T
|
AK sengaja, matanya menjenguk skrin telefon si suami yang sejak tadi
berbunyi dan tatkala membaca pesanan WhatsApp yang masuk, jantungnya terus
berhenti berdenyut. Satu kejutan yang dia tak pernah jangka.
‘Sayang,
malam ni you tidur sini ya, teman I. You berilah alasan pada wife you....”
Aleeya telan
liur. Tiba-tiba alirannya terasa kesat.
Sayang?
Tidur?
Teman?
Siapakah gerangan
yang menghantar pesanan tersebut? Nak dibuka untuk melihat, dia tak tahu password. Yang dia perasan nama
penghantar itu @Ina.
Belum sempat
akalnya mencerna, pintu bilik air dibuka dan si suami yang bertuala terikat di
pinggang keluar dengan senyuman.
Matanya lurus
memandang Zariel. Tanpa kelip. Bukan sebab tergoda tapi, sebab dia seakan tidak
percaya dengan persoalan yang menghujani hatinya.
“Kenapa pandang
abang macam tu?” Zariel menghampirinya dan satu ciuman singgah di pipinya.
Entah kenapa saat
itu dia jadi tidak pandai untuk membalas setiap perlakuan romastis Zariel.
Hanya melihat tingkah sang suami yang sibuk membelek handphone di tangan.
“Abang nak ke
mana?” Akhirnya Aleeya bersuara juga setelah melihat si suami sibuk
menyarungkan baju dan seluar. Pakaian seperti orang mahu keluar.
Baru balik kerja.
Sampai rumah pun dah lepas maghrib. Nampak macam nak keluar semula. Entah sejak
bila Zariel menjadi terlalu sibuk begini. Mengalahkan orang berjawatan CEO yang
bisnesnya juta-juta. Setahunya, Zariel hanyalah seorang Marketing Manager di sebuah syarikat bumiputera yang tidaklah besar
mana bisnesnya.
“Abang nak keluar
jumpa kawan. Kalau abang lambat balik, sayang tidur dulu. Jangan tunggu abang.”
Hanya itu alasan yang diberi sebelum satu lagi ciuman di lekatkan ke pipinya.
Tapi entah kenapa
Aleeya rasa ciuman itu satu kepura-puraan untuk menutup sebuah penipuan. Tiada
lagi rasa yang sering menjetik hingga ke hati seperti hari-hari sebelumnya.
Lebih setahun
perkahwinan mereka, awal perkahwinan rasanya Zariel tidaklah sesibuk begini.
Nak kata naik pangkat, tak pula dengar khabar.
Tiba-tiba hatinya
jadi tak sedap. Sibuk dengan kerjakah atau sibuk dengan benda lain?
“Abang pergi
dulu.”
Dan, bersama
pintu bilik yang tertutup, mata Aleeya turut tertutup.
‘Kalau abang
lambat, tidur dulu.’ Pesanan itu berulang di minda. Dan dia memang ingat
pesanan sebegitu sudah acapkali Zariel berikan tatkala si suaminya itu keluar
malam seperti malam ini. Alasannya jumpa kawan.
Betul ke jumpa
kawan? Atau jumpa Ina? Minda bergerak lagi, mengingat sejak bilakan si suami
mula pandai berjumpa ‘kawan’ waktu malam begini?
Saat itu,
mindanya membelek kembali hari-hari sebelumnya.
Ya! sejak
akhir-akhir ini Zariel sering keluar malam dengan alasan yang sama. Ada
ketikanya subuh baru balik dan bersiap ke tempat kerja. Alasannya, tertidur
rumah kawan selepas menonton bola di TV.
Kerana satu
perkataaan PERCAYA, dia tidak bertanya lanjut walau hatinya terdetik alasan
tersebut sangatlah tidak logik. Tapi, dia cuba pujuk hati untuk bersangka baik
dan fikir yang baik-baik.
Aleeya bangkit.
Mundar mandir mengukur keluasan bilik sebelum kakinya terpasak di lantai
betul-betul di hujung katil. Mata jatuh pada cadar unggu corak bunga matahari
yang kemas membalut katil.
Mindanya terimbas
hari-hari sebelumnya. Katil itu menjadi saksi betapa hangatnya hubungan mereka.
Siang dan malam. Tapi, selepas dia keluar hospital kerana pembedahan appendiks,
segalanya bagai sangat dingin.
“Sayang tak sihat
lagi. Biar badan betul-betul sihat dulu.” Hanya itu alasan Zariel ketika dia
mengharapkan belaian.
