Musim persekolahan sudah masuk minggu ketiga namun ada sebuah cerita yang tidak mampu aku lupakan bila bercerita tentang anak-anak yang baru menjejakkan kaki ke alam persekolahan.
Seperti yang aku ceritakan sebelum ini, hatiku cukup bimbang untuk melepaskan anakku yang kecil itu pergi dan pulang sekolah tanpa diawasi. Hubby aku bercuti selama seminggu untuk melihat dan memantau dia dari jauh. Setiap hari, bila tiba waktu rehat saja, hubby aku akan ke sekolah untuk menemaninya makan dan tolong belikan air kerana dia masih tidak pandai menggunakan duit mahu pun berebut-berebut untuk beratur. Bekal makanan memang aku sediakan setiap pagi untuk dia bawa ke sekolah.
Segalanya berjalan lancar sehingga masuk minggu kedua. Secara kebetulan hari isini tu aku masuk kerja lewat sikit dan tergerak hati untuk datang menjenguknya di sekolah.
Sebaik saja ternampak kelibat aku, dia terus tersenyum dan melambai. Waktu itu, ada cikgu sedang mengajar di dalam kelasnya. Lalu, aku bergerak ke belakang kelas dan menunggu di situ. Cadangnya untuk menunggu cikgu yang sedang mengajar itu keluar dan barulah aku pergi bercakap dengannya buat seketika.
Dalam menunggu itu, hatiku bergerak untuk menjenguknya dari jauh dan waktu itu, aku lihat dia sudah menunduk di bawah meja dan cikgu sedang berada di depannya sambil bertanya kenapa awak menangis.
Melihatkan itu, aku cepat-cepat mengetuk pintu dan meminta kebenaran cikgu untuk mengambilnya. Waktu tu, tangisannya makin kuat dan dia terus berlari memelukku. Apabila aku bertanya kenapa, dia terus bertanyakan papanya. Katanya, kenapa papa tak datang temankan dia makan. Aku kata, papa kerja dan sekali lagi aku terangkan padanya bagaimana nak tunggu van waktu pulang nanti. Semua tu dah berkali-kali aku terangkan padanya sebelum ni.
Bila aku tanyakan rehat tadi makan apa, dia kata tak makan. Nak tahu apa jawapannya bila aku tanya? "Adik tunggu papa kat tempat yang selalu papa teman adik makan. Bila papa tak datang,adik pegi depan sekolah cari papa. Bila papa tak ada, adik nangis sekejap lepas tu adik masuk kelas."
Aku terus terdiam. Rasa sedih macam nak nangis pun ada. Waktu tu, si abang pun ada bersama kat situ. Bila aku diam begitu, si abangnya pula macam-macam nasihat adiknya.
Mmmm...aku tak tahu nak cakap apa lagi.
FOLLOWERS
Novel Kedua?
Setiap kali jumpa mereka yang mengikuti perkembangan penulisan, pasti satu soalan lazim akan terbisik ke telingaku, "Bila nak keluar novel kedua". Mmmm... aku pun senyum sampai ke telinga. Sebab apa? Sebabnya, aku tak tahu nak jawab apa.
Jadi, hari ni aku nak jawab soalan tu melalui babak ini....
Melangkah ke sekolah pagi itu, hatiku sarat dengan pelbagai rasa. Tiga tahun tanpa bayangan lelaki itu, aku cuba melupakan sejarah hitam yang tercipta. Namun, kepulangannya seolah membuka kembali lebaran kepahitan yang telah aku bungkuskan untuk dibuang ke laut dalam.
Semakin meningkat dewasa, aku makin sedar, mana mungkin mampu dibuang sejarah yang terpalit itu kerana seumur hidup kesannya tetap mengiringi langkah kakiku. Lalu, semakin hari aku makin tertekan.
“Kenapa awak ni suka sangat menyendiri? Macam kera sumbang pula saya tengok.” Suara Zarif yang dekat di telinga membuatkan aku hampir terloncat bangun. Entah bila masanya dia sudah duduk di kerusi berdepan denganku. Riuh suasana sekolah waktu rehat yang lenyap dalam khayalanku sebentar tadi kembali berkelana di segenap sudut persekitaran.
Seketika aku renung wajah kacaknya. Pelajar tingkatan lima yang baru saja berpindah ke sekolah ini suka sangat mengganggu dan menyakiti hatiku. Baru saja beberapa bulan menjejakkan kaki ke sini, dia sudah berani bersuara lantang mengata aku yang bukan-bukan.
“Boleh tak buat kerja sendiri? Jangan nak menyibuk hal orang lain. Saya jadi kera atau monyet, tak ada kena mengena dengan awak,” semburku dan terus bangkit untuk berlalu dari situ. Namun, dia bertindak menyambar tanganku membuatkan aku terduduk semula di kerusi. Tiga lagi pelajar yang sentiasa menjadi ‘macainya’ mula tersengih-sengih. Ada juga beberapa pelajar yang menghentikan langkah berbisik sesama sendiri melihat adengan tersebut.
“Nah! tengok di cermin ni, tang mana yang cantiknya muka awak tu?” Dia memberi arahan sambil menghulurkan cermin kecil ke arahku. Entah dari mana dia mendapatkan cermin tersebut aku tidak pasti.
Semua yang ada di situ tergelak kuat membuatkan wajahku merona merah. Ikutkan hati terasa ingin saja aku lempang wajah mereka satu persatu.
“Hah! kalau dah merah begini, nampak juga cantiknya. Tapi.... yang cantik cuma warna merah pada muka awak tu, lainnya tak ada yang cantik pun.” Dia terus melontarkan penghinaan.
“Kalaulah esok-esok ada jodoh dan kita kahwin, saya akan pastikan wajah cantik awak tu takkan jadi buruk macam sekarang ni.” Dia bersuara lagi sambil tersenyum nakal dan seperti tadi mereka yang ada di situ tergelak lagi. Penghinaan ini bagai satu humor untuk menghiburkan semua orang. Memang melampau.
Dengan marah, aku rentap tangan yang masih kejap di dalam genggamannya dan wajahnya aku renung buat seketika.
“Terima kasih untuk segala-galanya. Penghinaan ini akan saya ingat hingga ke lubang kubur. Angan-angan awak tu akan saya bingkaikan di pintu neraka,” balasku sinis sebelum berlalu pergi. Aku tidak faham apa sebenarnya yang dia inginkan dariku. Rasanya, aku tidak pernah berhutang apa-apa dengannya.
Itu cuma intronya. Nak tahu lagi? tunggulah bila aku rajin.

