FOLLOWERS

Selamat Hari Raya 2011

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA dan memohon kemaafan dari semua kerana kita masih di bulan syawal.

Ramai yang bertanya kenapa blog dah bersawang. Musim puasa hinggalah raya, setiap tahun aku memang sibuk kerana kerja menuntut banyak pengorbanan masa dan tenaga di waktu orang ramai taksub membeli belah. Jadi, aku memang tak berkesempatan untuk update blog dan juga menulis.

Raya, memang setiap tahun aku balik kelantan yehaaa! dan raya tahun ni, aku buat kenduri kesyukuran kat rumah mak aku, potong lembu satu ekor. Oh! ramai yang tanya, dapat projek besar ke sampai potong lembu sekor? Alahai... apa nak jawab yer... rezeki Tuhan, kita kongsi ramai-ramai, yer tak?

Balik dari kampung, aku sibuk pula pergi open house..hikhikhik... Tahun ni, aku memang tak buat open house tapi kalau sesiapa yang nak datang rumah, bila-bila masa pun boleh, kata orang.. sentiasa open.

Paling mengujakan, aku pergi open house rumah Tun Dr. Mahathir. Tapi sayangnya, tak sempat nak salam dengan dia sebab Q panjang kalahkan keretapi ekpres. Cuma sempat 'tangkap' anak lelakinya, Dato' Mukhriz yang hansome lagi kacak tu...Ouh! sungguh teruja.


Tengoklah, orang ramai bersesak-sesak beratur tunggu giliran untuk naik van dari depan Mines Wonderland untuk ke rumah Tun. Tapi, aku masuk jer guna kereta terus park depan rumah dia. Kiranya, ala-ala VIP la walau takde pas VIP tu. Takpelah, sesekali berlagak jadi VVIP apa salahnya.

Ni pula, Q kat depan rumah dia untuk salam dengan dia yang duduk bawah khemah. Isk! tak kuasa aku nak beratur, baik masuk terus pergi makan jer.

Lepas makan, ternampak anak Dato' Mukhriz. Apa lagi, 'tangkap' dia untuk bergambar. Jangan jeles yer, sama2 hijau.... macam berjanji pulak.

Sempat bergambar masa nak balik. Masa ni la tiba-tiba nampak Dato' siti Nurhaliza kat sebelah lalu tapi tak sempat nak 'tangkap' dia untuk bergambar.




HKC - Trailer 6

Alhamdulillah.... akhirnya, selesai juga aku habiskan pruf HKC ni. Rasanya, nilah Pruf yang paling lambat untuk aku selesaikan.

Cuma, aku perlu bagi cadangan beberapa tajuk lagi sebab takut tajuk HKC tu tak diluluskan. Sekarang ni aku tgh buntu nak fikir. Apa kata, sesiapa yang ada cadangan, tolong bantu aku beri tajuk yang sesuai untuk kisah Lya & Zhaf ni.

Sebagai upahnya, aku bagi posting tentang Hareez kat bawah ni...:))

********************************************************************

Mahu tak mahu, terpaksa juga aku mengenepikan rasa hati sendiri menaiki kereta Hareez untuk pulang ke rumah.

“Kalau kau fikir dengan memasuki Danau Crystal tu kau boleh bersenang lenang dan duduk bergoyang kaki, kau silap besar.” Tiba-tiba saja telingaku mendengar ayat yang menyakitkan hati keluar dari mulut tuan empunya kereta sebaik saja kami berada di atas jalan raya.

Aku ingin menoleh dan menyembur kembali tetapi mindaku berkata jangan! Hati, sabar saja. Kita guna cara yang halus untuk membalas kembali rasa sakit itu.

“Apa salahnya? Kalau aku duduk goyang kaki pun, aku tak guna kaki kau. Jadi, kau tak perlulah bimbang takut kaki kau tu akan lenguh sebab banyak bergoyang ke.” Aku menjawab sarkastik tanpa menoleh pun ke arahnya.

Dia pantas tertoleh pandang dan aku berikan sebuah senyuman sinis. Rasanya, itu yang terbaik buat manusia berlagak macam dia.

“Huh!” dia mendengus kasar sebelum menekan pedal minyak melajukan pemanduan.

“Kalau kau rasa nak mati cepat, kau tinggalkan aku kat tepi jalan ni. Aku masih belum nak mati. Belum cukup lagi amalan untuk dibawa masuk kubur.” Pedas aku menegur. Ngeri juga bila menaiki kereta yang laju di kawasan perumahan begini.

