnya. Memang
aku tidak tidak gemar. Geli!
“Geli la best!” itulah jawapannya bila aku mengomel. Suka
buat aku geram.
“Sayang tak suka takpe, ramai lagi yang suka tengok abang
macam ni tau!” dia menyambung sambil mengenyit mata. Isk! Ayat memang nak cari
gaduh!
Melihat dia yang begitu lena, aku bergerak untuk turun ke
bawah. Hujung minggu, anak-anak masih lena, lebih baik aku ambil kesempatan ini
untuk menyediakan sarapan pagi yang agak special. Zahim suka sambal udang letak
sedikit belacan dan aku merancang untuk menyediakan nasi lemak sambal udang.
Di dapur, aku lincah dengan kerja-kerja memasak. Lagi bagus
jika sempat siap sebelum orang kesayanganku yang bertiga itu bangkit.
Pun begitu, sebelum sempat sambal udang di atas dapur
mendidih, Zahim bersama anak-anak kami sudah muncul di dapur. Qistina di atas
dokongannya manakala Qaisara mengekor dari belakang. Semuanya sudah siap mandi
dengan baju yang sudah bertukar. Kebiasaan Zahim yang aku suka, dia akan
pastikan anak-anak mandi selepas bangkit dari tidur dan dia sendiri yang akan
menguruskan anak-anak jika aku sibuk di dapur.
“Morning sayang.” Zahim datang dekat padaku dan
menghadiahkan secubit kasih di pipiku untuk bekal di pagi hari.
“Apa yang abang nak kena tolong?” soalan biasa yang sering
dia ajukan apabila melihat aku sibuk menyediakan makanan untuk kami sekeluarga.
“Dah nak siap. Abang potong timun jer la.” Aku memberi
arahan sambil memandang ke arah timun yang sudah aku keluarkan dari peti sejuk.
Tanpa banyak soalan, Zahim terus mendudukkan Qistina ke atas
kabinet dapur bersebelahan timun dan tempat pemotong yang aku letak tadi.
Melihat adiknya begitu, Qaisara pula merengek untuk naik dan duduk di tempat yang sama. Lantas Zahim mengangkat dan
mendudukkannya di sebelah kanan, di tengah-tengahnya ialah timun yang ingin
dipotong Zahim.
Tidak jauh dari situ, aku hanya memerhati Zahim melayan
anak-anak kami. Sifatnya yang aku kagum, dia pandai melayan anak-anak
berbanding aku yang cepat baran bila anak-anak meminta yang bukan-bukan.
Sambil memotong timun, Zahim melayan Qaisara dan Qistina
bersembang dan bertanya macam-macam.
“Kenapa papa garis-garis macam tu?” Qaisara bertanya apabila
melihat Zahim melorek timun yang telah di buang kulitnya.
“Supaya nampak cantik.” Jawab Zahim sambil meneruskan
kerjanya.
“Kenapa nak kena cantik. Itu kita nak makan jer kan? Bukan
nak buat pameran.” Petah Qaisara bersoal jawab.
“Memang la nak makan. Tapi kalau nampak cantik, kita akan
lebih tertarik dan seterusnya akan menjadi teruja untuk makan. Macam mama yang
cantik, sebab tu papa tertarik.” Zahim senyum dihujung bicaranya sambil
menjeling ke arahku.
“Oooo... papa tertarik pada mama sebab mama cantik yer?
Kalau macam tu, ada tak papa teruja untuk makan mama?” lurus Qaisara bertanya.
Aku dan Zahim saling berpandangan. Melihat Zahim yang sedang menahan tawa, aku
sudah melambakkan tawa.
Melihat aku yang ketawa, Zahim terus melangkah ke arahku dan
aku pantas menekup mulut tatkala melihat wajah Zahim yang seolah ingin
mengenakan aku.....
Aku ingin lari tatkala Zahim makin mendekat tetapi dia lebih
pantas memaut pinggangku memaksa aku terus berdiri di situ.
“Gelakkan abang yer?”
Aku sambung gelak mendengar suara Zahim yang penuh nada
geram itu.
“Papa memang selalu teruja nak makan mama. Lepas makan
sambal udang ni, papa nak makan mama pulak.” Zahim berbisik di tepi telingaku.
“Eeeee... papa ni! Sara tanya tak jawab, pegi peluk mama
pulak!” Qaisara bersuara tak puas hati.
