FOLLOWERS

CINTA DARI HATI - Prolog

Melangkah ke ruang lobi bangunan Danau Crystal setelah tiga tahun meninggalkannya, Hareez seperti hilang daya untuk menarik nafas. Walaupun semua masih sama dan tidak berubah seperti kali terakhir dia mengambil keputusan untuk ke luar negara dulu, ianya seperti sudah menjadi asing baginya. Mungkin juga hatinya masih belum bersedia untuk kembali ke situ.

‘Bang, aku akan dihantar bertugas ke Dubai selama tiga bulan dan aku akan bawa family aku sekali.’

Itu pesanan melalui email yang dihantar Zhafran dua bulan lepas tetapi waktu itu dia masih teragak-agak untuk pulang.
        
    “Reez, papa admit kat hospital.  Baliklah Rezzzzz....” Berita kedua yang diterima dari suara mamanya yang menangis di talian buatkan dadanya bagai ditindih batu besar. Lantas, dia ambil keputusan untuk pulang.

            “Papa dah tak kuat Reez. Papa perlukan anak-anak papa untuk membantu. Papa tak mahu Danau Crystal yang papa usahakan dengan titik peluh sendiri berkubur begitu saja.” Suara lemah papa bernada rayuan itu telah mengikat kakinya untuk terus berpijak di bumi Malaysia ini dan sekaligus melupakan hasratnya untuk terus menimba ilmu di bumi Ratu. Kerana itu juga dia kembali menjejakkan kaki ke bangunan tersebut.

            Ikutkan hati, dia masih belum bersedia. Ya! hatinya belum cukup kuat untuk berdepan dengan kenangan lama. Tiga tahun dia tidak pernah pulang ke Malaysia dan tiga tahun itu masih belum cukup untuk dia melupakan seraut wajah bernama Lyana Amira.
          
  “Melarikan diri bukan cara terbaik untuk melupakan seseorang.” Kata nasihat teman serumahnya sewaktu di luar negara itu diakui kebenarannya saat ini.

Menatap seraut wajah lembut milik Lya, hatinya seperti disimbah asid menjadikan permukaanya berubah rupa dan bentuk. Melihat kemesraan wanita itu bersama Zhafran yang tertayang di depan mata, jiwa lelakinya bagai dicarik belati tajam. Sakitnya, tiada perkataan untuk digambarkan.

            Semua itu sudah cukup menjadikan hatinya tawar tanpa rasa untuk terus menetap di Malaysia. Tetapi, melihatkan papanya yang tidak sekuat dulu setelah diserang minor stroke, dia terpaksa mengunci kejap pintu hatinya dengan mangga yang paling besar supaya seluruh rasa yang bertebaran di dalamnya tidak mampu mengintai keluar.

            Melangkah perlahan ke lif lobi, pintu lif hampir tertutup tetapi jemarinya masih sempat menekan butang dan pintu terbuka kembali. Di dalamnya hanya ada seorang wanita muda.

            Masuk ke dalam, matanya menjeling wanita tersebut menghantar isyarat boleh-ke- belakang-sikit-tak? Sebabnya, dia nak tekan butang lif tapi wanita tersebut berdiri tegak betul-betul depan butang lif. Dah rupa macam penjaga butang lif pun ada. Kalau tersentuh, takut nanti dikata meraba di dalam lif.

            Namun, perempuan tersebut buat muka bodoh, masih tidak berganjak dari tempat berdiri sehingga pintu lif tertutup sendiri. Tak faham bahasa isyarat ke dia ni?

            “Excuse me, level four please.” Hareez bersuara.

            Sepantas kilat perempuan tersebut berpaling dengan jelingan maut menghantar isyarat ingat-aku-tukang-tekan-butang-lif-ke?

Namun, jemari runcingnya tetap juga bergerak menekan butang nombor empat.

            Hareez senyum. Tiba-tiba matanya gatal saja meneliti belakang wanita tersebut. Berskirt labuh warna hitam dipadankan dengan blouse paras punggung bercorak abstrak. Digayakan dengan tudung tiga layer rona warna yang sama. Ukuran badan boleh tahan, solid!