Dia tidak mengendahkan teguranku, sebaliknya makin melajukan pemanduan.

“Kalau nak mati pun, aku tak ingin nak mati bersama kau.” dia bersuara tiba-tiba.

“Eh! siapa yang nak sehidup dan semati dengan kau ni?” balasku dengan suara meninggi.

Dia berpaling memandangku.

“Kaulah!” jawabnya sepatah.

“Perasan! Tak hingin aku.” Aku mencebik dengan rasa menyampah.

Dia gelak kuat. Seiring dengan itu, pemanduannya terus diperlahankan kerana keretanya sudah membelok masuk ke kawasan rumahku.

Baru saja aku menanggalkan tali pinggang keledar, dia pula menekan break kecemasan memberhentikan kereta secara mengejut membuatkan aku terdorong ke depan.

“Kenapa ni?” Aku terjerit kecil kerana terperanjat. Nasib baik lagi kepalaku tidak terhantuk ke cermin depan.

Dia buat muka tak bersalah, membuang pandang sambil menyimpan senyum. Oh! dia sengaja rupanya. Pantas saja aku memujuk hati sendiri. Kalau aku melenting, maknanya dia berjaya menaikkan amarahku. So, aku buat muka cool.

“Terima kasih untuk pengalaman yang indah hari ni. Harap-harapnya, aku tak perlu tengok muka kau lagi dan naik kereta kau lagi.” Aku hulurkan senyuman manis sambil mengerdipkan mata ke arahnya.

Dia ketap bibir tanda geram dan aku ketawa gembira tanda menang sebelum membuka pintu kereta untuk keluar.



p/s : Pendek sikit. Nanti bila senang, aku bagi yang panjang tentang Zhaf dan Lya..

HKC - Trailer 5

Kembali ke bilik pejabat, kelihatan Zhafran sedang duduk di kerusiku sambil menggoyang-goyang kerusi tersebut kiri dan kanan. Lagaknya macam duduk di kerusi dalam pejabat sendiri.

"Sejak bila pindah office ni?" aku bersuara sinis, tercegat di depan pintu sambil berpeluk tubuh memandangnya.

Dia hanya menyengih dan bangkit memberi laluan untuk aku duduk sebelum bergerak ke kerusi depan mejaku dan duduk di situ tanpa dijemput.
Apa lagi yang boleh aku buat selain duduk.Dia pula hanya diam memerhati, menilik aku atas dan bawah seperti selalunya.

“Kenapa aku rasakan makin lama kau makin seksi?” Di bersuara tiba-tiba menghentikan pergerakanku. Serta merta aku menilik diri sendiri. Apa yang seksinya? Kalau pakai blouse labuh melepasi punggung dengan skirt labuh meleret ke lantaipun dikatakan seksi, apa pula pakaian yang harus aku pakai?

“Kau tak payah nak pakai seksi-seksi untuk tunjuk pada orang yang kau tu cantik. Untuk aku, kau balut tubuh kau dengan guni pun aku tetap tahu kau cantik,” ujarnya lagi.

"Kalau setakat datang sini nak merapu, baik lagi kau balik office kau buat kerja sendiri. Ada juga faedahnya," tukasku geram.
Dia bertongkat dagu di meja dan merenungku lama.

"Aku tak boleh fokus dalam kerja kalau tak tengok muka kau. So, aku perlu tengok muka kau sekurang-kurangnya dua hari sekali untuk ambil semangat." Dia bersuara bersama senyuman mekar di bibir.

"Kau tak usah nak jual minyak dengan aku? Tak laku!" aku mencebik.

"Eh! Betullah, jual minyak apa pulak," tekannya untuk meyakinkanku.

"Aku ada dengar satu teori. Kata orang, kalau kita ingatkan seseorang, ambil gambar orang tu, koyak dan rendam dalam air kemudian minum air tu. Nescaya otak kita dah tak serabut ingatkan orang tu sebab wajah dia dah masuk dalam perut." Aku saja buat cerita merapu sebab dah naik berbulu anak telinga mendengar dia bermain kata.

Dia gelak kuat, seolah sedang menyaksikan rancangan raja lawak.

"Kau nak tak kalau aku bagi gambar aku, kau cuba buat macam tu? Tak perlulah kau datang sini lagi dan ganggu aku?" soalan bercampur sindiran aku ajukan padanya.