Zahim gelak dan terus melepaskan pelukannya. Dia melangkah kembali
ke tempat anak-anak yang masih bertenggek di atas kabinet.
“Sara tanya apa tadi? Papa dah lupa.” Tanya Zahim sambil
meneruskan kerja yang tergendala tadi.
“Mmmm... dah peluk mama tu, lupa segala.” Qaisara mengomel.
“Oh! Ya... pasal makan tu. Papa memang hari-hari teruja
dengan mama. Tapi sebab mama tu bukan makanan, boleh tengok ajelah.” Zahim
lirik ke arahku.
“Tapi Sara tengok papa selalu peluk mama. Bukan tengok aje.”
Omel Qaisara lagi mengundang gelakku. Aduhai anakku.... kalau dah mula bersoal
jawab, tak ubah macam papanya.
“Mestilah nak kena peluk. Sebab pelukkan tu sebagai salah
satu cara kita memberi dan menunjukkan kasih sayang.” Ada saja idea Zahim untuk
menjawab.
Hanya setakat itu yang aku dengar kerana selepas itu aku
sudah bergerak ke ruang makan untuk menghidang sambal udang.
Seketika kemudian, Zahim dan anak-anak mengekor ke ruang
yang sama bersama timun yang telah dipotong tadi.
Duduk di meja makan, Zahim mula buat perangai. Baru saja aku
menyenduk nasi, kakinya bergerak ke atas kakiku. Aku kuis perlahan tetapi dia
gerakkan pula menggesel betisnya ke betisku. Isk! Perangai ulat bulunya sudah
datang. Geram aje aku nak menendang kerana bulu-bulu di kakinya itu membuatkan
aku geli. Kalau dia buat begini ketika kami duduk di sofa, bulu kakinya itu
akan menjadi mangsa tarikanku sehingga dia menjerit.
“Siang buta ni bang, anak-anak pun ada,” ujarku sambil
menyuap nasi lemak ke mulut. Faham sangat dengan bahasa isyaratnya.
“Takpe, anak-anak boleh dihantar ke rumah papa.” Zahim
sengih.
“Sara... lepas sarapan ni kita ke rumah atok yer. Sara
dengan adik duduk sana, mama dengan papa ada kerja sikit.” Zahim bersuara pada
Qaisara pula. Aku kerutkan kening memandangnya.
“Yey! Dah lama tak jumpa atok.” Qaisara bersorak. Suka
sangat kalau ke rumah atoknya. Apa tidaknya, semua kehendaknya dilayan macam
puteri raja.
Zahim sengih lagi sambil melirik ke arahku. Keningnya
diangkat-angkat menyerlahkan kenakalannya.
“Kan baru malam tadi...”
“Kalau boleh setiap jam, setiap minit dan setiap saat, abang
tak pernah jemu.” Zahim memintas bicaraku dalam nada berbisik.
“Papa dengan mama bisik-bisik apa? Tak baik tau berbisik
depan orang ramai.” Qaisara menegur. Entah dari manalah dia ambil fakta
sebegitu.
“Itu kalau bisik mengumpat orang. Papa bukan mengumpat.”
Zahim membalas. Udang yang sudah dikopek kulitnya di atur ke atas pinggan
Qaisara. Satu lagi sifat terpuji Zahim, dia akan melayan anak-anak makan
sebelum mengenyangkan perutnya.
“Sayang nak abang kopekkan juga ke?” soal Zahim padaku.
“Kenapa Sara dengar papa selalu panggil mama sayang? Nama
mama bukannya sayang.” Qaisara mencelah dengan soalan sebelum sempat aku
menjawab soalan Zahim.
“Sebab papa sayang mama.” Bersahaja tetapi penuh yakin Zahim
menjawab.
“Ooo.. kalau macam tu, maknanya perempuan yang telefon papa
masa kat atas tadi tu sayang papalah yer, sebab Sara dengar dia pun panggil
papa sayang?” kenyataan dan soalan yang keluar dari bibis Qaisara membuatkan
suapanku terhenti. Pantas pandanganku tertancap ke wajah Zahim yang terpaku
memandnag Qaisara.
Perempuan mana? Otakku terus bersoal sendiri. Hati pula
bagai dipalu kuat mengundang getaran.
“Perempuan mana pulak ni Sara?” Aku cuba berlagak biasa
untuk mengorek rahsia. Zahim kalih pandangan ke arahku. Dia ingin bersuara
tetapi Qaisara mendahuluinya.