            Dari atas sampai ke bawah dan dari bawah naik ke atas matanya berlari. Tiba-tiba pandangannya termati pada bahu kanan.
           
 Gulp! Hareez telan liur. Baju wanita tersebut bagai terlondeh menampakkan bahu yag putih melepak dan tali bra halus berwarna hitam.
          
  Mmm..... inilah yang dikatakan, tidak wajib bertudung tetapi wajib menutup aurat. Mungkin juga leher bajunya agak lebar sehingga terlondeh dari bahu tetapi dek kerana tudung yang dipakai agak pendek, atas dari paras bahu, ia tidak berupaya menutupnya dari pandangan umum.

            Nak tegur atau tak nak? Hati Hareez berkata sendiri. Saat yang sama lif sudah tiba di tingkat empat dan dia melangkah untuk keluar. Tiba-tiba, langkah kakinya terhenti di depan pintu lif.

            “Cik adik....maaf, saya ternampak bahu awak.” Mulut Hareez terus bersuara.

            Sepantas kilat mata wanita tersebut beralih ke bahu sendiri. Oh! tidakkkk...Tangannya bergerak pantas menarik bahu baju naik ke atas.

            “And….the ‘blue colour’….” Hareez angkat sebelah kening .
            “I like it.” Dia terus berlalu pergi dengan senyuman nakal. Dah namanya pun lelaki, mana tak gatalnya bila tengok sesuatu yang tak sepatutnya di depan mata.



            Cis! Cis! Cis! Rasa malunya berguni-guni. Mahu rasanya dia kejar lelaki tersebut dan membutakan dua biji mata yang telah melihat sesuatu yang tidak sepatutnya. Tapi, nasib  baik lagi pintu lif sudah tertutup.

            Menyesal! Memang dia menyesal memilih baju yang berleher lebar tersebut hari ini. Namun, apakan daya, hanya itu saja baju yang tidak perlu bergosok. Pagi ini dia terlewat bangun dan perlu berkejar ke situ untuk sesi interview Pengarah Syarikat Danau Crystal bagi dimuatkan ke dalam ruangan tokoh korporat majalah Seleksi Biru.

YANG LUAR BIASA - Part 2


Yang luar biasa hari itu, penanda minyak sudah rapat ke huruf E tetapi Arissa masih tetap juga memandu keluar.

Serius, semenjak dapat lesen memandu dan dibelikan kereta oleh daddynya, Arissa tak pernah isi minyak kereta. Yang dia tahu, bawa kereta ke hulu ke hilir. Tiba tang isi minyak, orang lain tolong isikan.

"Nanti daddy belikan Risa kereta yang tak payah isi minyak."

"Ada ke daddy?"

"Ada. Kereta tolak."

Huh! Arissa pernah terkena begitu dengan daddynya. Sebabnya, bila minyak kereta  dah surut, driver daddylah yang menjadi mangsa selalu dia suruh tolong isikan minyak.

Tapi sehari dua ni, daddy dan mummy sibuk kalahkan menteri yang masuk calon bertanding pilihan raya kawasan. Makanya, driver yang namanya Pak Mad tu tak boleh diusik.

Bila tengah drive dan tiba-tiba penanda minyak sudah terkelip-kelip, nak tak nak,  dia terpaksa belokkan kereta masuk ke Petronas. Mula tu, salah masuk sebab terlupa tangki minyaknya belah mana. Ingatkan kanan, rupanya kiri.

Orang sebelah dah pandang semacam. Agaknya orang tu ingat dia bawa kereta pinjam. Lantaklah!
Alang-alang  dah berhenti di petronas, baik dia beli mineral water sebotol. Tadi tekak terasa haus tapi sebotol air pun tak ada dalam kereta. Melampau sungguh!

Baru sampai depan pintu kedai serbaneka Petronas, telefon bimbit berbunyi. Sahih panggilan dari Fetty. Sebabnya, dia memang dah lambat. Janji nak jumpa  pukul 10 pagi tapi, sekarang dah dekat pukul 12 tengahari. Meroyanlah minah tu.

