Hari ni kita lupakan seketika tentang HKC sebab sekarang ni ia sedang dalam proses editing.
Kali ni aku nak berkongsi pasal cerita terbaru yang aku beri tajuk CBM. Ada yang tanya CBM tu apa?
Aku tak nak jawab tapi nak minta sesiapa yang pandai tolong jawabkan. Cuba teka CBM tu singkatan untuk apa? Siapa yang teka dengan tepat akan dapat free gift.
Apa gift tu nanti aku beritahu kemudian. Hanya satu pemenang saja yg boleh dapat. Siapa cepat dia dapat. Jawapan mesti di tinggalkan di ruangan komen, bukan di FB atau mana-mana tempat lain.
Okey! kat bawah ni aku review sikit kisahnya :
*********************************************************************
'Mengapa dinafikan sebuah rasa sedang hati tidak pernah berkata dusta.'
Damia Farisha : Dia cantik dan punya segalanya tetapi hatinya tidak pernah tahu bagaimana rasanya bahagia. Hidup untuk dia, hanyalah jalan lurus yang sudah diatur setiap hentiannya.
Zaril Ikhwan : Lelaki kacak yang kelihatan cukup sederhana kerana dia hanya ingin diihat sebagai manusia yang tidak bermegah dan bersederhana dalam segala hal.
Syed Farid Nazmi : Lelaki kaya raya yang menganggap harta boleh beli semuanya. Satu yang dia lupa, cinta tidak pernah punya harga untuk dibuat urus niaga.
Riana Nurlaila: Wanita berdarah kacukan yang taksub dengan cintanya. Hadirnya sering mengucar kacirkan keadaan dan liuk lintuknya mampu menggetarkan iman.
Dayang Nur Adora : Anak jati Brunei yang terlebih suka menjadi rakyat Malaysia. Dia sahabat yang memahami dan sentiasa ada di kala susah dan juga sunyi.
Sebenarnya, tiada yang manis-manis pada pertemuan Mia dan Zaril, yang ada hanyalah rasa seram di hati Mia dan rasa geram di hati Zaril. Siapa yang tidak seram apabila terperangkap dengan orang yang mengaku dirinya tidak siuman? Siapa yang tidak geram bila dikatakan tidak siuman hanya kerana dia tersenyum kelucuan?
Kata Mia – Zaril itu lelaki ‘tidak siuman’ yang sering melakukan sesuatu mengikut sesuka hati dia. Bukan suka-suka mengata tetapi dia sendiri yang mengaku begitu pada pertemuan pertama mereka.
Kata Zaril – Mia itu bukanlah cantik sangat tetapi berlagak macam dialah wanita tercantik di dunia. Namun, kenapa hatinya sering dilanda debar tatkala mata mereka saling bertatapan?
Kata Farid – Walau apa pun terjadi, Mia itu adalah hak miliknya yang tidak boleh diusik oleh sesiapa dan lelaki seperti Zaril bukan tandingannya.
Kata Riana - Zaril itu adalah nyawanya dan dia sanggup menjadi apa saja asalkan Zaril menjadi miliknya kerana dia tidak ingin hidup tanpa nyawa.
Kata Adora – Zaril dan Mia itu bagai si bisu dan si pekak yang mengaku faham sedang sebenarnya mereka tidak pernah mengerti apa yang ada di hati sendiri.