“Masa belum turun tadi, telefon papa bunyi. Masa tu papa
tengah mandikan adik, Sara pun jawab laaa....” Qaisara bercerita.
“Tapi, Sara belum sempat bagi salam, perempuan tu terus
cakap ‘Good Morning Sayanggggg...’” Qaisara menyambung. Lenggok suara bersama
gayanya sekali meniru cara perempuan tersebut bercakap sangat kelakar tetapi
aku seperti tidak berdaya untuk ketawa. Usahkan ketawa, tersenyumpun aku sudah
tidak mampu. Yang ada di kepalaku saat ini, siapakah perempuan yang begitu
berani menelefon ke telefon bimbit suamiku dan begitu berani memanggil suamiku
dengan panggilan sayang. Bagi aku, panggilan tersebut hanya layak untuk aku
seorang sahaja. Dalam soal begini, kita harus menjadi tamak dan kedekut.
Cerita yang Qaisara bawa itu walaupun nampak remeh tetapi
sudah mampu mematikan seleraku. Lantas aku letakkan sudu ke pinggan dan aku
bangkit untuk ke dapur. Tujuannya, untuk meredakan gelora yang begitu pantas
menerjah di dada.
“Sayanggg...” Zahim menyambar tanganku dan meminta aku duduk
kembali.
Melihat Qaisara dan Qistina yang sudah terpinga-pinga
memandang kami, aku duduk kembali. Kalau boleh, aku tidak mahu anak-anak
melihat ketegangan antara kami. Walau saat ini mukaku memang sudah ketat, aku
cuba bersabar.
“Abang jelaskan lepas makan nanti,” ujar Zahim.
Aku diam tidak memberi reaksi, tunduk merenung butiran nasi
di pinggan. Kenapa setelah terbuka baru ingin menjelaskan? Hatiku mula
mengesyaki sesuatu.
“Sayangggg...” Zahim gosok lenganku tanda memujuk tapi aku
masih lagi diam tanpa sebarang reaksi.
“Janganlah macam niiii....” nadanya masih memujuk. Dia juga
sudah berhenti makan walau nasi masih banyak berbaki di dalam pinggan.
Aku pandang wajahnya. Air jernih seperti meminta izin untuk
keluar dari kelopak mata tetapi cuba
kutahan sekuat mungkin.
“Makanlah.” Perlahan saja suaraku agar dia meneruskan
sarapan kegemarannya.
“Sara dah sudah ke belum?” Zahim alihkan pandangan ke arah
Qaisara yang terlopong memandang kami. Agaknya dia sudah mula perasan mood mama
dan papanya yang sudah berubah.
“Kalau dah siap, pergi cuci tangan. Bawa pinggan sekali ke
sinki.” Zahim memberi arahan dan Qaisara terus bangkit mengikut arahan
tersebut.
Sebaik Qaisara terlindung dari pandangan, Zahim paut
jemariku dan dibawa ke bibirnya. Berkali-kali dia kucup telapak tanganku.
Ya! Telapak tangan, bukan belakang tangan. Di akhir kucupan,
dia lekatkan telapak tanganku ke wajahnya agak lama membuatkan aku bagai tidak
berupaya menyedut udara untuk bernafas. Apakah ini petanda yang dia akan
memberitahu sesuatu yang akan menyebabkan aku kehilangannya?
Pantas pelbagai persoalan menerjah pemikiran. Bagaimana
kalau aku harus kehilangannya? Dari segi keewangan aku memang tidak punya
masalah kerana separuh dari harta kekayaan miliknya sudah diletakkan ke atas
namaku. Tetapi, di mana aku ingin mencari lelaki sepertinya? Kerana aku yakin,
aku takkan jumpa lelaki sepertinya walau sampai ke hujung dunia aku mengembara.
Aku sangat pasti tentang itu.
“Abang cakap yang jujur. Walau pahit, kejujuran penting buat
Tasya.”
Sebelum sempat Zahim membuka mulut, Qistina sudah merengek.
Tangan dan mulutnya comot dengan nasi.
ZAHIM capai tanganku, menarik aku agar duduk di sebelahnya
di sofa. Tanda protes, aku mengensot sedikit menjauh. Kalau boleh aku tidak
ingin berada dekat dengan Zahim waktu ini kerana bimbang hatiku yang tidak
tenang ini akan mendorongku mengeluarkan bicara yang bukan-bukan.
