FOLLOWERS

Cerpen Versii Mengukir Bahagia....


Menunggu Zahim pulang, aku hanya duduk di ruang tamu melayan mata menonton TV. Hari ini Zahim pulang lewat. Sebelum ke pejabat pagi tadi dia sudah berpesan yang dia punya temujanji penting dan kemungkinan akan pulang lewat malam. Dia juga berpesan agar aku tidur terlebih dahulu.

Pun begitu aku tetap ingin menunggu kerana menunggu dan melayan suami dengan baik ketika dia  pulang ke rumah dalam keletihan merupakan satu pahala dan aku sentiasa ingin mengumpul pahala itu.

Sehingga jam melewati 12 tengah malam, bayang Zahim masih belum kelihatan dan aku mula terasa tidak tenang. Telefon bimbit di sisi aku capai untuk menghubunginya tetapi saat yang sama kedengaran bunyi enjin kereta berhenti di luar pagar rumah.

Pantas aku menjenguk skrin Ipad yang terletak di atas meja. Melalui skrin itu, aku boleh melihat imej yang dirakamkan oleh CCTV yang Zahim pasang di depan pagar rumah.

Melihat kereta yang tidak aku kenali, hatiku mula berdebar. Debarannya itu makin kuat apabila mataku terpandangkan Zahim yang keluar dari pintu duduk penumpang manakala seorang perempuan cantik keluar dari pintu duduk pemandu.

Tidak cukup dengan itu, perempuan tersebut siap menghantar suamiku dengan lambaian manja bersama senyuman menggoda. Oh! Tiba-tiba aku terasa jantungku terhenti berdenyut. Siapakah perempuan itu?

Tenang! Itulah yang cuba aku lakukan walau saat ini hatiku seperti ingin melompat keluar dari tempatnya. Melihat Zahim di muka pintu, aku hulurkan senyuman seperti biasa dan menyambut briefcase yang terbimbit ditangannya.

            “Mana kereta/” Soalan pembukaan terus aku ajukan padanya.
“Tayar pancit kat depan Marriot Hotel tu. Dah tengah malam malas nak tukar. Nasib baik Datuk Malik belum balik, dia tolong hantarkan.” Jawapan Zahim buatkan darah di tubuhku menyerbu ke muka. Sejak bila pula suamiku pandai berbohong?

“Datuk malik tu perempuan ke lelaki?” aku mula bernada sinis, menyoal soalan yang seperti tidak logic ditelinga sendiri.
            Zahim yang ingin bergerak naik ke atas terhenti langkahnya. Keningnya berkerut memandangku.

“Pelik jer soalan tu?” dia seperti meneka sendiri.
“Sebab Tasya bampak kat CCTV perempuan cantik yang hantar abang.” Aku pantas berterus terang sebelum Zahim menyoal lebih lanjut. Berdebat dengan lawyer berpengalaman, aku pastinya kalah sebelum melangkah.

“Oh! Tu anak dia yang bawa kereta. Datok Malik dengan isterinya duduk kat belakang.” Jawapan Zahim masih belum mampu melenyapkan curigaku. Alasankah itu atau sememangnya satu kebenaran. Aku memang tidak kenal siapa Datok Malik yang diperkatakan Zahim tetapi aku meneka ia tentulah klien istimewa yang ditemui suamiku malam ini kerana itu yang diberitahu padaku pagi tadi.

“Kenapa?” Zahim angkat kening.
“Kenapa apa?” soalku kembali, tidak faham dengan soalannya.
“Muka macam tak puas hati.”

Aku diam tidak menjawab. Memang aku tak puas hati dan selebihnya cemburu. Ya! Siapa yang tidak cemburu apabila melihat perempuan cantik menghartar suaminya  pulang sehingga depan pintu pagar bersama lambaian manja. Kalau ada pun, perempuan itu pastinya tidak normal atau perkahwinan mereka tentunya di atas dasar paksa.

Rasanya, memiliki lelaki sekacak dan sehebat Zahim adalah idaman semua perempuan di atas muka bumi ini. Kalau ada pun perempuan yang tidak ingin lelaki seperti Zahim itu, tentu sekali ada sesuatu yang tidak kena pada perempuan itu. Lantas, ianya sesuatu yang amat logik jika aku menyimpan rasa cemburu.

“Kalau betul tak puasa hati, abang nak cakap apa?” aku cuba mencabarnya.
“I like it.” Pantas dia menjawab tanpa perlu berfikir walau sesaat.
Aku pandang dia, terpegun dengan jawapan spontan yang keluar dari bibir seksinya itu.

“Tak puas hati tu sebab cemburu dan cemburu Tasya tu penuh dengan kasih sayang.” sambung Zahim bersama senyuman menggoda.

Aku terkedu. Rasa ingin menyorokkan muka kerana belum apa-apa Zahim sudah mampu meneka apa yang ada di hatiku. Itulah istimewanya lelaki yang bernama Zahim Izkandar ini.

Zahim berpatah balik mendapatkan aku yang berada beberapa langkah di belakangnya. Breifcasenya yang aku pegang diambil kembali. Sebelah lagi tangannya mencapai tanganku dan jemarinya terus menyulam jemariku. Oh! Moga dosa dosa terus berguguran dari celahan jemari kami yang bersulam itu.
            Dia tatap wajahku penuh kasih sayang dan aku berdoa dalam hati moga rumahtangga kami sentiasa dirahmati kerana suami dan isteri yang memandang dengan penuh kasih sayang akan dipandang Alla s.w.t dengan penuh rahmat. Aminnnn.

“Jom!” Zahim tiba-tiba mengajak.
Aku angkat kening, hairan dan terkejut datang serentak. Nak kemana pulak malam buta ni?
“Make love. Nak tak?” Zahim senyum.
Aku cubit lengannya sambil menyimpan rasa malu. Walau sudah punya anak dua, aku masih terasa malu bila menyentuh bab-bab begini. Apa tidaknya, Zahim kuat mengusik. Ada saja bahan yang nak dijadikan bahan usikan.
“Nak tak ni? Kalau tak nak, abang paksa,” gesa Zahim
“Eeeee.. abang tak penat ke?” soalku. Menatap wajahnya yang lesu, aku tahu dia kepenatan.
“Kalau make love dengan isteri abang yang cantik ni, soal penat memang harus tolak ke tepi.” Dia berbisik nakal.
“Malam ni abang nak buat tanda merah paling besar. Sayang pilih jer nak kat leher atau kat dada,” sambungnya lagi, nada mengusik.
“Alaaaaaaaa… tak mau!”
“Nak jugak.” Dia sudah memaut pinggangku dan aku……



SESUDAH bersolat subuh, Zahim menarikku ke katil. Dia rebahkan badan dan mamaut tubuhku rebah bersamanya. Sebelum sempat berbuat apa-apa dia tarik aku rapat padanya. Tanpa suara, dia diam memelukku dari arah belakang.

Sudah terbiasa, kalau begini lagaknya, aku memang tidak berpeluang untuk lepas selagi dia tidak terlelap. Kerana itu, aku turutkan saja rentaknya, diam sambil menghayati kehangatan kasihnya mengalir melalui pelukan itu.

Tidak lama, dengkuran halusnya kedengaran di telingaku. Ini bermakna dia sudah tertidur. Perlahan, aku leraikan pelukannya dan bergerak sedikit menjauh sambil berpusing mengadap ke arahnya. Nampak sangat dia keletihan. Kalau tidak kerana letih, dia takkan tidur kembali selepas subuh walaupun hari minggu.

Wajahnya yang bersih tanpa secalit parut itu aku tenung dalam. Semua yang ada di wajahnya itu aku suka. Keningnya yang lebat, mata dan hidung serta bibirnya tidak puas dipandang. Cuma sejak akhir-akhir ini dia suka menyiman janggut sejemput dan aku sering bising agar dia membuangnya. Memang aku tidak tidak gemar. Geli!

“Geli la best!” itulah jawapannya bila aku mengomel. Suka buat aku geram.

“Sayang tak suka takpe, ramai lagi yang suka tengok abang macam ni tau!” dia menyambung sambil mengenyit mata. Isk! Ayat memang nak cari gaduh!

Melihat dia yang begitu lena, aku bergerak untuk turun ke bawah. Hujung minggu, anak-anak masih lena, lebih baik aku ambil kesempatan ini untuk menyediakan sarapan pagi yang agak special. Zahim suka sambal udang letak sedikit belacan dan aku merancang untuk menyediakan nasi lemak sambal udang.

Di dapur, aku lincah dengan kerja-kerja memasak. Lagi bagus jika sempat siap sebelum orang kesayanganku yang bertiga itu bangkit.

Pun begitu, sebelum sempat sambal udang di atas dapur mendidih, Zahim bersama anak-anak kami sudah muncul di dapur. Qistina di atas dokongannya manakala Qaisara mengekor dari belakang. Semuanya sudah siap mandi dengan baju yang sudah bertukar. Kebiasaan Zahim yang aku suka, dia akan pastikan anak-anak mandi selepas bangkit dari tidur dan dia sendiri yang akan menguruskan anak-anak jika aku sibuk di dapur.

“Morning sayang.” Zahim datang dekat padaku dan menghadiahkan secubit kasih di pipiku untuk bekal di pagi hari.

“Apa yang abang nak kena tolong?” soalan biasa yang sering dia ajukan apabila melihat aku sibuk menyediakan makanan untuk kami sekeluarga.

“Dah nak siap. Abang potong timun jer la.” Aku memberi arahan sambil memandang ke arah timun yang sudah aku keluarkan dari peti sejuk.

Tanpa banyak soalan, Zahim terus mendudukkan Qistina ke atas kabinet dapur bersebelahan timun dan tempat pemotong yang aku letak tadi. Melihat adiknya begitu, Qaisara pula merengek untuk naik dan duduk di  tempat yang sama. Lantas Zahim mengangkat dan mendudukkannya di sebelah kanan, di tengah-tengahnya ialah timun yang ingin dipotong Zahim.

Tidak jauh dari situ, aku hanya memerhati Zahim melayan anak-anak kami. Sifatnya yang aku kagum, dia pandai melayan anak-anak berbanding aku yang cepat baran bila anak-anak meminta yang bukan-bukan.

Sambil memotong timun, Zahim melayan Qaisara dan Qistina bersembang dan bertanya macam-macam.

“Kenapa papa garis-garis macam tu?” Qaisara bertanya apabila melihat Zahim melorek timun yang telah di buang kulitnya.

“Supaya nampak cantik.” Jawab Zahim sambil meneruskan kerjanya.

“Kenapa nak kena cantik. Itu kita nak makan jer kan? Bukan nak buat pameran.” Petah Qaisara bersoal jawab.

“Memang la nak makan. Tapi kalau nampak cantik, kita akan lebih tertarik dan seterusnya akan menjadi teruja untuk makan. Macam mama yang cantik, sebab tu papa tertarik.” Zahim senyum dihujung bicaranya sambil menjeling ke arahku.

“Oooo... papa tertarik pada mama sebab mama cantik yer? Kalau macam tu, ada tak papa teruja untuk makan mama?” lurus Qaisara bertanya. Aku dan Zahim saling berpandangan. Melihat Zahim yang sedang menahan tawa, aku sudah melambakkan tawa.

Melihat aku yang ketawa, Zahim terus melangkah ke arahku dan aku pantas menekup mulut tatkala melihat wajah Zahim yang seolah ingin mengenakan aku.....


Aku ingin lari tatkala Zahim makin mendekat tetapi dia lebih pantas memaut pinggangku memaksa aku terus berdiri di situ.

“Gelakkan abang yer?”
Aku sambung gelak mendengar suara Zahim yang penuh nada geram itu.

“Papa memang selalu teruja nak makan mama. Lepas makan sambal udang ni, papa nak makan mama pulak.” Zahim berbisik di tepi telingaku.