Langkah  diteruskan tapi tangannya sibuk menyeluk handbag LV yang besar gedabak tu untuk mencari telefon yang sedang bernyanyi. Mata pula menunduk untuk mengintai ke dalam beg tersebut.
Tiba-tiba...

"Aduhhh!!!" Arissa terus jatuh terduduk. Skirt pendek yang dipakai sudah terselak sampai ke atas.
Oh! Tidakkkkkkk....tangannya cepat-cepat menarik skirt tersebut untuk menutup apa yang boleh ditutup.

"Misss... you okey ke?" lelaki yang tolak pintu kaca dengan kadar kelajuan luar biasa sehingga dia jatuh terjelepuk itu terus mencangkung di depannya.  

‘Okey hotak kau!’

Dia memang rasa nak jerit begitu tapi suara seperti berat untuk keluar. Sebabnya, dia lebih rasa nak menangis. Sebabnya, skirt yang dipakai terselak sehingga menampakkan apa yang tidak sepatutnya.

Arrrrghhhh!!! Stress!

Sungguh memalukan! dah la mamat yang mencangkung ni kacak gila. Mujur juga orang tak berapa ramai. Tapi, yang tak berapa ramai itulah yang sudah terjenguk-jenguk kecoh  ingin tahu.

‘Cuba pakai sopan sikit boleh tak?’ Tiba-tiba Arissa teringatkan pesan Zhariz. Kalaulah dia dengar pesanan tersebut.

"Misss.." panggilan si 'jejaka tolak pintu laju' mengembalikan lamunan Arissa. Rupanya dia masih belunjur di depan kedai serbaneka dan lelaki ‘kacak gila’ itu masih mencangkung di depannya.

"Aduhhhhhh..."  Arissa mula mengaduh sambil menelek siku yang sudah tercalar.

"Sakit ke?" soal si lelaki itu lagi.

"Kalau dah mengaduh tu sakit laaa... ingat sedap ke jatuh. Yang awak pergi tolak pintu laju-laju tu siapa suruh?" Arissa dah membentak. Rasa macam nak ketuk aje kepala lelaki ni dengan high heelnya

"Darlingggg.... what happened?" tiba-tiba kedengaran suara perempuan menegur.
Arissa mendongak. Kelihatan perempuan berambut blond sedang berdiri berhampiran mereka.

Isk!  Berapa ramai lelaki yang dipanggil ‘darling’ dalam dunia ni? Minah ni  mesti girlfriend 'mamat tolak pintu laju' ni.

"I tolak pintu terkena dia. You pergi tunggu kat kereta, nanti I datang." Lelaki tersebut terus memberi arahan sambil menghulurkan kunci kereta pada minah rambut blond tersebut.

"Mari I tolong you bangun."  Tanganya dihulur untuk membantu.

"Tak payah! saya boleh bangun sendiri." Arissa tepis tangan tersebut dan cuba untuk bangkit. Sakit di tangan, sakit di siku dan sakit di lutut tapi dia buat-buat tak ada apa-apa. Perasan jadi superwoman.

“Hah! Dah dia kata boleh bangun sendiri, you tak payahlah susah-susah. Jomlah darling, nanti kita lambat.”

“Kan I cakap tunggu kat kereta.”   Tak pasal-pasal lelaki tersebut tinggikan suara.

Wajah mencuka, minah rambut blond tu berlalu sambil hentak kaki. Ah! Dia peduli apa. Tak ada kena mengena dengan dia pun.

“Boleh tak?” Suara tiba-tiba berubah lembut menyoal dia. Isk! Kalau dia jadi minah tadi, memang sahih meroyan dapat lelaki macam gini.

            “Boleh!”

"Oh! okey, hati-hati... nanti terselak lagi." Lelaki tersebut angkat kening dan senyum senget.
Kurang Asam!! Muka dia yang putih gebu ni rasanya dah bertukar jadi merah. Malu dan marah.

"Skirt merah, yang dalam pun merah juga ya?" 

Arrrgghhhhhh!!!! Dia nak rasa nak cekik orang, nak bunuh orang pun ya juga.