“Perempuan
tu…..” Zahim pandang ke sisi wajahku.
“Sebenarnya
Maria, anak Datok Malik. Mereka dalam proses menyaman bekas suami Maria dan
minta abang ambil kes tersebut.” Sambung Zahim, memberi penjelasan.
Bekas
suami?? Dari pandangan lurus ke depan, kepalaku spontan tertoleh ke arah Zahim.
Oh! Aku jadi mati kata. Bermakna perempuan tu janda dan mungkinkah dia sedang
cuba menggoda suamiku? Benarkah apa yang dikatakan suami Dato Malik itu klien
istimewa? Atau bakal diangkat pangkatnya menjadi bakal mertua?
Mungkinkah
aku akan melalui saat-saat kritikal lagi? Mungkinkah waktu-waktu bahagia kami
sudah hampir menemui jalan penamat? Tidak!! Aku tidak sanggup untuk memikirkan
kemungkinannya. Aku tidak sanggup membayangkan di hati Zahim ada insan lain
selain diriku.
Tiba-tiba,
mataku jadi bergenang. Wajah terus aku kalihkan lurus ke depan. Dadaku mula
sesak. Nafasku jadi berat untu di sedut dan dihembus keluar. Tuhan! Aku ingin
selamanya ada di samping suamiku, menyanyangi dan disayangi sehingga sampai ke
nafas terakhirku. Tetapi, aku ini manusia tamak dan tidak rela untuk berkongsi
apa yang sudah menjadi hakku.
“Sayanggggg…”
Dari duduk selari, Zahim separuh bersila di atas sofa mengadap ke arahku.
Menunjuk rasa hati, aku tarik tanganku yang digenggamnya tetapi dia enggan
melepaskan.
Aku tetap
diam walau berkali dia memanggilku dengan panggilan begitu. Kalau sebelum ini,
setiap kali dia menyebut begitu, hatiku akan jadi bergetar tetapi tidak pula
untuk kali ini.
Segala rasa
seperti beradun sebati. Aku tidak boleh menyalahkan orang lain kerana kalau
suamiku sendiri yang melayan, takkan perempuan itu begitu berani memanggil
sayang.
“Sayang
senyap macam ni buat abang rasa macam orang bersalah dalam kandang mahkamah.”
Ucap Zahim.
Aku tetap
diam. Kalau dia rasa seperti di dalam kandang pesalah, aku ini sudah rasa
seperti mengadap tuan hakim yang akan menjatuhkan hukum.
Kernaa air
mataku sudah meminta izin untuk menyentuh pipi, aku pantas bangkit tetapi tindakan
Zahim yang menarik lenganku membuatkan aku jatuh terduduk di atas ribanya.
Tanpa memberi peluang untuk aku bangun, dia segera memelukku erat.
“Papaaaa!!!!”
jeritan Qaisara menghentikan rontaanku yang cuba untuk melepaskan diri.
Pandangan kami serentak terarah pada Qaisara
yang sudah berdiri hampir di situ. Aku terus bangkit dari ribaannya.
“Cakap nak
pergi rumah atukkkk.” Qaisara sudah merengek. Manja sungguh kalau dengan
papanya. Si kecil pula sudah terkedek-kedek datang menyusuli kakaknya.
“Abang
hantar anak-anak dulu ya?” ujar Zahim yang juga turut bangun berdiri.
“Tak
payahlah!” Aku membantah.
“Janganlah
macam niiii….” Zahim cuba memujuk.
“Sara call
atok cakap kita makan tengahari kat sana.” Aku tidak perduli dengan pujukan
Zahim. Hatiku seperti tidak berapa tenang dan aku perlukan mencari ketenangan
itu. Tempat paling mudah ialah rumah mertuaku.
“Okey
mama.” Sahut Qaisara sebelum berlarike arah telefon.
“Lepas tu
pergi tukar baju, kejap lagi kita keluar.” Jeritku dan kemudiannya mencapai
tangan Qistina menujuk ke atas untuk menyiapkan dia sebelum menyiapkan diri
untuk keluar. Aku akan membawa anak-anak ke sana dan akan duduk di sana
sehingga petang. Tak kisahlah sama ada Zahim ikut atau tidak.
Masuk saja
ke bilik, Zahim sudah menyusuliku. Dia pantas menarik Qistina dari peganganku.
“Biar abang
siapkan anak. Sayang pergi bersiap.” Ujar Zahim.