“Eeeee... papa ni! Sara tanya tak jawab, pegi peluk mama pulak!” Qaisara bersuara tak puas hati.

Zahim gelak dan terus melepaskan pelukannya. Dia melangkah kembali ke tempat anak-anak yang masih bertenggek di atas kabinet.

“Sara tanya apa tadi? Papa dah lupa.” Tanya Zahim sambil meneruskan kerja yang tergendala tadi.

“Mmmm... dah peluk mama tu, lupa segala.” Qaisara mengomel.

“Oh! Ya... pasal makan tu. Papa memang hari-hari teruja dengan mama. Tapi sebab mama tu bukan makanan, boleh tengok ajelah.” Zahim lirik ke arahku.

“Tapi Sara tengok papa selalu peluk mama. Bukan tengok aje.” Omel Qaisara lagi mengundang gelakku. Aduhai anakku.... kalau dah mula bersoal jawab, tak ubah macam papanya.

“Mestilah nak kena peluk. Sebab pelukkan tu sebagai salah satu cara kita memberi dan menunjukkan kasih sayang.” Ada saja idea Zahim untuk menjawab.

Hanya setakat itu yang aku dengar kerana selepas itu aku sudah bergerak ke ruang makan untuk menghidang sambal udang.

Seketika kemudian, Zahim dan anak-anak mengekor ke ruang yang sama bersama timun yang telah dipotong tadi.

Duduk di meja makan, Zahim mula buat perangai. Baru saja aku menyenduk nasi, kakinya bergerak ke atas kakiku. Aku kuis perlahan tetapi dia gerakkan pula menggesel betisnya ke betisku. Isk! Perangai ulat bulunya sudah datang. Geram aje aku nak menendang kerana bulu-bulu di kakinya itu membuatkan aku geli. Kalau dia buat begini ketika kami duduk di sofa, bulu kakinya itu akan menjadi mangsa tarikanku sehingga dia menjerit.

“Siang buta ni bang, anak-anak pun ada,” ujarku sambil menyuap nasi lemak ke mulut. Faham sangat dengan bahasa isyaratnya.

“Takpe, anak-anak boleh dihantar ke rumah papa.” Zahim sengih.

“Sara... lepas sarapan ni kita ke rumah atok yer. Sara dengan adik duduk sana, mama dengan papa ada kerja sikit.” Zahim bersuara pada Qaisara pula. Aku kerutkan kening memandangnya.

“Yey! Dah lama tak jumpa atok.” Qaisara bersorak. Suka sangat kalau ke rumah atoknya. Apa tidaknya, semua kehendaknya dilayan macam puteri raja.

Zahim sengih lagi sambil melirik ke arahku. Keningnya diangkat-angkat menyerlahkan kenakalannya.

“Kan baru malam tadi...”

“Kalau boleh setiap jam, setiap minit dan setiap saat, abang tak pernah jemu.” Zahim memintas bicaraku dalam nada berbisik.

“Papa dengan mama bisik-bisik apa? Tak baik tau berbisik depan orang ramai.” Qaisara menegur. Entah dari manalah dia ambil fakta sebegitu.

“Itu kalau bisik mengumpat orang. Papa bukan mengumpat.” Zahim membalas. Udang yang sudah dikopek kulitnya di atur ke atas pinggan Qaisara. Satu lagi sifat terpuji Zahim, dia akan melayan anak-anak makan sebelum mengenyangkan perutnya.

“Sayang nak abang kopekkan juga ke?” soal Zahim padaku.

“Kenapa Sara dengar papa selalu panggil mama sayang? Nama mama bukannya sayang.” Qaisara mencelah dengan soalan sebelum sempat aku menjawab soalan Zahim.

“Sebab papa sayang mama.” Bersahaja tetapi penuh yakin Zahim menjawab.

“Ooo.. kalau macam tu, maknanya perempuan yang telefon papa masa kat atas tadi tu sayang papalah yer, sebab Sara dengar dia pun panggil papa sayang?” kenyataan dan soalan yang keluar dari bibis Qaisara membuatkan suapanku terhenti. Pantas pandanganku tertancap ke wajah Zahim yang terpaku memandnag Qaisara.

Perempuan mana? Otakku terus bersoal sendiri. Hati pula bagai dipalu kuat mengundang getaran.

“Perempuan mana pulak ni Sara?” Aku cuba berlagak biasa untuk mengorek rahsia. Zahim kalih pandangan ke arahku. Dia ingin bersuara tetapi Qaisara mendahuluinya.

“Masa belum turun tadi, telefon papa bunyi. Masa tu papa tengah mandikan adik, Sara pun jawab laaa....” Qaisara bercerita.

“Tapi, Sara belum sempat bagi salam, perempuan tu terus cakap ‘Good Morning Sayanggggg...’” Qaisara menyambung. Lenggok suara bersama gayanya sekali meniru cara perempuan tersebut bercakap sangat kelakar tetapi aku seperti tidak berdaya untuk ketawa. Usahkan ketawa, tersenyumpun aku sudah tidak mampu. Yang ada di kepalaku saat ini, siapakah perempuan yang begitu berani menelefon ke telefon bimbit suamiku dan begitu berani memanggil suamiku dengan panggilan sayang. Bagi aku, panggilan tersebut hanya layak untuk aku seorang sahaja. Dalam soal begini, kita harus menjadi tamak dan kedekut.

Cerita yang Qaisara bawa itu walaupun nampak remeh tetapi sudah mampu mematikan seleraku. Lantas aku letakkan sudu ke pinggan dan aku bangkit untuk ke dapur. Tujuannya, untuk meredakan gelora yang begitu pantas menerjah di dada.

“Sayanggg...” Zahim menyambar tanganku dan meminta aku duduk kembali.

Melihat Qaisara dan Qistina yang sudah terpinga-pinga memandang kami, aku duduk kembali. Kalau boleh, aku tidak mahu anak-anak melihat ketegangan antara kami. Walau saat ini mukaku memang sudah ketat, aku cuba bersabar.

“Abang jelaskan lepas makan nanti,” ujar Zahim.

Aku diam tidak memberi reaksi, tunduk merenung butiran nasi di pinggan. Kenapa setelah terbuka baru ingin menjelaskan? Hatiku mula mengesyaki sesuatu.

“Sayangggg...” Zahim gosok lenganku tanda memujuk tapi aku masih lagi diam tanpa sebarang reaksi.

“Janganlah macam niiii....” nadanya masih memujuk. Dia juga sudah berhenti makan walau nasi masih banyak berbaki di dalam pinggan.

Aku pandang wajahnya. Air jernih seperti meminta izin untuk keluar dari kelopak mata tetapi cuba  kutahan sekuat mungkin.

“Makanlah.” Perlahan saja suaraku agar dia meneruskan sarapan kegemarannya.

“Sara dah sudah ke belum?” Zahim alihkan pandangan ke arah Qaisara yang terlopong memandang kami. Agaknya dia sudah mula perasan mood mama dan papanya yang sudah berubah.

“Kalau dah siap, pergi cuci tangan. Bawa pinggan sekali ke sinki.” Zahim memberi arahan dan Qaisara terus bangkit mengikut arahan tersebut.

Sebaik Qaisara terlindung dari pandangan, Zahim paut jemariku dan dibawa ke bibirnya. Berkali-kali dia kucup telapak tanganku.

Ya! Telapak tangan, bukan belakang tangan. Di akhir kucupan, dia lekatkan telapak tanganku ke wajahnya agak lama membuatkan aku bagai tidak berupaya menyedut udara untuk bernafas. Apakah ini petanda yang dia akan memberitahu sesuatu yang akan menyebabkan aku kehilangannya?

Pantas pelbagai persoalan menerjah pemikiran. Bagaimana kalau aku harus kehilangannya? Dari segi keewangan aku memang tidak punya masalah kerana separuh dari harta kekayaan miliknya sudah diletakkan ke atas namaku. Tetapi, di mana aku ingin mencari lelaki sepertinya? Kerana aku yakin, aku takkan jumpa lelaki sepertinya walau sampai ke hujung dunia aku mengembara. Aku sangat pasti tentang itu.

“Abang cakap yang jujur. Walau pahit, kejujuran penting buat Tasya.”

Sebelum sempat Zahim membuka mulut, Qistina sudah merengek. Tangan dan mulutnya comot dengan nasi.



ZAHIM capai tanganku, menarik aku agar duduk di sebelahnya di sofa. Tanda protes, aku mengensot sedikit menjauh. Kalau boleh aku tidak ingin berada dekat dengan Zahim waktu ini kerana bimbang hatiku yang tidak tenang ini akan mendorongku mengeluarkan bicara yang bukan-bukan.
            “Perempuan tu…..” Zahim pandang ke sisi wajahku.
            “Sebenarnya Maria, anak Datok Malik. Mereka dalam proses menyaman bekas suami Maria dan minta abang ambil kes tersebut.” Sambung Zahim, memberi penjelasan.
            Bekas suami?? Dari pandangan lurus ke depan, kepalaku spontan tertoleh ke arah Zahim. Oh! Aku jadi mati kata. Bermakna perempuan tu janda dan mungkinkah dia sedang cuba menggoda suamiku? Benarkah apa yang dikatakan suami Dato Malik itu klien istimewa? Atau bakal diangkat pangkatnya menjadi bakal mertua?
            Mungkinkah aku akan melalui saat-saat kritikal lagi? Mungkinkah waktu-waktu bahagia kami sudah hampir menemui jalan penamat? Tidak!! Aku tidak sanggup untuk memikirkan kemungkinannya. Aku tidak sanggup membayangkan di hati Zahim ada insan lain selain diriku.
            Tiba-tiba, mataku jadi bergenang. Wajah terus aku kalihkan lurus ke depan. Dadaku mula sesak. Nafasku jadi berat untu di sedut dan dihembus keluar. Tuhan! Aku ingin selamanya ada di samping suamiku, menyanyangi dan disayangi sehingga sampai ke nafas terakhirku. Tetapi, aku ini manusia tamak dan tidak rela untuk berkongsi apa yang sudah menjadi hakku.
            “Sayanggggg…” Dari duduk selari, Zahim separuh bersila di atas sofa mengadap ke arahku. Menunjuk rasa hati, aku tarik tanganku yang digenggamnya tetapi dia enggan melepaskan.
            Aku tetap diam walau berkali dia memanggilku dengan panggilan begitu. Kalau sebelum ini, setiap kali dia menyebut begitu, hatiku akan jadi bergetar tetapi tidak pula untuk kali ini.
            Segala rasa seperti beradun sebati. Aku tidak boleh menyalahkan orang lain kerana kalau suamiku sendiri yang melayan, takkan perempuan itu begitu berani memanggil sayang.
            “Sayang senyap macam ni buat abang rasa macam orang bersalah dalam kandang mahkamah.” Ucap Zahim.
            Aku tetap diam. Kalau dia rasa seperti di dalam kandang pesalah, aku ini sudah rasa seperti mengadap tuan hakim yang akan menjatuhkan hukum.
            Kernaa air mataku sudah meminta izin untuk menyentuh pipi, aku pantas bangkit tetapi tindakan Zahim yang menarik lenganku membuatkan aku jatuh terduduk di atas ribanya. Tanpa memberi peluang untuk aku bangun, dia segera memelukku erat.
            “Papaaaa!!!!” jeritan Qaisara menghentikan rontaanku yang cuba untuk melepaskan diri. Pandangan kami serentak terarah pada  Qaisara yang sudah berdiri hampir di situ. Aku terus bangkit dari ribaannya.
            “Cakap nak pergi rumah atukkkk.” Qaisara sudah merengek. Manja sungguh kalau dengan papanya. Si kecil pula sudah terkedek-kedek datang menyusuli kakaknya.
            “Abang hantar anak-anak dulu ya?” ujar Zahim yang juga turut bangun berdiri.
            “Tak payahlah!” Aku membantah.
            “Janganlah macam niiii….” Zahim cuba memujuk.
            “Sara call atok cakap kita makan tengahari kat sana.” Aku tidak perduli dengan pujukan Zahim. Hatiku seperti tidak berapa tenang dan aku perlukan mencari ketenangan itu. Tempat paling mudah ialah rumah mertuaku.
            “Okey mama.” Sahut Qaisara sebelum berlarike arah telefon.
            “Lepas tu pergi tukar baju, kejap lagi kita keluar.” Jeritku dan kemudiannya mencapai tangan Qistina menujuk ke atas untuk menyiapkan dia sebelum menyiapkan diri untuk keluar. Aku akan membawa anak-anak ke sana dan akan duduk di sana sehingga petang. Tak kisahlah sama ada Zahim ikut atau tidak.
            Masuk saja ke bilik, Zahim sudah menyusuliku. Dia pantas menarik Qistina dari peganganku.
            “Biar abang siapkan anak. Sayang pergi bersiap.” Ujar Zahim.
            Aku berfikir sesaat. Pastinya dia tidak mahu menyertai kami. Entah kenapa, Hatiku yang sudah sedia kecil makin menjadi kecil.
            Selesai segalanya, aku lihat Zahim terus mencapai kunci keretanya di atas meja dan memimpin tangan Qistina.
            “Jom!” Dia menoleh ke arahku yang masih memaku kaki di lantai.
            Aku jadi teragak-agak. Dia nak pergi sama ke? Atau dia nak hantar kami saja. Otakku berputar mencari jawapan.
            “Kenapa?” Soalnya setelah melihat wajahku yang mungkin nampak pelik.
            “Nak pergi juga ke?” soalku spontan tanpa selindung.
            “Habis tu, takkan abang nak tercangak kat rumah ni sorang-sorang,” tukas Zahim.
            Kemudian, sebuah senyuman terukir dibibirnya. Tapi, kenapa aku nampaknya senyumannya lain macam?
            Dia melangkah ke arahku, berdiri hampir di depanku. Tanpa sempat aku mengelak, sebuah ciuman ringkas singgah di pipiku.
            “Kat rumah papa lagi senang kita nak make love. Anak-anak kan ramai orang orang nak tolong tengokkan.” Zahim bersuara perlahan tetapi masih sempat ditangkap telingaku.
           