Birthday Boy

Hari ini, anak pertamaku genap usianya sembilan tahun. Cepat benar masa berlalu. Pejam celik rupanya sudah sembilan tahun aku bergelar ibu. Rasanya masih baru aku merasai sakitnya melahirkan satu nyawa. Betapa aku hampir separuh nyawa bertarung di bilik bersalin selama 12 jam sakit tanpa henti.Terpaksa pula menghadapi saat-saat genting ditolak masuk ke bilik pembedahan tanpa sesiapa pun di sisi dan terpaksa juga menandatangani borang pembedahan tersebut dengan tangan sendiri.
Aduh! kerana itu, dua nyawa yang Tuhan amanahkan padaku itu cukup berharga buat aku. Kerana itu juga, aku sering cuba untuk membahagiakan mereka walau seringkali kesibukan membatasi masa antara kami.
Seawal tahun baru, dia sudah menanyakan aku bila tarikh hari jadinya dan apa hadiah yang akan aku berikan. Mmmm.. anak-anak zaman sekarang. Ketika aku kecil dulu, tak pernah ingatpun tarikh hari lahir. Dah tua bangka ni pun, terkadang lupa juga sehingga ada yang sms wish Happy birthday, barulah teringat.
Selalunya aku raikan birthdaynya di nurseri dan tahun ini juga begitu. Selalunya, bila beli hadiah mesti beli dua, kalau tidak mesti bergaduh. Bila turn adiknya birthday juga jena beli dua. Maknanya, setahun aku kena beli empat hadia walau hanya ada dua anak. Huh! itu baru dua, kalau empat? Fikir-fikirlah sendiri.
Rezeki Tuhan....
Kelmarin, member2 dari lain outlet sibuk menelefon bertanya pasal slip bonus dah dapat ke belum? Excited betul mereka nak tahu, maklum aje setahun sekali. Aku pun jawablah ala-ala orang bosan, 'slip dah sampai tapi bos aku cuti, malas nak ambil tahu.' Sebab apa? tahun lepas dapat ciput aje, cuma sebulan lebih sikit. Dalam ekonomi yang merundum teruk ni, tak mungkin boleh dapat lebih dari tahun lepas. Lagi pun, aku baru aje dua bulan lepas dapat royalti, sebab tulah tak excited sangat.
Sebelah petangnya, member2 office sibuk mendesak aku buka sampul slip tu tapi aku cakap mana boleh, kat sampul tu pun dah dicop 'Private & Confidential'. Setelah didesak2 maka aku dengan selambanya menelefon handphone bos suruh dia datang office sebab bebudak ni dah tak sabar nak tengok slip bonus. Chewah! main suru-suruh pula, macamlah aku yang terlebih kuasa dari dia. Tapi memang bos baru aku ni sempoi walau pun agak berkira. Aku memang dah lama kenal dia sebab masa aku masuk kerja kat situ, dia masih jawatan excutive tapi bila naik pangkat, dia kena transfer keluar. Alih-alih kembali ke situ sebagai bos aku. Dia kata, dah petang lagi pun dia tak berapa sihat. Esok dia masih cuti tapi dia akan datang pagi untuk buka slip tu. Mmmm...okeylah kalau gitu.
Esoknya, aku orang pertama yang dia panggil untuk ambil slip dan bila tengok jumlahnya, aku memang tak sangka, dalam ekonomi yang makin teruk ni, syarikat masih bermurah hati membayar bonus yang begitu banyak. Pertama kali dalam sejarah aku bekerja, aku mendapat bonus sebegitu alhamdulillah.... Rezeki Allah akan sentiasa untuk kita dan aku cukup bersyukur dengan rezekiNya.
Waktu tu aku dah planing nak beli macam-macam tapi tiba-tiba aku teringat pesan hubby aku, bila dapat duit seketul begitu, pertama sekali beli beras sedekah bagi rumah anak-anak yatim. Moga-moga doa mereka akan memurahkan lagi rezeki kita...Aminnnn. Waktu buku aku mula-mula keluar dulu, mak aku juga pernah pesan, dalam apa jua pun yang kita buat dan apabila mendapat rezeki pertama dari kerja tersebut, hulurkan untuk mak dan mertua juga. Tak kira walaupun sepuluh ringgit dan mintalah restu. Mak akan doakan dari jauh. Moga-moga, doa kalian akan sampai kepadaNya dan moga-moga aku akan terus menjadi manusia yang sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.... Aminnn.....