Aku
berfikir sesaat. Pastinya dia tidak mahu menyertai kami. Entah kenapa, Hatiku
yang sudah sedia kecil makin menjadi kecil.
Selesai
segalanya, aku lihat Zahim terus mencapai kunci keretanya di atas meja dan
memimpin tangan Qistina.
“Jom!” Dia
menoleh ke arahku yang masih memaku kaki di lantai.
Aku jadi
teragak-agak. Dia nak pergi sama ke? Atau dia nak hantar kami saja. Otakku
berputar mencari jawapan.
“Kenapa?”
Soalnya setelah melihat wajahku yang mungkin nampak pelik.
“Nak pergi
juga ke?” soalku spontan tanpa selindung.
“Habis tu,
takkan abang nak tercangak kat rumah ni sorang-sorang,” tukas Zahim.
Kemudian,
sebuah senyuman terukir dibibirnya. Tapi, kenapa aku nampaknya senyumannya lain
macam?
Dia
melangkah ke arahku, berdiri hampir di depanku. Tanpa sempat aku mengelak,
sebuah ciuman ringkas singgah di pipiku.
“Kat rumah
papa lagi senang kita nak make love. Anak-anak kan ramai orang orang nak tolong
tengokkan.” Zahim bersuara perlahan tetapi masih sempat ditangkap telingaku.
Bulat
mataku memandangnya yang sudah tergelak kecil sambil melangkah menuju ke arah
pintu. Oh! Semudah itukah dia melupakan apa yang sedang kami bicarakan tadi?
Walau tidak
setuju dengan perancangannya, aku mengikut jua. Dari rumah sehinggalah tiba di
rumah mertuaku, aku hanya diam tanpa suara. Hanya Zahim yang tidak henti
bercakap melayan anak-anak yang menyoal itu dan ini.
Sebaik
membuka pintu kereta, Qaisara terus berlari ke dalam. Bapa mertuaku terus
mengangkat Qistina dan mencium pipi mulus anak kami. Melihat semua itu, aku
jadi terharu. Bapa mertua yang sangat penyayang dan ke mana jatuhnya kuah kalau
bukan ke nasi. Begitulah juga Zahim, melihat mertuaku seolah aku melihat Zahim
versi tua.
“Sayanggg…”
Zahim memanggil. Saat itu baru aku sedar semua orang sudah masuk ke dalam
rumah, tinggal aku dan Zahim saja masih di kereta.
Zahim capai
tanganku, jalan seiring masuk ke dalam rumah. Sesekali dia menjeling ke
wajahku.
“Seronok
Mak Jah tengok kamu berdua ni, macam pengantin baru.” Mak jah, orang gaji yang
sudah aku anggap seperti emak sendiri menegur saat menyambut salamku di depan
pintu utama. Mak Jah dan suaminya Pak Mail menjadi pembantu bapa mertuaku sejak
lama dulu sehinggalah ke hari ini.
“Nak ke
mana pulak tu?” Zahim tarik tanganku apabila aku mula melangkah mengekor Mak
Jah untuk ke dapur. Anak-anakku yang berdua itu sudah menghilang bersama
datuknya.
“Mak Jah,
pengantin baru nak naik ke bilik kejap ya. Mak Jah tolong tengok-tengokkan
Qistina boleh kan.” Zahim melaung. Mak Jah yang terhenti langkahnya sudah
ketawa dengan gurauan Zahim. Pun begitu, aku tahu itu bukan sekadar gurauan
semata-mata.
Walau hatiku
memperotes, aku tetap juga terpaksa mengikut langkah Zahim naik ke bilik kami.
Bilik itu sebenarnya bilik Zahim yang menjadi tempat kami beradu apabila
bermalam di sini.
Sebaik
pintu tertutup, Zahim terus menguncinya dari dalam. Langsir kalis cahaya yang
digunakan menjadikan suasana di dalam bilik tersebut seperti waktu dinihari,
bukan siang hari.
Tanpa sempat aku berbuat apa-apa,
pinggangku telah dipaut dari belakang dan dua tangannya terus memelukku kejap.
Dagunya di sangkut ke atas bahuku sambil tangannya bergerak merungkaikan tudung
yang aku pakai
Kami diam
tanpa suara, hanya hati kami yang berbicara. Seketika kemudian, bibir Zahim
bergerak mengucup leherku yang terdedah. Saat itu, mataku terus terpejam.