            Bulat mataku memandangnya yang sudah tergelak kecil sambil melangkah menuju ke arah pintu. Oh! Semudah itukah dia melupakan apa yang sedang kami bicarakan tadi?
            Walau tidak setuju dengan perancangannya, aku mengikut jua. Dari rumah sehinggalah tiba di rumah mertuaku, aku hanya diam tanpa suara. Hanya Zahim yang tidak henti bercakap melayan anak-anak yang menyoal itu dan ini.
            Sebaik membuka pintu kereta, Qaisara terus berlari ke dalam. Bapa mertuaku terus mengangkat Qistina dan mencium pipi mulus anak kami. Melihat semua itu, aku jadi terharu. Bapa mertua yang sangat penyayang dan ke mana jatuhnya kuah kalau bukan ke nasi. Begitulah juga Zahim, melihat mertuaku seolah aku melihat Zahim versi tua.
            “Sayanggg…” Zahim memanggil. Saat itu baru aku sedar semua orang sudah masuk ke dalam rumah, tinggal aku dan Zahim saja masih di kereta.
            Zahim capai tanganku, jalan seiring masuk ke dalam rumah. Sesekali dia menjeling ke wajahku.
            “Seronok Mak Jah tengok kamu berdua ni, macam pengantin baru.” Mak jah, orang gaji yang sudah aku anggap seperti emak sendiri menegur saat menyambut salamku di depan pintu utama. Mak Jah dan suaminya Pak Mail menjadi pembantu bapa mertuaku sejak lama dulu sehinggalah ke hari ini.
            “Nak ke mana pulak tu?” Zahim tarik tanganku apabila aku mula melangkah mengekor Mak Jah untuk ke dapur. Anak-anakku yang berdua itu sudah menghilang bersama datuknya.
            “Mak Jah, pengantin baru nak naik ke bilik kejap ya. Mak Jah tolong tengok-tengokkan Qistina boleh kan.” Zahim melaung. Mak Jah yang terhenti langkahnya sudah ketawa dengan gurauan Zahim. Pun begitu, aku tahu itu bukan sekadar gurauan semata-mata.
            Walau hatiku memperotes, aku tetap juga terpaksa mengikut langkah Zahim naik ke bilik kami. Bilik itu sebenarnya bilik Zahim yang menjadi tempat kami beradu apabila bermalam di sini.
            Sebaik pintu tertutup, Zahim terus menguncinya dari dalam. Langsir kalis cahaya yang digunakan menjadikan suasana di dalam bilik tersebut seperti waktu dinihari, bukan siang hari.
Tanpa sempat aku berbuat apa-apa, pinggangku telah dipaut dari belakang dan dua tangannya terus memelukku kejap. Dagunya di sangkut ke atas bahuku sambil tangannya bergerak merungkaikan tudung yang aku pakai
            Kami diam tanpa suara, hanya hati kami yang berbicara. Seketika kemudian, bibir Zahim bergerak mengucup leherku yang terdedah. Saat itu, mataku terus terpejam. Seperti tidak rela dia melakukan begitu ketika aku tidak pasti di mana letaknya hati dia waktu ini.
            “Sssyyyy….” Dia berbisik perlahan ketika aku cubamerungkaikan pelukannya
“Give me 10 second, pleaseeee….” Dia seperti merayu. Nafasnya disedut dalam.
Aku diam lagi. Bukan hanya sepuluh saat malah sudah hampir sepuluh minit dia mengunciku di dalam pelukannya sambil berdiri begitu.
Setelah merungkaikan pelukan, dia tarik aku ke katil dan kami sama-sama duduk di situ. Tanganku masih erat di dalam genggamannya.
“Abang tahu Tasya masih tak puas hati dengan penjelasan abang. Tapi, abang nak tanya satu soalan.” Dia hentikan bicaranya di situ, wajahku ditenung dalam samar cahaya.
“Bahagian mana yang Tasya raya kasih dan cinta abang masih kurang buat Tasya? Apa yang Tasya rasa masih tidak cukup yang abang belum bagi Tasya? Apa yang menyebabkan Tasya rasa abang akan belah hati abang untuk diberi pada orang lain?”
Aku terkedu. Dia telah tahu apa yang ada di hatiku tanpa perlu aku meluahkan melalui kata-kata. Itulah keistimewaan yang selalu ada pada Zahim.\
Tidak! Semuanya cukup. Tidak ada yang kurang pada kasih sayangnya. Tida ada yang cacat pada cintanya untukku. Hatiku menjerit kuat.
“Sesuatu yang Tasya harus tahu…..”Zahim diam sejenak.
“Kalau harus mati pun, abang sanggup mati untuk Tasya. Jadi, tiada sebab untuk abang buat sesuatu yang akan melukakan hati Tasya.” Sambungnnya, buatkan dadaku kembali sesak. Aku ingin menangis. Bukan sebab sedih tetapi aku terharu mendengar bicaranya.
“Percayalah sayanggg…. Walau datang bidadari beratur depan abang pun, mata abang ni tetap nampak Tasya, hati abang ni Tasya dah kunci kuat-kuat, dah tak boleh nak buka oleh sesiapa pun.”
“Jadi, tak usahlah nak risau apa-apa. Biarlah berjuta wanita kat dunia ni nak panggil abang sayang sekali pun. Yang abang tahu, abang Cuma sayang dan cintakan Tasya saja. Yang abang tahu, abang hanya nak Tasya jadi isteri abang dunia dan juga akhirat. Yang lainnya, abang tak mahu ambil tahu.” Panjang bicara Zahim buatkan aku makin sukar untuk bernafas.
“Bangggg…”  hanya itu yang mampu aku keluarkan dari kerongkong. Suaraku sudah menjadi serak.
“Tasya bukan nak menuduh abang. Tapi…. Tasya takut kalau-kalau abang berubah hati dan tinggalkan kami. Abang pun tahu Tasya tak punya sesiapa lagi kat dunia ni. Hanya abang tempat Tasya bergantung dan menumpang kasih sebelum Tuhan ambil nyawa ni.” Aku sudah tersedu.
“Syyyy… “ dia menarikku ke dalam pelukannya.
            “Syurga yang sayang ciptakan untuk abang dah cukup manis, tak perlu tambah gula atau madu lagi. Dah cukup segala rasa, tak perlu tambah apa-apa lagi.” Bisiknya perlahan di tepi telingaku membuatkan tangisku makin kuat berlagu.
            Seperti selalu, Zahim pujuk tangisku dengan belaiannya. Seperti selalu, jemarinya member impak yang cukup kuat terhadap tubuhku. Cukup dengan hanya berada di dalam pelukannya, hatiku sudah mampu menjadi tenang, setenangnya.
            “I love you more than everything.” Bisik Zahim perlahan sebaik tangisku reda. Bibirnya bergerak perlahan mencari leherku. Nafasnya yang panas terasa hangat di leherku membuatkan bulu romaku tegak berdiri.
            Dan… beberapa saat selepas itu, kami rebah bersama di atas tilam empuk yang sentiasa menjadi saksi dua hati bersatu menyemai benih bahagia.
            Tuhan! Terima kasih kerana temukan hati kami dan terima kasih kerana temukan aku dengan dia yang amat membahagiakan.
            

CBM - Special

Nazurah tolak kepalaku.
"Kau ni kayu ke batu? Dah berbulan duduk sebumbung, tak pernah jadi apa-apa lagi. Tak ada perasaan ke kau?"

"Eh! Perempuan, aku ni gadis sunti yang suci murni tau! Kalau dia sebagai lelaki berlagak macam kayu jati yang keras tu, takkan aku nak tergedik-gedik macam perempuan sengal nak menggoda dia." aku meliut lintukkan badan

"Apa salahnya. Dia tu laki kau, bukan berdosa pun. Isteri goda suami atau isteri yang mulakan dulu bukan lagi sesuatu yang peliklah beb! Kita sekarang bukan di zaman batu."

"Isk! Eeee... Geli aku. Kau ingat aku ni macam Tengku Farah tu ke? Kalau kau minta aku pilih kena sumpah jadi mengkarung atau jadi penggoda, aku lagi sanggup jadi mengkarung tau tak." aku buat gaya geli geleman.

Nazurah ketawa kuat mendengar omelanku. Tetapi, tawanya berhenti tiba-tiba.

"Kau fikir tak apa yang aku fikir?"soalnya dengan mata membulat.
"Fikir apa?"
"Adakah kemungkinan laki kau tu tak minat perempuan?"
"Maksud kau?"
"Lu pikirlah sendiri..." Nazurah tiru gaya Nabil.
Aku terdiam memikir. Ah! tak mungkin. Di UK dulu, diakan ada awek. Yang duk bergesel dengan Riana tu, bukan ke suka namanya. Selain suka, ia juga boleh dipanggil nafsu.
"Tak mungkin kot." jawabku perlahan.
"Tapi, siapa tahu, kalau apa yang kita fikirkan tidak mungkin itu adalah satu kenyataan yang menjijikkan." Provok Nazurah.

Oh! Aku jadi buntu tiba-tiba. Dunia akhir zaman, pelbagai yang tidak mungkin menjadi kebiasaan.

"Kalau kau nak tahu kebenaranya, cuma ada satu jalan."

Aku pandang Nazurah dengan fikiran yang sudah menjadi blur.

"Kau pakai seksi-seksi kat rumah dan tengok reaksi dia." usul Nazurah.
"Gila kau! Kalau dia ngap aku macam macamana?" aku terjerit kecil.
"Kau redha ajelah. Diakan laki kau."Nazurah ketawa kuat.
"Lepas tu terus kau ajak dia pergi honeymoon."
Hampeh!, aku tumbuk bahu Nazurah sebelum melangkah ke dapur.