Tapi... lelaki yang dia rasa nak bunuh tu  dah melangkah pergi. Oh! sumpah... dia tak akan pakai pendek-pendek lagi. Mungkin ini satu peringatan. Walau daddy dan mummynya tak pernah tegur tapi, Zhariz dah banyak kali tegur.

Oh Tuhan, jangan temukan lagi dia dengan lelaki itu. Dah la tolak pintu laju-laju, kurang asam pulak tu!
           

            TAK JADI keluar! Arissa halakan pemanduan pulang ke rumah sambil menghubungi Fetty membatalkan pertemuan. Bukan penting pun, nak berjimba kat Pavi sambil cuci mata.

            Masuk ke rumah, Arissa terus melangkah ke dapur. Sebelah tangan meraba siku yang masih terasa pedih dengan mulut berdesis.

            “Bibik!...Oooo bibik!”

            “Bibik kat belakang Risa. Ada apa tu, boleh Kak Ton bantu?” Kak Ton, pembantu rumah agam itu menjawab bagi pihak bibik.

            “Kak Ton, tolong ambil kotak first aid kejap.” Arissa terus duduk di kerusi. Siku yang tercalar menampakkan kesan darah ditelek.

            “Ya Allah! Rissa kena apa ni?”

            “Fist Aid Kit Kak Ton, Pleaseeeee…” Arissa sudah seperti memberi arahan. Dia tengah kepedihan, nak cerita panjang lebar lepas sapu ubat nanti.

            Mendengar suara Arissa yang begitu, Kak Ton cepat-cepat mendapatkan kotak ubatan dan diletakkan di atas meja berhampiran.

            “Sakit tak?” soal Kak Ton.

            “Tak Kak Ton, sedapppp…” Arissa ketap bibir. Orang tengah berdesis sakit, boleh lagi tanya soalan begitu. Sebiji macam ‘mamat tolak pintu laju’ tadi.          

            Kak Ton menyengih.

            “Kenapa yang boleh jadi begini?” soal Kak Ton lagi.

            “Jatuh. Kak Ton jangan sesekali buka mulut beritahu Mummy ya! Nanti dari siang sampai ke malam bebelanya….”   

            “Kenapa ni?” tiba-tiba ada suara menegur.

            Alamak! Arissa pantas bangkit berdiri. Kapas yang sudah dibasahkan dengan Dettol dan digunakan untuk membersihkan luka segera disembunyikan ke belakang.

            “Tak ada apa-apa. Kan, Kak Ton?” Arissa umpan Kak Ton untuk membantunya menutup apa yang sedang berlaku.

            “Errr.. Ha’ah.” Kak Ton terus berlalu. Agaknya tak mahu terlibat lebih jauh.

            “Bak sini abang tengok.” Lengan Arissa sudah disambar Zhariz. Macamlah dia tak nampak dan tak dengar. Nak menipu, tak agak-agak.

            “Kenapa ni?”

            “Jatuh…” Arissa tolak tangan Zhariz. Dia sudah terasa lain apabila ada sentuhan dalam keadaan yang rapat begitu.

Duduk dilabuhkan kembali dan pura-pura sibuk menelek siku yang tercalar tadi. Alang-alang lelaki ini dah tahu, baik tunjuk terus, tak payah sembunyi-sembunyi.

            “Macamana boleh jatuh?” Suara itu kedengaran lagi.

            Arissa mendongak. Wajah Zhariz ditenung tajam.

            “Boleh tak kalau tak banyak tanya? Orang tengah sakit ni.”

            “Mari sini abang tolong.” Zhariz sudah menarik kerusi di sebelah, ditelakkan rapat di depan tempat Arissa sedang duduk.

            “Eh! tak payah! Orang boleh buat sendiri.” Arissa larikan lengannya.
            “Degil macam ni yang abang tak suka.”
            “Kalau abang tak suka, apa orang boleh buat.”
            “Mulut jaga sikit, kang menyesal tak sudah.”
            Arissa kerut kening.

            “Bak sini Dettol tu.”

            “Isk! Orang ada dua tangan laaa…” Arissa masih enggan. Bukan mahu berdegil tetapi dia kurang selesa.

            “Nak bagi atau nak abang paksa.” Zhariz main aci ugut.