Seperti tidak rela dia melakukan begitu ketika aku tidak pasti di mana letaknya
hati dia waktu ini.
“Sssyyyy….”
Dia berbisik perlahan ketika aku cubamerungkaikan pelukannya
“Give me 10 second, pleaseeee….”
Dia seperti merayu. Nafasnya disedut dalam.
Aku diam lagi. Bukan hanya sepuluh
saat malah sudah hampir sepuluh minit dia mengunciku di dalam pelukannya sambil
berdiri begitu.
Setelah merungkaikan pelukan, dia
tarik aku ke katil dan kami sama-sama duduk di situ. Tanganku masih erat di
dalam genggamannya.
“Abang tahu Tasya masih tak puas
hati dengan penjelasan abang. Tapi, abang nak tanya satu soalan.” Dia hentikan
bicaranya di situ, wajahku ditenung dalam samar cahaya.
“Bahagian mana yang Tasya raya
kasih dan cinta abang masih kurang buat Tasya? Apa yang Tasya rasa masih tidak
cukup yang abang belum bagi Tasya? Apa yang menyebabkan Tasya rasa abang akan
belah hati abang untuk diberi pada orang lain?”
Aku terkedu. Dia telah tahu apa
yang ada di hatiku tanpa perlu aku meluahkan melalui kata-kata. Itulah
keistimewaan yang selalu ada pada Zahim.\
Tidak! Semuanya cukup. Tidak ada
yang kurang pada kasih sayangnya. Tida ada yang cacat pada cintanya untukku.
Hatiku menjerit kuat.
“Sesuatu yang Tasya harus tahu…..”Zahim
diam sejenak.
“Kalau harus mati pun, abang
sanggup mati untuk Tasya. Jadi, tiada sebab untuk abang buat sesuatu yang akan
melukakan hati Tasya.” Sambungnnya, buatkan dadaku kembali sesak. Aku ingin
menangis. Bukan sebab sedih tetapi aku terharu mendengar bicaranya.
“Percayalah sayanggg…. Walau datang
bidadari beratur depan abang pun, mata abang ni tetap nampak Tasya, hati abang
ni Tasya dah kunci kuat-kuat, dah tak boleh nak buka oleh sesiapa pun.”
“Jadi, tak usahlah nak risau
apa-apa. Biarlah berjuta wanita kat dunia ni nak panggil abang sayang sekali
pun. Yang abang tahu, abang Cuma sayang dan cintakan Tasya saja. Yang abang
tahu, abang hanya nak Tasya jadi isteri abang dunia dan juga akhirat. Yang
lainnya, abang tak mahu ambil tahu.” Panjang bicara Zahim buatkan aku makin
sukar untuk bernafas.
“Bangggg…” hanya itu yang mampu aku keluarkan dari
kerongkong. Suaraku sudah menjadi serak.
“Tasya bukan nak menuduh abang.
Tapi…. Tasya takut kalau-kalau abang berubah hati dan tinggalkan kami. Abang
pun tahu Tasya tak punya sesiapa lagi kat dunia ni. Hanya abang tempat Tasya
bergantung dan menumpang kasih sebelum Tuhan ambil nyawa ni.” Aku sudah
tersedu.
“Syyyy… “ dia menarikku ke dalam
pelukannya.
“Syurga
yang sayang ciptakan untuk abang dah cukup manis, tak perlu tambah gula atau
madu lagi. Dah cukup segala rasa, tak perlu tambah apa-apa lagi.” Bisiknya
perlahan di tepi telingaku membuatkan tangisku makin kuat berlagu.
Seperti
selalu, Zahim pujuk tangisku dengan belaiannya. Seperti selalu, jemarinya
member impak yang cukup kuat terhadap tubuhku. Cukup dengan hanya berada di
dalam pelukannya, hatiku sudah mampu menjadi tenang, setenangnya.
“I love you
more than everything.” Bisik Zahim perlahan sebaik tangisku reda. Bibirnya
bergerak perlahan mencari leherku. Nafasnya yang panas terasa hangat di leherku
membuatkan bulu romaku tegak berdiri.
Dan…
beberapa saat selepas itu, kami rebah bersama di atas tilam empuk yang sentiasa
menjadi saksi dua hati bersatu menyemai benih bahagia.
Tuhan!
Terima kasih kerana temukan hati kami dan terima kasih kerana temukan aku
dengan dia yang amat membahagiakan.