Permulaan 2009....
Aku buka tahun 2009 dengan keadaan yang agak kelam kabut. 1hb, org semua bercuti tapi aku terpaksa melangkah ke tempat kerja setelah 3 hari bercuti ke Cameron Highland. Hari tu juga aku menyelam sambil minum air, bekerja sambil membeli belah peralatan sekolah anak2. Untung gak kerja kat tempat membeli belah ni, main cakap aje nak apa dan saiz apa, semuanya diuruskan oleh mereka yang pakar dan aku tunggu bayar aje.
2hb, sibuk dengan kerja-kerja yang tergendala dan pelbagai macam report.3hb pula melangkah ke sekolah untuk program orientasi murid darjah 1(anak aku yang kecik tu dah pun masuk darjah 1 tahun ni). Fuh! macam aku pulak yang masuk sekolah balik. Setengah hari melangut kat sekolah. Naik kejang jugalah kaki aku ke hulur ke hilir menjenguk anak manja aku tu.
Balik dari sekolah singgah pula ke nursery + KAFA di mana anak2 aku akan transit di situ. Selesai segala urusan, jam sudah hampir 3 petang. Mmm...terfikir juga aku, ni baru dua anak, kos peralatan sekolah dan juga nursery sudah cecah ribuan ringgit, macamana orang yang ada anak ramai? Aku tak tahu nak jawab soalan tu, nak kena tanya mereka yang ada anak ramai...
4hb, sekali lagi orang bercuti tapi aku terpaksa ke tempat kerja. Pertama kali dalam sejarah, auditor memaklumkan kedatangannya untuk mengaudit apa yang patut menjadikan kami semua kelam kabut mengemas kini apa yang diperlukan.
5hb, hari pertama sekolah dan aku sekali lagi melangkah ke sekolah untuk menghantar anak untuk hari pertama persekolahnnya. Hari tu, aku rasa mak bapak sama ramai dengan murid sekolah, menyibuk di kantin dan merata tempat di kawasan sekolah menyesakkan suasana sehingga cikgu terpaksa membuat pengumuman agar memberi ruang dan laluan pada murid2 dan aku serta hubby termasuk dalam golongan mereka itu..hehehe..
Awalnya, aku risau gak takut dia menangis tak nak masuk kelas sebab dia ni spesis yang manja dan kuat nangis, tak macam abang dia yang pandai berdikari. Tapi alhamdulillah... semuanya berjalan lancar, cuma kesian bila tengok dia tak dapat nak beli makanan sebab terlalu sesak.

*************Dah masuk tahun 1 tapi manjanya tak habis2

**Si abang dah masuk tahun 3,terpilih sebagai penerima anugerah cemerlang di tahun 2.
6hb, aku bercuti lagi dan sekali lagi aku melangkah ke sekolah tetapi kali ni aku tinjau dari jauh tengok dia balik naik van sekolah. Alhamdulillah.... segalanya berjalan bagai dirancang.
Esok, akan bermulalah kembali hari-hari aku yang makin sibuk....huhuhu...aku sendiri tidak tahu akan adakah masa untuk aku mengadap laptop ni....

Subscribe to:
Posts (Atom)