            Akhirnya, Arissa mengalah, menyerahkan sikunya untuk diubati Zhariz. Situasi begini bukan tidak pernah berlaku, rasanya sudah acap kali. Apa tidaknya, membesar dan bermain bersama dari kanak-kanak sehingga dewasa.

Zhariz itu sudah dianggap seperti abangnya sendiri. Tapi, semuanya seakan sudah berubah sejak peristiwa tempoh hari. Entah kenapa, tiba-tiba dia jadi canggung tatkala berdepan dengan lelaki ini.

            "Arrrggghh!.. sakitttt...." Arissa menjerit tetapi suaranya seakan merenget.

            “Sikit aje ni. Tahan sekejap.” Zhariz memujuk. Orang jarang dapat sakit, ginilah gayanya. Agaknya, seluruh badan  tak pernah ada calar.

            “Jadi perempuan, kena tahan rasa sakit. Esok-esok kalau beranak, sakitnya berpuluh kali ganda.”

Arissa panggung kepala. Apa kes tetiba timbul soal beranak pulak ni? Wajah Zhariz yang sedang tekun membersihkan luka di sikunya dipandang lama. Dari bibir yang sentiasa tersenyum naik ke hidung yang terletak cantik. Kemudian ke mata yang menggoda dan alis yang indah.

Tiba-tiba, Zhariz angkat wajah dan sinar mata itu buat jantung Arissa seperti gagla berfungsi beberapa saat. Oh! Tidakkkkk…

“Mmm.. kalau.. macam tu, tak mau beranaklah!” ayat tak berapa cerdik itu keluar dari bibir Arissa tanap diduga oleh akalnya.

“Tapi, abang nak anak. Kalau boleh empat orang, dua lelaki dan dua perempuan.”

Eh! apasal pula bercerita tentang anak dengan dia? Cakaplah dengan Ryana.

“Larat ke Kak Yana nak beranak sampai empat orang?” terpasul pula soalan itu dari mulut Arissa. Isk! Mulut ni pun suka menderhaka. Otak fikir lain, mulut cakap lain.

“Risa beranakkan anak abang boleh?” Zhariz sudah bangkit berdiri, mengemas peralatan first aid kit di atas meja.

Mata Arissa terkelip-kelip. Soalan apakah itu? Wajah Zhariz nampak bersahaja, tidak pula menunjukkan dia sedang bergurau.

