FOLLOWERS

Aku Masih Di Sini



Aku masih di sini
Berkalam di hati
Bermadah sendiri
Berteriak sepi
Sesepi syahdu tirai malam
Bertemankan bebintang seri
Dan sang rambulan pun seakan mengerti
Tiap kata lirikan sang pujangga diri
Yang berbisik meluah rasa
Tercalit di tirai mimpi
Terlukis di kamar hati
Rindu ini tak bisa kugapainya lagi
Walau terlalu ingin aku menyentuhnya
Namun kenangan itu kurasa makin berlari
Jauh meninggalkan aku di sini
Dan kasih yang terkumpul di perdu hati
Untuk siapa harus aku alihkan
Sedang yang terbisik di setiap denyut nadi
Hanya kamu...dan hanya kamu...

Hari Ibu...

Salam buat semua..

Aku macam ingat-ingat lupa tentang kewujudan blog ni.... sampai nak log in pon dah lupa passwordnya...isk! sadis sungguh sejak ada Facebook ni..

Hari ni aku ingin bercerita tentang kisah sempena hari ibu yang bakal tiba dua hari lagi.

Gambar di bawah ni adalah hadiah hari ibu yang aku dapat dari seorang anak petag tadi.


Jika di lihat, bunga tersebut hanya biasa-biasa tetapi ia jadi istimewa kerana hadiah dari seorang anak untuk ibunya.

Apa yang membuatkan aku tiba-tiba jadi sebak apabila dia kata dia gunakan semua duit belanja dia hari ini untuk membeli hadiah tersebut. Bagai tidak percaya tetapi itulah kenyataannya apabila dia sanggup berlapar hanya untuk menghadiahkan aku bunga tersebut sedangkan selama ini dia memang 'hantu makan' yang tidak boleh tahan lapar.

Yang membuatkan aku menitiskan air mata apabila teringat dua hari lepas, dia pernah meminta duit RM10 ringgit untuk hari jumaat ini kerana ingin membeli hadiah untuk hari ibu tetapi aku buat-buat tak dengar sebab masa tu aku tengah sibuk kemas meja makan. Bila dia mendesak, aku terus naik angin suruh dia diam. Saat ini, rasa bersalah itu sedang bergayut di hatiku. Apalah sangat duit sebanyak itu dengan niat ikhlasnya... dan saat ini juga aku menaip bersama titisan air mata terharu...

Dia kata lagi, dia guna duit belanja campur duit untuk bayar keahlian pengakap yang aku berikan pada dia pagi tadi. Dia minta maaf sebab guna duit tu dan dia janji akan kumpul duit sendiri untuk bayar yuran tu... apa lagi yang boleh aku kata selain dari tahan air mata...

Lepas bagi hadiah tu, dia tanya aku "Umi tak suka ke dapat hadiah tu?"

Aku jawab "Suka... terima kasih banyak-banyak."

Dia tanya lagi " Tapi kenapa umi tak senyum, macam tak suka aje."

Aku terus tepuk bahu dia dan suruh dia mandi. Sebenarnya dia tak tahu, aku bukan tak senyum sebab tak suka tetapi aku sudah tidak mampu untuk senyum kerana sebak dan terharu...

Adik dia kata "Atai tak beli hadiah untuk umi sebab duit belanja Atai dah habis buat belanja."

Dia jawab apa....

"Atai... kalau tak bagi hadiah pun tak pe, kau bagi peluk jer. Sekarang kau peluk umi."

Aku terus menangis sebab masa kecil dulu aku tak pernah pun buat ibu aku begitu. Saat ini, aku rasa macam nak berlari balik kampung peluk mak....

Zoo Melaka

Salam...

Cuti sekolah hari tu aku ke Melaka, saja bawa anak-anak meronda Bandaraya bersejarah itu. Destinasi utama sebenarnya Zoo Melaka tetapi sempat juga ke Bandar Melaka makan cendol pulut yang femes tu.

Cadangnya nak naik Menara Taming Sari yang berpusing-pusing tu tapi anak aku yang besar tu menjerit2 cakap tak nak sebabnya dia gayut. Masa tu kita naik kapal, bukan tinggi sangat pun tapi dia dah mengigil-gigil sebaba gayat...tergelak aku tengok.


Laluan Safari... ntah apa namanya tetapi ada Safari la.. memang cantik pemandangan tetapi agak penat merentasinya.




Ada amaran Awas! Zirafah ini mengigit tapi aku tak rasa takut pun.... Boleh ke Zirafah ni gigit orang? Orang yang tinggi jer kot, orang yang tak cukup tinggi macam aku ni Zirafah tak nampak...hehehe

Ntah apa ke namanya burung ni tapi aku suka warnanya..hitam putih, warna kegemaranku..

Si Abang dengan si adik tu teruja sangat bagi makan daun pada si kancil

Dengan aku sekali sama naik tapi saja nak berposing jer tu sebenarnya...

Kat atas kapal di tengah-tengah Bandaraya Melaka..bukan tinggi sangat pun tapi si abang tu dah mengigil sebab gayat..


Anak aku cakap aku kaki posing "Dah la tu umi, naik penat ambik gambar tau"...hahaha... hampeh! betul...

Cerita tentang PBAKL 2010...

Salam semua....

Cerita tentang PBAKL 2010 sedang hangat diperkatakan sana-sini oleh peminat buku dan aku juga tidak ingin ketinggalan.

Dua hari (21 & 22 Mac 2010) bertugas di meja penulis, seronok tak terkata apatah lagi bila berkumpul sesama penulis yang selama ini hanya berhubung melalui alam maya.

Melihat manusia yang bersesak-sesak mencari buku yang diingini dan tidak kurang juga yang melepak sambil bersila di tepi-tepi dingding dewan, aku senyum sendiri.

Bertemu dan melayan peminat novel yang selama ini hanya kenal melalui alam maya merupakan saat yang paling manis untuk di kenang.

Aku tak sempat nak cerita panjang tapi tengoklah gambar kat bawah ni...


Bersama geng otai penulis novel


Bersama minah-minah purple yang dong2



Bersama Kak Ila(Ramlah rashid) yang chumel



Bersama Kak Sya yang femes di kalangan peminat novel



Bersama kak nOOr, peminat tegar novel-novel melayu (macam kembar)



Bersama Nora, salah seorang peminat novel yang kenal melalui alam maya dan first time jumpa



Bersama dua orang kakak2ku yang glamour kak Indah Hairani dan Kak Dyza



Juga salah seorang peminat novel yang aktif dalam FB - Tie Tinie (first time juga jumpa)


Buku yang aku dapat dari penulisnya..tapi ni sebelum BF lagi dah dapat (Saja nak menunjuk)



Ini yang aku dapat juga dari penulisnya Marwati atau Aleya Aneesa



Ini yang aku beli sebelum BF lagi...saja nak menunjuk juga



Ini juga aku beli sebelum BF... 2 dah abis baca (best!) dan 2 lagi belum



Ini yang aku beli masa BF..sume belum sempat baca lagi



Ini juga aku borong hari kedua masa BF tu...Dengan Sepenuh Hati da baca..Best!



Ini aku beli sebelum BF...3 3 pun da baca dan best! sangat

Cenderahati PBKL 2010...

Sesiapa yang dah beli dan rasa nak beli buku aku, tak kira la dah berkurun beli pun boleh la dapatkan cenderahati yang tak seberapa neh!... pergi jer minta. Aku akan ada di booth alaf pada 20 & 21.... Sape cepat dia dapat...