Ketika dia
membuang rasa malu memulakan kemesraan kerana jika mahu mengharapkan Zariel, jauh
panggang dari api. Dinginnya Zariel, bagai ada sesuatu yang tidak kena.
Tapi, kerana
terlalu percaya, dia butakan mata. Kerana terlalu sayang, dia bodohkan diri.
Tiba-tiba hatinya
terasa sakit. Tangan melekat pada perut sendiri. Niatnya untuk mengkhabarkan
berita gembira hari ini terus
terbantut.
Lebih setahun
perkahwinan mereka, berita inilah yang
diharapkan dia dan Zariel. Tapi kenapa
saat ini dia rasakan berita tersebut hadir pada waktu yang kurang tepat?
Mata berkalih
pada iPhone 6 plus di atas meja kecil tepi katil apabila terdengar gegaran.
Telefon hadiah Zariel di hari jadinya enam bulan lepas sudah seminggu ‘bisu’. Ring tone dan semua notification tak berbunyi. Hanya vibrate saja yang berfungsi.
“Abang sibuklah
sayang. Apa kata sayang pergi sendiri.” Itulah jawapan Zariel bila dia ajak ke
KLCC untuk repair. Telefon masih ada warranty, bukan boleh repair di kedai
biasa. Kena ke service centre sana.
Waktu itu, dia
betul-betul terasa hati. Kenapa Zariel boleh berubah begitu drastik? Sedang di
awal perkahwinan dulu, dia nak ke mana pun pasti si suami ahu mengekor.
Katanya, sekarang zaman jenayah, bahaya perempuan jalan sendirian.
Adakah zaman
jenayah yang Zariel maksudkan itu sudah berakhir?
Hati bertanya,
apa sebenarnya yang sedang melanda rumahtangganya. Apa sebenarnya yang
disibukkan suaminya? Tapi persoalan yang timbul, tak pernah ada jawapan.
Nafas diarik dan
dilepas kasar. IPhone dicapai. Ada WhatsApp dari Diana.
Weh!
jom teman aku ke KLCC esok.
Satu kebetulan
pula. Tak mengapalah. Zariel tidak mahu memenuhi permintaannya. Tapi Tuhan ada.
DIA Maha Mendengar. Pastilah DIA mendengar
bisik hati hambanya ini. Mungkin DIA telah menghantar si teman itu untuk
menemaninya.
3 comments:
salam singgah dan follow :)
شركة الاندلس تقدم خدمة تنظيف المسابح فى (الدمام-الخبر-الظهران) يجب تنظيف المسابح من فتره لاخرى لتخلص من الجراثيم والفطريات والاوساخ العالقه داخل المسبح للحفاظ على صحة اصحاب
شركة تنظيف مسابح بالدمام
البيت فلا تتردد واتصل بشركة الاندلس لتاتيك على الفور بحيث تعمل على سحب جميع المياه من المسبح والقيام بغسله بمواد مطهره ومعقمه ثم ضخ المياه به اكثر من مره والقيام بسحبها حتى تتم
شركة تنظيف مسابح بالخبر
عملية التنظيف وبعد ذلك يتم امتلائه بالمياه النظيفه فشركة الاندلس تتميز بتوافرها على مدار اليوم مع تقديم عروض وخصومات من فتره لاخرى على عمليات تنظيف المسابح بجميع انواعها
شركة تنظيف مسابح بالظهران
وتقدم شركة الاندلس خدمة تنظيف المساجد فى (الدمام -الخبر الظهران )من اكثر الاشياء التى يعمل الناس على تنظيفها هى دور العباده والمساجد لانها تعتبر وجهة المسلمين والاسلام فيجب الحفاظ عليه
شركة تنظيف مساجد بالدمام
نظيفا وطاهرا ويتم ذلك دون الحلول عن الصلاه كما فى السابق فمع شركة الاندلس تقوم بتنظيف المساجد فى وقت قصير بين الصلوات باستخدامها لاحدث الالات المتطوره التى تعمل على غسل السجاد
شركة تنظيف مساجد بالخبر
والموكيت وتنشيفه فى وقت قصير ودون تحريكه مع قيام فريق العمل بتنظيف جميع اجزاء واركان المسجد فشركة الاندلس هى الافضل على الاطلاق فبادر واتصل بشركتنا لتحصل على خدماتنا المتنوعه
شركة تنظيف مساجد بالظهران
Pembicara Internet Marketing
Post a Comment