FOLLOWERS

Sebuah Puisi Buat Katrina....


Perkenalan ini....
Satu anugerah cukup bernilai
Mengikat kita dalam sebuah rasa
Mencipta keanehan
Yang harus kita selusuri maknanya
Dan hargai nikmatnya

Perasaan ini....
Hanya kita yang mengerti
Tidak dia dan tidak sesiapa
Kerana ruang itu
Hanya kita yang mengisinya
Kerana hati ini
Terlebih dulu merasainya

Namun.....
Detik-detik waktu
Bagai telah mencuri rahsianya
Merampas satu persatu
Apa yang pernah menjadi milik kita
Meninggalkan banyak tandatanya
Siapakah diantara kita,
Dengan rela menjadi pendusta?
Siapakah diantara kita,
Akan tergamak menamatkan segalanya?
Siapakah diantara kita,
Lebih rela memusnahkannya....

Pesta Buku Antarabangsa - PWTC

Salam....
Semua orang bercerita tentang pesta buku. Lantas aku juga tidak mahu ketinggalan untuk bercerita perkara yang sama sebba aku sudah menjejak kaki ke sana pada sabtu(18hb) lepas.
Ramainya org tak usah cerita, rasa macam sesak nafas. Aku sampai dah agak lewat, lebih kurang pukul 11.30 pagi. Turun LRT je, aku rewang dulu dalam The Mall, cari member kat office Parkson.
Jam 12.30 baru aku menapak ke PWTC. Masa tu orang dah ramai, nak masuk pun bersesak-sesak.
Aku menapak ke booth Fajar Pakeer dulu dan jumpa Bikash kat situ. Untuk pengetahuan semua, itulah pertama kalinya aku jumpa Bikash. Sebelum ni, kami hanya saling berhubung melalui telefon.
Kemudian, aku menapak pula ke booth NB Kara dan jumpalah 'Kakakku' Cik Sarnia Yahya ataupun Sania Yasmin yg seawal pagi sudah bersms menunggu aku. Kat situ juga aku jumpa peminat buku yg sentiasa ada mukanya setiap kali ada pesta buku, Kak Uda dan Kak nOOr. Masa tu Kak Lily Haslina dan Rose Harissa tengah sibuk melayan peminat dan sempatlah kami bergambar untuk kenang-kenangan




Komen Blogger

Salam untuk semua....

Hari ni aku nak cerita pasal komen bebudak blogger tentang Mengukir Bahagia.

Ketika aku tengah sembang dengan 'adik' yang comel

kat sebelah ni, tetiba dia cakap

"Kak, ada orang minta buku Mengukir Bahagia dari saya sebab dia cari kat kedai bdah tak ada stok."

So, aku gurau-gurau cakap " Bagilaaa... kan awak dah baca"

Nak tahu dia cakap apa?

"Saya sayang buku tu, sebab itulah 1st novel saya yang buat saya gila baca novel"

Ooo..gitu...okeylah tu...

Dia terus bagi aku link blog CikTaty yang posting Mengukir Bahagia untuk Cik Amoi yang duk minta buku tu dari dia.

Dan aku tempekkan kat sini posting 'lucunya' tu...

++++++++++++++++++++++++++++++++++++

amoi. ini aku post kan entry pasal MENGUKIR BAHAGIA. hee :) pasni ko mesti bace taw! khatamkan sampai 10 kali!


this novel starring by :

ZAHIM ISKANDAR *aww, sangat jatuh ♥ padanya.
NATASYA *the heroin
HARIS

started, natasya dusa kawen sama zahim dulu dulu. time diorang maseh muda & konfius apa itu cinta. *macam cerita aku jek. diorang kawen atas dasar keluarga terhutang budi. mak ayah natasya dulu tolong mak ayah zahim wt bisness. so, bila family zahim dah berjaya. diorang ajak family natasya pidah ke KL. tp.. ayah natasya x nak. jd, tinggal kampung je. *aman pon aman :)

pastu, sebelum mak natasya meninggal. dea nak natasya di kawen kan dengan zahim. so. diorang kawen paksa. *can i said that? hmm. mula mula natasya berat nk trima. tp.. dh amanah arwah mak dea. jadi, di tunaikan jua. sayangnya pada ayah yang banyak berbakti & berjasa pada dirinya buatkan dea kawen dengan zahim.