YANG LUAR BIASA

Part 1


  
          Yang luar biasanya hari itu, tatkala matanya terpandangkan Zhariz yang baru melangkah masuk ke ruang tamu, hatinya terus dilanda debar. Peristiwa menggetarkan naluri di pagi tersebut menjengah sanubari.
          Ah! Dia hanya seorang abang. Anggap saja khilaf lelaki yang sentiasa diiring nafsu pada setiap langkahnya.
          “Nak ke mana?” soal Zhariz. Atas bawah matanya menelek Arissa.
          “Keluar.” Ringkas saja Arissa menjawab dan terus melangkah ke dapur.
Cari  sarapan lagi bagus dari menjadi tatapan mata lelaki itu. Serius, seram giler.
          “Ke mana?” kedengaran lagi suara itu dari arah belakang.
          “Jumpa kawan.”
          “Lelaki ke perempuan?”
          Arissa hentikan langkah di tengah laluan ke dapur dan toleh pandang ke belakang. Dia.. lelaki yang sudah papa anggap seperti anak sendiri, yang sudah seperti ahli keluarga di rumah ini, berdiri hampir di belakangnya.
          Arissa pusing mengadap Zhariz dan undur selangkah ke belakang. Kenapa tiba-tiba saja lelaki ini mahu mengambil tahu tentang dirinya? Lebih 24 tahun hidup dan selama itu juga dia sudah terbiasa dengan lelaki ini. Keluar masuk rumah sudah seperti keluarga sendiri. Tapi, selama ini, dia seperti halimunan.  Ada, tapi seperti tak pernah wujud.
          “Kalau perempuan kenapa? Kalau lelaki kenapa?”
Zhariz angkat kening, sekali lagi mata lelaki itu menelek Arissa atas dan bawah.
"Boleh tak cuba pakai sopan sikit?" Nadanya lembut tetapi ayatnya boleh buat telinga Arissa panas dan berasap.
Sekilas Arissa telek diri sendiri. Baby T biru bersama skirt pendek paras lutut juga berwarna biru.
Apa yang tak kena? Ini kan pakaian yang biasa dia pakai. Selama ni tak ada pulak yang menegur, kenapa tetiba hari ni mulut lelaki ini ringan menegur?
          "Orang tak beli guna duit abang. Suka hati laaa..." Arissa jeling sekilas sebelum mencebik dan ingin meneruskan langkah ke dapur.
"Memang tak guna duit abang tapi, abang tak suka tengok sesuatu yang tak sepatutnya abang tengok."
Sekali lagi langkah Arissa terbantut. Apa ke pelik benar ayat Zhariz ni? Bukan ke selama ini dia biasa pakai begini malah lebih pendek dari ini pun sudah biasa.
"My dear brother in-law-to-be.... orang tak suruh abang tengok pun. Tu... bakal isteri abang kat atas tu, selalupun shortsleeve jer, abang ada tegur?”
“Abang tegur Risa sebab abang ambil berat. Tak boleh?”
“Darlinggg… you dah sampai ke?” Suara jeritan dari atas membantutkan suara Arissa untuk membalas.
Senyap.
“Darlingggg… Suara you ke tu?” terdengar lagi jeritan dari tingkat atas banglo mewah itu.
“I dah lama sampai.” Suara Zhariz membalas tetapi matanya melekat pada si gadis di depannya.
Arissa julingkan mata ke atas dan terus melangkah ke dapur. Peti sejuk dibuka dan Peel Fresh Marigold perisa oren dikeluarkan. Langkah diatur menuju ke kabinet dapur untuk mendapatkan mug yang tersusun cantik di situ.
“Rissaaa…”
“Abang nak minum?” Arissa memintas, buat-buat macam tak ada apa-apa yang pernah berlaku antara mereka.
“Darlinggg….” Ryana sudah muncul di ruang tersebut. Seperti biasa, dengan skirt pendek dan ketat menampakkan bentuk pinggulnya. T’shirt putih jenama polo yang melekat kemas di badannya menampakkan seluruh isi dalam. Mmm..dah la pakai bra merah, baju pulak putih. Sendiri fikir laaaa….
Arissa jeling Zhariz yang menoleh ke arah Ryana. Huh! Suka la tu. Kalau dah namanya lelaki, terhidang depan mata, janganlah nak hipokrit kata tak suka.
“Kak! Nak ke mana?” Arissa beramah mesra. Hairan pula apabila melihat si kakak menarik bagasi sederhana kecil bersamanya.
“Dubai.”
“Dubai?” Arissa kerut kening.
“Bukan semalam baru balik ke? Hari ni pergi lagi?” soalnya. Baru semalam kakaknya tiba dari Australia, hari ni nak ke Dubai pula?
“Eh! Aku tak kacau kau kan? So! Tolong jangan kacau hidup aku boleh tak?”
Arissa angkat kepala. Mata Zhariz merangkap tunang si kakak jatuh ke wajahnya. Riak wajah lelaki itu seperti mahu memujuk dan memohon maaf bagi pihak si tunang atas kekasaran bahasa.
Ah! Dia tak hairan pun. Sudah terbiasa kena begitu. Dia dan Ryana hanya berdua beradik tapi sejak kecil memang tak pernah ngam. Dia memang selalu mengalah, tetapi si kakak macam tak pernah puas
Bisness keluarga langsung tak nak ambil tahu, sibuk mengejar glamor dunia modelling. Haih!
Kadangkala dia terfikir papanya tak adil. Si kakak boleh buat apa saja yang disukainya tapi dia, terpaksa mengikut aturan keluarga. Belajar juga mengikut jurusan yang papa pilih.
 “Dah, jom!”
Lugagge di tangan Ryana beralih ke tangan Zhariz dan mereka melangkah seiring keluar dari ruang dapur tersebut.
Fuh! Arissa lepaskan nafas lega. Duduk dilabuhkan ke kerusi. Peel Fresh orange yang dituang separuh mug dibawa ke bulut.
“Kalau nak keluar, tolong tukar pakai  sopan sikit.”
Buuurrrrr….
Habis tersembur minuman yang baru masuk ke mulut Arissa tatkala terdengar suara tersebut betul-betul di tepi telinganya. Bila masa pula mamat ni masuk semula? Mana perginya si kakak tadi?
“Apa masalah abang sebenarnya ni?” Suara Arissa keras tetapi masih perlahan, bimbang juga jika sampai ke telinga Ryana.
“Abang tak suka!”
Huh! Dari tadi, itu yang diulangnya.
“Abang suka atau tak, itu tak ada kena mengena dengan orang.”
“Boleh tak jangan degil?”
“Kalau orang nak degil juga?” Arissa tayang muka sarkastik.
“Mulut jaga.” Balas Zhariz geram. Wajahnya sudah didekatkan ke wajah Arissa. Kuat melawan betul!
“Heh!” Arissa tekup mulut sendiri sambil melarikan wajah ke belakang. Apa kes dia ni? Buang tabiat ke? Pelik sungguh perangainya.
“Abang jaga mulut abang tu dulu,” balas Arissa.
Sungguh, dia pelik dengan sikap abang sepupunya ini. Sebelum ini, tak ada pula begini. Dia seperti tak pernah wujud. Yang sering menjadi perhatian Zhariz dan kedua keluarga mereka adalah kakaknya, Ryana Nabila.
Ryana dan Zhariz lambang kemegahan keluarga mereka. Disatukan atas dasar tidak mahu harta mereka beralih pada orang lain. Dia sendiri tak tahu antara kakaknya dan Zhariz wujud istilah cinta atau tidak tetapi yang dia tahu, mereka berdua boleh terima antara satu sama lain. Siap bersayang dan berdarling bagai lagi.
“Ingat pesan abang.”
Zhariz terus berlalu.