Pulangnya Nazurah, aku perah otak untuk berfikir. Puas berfikir, akhirnya aku bersetuju dengan juga untuk mengikut idea gila Nazurah.

Malam itu, Zaril ada di rumah dan inilah masa yang sesuai untuk aku menjalan misi. Gaun bertali halus warna hitam separas lutut yang yang ada dalam simpanan aku sarung ke tubuh. Melihat ke cermin, aku senyum sendiri.

Bukan tidak biasa memakai pakaian seksi begini. Zaril pun memang sudah biasa tengok waktu di UK dulu. Tapi, setelah balik ke Malaysia dan setelah tinggal serumah, aku tak pernah lagi sarung pakain sebegini. Tak nak ambil risiko.

Keluar dari bilik dan turun ke bawah, aku lihat Zaril sedang tekun mengadap laptopnya di ruang tamu. Teragak-agak aku melangkah menghampirinya tetapi dia masih tekun dengan kerja-kerjanya. Seperti biasa, kalau sudah mengadap laptop, dia tidak akan peduli apa yang berlaku di sekelilingnya. Agaknya, kalau harimau mengaum di sebelah pun mungkin dia tak akan sedar.

Untuk menarik perhatiannya, aku capai remote Astro yang terletak betul-betul di sebelah laptopnya dan menutup siaran Berita Bernama yang terpasang. Saat itulah baru dia mendongak memandangku.

"Tak tengok, buat apa pasang. Rugikan elektrik jer," ujarku tanpa rasa bersalah. Dia tidak membalas sebaliknya berterusan memandangku dari atas ke bawah.

"Kenapa? Ada yang tak kena ke?" aku menyoal sambil membelek-belek dress yang kupakai dengan gaya bersahaja sedangkan tubuhku sudah hampir kejang menahan gigil. Melihat sinar matanya saja, degupan jantungku sudah berubah rentak apatah lagi bila memikirkan apa yang sedang berada di kepalanya.

"You ni sihat ke tak?" dia bertanya tiba-tiba.

"Sihat. Kenapa? You nampak I macam orang tak sihat ke?" soalku kembali.

"You tak takut ke pakai macam ni depan I?" dia bertanya lagi, melencong jauh dari topik yang sedang kami dibicarakan.

"Kenapa? You boleh bertukar jadi hantu ke kalau nampak I pakai macam ni?" aku sengaja mempermainkannya.

Dia senyum segaris sambil mengeleng perlahan. Pandangannya sudah kembali ke skrin laptopnya sementara tangannya sudah bergerak memegang tetikus di atas meja. Melihat situasi itu, aku terus berpusing dan melangkah ke arah dapur.

Sambil melangkah, otakku turut sama bergerak. Mungkinkah tekaan Nazurah betul belaka? Jika tidak, kenapa dia seolah tidak berminat melihat aku yang seksi ini? Atau... Mungkinkah aku tidak cukup seksi untuk menarik minatnya? Ah! Aku jadi buntu tiba-tiba.

Berada di dapur, aku hilang fokus. Entah apa sebenarnya yang ingin aku buat masuk ke situ. Hanya mundar mandir di depan sinki tanpa mampu berfikir untuk berbuat apa-apa. Sudahnya, aku ambil gelas di atas rak dan bergerak ke arah peti ais mengambil jus oren tropicana twister.

Baru separuh gelas terisi jus tersebut, kelihatan Zaril melangkah masuk ke ruang tersebut. Bersahaja langkahnya datang menghampiriku yang sudah kehilangan tingkah. Belum sempat berbuat apa-apa, dia sudah berdiri hampir di depanku.

Mengelak debaran di hati, selangkah aku berundur ke belakang. Namun, dia pula melangkah mendekatkan jarak. Makin aku mengundur, dia dengan penuh beraninya mara mendekatiku sehinggalah langkahku mati akibat tersekat di kabinet dapur.

"You nak apa ni?" teragak-agak aku menyoalnya.

"I tak perlu jadi hantu untuk takutkan you kan?" dia senyum lebar.

Tersedar dari kealpaan, aku lekatkan jemariku ke dadanya dan menolak badannya yang sudah condong ke arahku agar sedikit menjauh.

"I tak takut pun." Aku angkat dua jari gaya peace bersama senyuman dengan kepala yang sedikit senget ke kiri sebelum meloloskan diri melangkah laju meninggalkan dia di situ.

Keluar dari ruang dapur, aku berlari anak naik ke atas. Sungguh! Peristiwa tadi betul- betul buatkan aku naik ngeri. Sumpah aku takkan buat lagi aksi-aksi menggoda begini.

Baru saja ingin merebahkan badan setelah menukar pakaian, tiba-tiba pintu bilikku dibuka dari luar tanpa mengetuknya terlebih dahulu. Terkejut, aku pantas bangkit dari pembaringan.

Zaril yang muncul di muka pintu dan melangkah masuk tanpa dipelawa membuatkan mataku membulat besar.

"You nak apa malam-malam buta masuk bilik I ni?" soalku kalut.

"I rasa macam nak tidur berteman malam ni."

Mendengar ayatnya, aku terus terlompat turun dari katil. Namun, Zaril pula dengan selambanya merebahkan badannya ke atas tilam empuk milikku. Eee.. Geram sungguh aku melihat reaksinya.

"Kenapa tercegat aje kat situ?" dia menyoal.

"Jangan cakap dengan I you takut pulak." sambungnya.

"Eh! Tak. I cuma takutkan hantu dengan binatang buas aje." Aku pandang ke wajahnya yang masih selamba baring menelentang dengan kedua tangan bersilang menjadi lapik kepalanya.

"You bukan dari dua spesis tersebutkan?" soalku dengan kening terangkat, sengaja mempermainkannya.

Dia gelak kuat mendengar soalanku.

"Ah! Enaknya." dia bergolek-golek kiri dan kanan, gaya macam orang tak pernah jumpa tilam walhal tilam di biliknya lagi empuk dari tilamku.

"You tak nak tidur lagi ke?" soalnya, memandangku yang masih tercegat kehilangan tingkah.

"Jangan takut, I takkan bertukar jadi dua spesis yang you sebut tu." dia simpan senyum.
Geram!! geram dan geram. Bukan hanya geram pada dia tapi geram juga pada diri sendiri yang memulakan drama. Ego yang aku junjung pula memerangkap diri sendiri.

Bahagia Tetap Milik Kita (Zahim & Tasya)

Mendengar suara riuh rendah Zahim terjerit-jerit bersama anak-anak daranya di bahagian tepi rumah, aku terus mengatur langkah untuk keluar melalui pintu sebelah tepi sebaik meletak beg tangan dan beg kerjaku di sofa.

Sebaik ternampak kelibatku, Zahim yang sedang mengajar Qistina berenang terus melambai tangan. Anak kedua kami itu baru saja berusia dua tahu sudah diajar berenang setiap kali dia punya masa terluang.

“Okey! jom naik, mama dah balik.” jerit Zahim pada Qaisara yang terkedek-kedek berenang menggunakan pelampung.

Qaisara itu anak pertama kami yang kini sudah berusia enam tahun. Aku senyum bahagia melihat mereka. Begitulah Zahim setiap petang. Semenjak firma guamannya berkembang maju, dia banyak meluangkan masa bersama keluarga. Setiap hari dia akan pulang ke rumah lebih awal dariku.

Zahim naik ke atas sambil mendukung Qistina dan aku pantas mencapai tuala, bersedia untuk menyambut anak kecil itu yang terkekeh ketawa digeletek papanya.

Sambil menyerahkan anak itu kepadaku, sempat lagi Zahim menghadiahkan ciuman ringkas di pipiku.

“Isk! Basah la...” aku tolak tubuhnya tetapi dia dengan bersahaja memelukku, sengaja ingin mengusik.

“Abanggg!!!” Aku terjerit kuat sambil melepaskan diri dari pautannya.

“Alaaa… nantikan nak mandi juga. Jomlah! Abang ajar sayang berenang pula.”

“Isk! Tak kuasa. Abang bukannya nak mengajar, nak buat tak senonoh ada la.”

Zahim ketawa lepas mendengar omelanku. Sudah bertahun kami tinggal di rumah agam itu dan selama itulah kolam renang tu ada di situ. Namun, sehingga detik ini aku masih lagi tidak pandai berenang. Pernah beberapa kali Zahim menawarkan diri untuk mengajar tetapi apabila turun ke kolam, benda yang bukan-bukan pula dibuatnya.


**********

Selesai memakaikan Qistina baju, aku menjenguk ke dapur untuk membantu Mak Timah, pembantu rumahku menyediakan makan malam kami. Setelah segalanya siap, aku menapak pula naik ke bilik untuk mandi.

Keluar dari bilik air, Zahim sudahpun berada di bilik tersebut dengan hanya bertuala melilit pinggan, sengaja menayang badannya yang tegap itu.

“Laaa.. dah siap mandi ke?”

“Yer la, kenapa?”

“Ingat nak ajak mandi sama.” Dia menyengih gatal.

“Tak usah nak menggatal siang buta ni!” Aku jegilkan mata ke arahnya.

“Nak menggatal dengan isteri tak kira siang buta atau malam celik sayang ooii.”

Dia melangkah menhampiriku dan aku pula sudah mula berundur ke belakang.

"Abang jangan nak buat perangai. Tasya tengah penat ni."

Zahim tidak menghiraukan amaranku sebaliknya dia makin menghampiri sehingga aku sudah tersekat di didnding, tidak boleh berundur lagi. Dia bertindak mencempong tubuhku dan melangkah ke sofa.

Kemudian dia letakkan aku di situ penuh hati-hati sebelum dia sendiri duduk di sebelahku.

kedua kakiku diangkat ke atas meja kopi yang terdapat di situ. tubuhku pula ditolak agar bersandar ke belakang sofa. Melihat tingkahnya yang begitu, aku mula terfikir macam-macam. Zahim ni kadang-kadang sukar untuk dijangka tindakannya.

Dia juga duduk bersandar sepertiku. Jemariku digenggam erat dan kepalanya disandar ke belakang. Matanya dipejamkan rapat dan dia terus diam dalam keadaan yang begitu.

"Bang, kenapa?" Aku jadi hairan.

"Laaa... kata penat? Rehatlah sekejap, abang temankan."

oh! aku jadi terharu. untuk berehat pun, dia sanggup temankan aku begini.

"Abang pergilah mandi.Tasya okey jer."

"Abang nak Tasya tahu, abang sanggup temankan Tasya dalam keadaan apa sekali untuk seumur hidup abang." Dia bersuara tanpa membuka matanya dan jua tanpa melepaskan genggaman tangannya pada jemariku.

Dan, dia buat aku makin terharu....


***********

Turun ke bawah , aku melangkah ke dapur. Ketika melintasi bilik Qaisara yang terladah pintunya, mataku terus terbuntang luas.

Ya Allah! Berseleraknya bilik anak dara ni.

“Qaisara!!!!” suara tarzan terus saja terkeluar menjerit nama anakku itu.

“Qaisara!!!” Sekali lagi aku terjerit kuat apabila jeritan pertamaku tidak bersahut.

“Ya! Mama.” Qaisara muncul bersama Ipad di tangannya. Tanpa amaran aku terus merampas Ipad tersebut.

“Berapa kali mama kata jangan suka sepahkan bilik? Sara dah besar tau! Kenapa bila guna sesuatu tu tak boleh nak letak balik ke tempat asal? Tengok! Katil pun berselerak dengan macam-macam benda. Sampai bila Sara nak belajar bertanggungjawab ni? Kan mama selalu cakap tempat tinggal kita mesti sentiasa kemas. Kalau diri saja kemas tapi bilik tidur bersepak macam tongkang pecah pun tak guna.” Panjang lebar aku membebel. Qaisara hanya terkebil-kebil memandnagku. Mukanya sudah masam mencuka dan bibirnya sudah memuncung macam itik serati.

