Buat semua yang sudi menjengok blog ni, bolehlah saksikan aku di Astro Awani 'live' bersama Dang Suria Esok(9/7/08) jam 11.45 pagi dan ulangannya 4.45 petang, 10/07/08 pukul 6.45 pagi.
Rasa macam tak percaya bila Kak Wan call minta ke Astro Awani sebab buku baru release. Lagi tak percaya bila seketika kemudian Dang Suria sendiri call untuk confirmkan waktunya. Rasa takut pun ada sebab kali pertama. Moga-moga segalanya berjalan dengan lancar.
FOLLOWERS
Penyakit Malas

Entah kenapa aku diserang penyakit malas. Otak malas berfikir dan jemari juga malas bergerak. Jadi, aku 'copy' and 'paste' sajak yang tak serupa sajak yang memang ada dalam folder simpananku :
Cinta bukan sekadar lafaz dan dengar
Bukan juga hanya temu dan janji
Juga bukan hanya untuk milik memiliki
Tetapi cinta melibatkan jiwa dan hati
Melibatkan rasa dan getaran
Ia tidak mampu disentuh atau dipegang
Ada masanya ia bagaikan api
Kepanasannya mampu menghanguskan
Ada ketikanya ia seperti lautan
Gelombangnya mampu membunuh
Adakalanya ia bagaikan syurga
Keindahannya sukar digambarkan
Bukan juga hanya temu dan janji
Juga bukan hanya untuk milik memiliki
Tetapi cinta melibatkan jiwa dan hati
Melibatkan rasa dan getaran
Ia tidak mampu disentuh atau dipegang
Ada masanya ia bagaikan api
Kepanasannya mampu menghanguskan
Ada ketikanya ia seperti lautan
Gelombangnya mampu membunuh
Adakalanya ia bagaikan syurga
Keindahannya sukar digambarkan
Pesta buku Alaf21
Gambar ni versi cetak dari pokcik di web Alaf FC Pertama kali duduk di meja penulis melayan penggemar novel di Pesta Buku Alaf21 semalam(29/06/08), pelbagai rasa datang bertandang menjenguk ruang hati. Maklum saja, kali pertama apatah lagi bila duduk semeja dengan Diva, Kak Aisya dan penulis yang sudah mengukir nama, Kak Meen. Mmmm..best sangat, tak terluah dengan kata-kata dapat bersembang dan berkenalan lebih rapat dengan mereka. Dengan Kak Meen, memang kami dah lama kenal tapi tak berkesempatan untuk bersembang dan bercerita. Dengan Kak Aisya pula, inilah pertama kali aku jumpa dia face to face, penulis idolaku... !
Reaksi teman-teman

Kembali bekerja semula setelah bercuti panjang kelmarin(jumaat), heboh satu office bercerita tentang aku dan Mengukir Bahagia. Masing-masing datang cari aku semata-mata nak minta tandatangan, siap minta bergambar lagi. Dahlah masa tu waktu kerja, kat office pulak tu, sib baiklah bos tak ada.
Rasa macam segan dan malu pun ada. Semua tanya, masa bila pulak aku mengarang sedangkan kerja pun kekadang tak cukup tangan. Tu la..... aku pun tak tahu macam mana nak jawab sebab aku sendiri macam tak percaya, dalam sibuk dengan kerja dan anak-anak, boleh siapkan manuskrip.
Suratan atau kebetulan
Semalam Editor(Gee) call beritahu 'baby' pertama aku sudah selamat dikeluarkan. Kebetulannya semalam juga anakku admit di KPJ Specialist Kajang sebab nak operation buang tonsilitis dia yang dah terlalu besar.
Kebetulan yang sama juga berlaku ketika Gee call beritahu 'baby' tersebut baru selesai di edit, Waktu tu aku baru saja admit di Hospital Serdang sebab tiba2 kena serang apendik dan terpaksa dibedah. Cuma bezanya kes aku tidak dirancang tetapi kes anakku memang telah dirancang dari awal. Satu kebetulan atau memang suratan?
Tengoklah muka dia, macam sedih sangat. Bila sedar aje dia minta doktor pulangkan suara dia tapi yang hairannya lepas dah habis mamai ubat bius, dia boleh melompat-lompat dari atas katil turun ke bawah. Langsung tak rupa orang sakit. Aku pulak yang tak senang duduk tengok dia. Dah letih sangat, aku pula yang terlena atas katil tu, dia elok aje melompat-lompat main mainan yang Pak Usu dia belikan.
Esoknya, tak sabar nak tengok dan pegang, aku terus lari ke Alaf21 lepas discharge lebih kurang pukul 1.30tgh ini. Gembira...terharu..dan pelbagai rasa mewarnai hati tatkala melihat hasil kerja sendiri berada di depan mata.

Di bawah ni aku copy sinopsisnya untuk semua :
BUKAN kehendak Natasya menerima Zahim, tetapi itulah tanda pengorbanannya sebagai seorang anak. Perginya Zahim tanpa sepatah kata juga bukan pintanya, tetapi itulah hidup yang ditakdirkan ke atasnya. Bagi Natasya, andai takdir memisahkan mereka, takdir jugalah yang bakal menemukan mereka kembali. Jika diberi peluang meminta, akan dipinta agar mereka tidak dipertemukanlagi buat selama-lamanya. Mengapa perlu ada pertemuan lagi di saat hati sudah hampir merelakan perpisahan?
“Rasanya, ikatan ni langsung tak bererti buat kita berdua. Jalan yang terbaik, putuskan saja.”
Namun, takdir ALLAH tiada siapa yang dapat menduga. Kerana pengorbanan juga, sekali lagi dia terpaksa menerima Zahim kembali, tapi di saat dia mula mengecap rasa bahagia bersama, sekali lagi kepercayaannya dikhianati tanpa belas. Apakah semua pengorbanannya selama ini tidak memberi apa-apa makna pada Zahim? Lantas, apa sebenarnya yang dia mahukan? Kalau bahagia seorang suami bukan pada isteri, di mana letaknya bahagia itu?
Peliknya cinta... walau dilukai berkali-kali, hati masih mampu menyayangi. Sekalipun parut kelukaan itu mencacatkan, namun cinta di hati hanya akan berhenti bila nyawa dan roh diangkat ke langit. Dia percaya;
Peliknya cinta... walau dilukai berkali-kali, hati masih mampu menyayangi. Sekalipun parut kelukaan itu mencacatkan, namun cinta di hati hanya akan berhenti bila nyawa dan roh diangkat ke langit. Dia percaya;
“Isteri yang baik akan menerima suami seadanya. Isteri yang solehah akan mengikut kemahuan serta kehendak suami setulusnya dan isteri yang sempurna akan sentiasa cuba menyempurnakan diri sendiri demi kebahagiaan suaminya.”
Subscribe to:
Posts (Atom)