Eh! Main ingat-ingat pulak. Tak kuasa la nak ingat.

SATU LAFAZ CINTA

Prolog


LANGKAH Hani Aleesya terhenti tatkala beberapa orang pelajar wanita menghadang perjalanannya. Hari itu dia sendirian tanpa Liza Wati. Sahabatnya itu tidak hadir ke sekolah kerana diserang cirit birit.
            “Ada apa?” Entah pada siapa ditujukan soalan tersebut tetapi satu persatu wajah yang pelbagai reaksi di depannya diteliti dengan kening berkerut.Siapa yang tidak kenal dengan Fareena Dato Othman and The Geng di sekolah ni? Tetapi persoalannya, kenapa Fareena tiba-tiba menghadang langkahnya dengan wajah seribu kebencian.
            “Aku tak mahu cerita banyak dan tak minat nak cakap banyak kali. Aku nak kau dengar baik-baik.” Fareena hentikan bicaranya di situ. Wajahnya di dekatkan ke wajah Hani sehingga gadis itu terpaksa melarikan kepalanya ke belakang.
            “Redza tu hak milik kekal aku dan kau jangan sesekali bermimpi untuk merampasnya. Apa saja yang berkaitan dengan dia tidak layak sama sekali untuk kau puja termasuklah gambarnya.” Nada perlahan tetapi penuh dengan amaran keuar dari bibir mungil Fareena.
Saat itu, Hani terasa wajahnya sudah tidak berdarah. Secepat inikah berita tersebar? Rasanya, baru petang semalam dia dimalukan di depan  rakan sekelas 5A1 oleh Redza Ashraf dan hari ini, Fareena and The Geng sudah mengetahuinya. Dia percaya, kalau beberapa wajah di depannya ini sudah tahu, bermakna seluruh pelajar sekolah ini juga pastinya sudah tahu. Sungguh memalukan.
Sekali lagi Hani memanggung kepala memandang empat lagi wajah lain yang bersama Fareena itu. Semuanya tersenyum sinis dan berbisik sesama sendiri.
“Far, aku rasa baik kau beli cermin besar-besar bagi budak ni. Biar dia cermin diri dia dulu sebelum bermimpi nak ada hati pada Redza. Mungkin lepas tengok cermin tu dia akan jadi sedar diri.” Saranan salah seorang dari teman Fareena yang berada di situ disambut oleh semua orang termasuklah Fareena dengan gelak besar.
Sungguh! Saat itu dia rasa terhina sekali. Buruk sangatkah dia sehingga harus diberi cermin untuk menilik diri sendiri? Dia seperti ingin mencari Redza dan memakinya cukup-cukup.  Kalau bukan kerana lelaki itu, pastinya semua orang tidak akan tahu.
Memang Redza itu sangat kacak dan menjadi pujaan segelintir besar pelajar di sekolah ini. Memang juga Fareena itu cantik dan  dikatakan sangat sepadan dengan Redza. Sementalah dia sering dilihat ke mana saja berdua bersama lelaki itu. Tetapi, kalau semua yang cantik pasangannya adalah yang kacak, bagaimana pula dengan yang kurang cantik sepertinya?