“Selagi Sara tak kemas bilik, mama tak bagi Ipad ni.” Aku mengugut.

“Apa yang kecoh sampai ke atas pun boleh dengar ni? Mama tengah berlatih berlakon teater ke Sara?” suara Zahim yang tiba-tiba muncul di situ kedengaran menampar telingaku.

“Hah! Banyaklah abang punya berlatih. Tengok bilik anak dara abang ni, bersepah sana sini. Umur dah besar panjang tapi mainan masih berselerak atas lantai. Dah banyak kali ajar pun tak ikut-ikut juga. Mana Tasya tak geram.”

“Ni ha, benda alah ni yang dia kelek sana sini. Abang la ni, suka manjakan anak, umpan dengan benda-benda macam ni.” Aku tunjukkan Ipad di tangan. Rasa geramku sudah berpindah pada Zahim pula.

Zahim hanya senyum. tangannya bergerak menggosok kepalaku. Dia selalu begitu disaat anginku naik meninggi.

Ipad ditanganku diambil dan langkahnya diatur mendekati anak daranya yang sedang memuncung di birai katil.

Dia kemudiannya duduk mencangkung sambil dan memegang lutut Qaisara.

“Sayang simpan dulu Ipad ni yer. Dengar cakap mama, kemas bilik dulu. Lepas tu kita makan. Siap makan nanti boleh main lagi. Okey?”

Mendengar bicara papanya, Qaisara pantas mengangguk setuju dan pantas dia bergerak mengemas barang mainannya. Mudah sungguh! kadangkala aku jadi kagum dengan suamiku itu. Dia suami yang baik dan bapa yang sangat penyayang. Terasa aku ini tidak cukup sempurna untuk dia.

"Pa, mama tu tak sayang Sara yer?" soalan yang keluar dari bibir Qaisara membuatkan langkah kakiku yang ingin menuju ke dapur terus terhenti.

"Kenapa sayang cakap macam tu?" Suara Zahim kedengaran bertanya.

"Sebab mama selalu marah Sara." Jawapan Qaisara membuatkan aku terkedu.

"Mama bukan marah, Mama hanya menegur. Itu semua kan untuk kebaikan Sara juga. Mana ada ibu yang tak sayangkan anaknya." penjelasan Zahim membuatkan air mataku bergenang.

Ya! mana ada ibu yang tidak sayangkan anaknya kerana anak itu adalah anugerah termahal dari ILAHI. Dan mungkin anak itulah yang akan menyelamatkan kita daripada dihumban ke neraka di akhirat kelak.



************

Zahim pandang aku lama. Dari sejak di meja makan sehinggalah aku masuk ke bilik ini, aku perasan matanya bagai tidak lepas memerhatikan tingkahku.

“Kenapa abang pandang Tasya semacam jer?” soalku sambil merangkak naik ke atas katil untuk memindahkan Qistina yang terlena di situ ke atas katil kecilnya.

“Biar abang angkat.” Zahim menegah dan dia terus bertindak mengangkat anak itu. Setiap malam, memang itulah kerjanya, menidurkan anak-anak dan boleh dikatakan segala yang berkaitan dengan anak-anak, dia yang uruskan. Mungkin sebab itu, anak-anak lebih manja dengan dia berbanding denganku.

Selepas meletakkan Qistina di katilnya, Zahim bergerak ke arahku yang sudah duduk belunjur sambil bersandar di kepala katil.

“Penat?” soalnya sambil memicit-micit bahuku.

“Mmmm..…” hanya itu yang keluar dari bibirku dengan mata yang sudah terpejam, menghayati nikmatnya urutan tangan dia.

“Abang tengok sayang sekarang ni dah lain macam.” Kata-kata Zahim membuatkan mataku kembali terbuka dan badanku terus menegak.

“Lain macamana?”

“Dah banyak berubah, bercakap pun kurang. Dengan anak-anak pun makin garang. Sayang ada masalah ke?”

Aku mengeleng sambil pandang ke wajah Zahim. Betul ke aku dah banyak berubah?

Zahim genggam jemariku. Sebelah lagi tangannya menggosok-gosok tanganku, perlakuan biasa apabila dia cuba untuk berbicara sesuatu yang berkemungkinan akan menyentuh hatiku.

“Abang takut kalau Tasya tak lagi rasa bahagia hidup dengan abang. Kalau Tasya rasa tak suka atau tak setuju dengan abang, Tasya tolong cakap terus terang. Abang tak nak disebabkan abang, Tasya lepaskan geram pada anak-anak.”

“Abang…” aku termati kata. Adakah kerana aku marahkan Qaisara dan anak itu mengadu aku selalu marahkan dia menyebabkan suamiku beranggapan begitu? Oh! Aku dah tak tahu nak cakap apa.

“Tasya tak pernah tak rasa bahagia hidup bersama abang walaupun sesaat. Sepatutnya Tasya yang perlu tanya soalan tu sebabnya Tasya ni yang tak cukup sempurna untuk abang.Tasya takut apa yang Tasya buat tak cukup untuk beri bahagia pada abang.” Ucapku, perlahan sekali. Aku jadi tersentuh dengan bicara sendiri. Benar… terasa aku ni tak cukup sempurna untuk dia yang serba serbinya lengkap.

Dia punya pakej yang menarik sebagai lelaki idaman semua wanita. Hatinya penuh dengan kasih sayang sebagai suami dan juga bapa pada anak-anak. Apa lagi yang seorang wanita sepertiku perlukan selain itu?

Zahim paut tubuhku rapat padanya. Kepalaku diusap perlahan.

“Tasya dah cukup sempurna buat abang. Cukup hanya Tasya ada depan mata abang, sudah memberi bahagia di hati abang.” Zahim berhenti di situ dan nafasnya ditarik panjang.

“Cuma kalau boleh, abang minta Tasya lebihkan sikit masa untuk anak-anak. Duit boleh dicari bila-bila masa tapi waktu anak-anak membesar, hanya sekali untuk seumur hidup. Kita tak boleh nak putar masa untuk lihat berkali-kali. Rugi sebagai ibu bapa kalau kita terlepas peluang untuk melihat anak-anak membesar depan mata.”

Kata-kata Zahim membuatkan aku terngadah. Rupanya tanpa sedar, Zahim telah melihat aku sudah meletakkan keluarga ditempat kedua. Dia yang sibuk dengan business pon masih punya banyak waktu untuk anak-anak. Sedang aku? Terlalu sibuk sehingga langsung tidak punya masa untuk anak-anak. Sehingga anak-anak lebih manja dengan papanya berbanding aku ibu yang melahirkan.

Ah! bagaimana aku boleh jadi lupa diri? Terlalu leka dengan kebaikan suami. TUHAN, terima kasih kerana menyedarkan aku sebelum terlambat.

“Tasya janji, Tasya akan cuba. Kalau tak boleh juga, Tasya akan berhenti sebagaimana yang abang mahu. Tasya janji akan sentiasa ada bila abang perlukan Tasya untuk jadi teman.”

“Mmmm…macam nilah isteri abang. Kalau boleh abang nak Tasya sentiasa temani abang tak kira waktu. Teman abang uruskan anak-anak, teman abang bila tiba waktu tidur, teman abang bila waktu makan dan teman abang juga waktu maaandiiii….” Perlahan saja perkataan akhir itu keluar dari bibirnya.

Aku pantas menoleh pandang dan dia senyum senget.

“Mandi pun nak berteman. Itu dah kira lebih!”

“Tak! Kadang-kadang abang rasa takut nak mandi sorang-sorang.” Dia menyengih.

“Takut apa? Hantu? Tasya rasa, hantu pun takut kat abang.”

Mata Zahim terus membulat mendengar bicaraku. Sebelum sempat aku melarikan diri, dia sudah memaut pinggangku.

“Nak kenakan abang yer….” Dia menggeletek pinggangku sehingga aku terjerit-jerit. Ah! Rasa bahagia ini biarlah kekal menjadi milik kami.



Bersambung......


P/S : Bila senang-senang nanti baru sambung yer...

Kasih Terus Bertaut (Zarif & Dya)

Sementara menunggu Zarif datang, aku menyemak payroll summary di atas meja. Setelah memujuk rayu dengan kata-kata manis bermadu, akhirnya Zarif membenarkan aku bekerja kembali. Itu pun, dia tetapkan syarat. Aku hanya boleh bekerja di syarikat temannya dan dia jugalah yang menguruskan permohonan kerjaku.

“Dya... tak keluar makan lagi ke?” Bosku merangkap teman Zarif sewaktu belajar dulu menegur.

Aku pandang jam di tangan. Haih! Zarif ni, janji nak datang makan tengahari bersama. Dah lewat setengah jam.

“Belum lagi Encik Adam, You dah makan ke?”

“Isk! Berapa kali nak cakap ni. Tak payahlah nak berencik-encik. Zarif tu bukan orang lain dengan I.”
Aku hanya menyengih.

“Jom! Saya belanja awak makan. Ada hal sikit saya nak bincang.”
Aku teragak-agak. Bimbang juga kalau tiba-tiba Zarif muncul.

“Jomlah!” dia sudah bangkit berdiri.
“Sekejap.”

Aku angkat telefon untuk menghubungi Zarif tetapi tidak berangkat. Beberapa kali mencuba pun tetap sama, talian tidak berangkat.

Sebuah keluhan berat terlepas jua dari bibirku. Ini bukan pertama kali malah sudah berkali-kali. Bukan aku tidak cuba memahami tugasnya sebagai seorang doktor pakar tetapi ada sesuatu yang sering merasuk di hati. Setiap kali dia memungkiri janji, nama Dr Asyikin sering melintas di minda. Sehingga kini, nama wanita tersebut sering membuatkan hatiku libang libu tidak menentu. Mereka pernah punya sejarah dan kini bekerja di bawah satu bumbung apatah lagi Asyikin itu masih belum berkahwin sehingga hari ini. Ada yang berkata dia menunggu suamiku, jadi isteri kedua pun dia sanggup. Oh!

**************


“Makan dengan siapa tadi?” Zarif bertanya. Lain benar nada suaranya.
“Dengan Adam.”
“Dah tak ada orang lain ke kat office tu selain dia untuk diajak teman makan?” suara Zarif tiba-tiba saja meninggi.

“Yang abang nak marah-marah ni kenapa?”
“Abang tak marah tapi abang tak suka.”
“Bang, dia tu bukannya orang lain, teman abang juga.”
“Yes! Dia teman abang tapi, dia tu lelaki kan? Duda pulak tu.”

“Apa kena mengena status dia pulak ni?” Aku jadi tak puas hati bila tiba-tiba Zarif mula membangkitkan soal status temannya itu apatah lagi dalam suara yang terkandung nada cemburu.

Apa ke halnya tiba-tiba nak cemburukan Adam sedang dulu dia beria-ia puji temannya itu baik dan dia sangat percayakan lelaki itu.

“Patutnya, Dya yang marah abang sebab selalu mungkir janji. Ni, dah jadi terbalik. Tak pasal-pasal nak marah orang.” Aku bergumam.

“Berapa kali nak cakap abang tak marah cuma abang tak suka. Dan.. berapa kali abang nak cakap, tadi tu abang ada kes kecemasan, berkurung dalam bilik pembedahan. Bukan abang sengaja nak mungkir janji. Kan abang dah call lepas tu? Dah berapa lama kita kahwin, takkan tak faham-faham kerja abang?”

“Oh! Dya saja yang nak faham abang? Tapi abang?” suaraku mula meninggi.

“Apa yang abang tak faham? Dya bosan duduk rumah, abang bagi Dya kerja. Apa lagi yang Dya nak?” suara Zarif pula naik lebih tinggi dari suaraku.

Terkejut, aku terus terpaku.