mula mula jumpa. terkejut dea *drop jaw! zahim sangat la kacak nsem gila ! fuhh. *aku dapat banyangkan la amoi. dengan describtion dea. waaa. im flyingg. pastu, hati natasya mula cinta zahim. *cinta betul betul ni, bukan maen maen. pastu. zahim protes! dea tak nak kawen dgn natasya. tp ayah zahim cakap : KALAW KO TAK KAWEN DGN NATASYA, SEGALA HARTA KU JANGAN HARAP NAK SENTUH.

sebab tu la, diorng kawen jua. tp.. whawha! zahim da ada buah aty time tu. amelia. *perosak rumah tngga org. nape? ko bace la naty. benci aku! then, one day sebelum nak nikah. zahim pegy jumpa natasya. mintak putus *OMG! bayangkan lah. sehari lagi nak nikah. bole mintak putus.? wut the hell. pastu, deorang nikah jua. tp.. malam besanding. zahim tak datang.

ulala. *menjerut hati aku baca. then, atas terkejut bila dengar zahim buat ni sebab terpaksa. ayah natasya meninggal. heart attack. lagi la, marah natasya menggila. pstu. dea bawak diri pegy jauh jauh.

bila kat KL, dea keja. then jumpa mamat nama haris! *playboy woo boy ni! tapi.. dea berubah bila dh jatuh hati kat natasya. natasya xdapat nk balas cinta haris bila terjumpa zahim. *kebetulan gila babe! zahim pon goda goda balik natasya. then dea cakap : KITA MASEH SUAMI ISTERI. *OMG! lagi sekali aku terkejut! diorng still hubbywife. even 4 tahun berpisah.

pstu, bile diorng dh baik (zahim & tasya) ade la manusia yang x suka tengok kebahagian org len dtg. cakap yang zahim dah kawen semula dengan amelia tu. *ciss! salah faham tu wat natasya bawak diri pegy jauh dari zahim. time tu zahim macam nak gila *sebab? sebab dea cinta natasya sangat! wlwpon tasya bukan cinta pertama dea, tp tasya cinta terakhir dea. :) *sweet sweet!

pstu bila zahim dh jumpa tasya. & terangkan the truth! baru deaorg bahagia balik. tak de sape sape kacaw. *harap harap la. :D pastu, zahim cakap kt tasya : nak anak ramai. sebab kita dah abaikan bnyak tahun. bhabahabha. ;D


p/s : amoi. dlm ni ade la lagi konflik dea taw. cuma aku tak nyatakan suma. hee. bace taw!


Orang-Orang Yang Sering Buat Aku Ketawa Dan Tersenyum Sepanjang Hari


Anak-anak..... yang keletahnya kekadang boleh buat aku naik semput dan celoteh yang keluar dari bibir monggelnya buat aku ketawa sendirian.


Hubby... yang suka sangat menyakat aku dan juga 'membebelkan' aku yang semakin malas semenjak dua menjak ni(maaf,hanya blh nampak belakang sbb dia tak suka aku letak gambarnya dalam blog ni)... thank you hubby sebab banyak membantu dalam menguruskan anak-anak dan kerja rumah.


Katrina Anis... seorang peminat novel yang aku kenali secara tidak sengaja, yang suka sangat berkongsi rasa hatinya yang kekadang aku rasa pelik (hanya kami berdua saja yang tahu kepelikannya)...Thank you dik, sebab beri akak banyak tips untuk menulis.


Rakan-rakan pejabat.... yang suka mengenakan aku dengan lawak antarabangsa yang terkadang buat aku ketawa tanpa henti...Terima kasih teman...

Ketika kita merasa kesunyian dan teman-teman pula terlalu sibuk untuk menemani, percayalah.....Allah sentiasa ada di samping kita.

Ketika air mata kita menitis kerana keinsafan, percayalah....Allah sudah menghitung air mata itu.

Ketika kita merasa tertekan dengan setiap ujian yang mendatang, percayalah... Allah pasti akan menenangkan hati kita.

Ketika kita mula melihat sebuah harapan, percayalah....Allah sedang berbisik kepada kita

Dan ingatlah, di mana pun kita berada dan apa sekali pun kita lakukan, Allah sentiasa tahu segalanya.