Ah! Memang dia sedar diri. Dia tidak langsung berniat untuk merampas Redza dari Fareena. Hatinya saja yang sudah terlanjur jatuh suka dan sering memuja. Namun, mulai saat ini, dia akan cuba menanam benih benci untuk lelaki itu. 

YANG LUAR BIASA

PROLOG

Yang luar biasa pagi itu, tatkala mata terbuka, perutnya terasa memberat seperti ditindih sesuatu. Dalam mamai, tangan cuba meraba. Tersentuh sesuatu yang berbulu halus seperti lengan.
          Hah! Berbulu? Mata terus terbuka luas. Otak masih lagging tapi telinga seperti terdengar dengkuran halus. Pantas kepala tertoleh ke arah datangnnya dengkuran tersebut.
          “Arrgghhh!!!!!” Arissa terjerit kuat dan spontan tubuhnya bangkit duduk menegak. Saat yang sama, orang yang berdengkur di sebelah turut bangkit.
          “Rissa…”
          “A..pa.. abang buat kat sini?” Tangan dia sudah Arissa tolak jauh-jauh. Serius, geli giler. Macam pegang ulat bulu pun ada.
          “Semalam Rissa demam, abang temankan.”
          Teman? Sampai ke bilik begini? Sampai tidur sekatil? Ambil kesempatan ke apa?
          Yang dia ingat, dia demam sejak semalam dan malam tadi adalah kemuncaknya sehingga dia langsung tidak berdaya untuk membuka mata. Dan malam tadi juga, lelaki ‘utusan’ daddy ini datang melawatnya.
          Arissa pandang wajah lelaki yang sudah terduduk di lantai dengan siku bertongkat di tilam. Kacak! Itu memang tidak dinafikan. Anak buah kesayangan daddy yang menjadi orang kepercayaan. Apa taknya, semua urusan dia di rantau orang ini, Zhariz yang uruskan termasuk datang melawat dia setiap tiga bulan sekali.
          “Rissa…are you okey?”
          Arissa raba dahi sendiri yang terasa sejuk. Okey! Ada cool fever tertepek di situ. Tentu Zhariz yang lekatkan.
          “Demam lagi ke?” tiba-tiba tangan Zhariz naik mahu menyentuh dahinya. Tindakan refleksi, kepala dia terus bergerak ke belakang dan tangannya spontan naik memegang lengan lelaki itu.
          Mata bertentang mata, hati tiba-tiba dilanda semilir. Tangan bersentuh mengalirkan arus.
          Entah berapa lama dan entah bila Zhariz bergerak duduk di depannya, yang dia sedar desah nafas lelaki itu sudah dekat di depan wajahnya.
          Arissa pejam mata, seolah merelakan apa yang bakal berlaku. Tapi, saat bibir saling bertemu, ada suara datang menyeru.
          ‘Jangan bermain api Arissa, dia itu bakal abang iparmu. Jangan berajakan nafsu, kelak musnah seluruh jiwa dan ragamu.’
Spontan tubuh yang sudah hampir merebahkan dia ke tilam itu ditolak kuat.
“Rissaaa…. Abang…”

“Abang kejiii!!!” Arissa terus menjerit. Bibir yang sudah tercemar digosok dengan lengan sendiri.