“Dya tak nak apa-apa. Dya Cuma nak abang.” Suaraku terus merendah. Air mataku mula bergenang. Sungguh... aku tak inginkan apa-apa. Cukuplah hanya dia ada di sisiku.

“Dya....”Zarif seakan tersedar.

Aku terus berlalu. Tidak mahu cerita pendek menjadi berjela dan tidak mahu hidup kami yang indah-indah dicemari pergaduhan.


*********

Malam itu aku hanya duduk berpeluk tubuh di sofa sambil menonton TV. Entah apa rancangan yang aku tonton kerana paparannya tidak mampu menembusi mindaku.

Sejak petang tadi, aku bisukan mulut dari bersuara. Makan malam kami juga jadi kaku dan suram. Zarif seperti ingin berkata-kata tetapi mungkin dia bimbang anginku akan naik mendadak.

Seketika Zarif datang berdiri di depanku namun aku buat-buat tidak endah. Lantas, dia melabuhkan punggung di sebelahku. Jemariku yang bertaut kiri dan kanan di paut perlahan. Aku cuba menepis tetapi dia berkeras sehinggalah aku tidak berdaya untuk menolak. Pantas saja jemarinya menyulam erat jemariku. Kasihnya terasa mengalir melalui tautan jemari kami terus menyejukkan hatiku. Benarkah dosa akan berguguran jika suami isteri bertaut tangan dengan penuh kasih sayang?

“I’m sorrry,” ucapnya lalu mengucup jemariku.

“Kalau abang lukakan hati Dya, abang minta maaf.”

Tiba-tiba aku terasa ingin menangis. Setiap kali berlaku salah faham, Zarif akan sentiasa merendah diri memohon maaf. Ya! Akulah manusia ego yang tidak pernah ingin mengalah walau dengan suami sendiri.

“Abang bukan marah Dya. Tapi abang tak suka Dya keluar dengan lelaki lain yang bukan muhrim. Kalau bertiga abang tak kisah.”

“Tapi, Adam tu kan kawan abang juga.” Aku bersuara perlahan sambil menahan tangis.

“Abang tahu tapi abang juga tahu dia suka Dya.”

Aku pantas berpaling. Tidak percaya dengan kata-kata Zarif.

“Naim yang cakap dengan abang.” Jelas Zarif

“Mana Naim tahu?” serta merta wajah tenang Naim yang juga sahabat Adam dan Zarif datang menerjah minda.

“Dia tu kan selalu ke mana-mana dengan Adam. Pernah sekali Adam terlepas cakap yang dia tiba-tiba jatuh suka pada Dya dan dia sering cemburu melihat kebahagiaan kita.”
Aku hilang perkataan untuk bersuara. Serta merta perbualan kami ketika makan tengahari tadi datang menerjah minda.

‘Saya cemburu dengan Zarif.’
‘Kenapa pulak?’
Astaghafirullahalazimmmm.....
Aku pandang Zarif. Lama.

“Bang... sampai bila-bila pun di hati Dya hanya ada abang. Sampai bila-bila pun Dya hanya nak abang jadi teman hidup Dya dunia dan akhirat.”
Zarif paut tubuhku ke dalam pelukannya.

“Insyaalah, abang akan setia di sisi Dya dunia dan akhirat.”
Bibirnya melekat di ubun-ubunku sebelum bergerak ke dahi, hidung dan seterunya bibir. Benar, hidup bersamanya sudah membolehkan aku memiliki segalanya dan aku tidak ingin apa-apa lagi.


***********


“Kau tak mampu berikan zuriat pada Zarif. Jadi, kau kena izinkan Zarif mengahwini aku untuk menyambung keturunannya.” Suara Asyikin di hujung talian bagai panahan petir menyambar seluruh tubuhku.

“Siapa kata aku tak mampu berikan Zarif zuriat?”

Asyikin ketawa kuat.

“Dah berapa lama kau kahwin dengan dia? Kalau kau tak mandul, sekarang kau dah ada 3 4 anak.”

Aku mati kata. Benar, usia perkahwinan kami sudah mencecah lebih lima tahun tetapi tanda-tanda untuk aku hamil langsung tidak kelihatan. Benarkah apa yang didakwa Asyikin? Tak mungkin aku mandul sebab aku pernah mengandung suatu ketika dulu. Tapi, mungkinkah kesan dari hentakan kuat yang menyebabkan aku keguguran dulu itu boleh mengakibatkan aku mandul? Kalau betul, kenapa doktor tidak pernah memberitahuku? Atau, doktor yang merawatku telah memberitahu semua ini pada Zarif?

“Zarif selalu meluahkan rasa hatinya pada aku. Dia teringin nak punya anak.” Sambung Asyikin lagi membuatkan hatiku jadi luluh. Mereka kerja sebumbung dan tidak mustahil semua ini satu kebenaran.

Sampainya hati Zarif. Kenapa dia tidak pernah luahkan semua ini padaku? Bukan aku tidak pernah meluahkan rasa bimbangku padanya tetapi dia seperti tidak kisah. Rupanya, dia sudah ada tempat untuk meluahkan keluh kesahnya.

“Kalau kau sayang Zarif, kau kena izinkan dia kahwin dengan aku. Selama ni Zarif hanya berpura-pura bahagia. Dia sebenarnya tak sampai hati nak minta izin dari kau sebab takut kau terluka.” Asyikin menyambung kata.

“Dia faham aku dan aku juga faham hati dia. Kalau kau izin, rasanya kita boleh hidup sebagai sebuah keluarga. Tapi, kalau kau tak sanggup, kau boleh minta dia lepaskan kau. Itu yang terbaik untuk kebahagiaan dia.”

Tanpa sedar, air mataku gugur menyentuh pipi. Sanggupkah aku melepaskan Zarif. Bisakah aku tanpa dia?


*******

“Bang....”
“Mmmmm....”
Aku pandang Zarif yang tekun menatap Ipadnya sambil bersandar di kepala katil, sama seperti posisi dudukku. Mungkin kerana aku hanya diam, dia menoleh pandang. Keningnya dinaikkan. Novel di tangan aku letakkan penanda sebelum menutupnya.

“Kalaulah ditakdirkan Lya tak boleh bagi abang zuriat, abang akan terfikir untuk kahwin lain tak?”

“Rezeki Tuhan kita tak tahu bila DIA akan berikan. So, sabar adalah jalan terbaik. Kalau ditetapkan ‘rezeki’ itu tidak ada untuk kita, terima dan redha. Yang penting, kita bahagia.”

“Jadi?”
“Kita hidup berdua jerlah.” Mudah saja jawapannya.
“Kalau Dya kata Dya izinkan abang kahwin lain, siapa yang abang pilih?”

“Merepek apa ni?” Zarif pantas menoleh pandang. Ipadnya diletak di sisi.

“Dya tak merepek bang. Dya sayangkan abang. Dya nak abang bahagia kerana bahagianya abang, maka bahagialah juga Dya.”

Zarif pandang tepat ke wajahku.

“Bahagianya abang apabila Dya ada di depan mata abang.”
Zarif terus membaringkan kepalanyanya di ribaku dan aku elus rambutnya penuh kasih.

“Tapi, Dya tak mampu beri zuriat pada abang.”

“Siapa yang cakap?”

“Dah berapa lama kita kahwin?”

“Masa bukan ukuran dan... abang belum puas lagi hidup berdua dengan Dya. Abang belum puas lagi nak honeymoon dengan Dya.”

Dia ambil jemariku dan lekatkan ke dadanya. Aku jadi syahdu tiba-tiba tetapi selagi aku tidak meluahkan apa yang telah lama terbuku di dada, selagi itulah aku tidak mampu bertenang.

“Abang kahwinlah dengan Asyikin. Dya izinkan.”
Keizinanku membuatkan Zarif pantas bangkit dari pembaringan. Dia membuka sila mengadap ke arahku.

“Kenapa cakap yang bukan-bukan ni?”
“Betul, Dya izinkan. Abang kahwinlah kerana mungkin dengan cara itu abang boeh mendapatkan zuriat.”

“Berapa kali abang nak cakap...”

“Dya ikhlas.” Aku memintas membuatkan Zarif terdiam.

“Dah habis fikir?”

Soalan Zarif yang tiba-tiba itu membuatkan aku terkedu. Kecurigaan terus datang menerpa. Mungkin benar kata Asyikin, Zarif hanya ingin menjaga hatiku.

“Abang tanya, Dya dah habis fikir ke?” Zarif mengulang tanya tetapi aku pula bagai kehilangan suara.

“Kalau hati belum cukup kuat, jangan sesekali bercakap sesuatu yang akan merobek hati sendiri.”

“Tapi Asyikin cakap...”

“Dya percaya cakap Asyikin atau cakap abang?”
Zarif memintas. Aku terus terkedu.

“Abang...” akhirnya terkeluar juga suaraku. Bila berlaku kekeliruan, lihatlah dengan hati dan renunglah dengan akal. Sekarang, hati dan akalku kata, Zarif sayangkan aku dan dia sedang berkata yang benar.

Zarif genggam jemariku dan buat seketika mata kami saling beradu.

“Kecurigaan terlalu murah bagi manusia yang tidak berpegangan dan kepercayaan tu amat berharga untuk dimusnahkan. Jadi, tolonglah jangan sesekali benarkan rasa curiga masuk ke hati kita dan tolonglah pegang rasa percaya antara kita sampai bila-bila.”
Lembut suara Zarif menjadikan aku sesak nafas. Air jernih mula meminta izin untuk mengalir keluar dari kelopak mata.

“Dya sayang abang dan Dya cuma nak abang bahagia.” Aku terus benamkan wajahku ke dadanya dan air mataku tumpah jua.

“Siapa kata sekarang abang tak bahagia? Cukup hanya ada Dya, abang tak perlukan apa-apa lagi untuk bahagia.”

“Kalau ditakdirkan kita tidak punya rezeki untuk ada anak, cukuplah kita hidup berdua. Abang tak mampu nak janjikan segunung intan permata tapi abang janji akan sentiasa ada di sini untuk Dya dan akan sentiasa menjaga Dya hingga ke nafas terakhir abang, insyaalah.”

Zarif renggangkan tubuhku dari pelukannya. Kedua pipiku di pegang dan air mata yang melekat di situ disapu perlahan.

“Kalau Tuhan izinkan abang menjadi penghuni syurganya di akhirat kelak dan kalau DIA memberi pilihan untuk abang pilih seorang hambaNYA untuk mengikut abang, orang pertama yang abang pilih ialah Dya kerana abang bukan hanya ingin hidup dengan Dya setakat di dunia yang indah ini tetapi di akhirat juga.”

Sekali lagi air mataku gugur ke pipi dan sekali lagi dadanya menjadi tempat untuk aku sembunyikan wajah. Sungguh....aku bahagia hidup bersamanya. TUHAN, jangan kau ambil rasa ini sehingga ke nafas terakhir kami.