Dia diam tidak membalas tetapi mata tepat memanah wajahku. Lama dia begitu sebelum bangkit bediri.

"Aku tak nak gambar kau tapi, aku nak hati kau." Dia terus berlalu meninggalkan aku dengan kata-kata yang menyentap naluri.

Ah! Zhafran, tahukah kau bahawa aku sudah lama kehilangan hati? Bagaimana mungkin untuk aku memberinya kerana aku sendiri tidak tahu di mana hatiku berada waktu ini. Kalaulah aku punya banyak hati,tidak perlulah aku hidup dihimpit sengsara begini.

CBM - Cinta Bukan Mainan

Okey! dah tahukan CBM tu apa? So, pada Ayumi Afiqah, Hajar dan Hidayah, tolong email address untuk penghantaran hadiah.

Untuk Ayumi, nak kena tunggu HKC kluar dulu baru boleh dapat. Untuk Hajar dan Hidayah, ada hadiah saguhati.

Yang tidak berjaya, cuba lain kali(itu pun kalau ada teka teki lagi..heheee)

Preview CBM

Hari ni kita lupakan seketika tentang HKC sebab sekarang ni ia sedang dalam proses editing.

Kali ni aku nak berkongsi pasal cerita terbaru yang aku beri tajuk CBM. Ada yang tanya CBM tu apa?

Aku tak nak jawab tapi nak minta sesiapa yang pandai tolong jawabkan. Cuba teka CBM tu singkatan untuk apa? Siapa yang teka dengan tepat akan dapat free gift.

Apa gift tu nanti aku beritahu kemudian. Hanya satu pemenang saja yg boleh dapat. Siapa cepat dia dapat. Jawapan mesti di tinggalkan di ruangan komen, bukan di FB atau mana-mana tempat lain.

Okey! kat bawah ni aku review sikit kisahnya :

*********************************************************************



'Mengapa dinafikan sebuah rasa sedang hati tidak pernah berkata dusta.'


Damia Farisha : Dia cantik dan punya segalanya tetapi hatinya tidak pernah tahu bagaimana rasanya bahagia. Hidup untuk dia, hanyalah jalan lurus yang sudah diatur setiap hentiannya.

Zaril Ikhwan : Lelaki kacak yang kelihatan cukup sederhana kerana dia hanya ingin diihat sebagai manusia yang tidak bermegah dan bersederhana dalam segala hal.

Syed Farid Nazmi : Lelaki kaya raya yang menganggap harta boleh beli semuanya. Satu yang dia lupa, cinta tidak pernah punya harga untuk dibuat urus niaga.

Riana Nurlaila: Wanita berdarah kacukan yang taksub dengan cintanya. Hadirnya sering mengucar kacirkan keadaan dan liuk lintuknya mampu menggetarkan iman.

Dayang Nur Adora : Anak jati Brunei yang terlebih suka menjadi rakyat Malaysia. Dia sahabat yang memahami dan sentiasa ada di kala susah dan juga sunyi.

Sebenarnya, tiada yang manis-manis pada pertemuan Mia dan Zaril, yang ada hanyalah rasa seram di hati Mia dan rasa geram di hati Zaril. Siapa yang tidak seram apabila terperangkap dengan orang yang mengaku dirinya tidak siuman? Siapa yang tidak geram bila dikatakan tidak siuman hanya kerana dia tersenyum kelucuan?

Kata Mia – Zaril itu lelaki ‘tidak siuman’ yang sering melakukan sesuatu mengikut sesuka hati dia. Bukan suka-suka mengata tetapi dia sendiri yang mengaku begitu pada pertemuan pertama mereka.

Kata Zaril – Mia itu bukanlah cantik sangat tetapi berlagak macam dialah wanita tercantik di dunia. Namun, kenapa hatinya sering dilanda debar tatkala mata mereka saling bertatapan?

Kata Farid – Walau apa pun terjadi, Mia itu adalah hak miliknya yang tidak boleh diusik oleh sesiapa dan lelaki seperti Zaril bukan tandingannya.

Kata Riana - Zaril itu adalah nyawanya dan dia sanggup menjadi apa saja asalkan Zaril menjadi miliknya kerana dia tidak ingin hidup tanpa nyawa.

Kata Adora – Zaril dan Mia itu bagai si bisu dan si pekak yang mengaku faham sedang sebenarnya mereka tidak pernah mengerti apa yang ada di hati sendiri.