FOLLOWERS

Rahsia Di Hati Katrina...

Razak Ashraf…..Sukar sangatkah untuk kau mengerti apa yang ada pada sekeping hatiku ini? Banyak sangatkah yang aku minta sehingga kau tergamak mengatakan aku perempuan yang suka mementingkan diri sendiri?

Terasa air mataku ingin saja terus gugur saat telingaku mendengar ungkapan keramat itu. Aku hanya sekadar bertanya tetapi tidak pernah terduga akan mendengar jawapan yang begitu dari bibir seorang lelaki yang aku letakkan paling atas di hatiku. Andai kemanisan tidak mampu kau ungkapkan, cukuplah sekadar diam tanpa jawapan.

‘Sayang…sorry la kalau saya buat awak sakit hati.’

Itulah pesanan ringkas yang dihantarnya berulangkali untuk memujuk tetapi aku biarkan tanpa balasan. Berkali-kali malah tak terkira dek jari juga panggilannya tidak aku pedulikan.

Ah! Dia juga sama dengan mereka yang lain, mengaku menyayangiku tetapi tidak pernah mahu mengerti hati dan jiwa wanitaku ini. Entah kenapa aku rasakan orang-orang yang aku sayang makin jauh meninggalkan diriku. Mungkinkah aku yang terlalu sensitif atau mereka sebenarnya yang tidak mengerti?

‘Awak ni teruk laaa…’

Pesanan ringkas yang terakhir masuk ke telefon bimbitku itu
terus saja membuatkan dadaku berombak ganas. Ini memang sudah melampau. Lantas aku terus membalasnya.

‘Kalau saya ni teruk, jangan cari saya lagi!!!’

Beberapa saat setelah aku menekan butang send, dia terus membalasnya.

‘Ok laaa…saya minta maaf…
kalau ya pun marah,
jangan la sampai macam ni.
Call tak angkat, mesej pun tak reply.’

Membacanya, aku terus melepaskan keluhan berat. Untuk apa lagi dia mencariku kalau aku ini wanita teruk yang suka mementingkan diri sendiri? Aku balas lagi pesanan ringkasnya dengan rasa marah yang bergumpal di dada.

‘Awak nak apa sebenarnya ni???’

Sesaat cuma, dia kembali membalasnya.

‘Saya nak awak!!!!’

Aku terus terkedu membaca pesanan ringkasnya itu. Cuma tiga perkataan tetapi kenapa hatiku terasa bergetaran tidak menentu.

Beberapa ketika aku merenung skrin telefon, tiba-tiba panggilannya sudah menembusi talian. Sebelum sempat akal melarang, jemari pula sudah bertindak menekan butang hijau dan sekali gus talian bersambung.

“Sayangggg..” Suara seraknya menusuk masuk ke anak telingaku dan terus meresap sampai ke hati. Aku sangat menyayanginya. Dialah satu-satunya lelaki yang mengenalkan aku pada satu rasa yang bernama cinta.

Aku bagai sudah kehilangan ramai orang-orang yang aku sayang yang selama ini berada di sekelilingku tetapi aku tidak mahu kehilangannya. Cukuplah hanya ada dia, aku sudah tidak memerlukan sesiapa lagi. Tetapi, kenapa dia bagai tidak mengerti apa yang aku rasa?

“Sayang….saya minta maaf kalau kata-kata saya telah melukakan hati awak. Saya tak pernah bermaksud begitu. Saya cuma nak awak tahu bahawa saya sangat menyayangi awak. Saya cintakan awak kerana awak adalah Katrina Anis dan saya tidak pernah ingin awak menjadi orang lain selain dari diri awak. Biar berjuta orang mengatakan awak teruk atau sebagainya, untuk saya…. Awak wanita paling sempurna pernah hadir sepanjang hidup saya.”

Aku terus menangis, menangis dan menangis mendengar luahannya yang panjang itu. Benar….cukuplah hanya dia yang ada di sisiku dan aku sudah tidak memerlukan apa-apa lagi. Itulah sebenarnya yang ada di hatiku sejak dulu dan sehingga kini hanya itu saja yang aku mahu…..Aku hanya inginkan SEBUAH PENGERTIAN, tidak lebih dari itu.
Emosi.....
Celaru :07:....... Ada sesuatu yang terbuku di dada tetapi tidak mampu aku luahkan melalui kata-kata. Ada sesuatu yang tidak kena tetapi aku tidak tahu apa sebenarnya.