P/S : Cerita pendek ni khas buat Niz Nudra yang msj saya tadi bertanya tentang sambungan BK, juga buat N or yang tetiba email saya memberi kata semangat, buat Nani di Ireland yang juga tetiba mengutuskan email memberi peransang, buat Alida dan Kak Mizan yang tidak jemu menjadi teman di alam maya dan juga buat semua yang sudi membaca, moga terhibur. Maaf kalau kurang manis sebab ini hanya sekadar suka suka sementara mencari idea...:))

Jangan Pernah Melupakan

Dya kerut kening. Otaknya cuba mencerna nama yang disebut Nyza.
“Makhluk dari planet mana tu? Aku tak pernah dengar pun nama dia kat sekolah kita ni?”
“Isk! Kau ni, kalau aku kata macam katak bawah tempurung kau marah aku. Geram jer aku nak ketuk kepala kau dengan tempurung kelapa yang mak aku kumpul kat belakang rumah tu.”
“Eh! Apa kes kepala aku yang kau geramkan? Apa nama yang kau sebut tadi?”
“Syed Zarif Hafizi .” Tekan Nyza.
“Oh! Kenapa dengan mamat tu?”
“Kau kenal dia tak?”
“Tak!”
Terus saja kelapa Dya menjadi tujahan telunjuk Nyza. Geram sungguh dia pada temannya yang sorang itu. Lagaknya macam kenal tapi rupanya tak kenal.
“Apa ni main kasar. Nak cerita guna mulut jer la, jangan guna tangan kaki bagai.” Dya tepuk lengan Nyza.
“Mamat tu bukan sekolah sini tapi sekolah jiran kita yang terkenal seantero pekan Pasir Panjang ni. Dia tu pun terkenal kat sekolah tu. Wakil sekolah dalam pelbagai acara sukan. Keturunan Syed yang terkenal dan orang kaya kat pekan ni.”
“Oooo.. jadinya?”
“Dia ni ada awek dan awek dia pun kira famos juga seantero sekolah tu.”
“So? Apa kena mengena kau atau aku dengan cerita ni?”
“Awek dia tu ada tanya kawan aku pasal kau.”
“Hah! Tanya aku kenapa? Aku bukan kenal mereka dan keluarga mereka pun.”
“Katanya, boybfriend dia yang nama Zarif tu ada sebut pasal kau. So, dia nak kenal kau ni macamana orangnya yang boleh menarik perhatian lelaki kacak BF dia tu.”
Dya sudah terlopong. Nama orang tu pun dia tak pernah dengar, inikan pula orangnya. Isk! Tak masuk akal. Silap orang kut.

**************

Kalau bukan sebab Nyza merupakan salah seorang pemain dalam perlawanan hoki wanita antara sekolah sekolah itu, Dya memang malas untuk mengikut rombongan penyokong sekolah mereka ke sebuah sekolah di Bandar Kuantan untuk memberi sokongan. Ulangkaji kat rumah lagi bagus.
Duduk di tengah padang berpanas dan berpeluh rasa macam orang bodoh. Dia memang tak minat hoki, kalau bola jaring boleh juga.
Melihat teman-teman sekolah tak kira lelaki mahupun perempuan terjerit terlolong, dia hanya mampu mengeleng kepala. Ada yang bertudung labuh, tapi terkinja kinja dan terjerit jerit macam orang tak siuman. Isk! Tak senonoh betul.
“Hai!” tiba-tiba telinganya seperti terdengar orang menegur. Pantas dia menoleh ke belakang.
Kelihatan seorang lelaki bersama kayu hoki di tangan berdiri berhampiran situ. Mungkin juga seorang pemain sebab dia memakai jersi warna merah. Entah sekolah mana dia tak tahu sebab banyak sangat sekolah yang berhimpun di sini.
“Buat apa datang tengok perlawanan kalau hanya duduk diam kat tepi padang?”
“Awak bercakap dengan saya ke?” soal Dya, memandang lelaki tersebut dengan pandangan pelik.
“Takkan saya bercakap dengan kayu hoki kot.” Lelaki tersebut gelak perlahan. Dan saat itulah Dya rasa seperti hatinya ditarik keluar. Entah dari mana munculnya lelaki ini? Segak dan kacak sekali. Mungkinkah bidadara dari syurga?
Tanpa amaran, lelaki tersebut melabuhkan punggung di sebelah Dya.
“Awak ni sangat lain dari semua orang.”
Dya toleh ke kiri. Pandangannya bertembung lagi dengan mata coklat lelaki tersebut. Buat seketika dia bagai terpukau.
“Saya Zarif, sekolah SSD1. Awak Ardyana kan?”
Zarif? SSD1? Dya terus terkaku.
‘Mamat tu bersekolah kat sekolah yang terkenal seantero pekan ni.’ Bicara Nyza menjelma di minda. Orang yang sama ke?
“Rif! Game dah nak start.” Tiba-tiba terdengar suara jeritan memanggil lelaki tersebut. Serentak mereka berdua mengalihkan pandangan ke arah suara tersebut.
“Saya pergi dulu.” Lelaki tersebut bangkit berdiri.
“Mungkin awak tak kenal saya tapi saya sangat-sangat kenal awak. Sebab...” dia hentikan seketika bicaranya di situ.
“Awak menyebabkan organ dalaman saya terkurang satu.” Dia terus berlalu pergi meninggalkan Dya yang blur seperti orang yang kebodohan berdiri di situ.

***********

“Hoi!”
“Weh! Kau ni langsung takde adab sopan tau. Tegur orang main hoi! hoi! aje. Lempang laju laju baru tahu.” Marah sungguh Dya dengan perlakuan Nyza yang macam perempuan terlebih hormon jantan tu.
“Cerita sensasi. Aku dengar banyak mulut bercerita kau duduk rapat-rapat dengan mamat Handsome tu tadi, betul ke?”
“Mamat mana pulak ni? Dari kau start main tadi sampailah sekarang ni aku tak bergerak-gerak. Kat sinilah aku duduk.”
“Syed Zarif Hafizi...” Nyza jadi teragak-agak dengan tiba-tiba.
“Ada ke dia datang duduk sebelah kau ke tadi, sebelum game mula?”
“Tadi....” Dya mati kata. Itu ke Syed Zarif Hafizi?
“Jadi, betullah!!” Nyza sudah terjerit. Dia pula yang terlebih teruja.
Belum sempat Dya membuka mulut, tiba-tiba ada beberapa orang perempuan datang berdiri di depan mereka yang sedang duduk di tepi padang permainan yang luas itu.
“Oooo.. inilah rupanya Ardyana?” salah seorang dari mereka bersuara. Tangannya bercekak pinggang dan bibirnya mencebik menyampah. Wajahnya nampak kemerahan, mungkin baru lepas bermain kerana dia memakai jersi sekolah.
“Kalau setakat muka macam ni, tak usahlah nak bermimpi untuk rapat dengan boyfriend aku. Usahkan nak duduk atau berdiri sama tinggi, jadi alas kaki Zarif pun belum tentu layak.” Usai mengeluarkan kata-kata penghinaan tersebut, dia terus berlalu dan beberapa orang ‘ekornya’ juga ikut sama melangkah pergi.
Sekali lagi Dya seperti orang kebodohan. Tak tahu hujung pangkal tiba-tiba diserang dengan panah beracun.

*************

Masa berlalu dan semuanya bagai dibawa mengikut peredarannya. Sehabis peperiksaan SPM, tibalah hari perpisahan. Sangka Dya, semua yang pernah berlaku itu hanyalah sebuah mimpi yang tidak akan berulang kembali tetapi sangkaannya meleset. Di hari terakhir persekolahan, dia didatangi seorang lelaki yang menitipkannya sepucuk surat. Dengan wajah yang blur, jemari Dya perlahan-lahan membuka sampul surat tersebut.

Suatu pagi yang indah, saya tiba-tiba ternampak seorang gadis berbaju sekolah sedang melangkah perlahan sambil menundukkan wajah. Dia hanya sendirian. Langkahnya cukup teratur dan wajahnya hanya menekur bumi. Saat itu, saya teringat kata-kata mama, ‘perempuan yang baik, apabila berjalan wajahnya sentiasa tunduk ke bawah.’ Jadi, hati saya terus terdetik bahawa gadis tersebut pastilah perempuan baik-baik. Sejak hari itu, saya tercari-cari siapa sebenarnya gadis itu. Sejak hari itu juga, hati saya seperti tidak mahu duduk diam di tempatnya, asyik melangkah keluar mencari sang gadis.

Kali kedua melihat gadis yang sama, dia kelihatan duduk sendirian di tepi padang sambil menonton perlawanan hoki. Di tengah jerit pekik penonton, dia hanya diam memeluk lutut. Saat itu, saya yakin dengan kata-kata mama, gadis baik-baik tidak akan mendedahkan auratnya sesuka hati dan bagi seorang wanita, suara itu juga adalah aurat yang perlu dijaga.
Jiwa saya tiba-tiba meronta untuk menghampirinya. Ternyata, masa amat cemburu kerana hanya seketika saya sempat berbicara dengannya. Serasa, itulah kenangan paling manis pernah berlaku sepanjang saya hidup di muka bumi ini dan saya tidak ingin kemanisan itu hilang begitu saja.

Rasanya saya tidak perlu jelaskan siapa gadis yang saya sebut itu kerana awak pastinya telah tahu. Kerana gadis tersebut telah menyebabkan hati saya tidak ingin kembali ke tempat asalnya dan kerana gadis tersebut adalah awak, saya berharap awak sudi menjaga hati saya sebagaimana awak menjaga hati sendiri.

Saya akan pergi untuk memenuhi ilmu di dada tetapi perginya saya bukan untuk tidak kembali ke sini lagi. Apabila saya kembali nanti, saya akan menuntut sebuah jawapan. Ya atau tidak.....

Zarif Hafizi...

Syahdu, terasa dua titis air mata gugur membasahi surat penuh simbolik tersebut. Saat itu, Dya tahu di hatinya telah melekat sekeping lagi hati empunya Zarif Hafizi.
‘Zarif... walau seribu tahun masa yang kau ambil, aku akan setia menunggu di sini. Tidak perlu menunggu suatu hari nanti untuk menuntut sebuah jawapan kerana hari ini pun hati ini sudah berkata ya.’

********

“Sampai bila kau nak tunggu?”
“Sampai bila-bila Nyza.”
“Kalau dia tak kembali?”
“Dia akan kembali, aku yakin dengan suara hati sendiri.” Dya menunduk. Sebenarnya, keyakinan dia sudah tinggal sisa-sisa.
“Aku tak fahamlah! Tak pernah bercinta, tak pernah berjumpa, tup tup kau kata kau tunggu Zarif. Kau jangan terasa kalau aku kata kau ni dah gila.”
Dya senyum sambil menyimpan hiba. Memang dia sudah gila. Sesiapa yang tahu kisah ini juga pasti akan kata dia gila. Tak pernah bercinta, tak pernah bertemu dan tak pernah berhubung walau sebaris ayat dalam tempoh selama lebih sepuluh tahun, dia masih mengharap Zarif akan pulang menuntut jawapan yang telah lama dia simpan. Tanpa apa-apa tali ikatan, Cuma berpegang pada sepucuk surat yang tertulis nama lelaki itu. Ah! Gila sungguh.
“Ibu kau pun dah sibuk tanya aku sama ada kau pernah kecewa bercinta ke sebelum ni.” Tambah Nyza lagi.
Ya! Bukan hanya Nyza yang bising dan bimbang tetapi keluarga dia juga. Apa tidaknya, sudah berpuluh rombongan peminangan yang datang tetapi dia terus menolak mentah mentah tanpa alasan.


*******

“Aku dengar dia sudah kembali.”
Wajah Nyza terus dicari oleh sepasang mata Dya
“Dia sudah jadi doktor pakar di Hospital Kuantan. Tapi...” Nyza matikan bicaranya di situ. Wajah Dya dipandang penuh simpati.
“Tapi apa Nyza?”
“Khabarnya dia dah bertunang dan akan berkahwin dengan Asyikin, perempuan yang pernah hina kau dulu atau lebih tepat lagi kekasih dia masa sekolah dulu.”
Patah seribu. Itulah yang terjadi pada hati Dya saat mendengar perkhabaran yang disampaikan Nyza. Sungguh.... dia tidak menyangka penantiannya selama lebih sepuluh tahun hanyalah satu kerja yang sia-sia. Sejak habis sekolah hinggalah ke universiti dan kini sudah bekerja, tidak ada yang lain di hatinya kecuali lelaki itu. Walau tanpa sebaris berita, dia tetap menunggu dan menunggu.
“Kau lupakanlah dia Dya. Kita ni hanya pipit, tak sepadan untuk terbang bersama enggang.”
“Aku tahu Nyza. Aku sedar tentang itu.” Balas Dya perlahan. Dia jadi sedar diri. Ya! Dia hanya orang biasa-biasa, mana boleh duduk atau berdiri sama tinggi dengan golongan bertaraf syed seperti Zarif itu.
Tapi, bisakah dia tanpa menyebut nama Zarif sedang selama berpuluh tahun ini, nama itulah yang menemani hari-harinya? Aneh sungguh rasa cinta itu.


************


Jasadnya masih bernyawa tetapi jiwanya seperti sudah mati. Hidupnya hanyalah untuk memenuhi tuntutan putaran alam.
“Dya... ibu nak ingatkan, pihak lelaki dah tetapkan tarikhnya bulan depan. Mereka nak buat majlis tunang dan akad nikah serentak. Majlis sandingnya seminggu selepas itu.” Beritahu ibu suata petang ketika dia pulang ke kampung.
Dya hanya mampu melepaskan nafas panjang. Apa lagi yang boleh dia lakukan kerana dia sendiri yang menyerahkan segalanya pada ibu dan ayah.
‘Bu, lepas ni kalau ada sesiapa masuk meminang Dya ibu terima aje. Dya tak nak tahu siapa dan bagaimana. Cuma beritahu Dya bila tarikh tunang dan nikahnya saja.’ Itulah pesanan Dya setelah dia berfikir secara rasional. Tak guna menunggu bulan bergolek jatuh kerana hakikatnya bulan tak mungkin akan bergerak gugur ke bumi.
Petang yang sama juga, ketika Dya sedang duduk di pangkin depan rumah ibu, kelihatan sebuah kereta BMW X6 berhenti di laman rumah. Keluar dari kereta tersebut ialah lelaki yang amat dia kenali. Walau hanya sekali bertemu dalam tempoh sepanjang hayatnya di muka bumi ini, mata dan mindanya tidak pernah lupa akan seraut wajah itu.
Makin segak dengan kematangan yang kian terserlah, itu yang dia nampak pada lelaki tersebut. Kelmarin dan hari-hari yang lepas dia sangat-sangat mengharapkan kehadiran lelaki tersebut tetapi tidak lagi untuk hari ini.
“Dya....”
“Kenapa datang?”
“Nak jumpa awak.”
“Baliklah!”
“Tapi kenapa?”
Soalan tersebut tidak dijawab. DYa terus bangkit untuk beredar.
“Dya...”
“Balikkk!!!!” Dya terus menjerit kuat. Zarif jadi kaku dan tergamam.
“Dan.... jangan sesekali berani tunjukkan muka awak pada saya lagi.” Dya terus melangkah
“Oh ya!” langkahnya terhenti di muka pintu rumah.
“Sebelum awak pergi, tolong ambil kembali organ dalaman yang awak tumpangkan pada saya kerana ruangnya sudah terlalu sempit untuk menyimpan sesuatu yang tidak berharga.”
Langkah diteruskan bersama dua titis air mata merentasi pipi.


************

“Ibu tak tahu apa yang berlaku antara kamu berdua. Ibu cuma ikut cakap Dya supaya terima saja sesiapa yang masuk meminang.”
Zarif pandang Dya yang dari tadi hanya memandang jemari sendiri. Di ruang tamu rumah keluarga Dya dan bersaksikan ibu kandung Dya, dia inginkan penjelasan dan ingin menjelaskan segalanya.
“Masa rombongan tu saya tak datang tapi mama kata semuanya berjalan lancar. Majlisnya bulan depan dan saya datang ni nak minta izin untuk ajak Dya pilih cincin.”
“Saya tak nak!” Dya terus bangkit berdiri.
“Biar saya habis bercakap dulu Dya.” Zarif memintas.
“Makcik, saya sangat-sangat menyintai anak makcik sejak dulu hinggalah sekarang dan insyaalah rasa itu takkan berubah sampai bila-bila. Dari mula-mula saya kenal dia, saya hanya inginkan dia untuk menemani hidup saya. Dialah cinta pertama dan terakhir saya. Cuma mungkin sebelum ini takdir bagai tidak memihak kepada saya kerana percaturan keluarga. Sebab itu saya hanya berdiam diri dan tidak berani mengikat janji lebih awal kerana bimbang akan melukakan hati anak makcik. Tetapi sekarang, saya sudah berjaya menyelesaikan semuanya dan sekarang, saya hanya ingin hidup bersama Dya.”
Zarif berhenti seketika dan Dya sudah seperti kekurangan udara untuk menarik nafas.
“Makcik tolong izinkan saya menjaga anak makcik untuk sepanjang hayat yang tuhan berikan. Saya tak punya apa-apa untuk dicagarkan. Yang saya ada hanyalah sekeping hati dan sebuah cinta. Itu pun kalau anak makcik sudi menerimanya.”
Air jernih tiba-tiba bergenang di tubir mata Dya. Kalaulah dia lupa halal dan haram, pasti dia sudah berlari memeluk tubuh tegap lelaki tersebut. Sungguh.... dia hanya ingin Zarif menjadi teman hidupnya kerana tanpa Zarif dia seperti manusia tanpa cinta.

*******

Hanya sekali lafaz, dia sudah sah bergelar isteri kepada Syed Zarif Hafizi Hanafi. Pada majlis yang serba ringkas itu, Asyikin muncul dengan wajah bengis bak singa baru melahirkan anak.
“Kau jangan ingat kau telah berjaya bila Zarif memilih kau. Aku akan pastikan rumah tangga kau tak aman dan takkan bahagia. Kau rampas dia dari aku dan aku pasti akan merampasnya kembali!” itulah amaran yang dilontarkan Asyikin pada majlis tersebut. Ketika itu dia hanya sendirian tanpa Zarif di sisi kerana suaminya itu meminta diri seketika untuk ke tandas.
Dia percaya, bahagia itu manis dan untuk mendapatkan kemanisan itu, dia perlu telebih dahulu menelan kepahitan.
“Kenapa termenung kat sini ni, mmmm?”
Terasa tangan Zarif sudah melingkar di pinggangnya. Hangat nafas Zarif menampar cuping telinganya membuatkan Dya menggeliat kegelian.
Badan Dya dipusing mengadap ke arahnya. Buat seketika mata mereka saling bertatapan menyesuaikan rentak irama yang sedang bergendang di hati.
Gerak perlahan, wajah Zarif makin mendekat ke wajah Dya. Tanpa suara, bibir mereka bertaut lama, melepaskan rindu yang dipendam lebih sepuluh tahun lamanya.
Sungguh... kalau masa mampu dihentikan, dia ingin sekali menghentikan masa yang berdetik itu buat selamanya. Biar rasa bahagia itu terus kekal menjadi miliknya. Benarlah kata orang, kita harus menelan pahitnya pengorbanan kerana bahagia itu sangat manis.
“Abang dah lama geram dengan bibir awak ni.” Bisik Zarif perlahan selepas terlerai rindu dendam.
Dya hanya menunduk malu. Segan dengan sifat terus terang Zarif.
“Jom!”
“Pergi mana?”
“Tidur.”
“Hah!” Dya pandang jam di dinding. Baru pukul 6.00 petang. Pandangannya beralih pada Zarif.
“Jam tu silap ke?” Dya bertanya blur dan Zarif terus menghamburkan tawa.
“Gurau sikit dah sentap.” Hidung Dya dicuit.
“Turun bawahlah sayang. Mama dengan papa dah nak gerak balik.”
“Oooo...” Dya lepaskan nafas lega.
Zarif senyum.
“Tak payah nak lepaskan nafas panjang macam tu. Malam nanti tak ada excuse yer.”
Langkah Dya terus mati tetapi bibir Zarif mula tersenyum nakal. Matanya dikenyitkan sebelum menarik tangan Dya untuk keluar.


***********


Sedar pagi itu, benda pertama yang dilihat Dya ketika membuka mata ialah wajah kacak Zarif yang tersenyum lawa. Entah bila masanya Zarif bangkit, sedar saja dia lihat suaminya itu sedang baring mengereng ke arahnya dengan tangan bertongkat siku memanggung kepala.
“Assalamualaikum sayang...”
“Waalaikumssalam... nape tak kejut saya? Dah pukul berapa ni?
“Awal lagi, baru pukul 5.20.”
“Kenapa bangkit awal sangat?”
“Saja nak tengok isteri abang waktu tidur. Cantik sangat!”
“Mmmm....” mata Dya kembali tertutup. Sebenarnya dia masih terlalu mengantuk dan apa yang keluar dari bibir Zarif hanya sempat menyapa telinganya, tidak sampai ke otak untuk dicernakan.
“Suara awak yang begini seksi sungguh, buat abang tergoda.
Mata Dya kembali terbuka mendengar bisikan Zarif. Waktu itu, wajah Zarif sudah mengampiri wajahnya. Belum sempat berbuat apa-apa, tubuhnya sudah ditarik dan dipeluk erat.
“Nak bangkit untuk subuh awal lagi. Izinkan abang yer...”
Zarif meminta izin. Aduhhh....mata yang mengantuk tadi terus jadi segar bugar.


********

Keluar dari bilik air, Dya hanya bertuala. Rasanya tidaklah seseksi mana sebab tualanya besar dan labuh hingga ke buku lali. Kepalanya juga berbalut tuala.
Zarif yang sedang leka dengan IPad di tangan menjeling sekilas melihat isterinya. Sekali tengok terasa tidak puas, matanya terpanggil untuk melihat kali kedua. Tak mengapa, sesuatu yang halal dan boleh dilihat walau untuk berapa kali yang dia mahu.
Saat itu, terdetik idea nakal di kepalanya untuk mengusik isterinya.
“Sayang, sini kejap.”
Tanpa banyak soal dan tidak mengesyaki apa-apa, Dya terus melangkah ke arah Zarif yang seperti ingin menunjukkan sesuatu di IPadnya.
Baru saja dia menunduk untuk melihat apa yang sedang suaminya lihat, tangan Zarif terus menarik tuala yang melilit di dadanya.
“Auuuwwww!!!!” Kuat jeritan Dya menggamatkan suasana bilik. Nasib baik tidak terlucut terus, sempat lagi jemarinya menahan tuala dari melurut jatuh.
“Abang!!!!!” Dya terjerit-jerit lagi apabila Zarif sekali lagi menarik-narik tuala yang dipegangnya.
Dya berlari anak sementara Zarif sudah mengejarnya dari belakang. Baru sekali pusing mengelilingi katil kedengaran pintu bilik diketuk kuat.
“Zarif!!! Dya!!!!” suara mama menjerit di luar bilik. Mereka saling berpandangan.
“Kenapa Dya terjerit-jerit?” soalan mamanya terus menerjah sebaik Zarif membuka pintu. Dya pula bersembunyi di belakangnya.
“Errrkkk...tak ada apa-apa ma. Kami gurau-gurau jer.” Zarif teragak-agak.
“Isk! Gurau macam budak bawah umur. Satu taman perumahan pun boleh dengar suara kamu berdua.” Mama terus berlalu.
Sekali lagi mereka saling berpandangan menekup mulup menahan gelak.
“Awak la ni, suara kalahkan pontianak terkejut.”
“Eh! Abang tu yang suka kacau saya.”
“Habis, kalau tak kacau isteri sendiri, nak kacau siapa.”
Tubuh Dya yang masih berbalut tuala di paut rapat. Entah kenapa, berada di satu ruang yang sama dengan isterinya itu buatkan gelora di jiwanya sentiasa berombak dan bekocak. Kalau boleh, dia ingin Dya terus berada di dalam pelukannya sampai bila-bila.


P/S : Pengalam hidup seseorang tetiba datang menjamah minda tatkala Mizan Osman menyeru Idea. Jadi, aku garapkan sebuah cerita pendek ini untuk tatapan pembaca yang rindukan Dya dan Dr Zarif kerana kisah mereka sebenarnya banyak cerita benar yang aku kumpul dan cantum menjadi sebuah naskah. Harap terhibur.