Situasi.....
Busy:20:....... dah sampai tahap gaban. Dengan skrip yang telah lama tergendala, dengan proses editing yang menuntut masa dan tumpuan, dengan kerja-kerja yang semakin bertambah membuatkan aku terfikir...rupa-rupanya, semua ini bukan semudah yang aku bayangkan.


Harapan.....
Yang baik-baik belaka :33: ......Moga segalanya berakhir dengan baik.

Sayangnya ALLAH pada wanita....

Ketahuilah, lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih dari taat kepada bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Ketahuilah, walaupun lelaki menerima pusaka lebih berbanding wanita, tapi lelaki wajib menggunakan hartanya untuk menyara isteri seorang wanita…

Ketahuilah, setiap kali wanita beranak.., setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan anak di kira mati syahid dan dosanya diampun ALLAH sehingga ia seperti bayi yang baru dilahirkan…

Ketahuilah, Di akhirat kelak, seorang lelaki belum tentu masuk shurga sekiranya gagal menunaikan tanggungjawabnya terhadap 4 wanita iaitu: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Ketahuilah, isteri yang solehah, akan masuk syurga 500 tahun lebih awal dari suami, sedang suami masih berada di bawah arasy..

Ketahuilah, Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yang disukainya cukup dengan 2 syarat sahaja: Suami redha dan Allah redha.

Ketahuilah, lelaki dalam shurga, akan datang beramai-ramai pergi ziarah Allah yang merupakan kemuncak nikmat, tapi wanita, Allah sendiri yang akan datang menziarahinya.

Ketahuilah, Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang yang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. SubhanAllah... sayangnya ALLAH pada wanita ....
Sedutan dari lagu Hadad Alwi.... ASTAGHFIRULLAH



Hambamu ini...
Datang padamu
Tontonlah kami
Ke mana pergi
Aku tersesat
Di jalan ini
Tak tahu lagi
Arah kembali
Sudilah Engkau
Mahu peduli

Ya Tuhanku...
Hambamu ini menujumu
Jiwa ragaku
Jadi belenggu
Agar mendapat keredhaan
Tujuan akhir
Jalan hidupku

Warkah Buat Katrina

Warkah biru dari Razak Ashraf itu aku buka perlahan. Melihat sampulnya saja air jernih sudah bergenang memenuhi kelopak mata apatah lagi untuk membacanya. Dia kini sedang terbang jauh meninggalkan aku sendirian di bumi Malaysia ini.

Katrina....
Katakanlah sejarah menjadi saksi cinta kita, Taj Mahal sekali pun tidak akan mampu menandingi keindahannya.
Katakanlah hati ini mampu dilihat, semua perkataan yang tercipta tidak mungkin mampu menggabarkan seluruh rasa yang terkandung di dalamnya.

Katrina....
Biarpun lautan itu tak terduga dalamnya, cinta di hati ini lebih dalam dari itu. Biarpun mentari itu tak tercapai tingginya, perasaan di hati ini lebih tinggi nilainya. Andai semua itu belum cukup untuk meyakinimu, apa lagi yang terbaik selain dari itu?

Katrina.....
Mengenalimu adalah sesuatu yang indah pernah terjadi dalam hidupku. Menyintaimu merupakan perkara pertama dan terakhir yang ingin aku lakukan sepanjang hidup ini. Andai itu belum cukup untuk memberi bahagia di hatimu, apa lagi yang kau inginkan dariku?

Katrina....
Bahagia itu pelbagai jalannya tetapi untuk diri ini, bahagia itu hanyalah satu.... bersamamu selamanya.
Menyebut namamu, mendengar suaramu, melihat senyummu, Akulah manusia paling bahagia di bumi ini.


Aku terus menangis di situ. Terasa ingin saja aku terbang mengejarnya dan ingin kunyatakan padanya bahawa aku juga terlalu menyintainya. Dialah manusia pertama yang mengenalkan aku pada indahnya sebuah perasaan.....

Bersambung....